Petang Semalam Di Ibukota 2 + Bahasa Kiasan.



(Cuba cari helikopter.)
Aku berpendapat salah satu sebab orang suka (dan kurang suka) blog ini adalah ketidakupayaan aku untuk cakap berkias. Aku dari dahulu tidak faham fungsi sebenar Bahasa Kiasan dan Kerelevenan©nya, dan sebagai seorang anak pendidik Bahasa Malaysia aku hanya gunakan Bahasa Kiasan untuk kertas Bahasa Malaysia semasa peperiksaan.
Aku tak faham mengapa kita tidak boleh bercakap terus terang. Contohnya—
(Di ruang tamu sebuah rumah indah di atas bukit)
Lelaki Bermisai - Kami datang ini, sebenarnya ada hajat...
Lelaki Berjanggut - Oh, nyatakanlah hajat sebenar di dalam hati...
Lelaki Bermisai - Kami ada seekor kumbang, seekor kumbang yang ingin menyunting bunga indah di taman bunga Tuan Haji...
Lelaki Berjanggut - Oh begitu! Tetapi si kumbang itu tahu tak bunga kami habis sudah ditebuk tupai...
Lelaki Bermisai - Assalamualaikum!!!
Walhal sebenarnya lebih mudah kalau dibuat sebegini—
Lelaki Bermisai - Aku ada anak lelaki, nak kahwin dengan anak perempuan kau.
Lelaki Berjanggut - Taknak.
Lelaki Bermisai - OK.
Jadi adakah Bahasa Kiasan itu wujud hanya kerana memang adat kita sebegitu? Aku rasa banyak masalah di Malaysia tidak akan wujud kalau kita semua belajar bercakap terus terang, bukan begitu?
OK-lah, aku ingin melayarkan bahtera di lautan sepi, cuba melayan binatang buas yang tidak tenteram di dalam hati yang tidak ingin pisang berbuah dua kali.
(maksud sebenar—Aku nak layan Youtube.)
20 orang ada pendapat sendiri:
salah mereka tak pakai kondom
LAWL!
Dalam kes itu, dia adalah gunting dalam lipatan.
(Dia dalang kes itu) atau (fcuk ah dia!)
hahah. boleh terima?
Bahasa melambangkan bangsa...
Pada pendapat saya, penggunaan bahasa kiasan telah membuktikan bahawa masyarakat Melayu pada zaman dahulu telah membuat pemerhatian terhadap alam sekitarnya dan mengaplikasikna hasil pemerhatian itu di dalam kehidupan harian.
Kiasan didalam perbualan masyarakat Melayu adalah satu cara menyampaikan hasrat dan maksud dalam cara yang lebih terselindung dan lebih sopan. Tak la nampak kasar dan kurang ajar...
Bahasa kiasan adalah salah satu cabang dalam sastera melayu. Even english pun ada idioms.
orang suka blog nko sebab menghiburkan dan informatif.
Bukan sebab nko tak tau bahasa kiasan
=)
Aku x pandai terus-terang. Suka kias-kias sambil kais-kais tanah. Malu agaknya.
Itulah manusia. Pelbagai. Yang penting hormat-menghormati satu sama lain.
Perpaduan Teras Kejayaan! (tetiba pulak)
i second perempuan jomblo..
blog kamo santai tapi informative, penuh facts..
kalo nak berkias, mesej yg cuba disampaikan takkan tersampai..
bak angin bertiup menyapa telinga, berbunyi sedikit disangka hantu..
err..
*kumbang tahi yg membulatkan taik agar senang di bawa*
ckp direct mmg senang tp kadang2 bile ade double meaning tu lagi best..
Shakespeare pun bermetafora apa?
Those methaporical language is seldom used. As time passes by, language has changed a lot. Mostly, with the influence of other language.
Of course, that doesn't mean that the younger ones can simply just greet the elderly "yo, wasssup".
Perhaps, the use of bahasa kiasan might be used in a formal function.Sounds 'melodic' compared to the straight forward one
u talk abt bullshit creative industry, u talk about oh so abstract aural pleasure, u talk abt the semiotics, metaphors and rhetorics even off shitty movie like kami and you're dissing grounding concept of those all?
why be bleak when you be blake?
i mean, why be bleak when you can be blake.. heh
Bahasa kiasan kalaupun dimansuhkan dalam silibus bahasa melayu, lelaki berjanggut dan lelaki bermisai tadi tetap akan menggunakan bahasa kiasan tersebut.
artikel yg biasa dan x membantu ape2..
nampak cam idea kureng..dull
maksud sebenar kat ending tu mmg i tak bleh blah lansung.
heheh.
terburai perut.
radical adults lick our godhead style.
@tanpa nama
yes they do.
@thinker bell
youtube memang bagus.
@facet
betul tu sebenarnya. memang adat kita melayu
@surgeon
aku rasa aku kenal kau.
sem lpas aku baru belajar 'pragmatics'.banyak benda yang aku baru tau.sila google.dan baca juga politeness theory by brown and levinson.mungkin kau akan faham kenapa kita terutamanya orang melayu guna bahasa kiasan.
Catat Ulasan