Pancaroba Untuk Pancaindera.
Sebagaimana hidup seorang ahli politik yang penuh dengan cubaan untuk menjatuhkannya, hidup aku juga penuh dengan cubaan, dugaan dan pancaroba.
Selain dari tohmahan-tohmahan kurang tepat tentang seksualiti aku serta dugaan-dugaan penjual kereta yang suka memberikan alasan, aku banyak dugaan yang benar-benar mencabar kesabaran aku. Nasib baik aku memang seorang yang agak penyabar, tetapi malangnya aku juga seorang yang pantang dicabar.
Dah kamu semua pasti tahu apa yang akan jadi jika lelaki Melayu dicabar. Memang cepat melenting. Tak percaya tonton sahaja drama swasta. Penuh dengan adegan lelaki berjaket kulit dan bermisai yang suka menuding-nuding jari dengan kepala senget sedikit.
Pelakon tambahan - "Kalau kau berani kau cubalah!"
Beego/Aqasha/Nasir Bilal Khan/Rosyam Noor - "Kau jangan cabar aku Zack!" (sambil menuding jari ke arah Zack)
Pelakon tambahan - "Apahal? Kau nak buat apa kalau aku..."
*dush*
Tapi motif nukilan hari ini bukan berkenaan cabar mencabar pun. Tetapi mengenai cubaan dan dugaan. Sebab selama lebih kurang 12,100 hari yang aku pernah hidup di atas planet ini, memang tak pernah sunyi dengan segala macam cubaan dan dugaan. Macam-macam pernah aku hadapi, tetapi aku rasa yang paling banyak ialah ketika aku ingin bersama seseorang.
Tetapi realitinya, memang seperti tajuk blog ini, aku tak peduli pun. Dan aku tidak pernah pun berehat dan terfikir sebentar yang aku sudah puas hati, sebab itu pemikiran terlampau Melayu.
Tapi aku Melayu. Cuma aku tak mudah puas hati. Aku mahukan yang terbaik untuk diri aku. Jadi aku biasanya akan selalu mengharungi segala Lautan Api, Gunung Tertinggi dan Pohon Berduri, asalkan di penghujung jalan aku gembira. Paling kurang pun kalau aku tak gembira sekurang-kurang aku gembira kerana berjaya membuktikan pada diri aku yang aku boleh harungi segala Lautan Api, Gunung Tertinggi dan Pohon Berduri.
Aku rasa itu beza aku dengan ramai diantara kamu semua. Aku harungi betul-betul, tapi kamu hanya dengar lagu jiwang tentang mengharung Lautan Api, Gunung Tertinggi dan Pohon Berduri. Sambil terduduk di Bawah Pohon Cemara melihat Bahtera Cinta Abadi.
Dan aku lakukan semuanya ini untuk Sindarella.
(Jiwang-nya)
Jumpa kamu di Temasek! Dan majulah sukan untuk negara! Olimpik, beb!
6 orang ada pendapat sendiri:
alolololo..
sindarella must be really happy then.
lepaskan semua itu untuk konsert envy nanti
wayang kehidupan terbaik adalah wayang kehidupan kiter sendiri...
I love Beego.
Beego poyo la.
Catat Ulasan