Khamis, Ogos 21, 2008

Apa Yang Lulus?



Pembaca-pembaca aku pasti tahu cerita penungguan kereta aku yang lalu. Selasa lepas, selepas sepuluh minggu (janjinya hanya LIMA hari!) dan selepas diancam untuk membatalkan pembelian dan kemudiannya diadu ke Tribunal Pengguna, Kereta Hitam aku tiba di depan pintu pejabat.

Sekilas pandang, dan setelah memandu, Kereta Hitam aku memang bagus. Aku pernah cuba memandu banyak kereta (dari Honda ke Toyota ke Suzuki ke BMW) tetapi secara jujur Kereta Hitam aku memang sedap dipandu. Kata orang, 'melekat' di jalan, dan tidak perlu bimbang bila terpaksa mencilok atau membuat brek kecemasan. Cukup selesa, dan badan kereta cukup kuat dan berat, sedap bunyi ketika menghempas pintu kereta untuk ditutup.

Aku tersenyum menyampah apabila melihat pelekat tertulis 'Proton—Lulus' di atas cermin kereta, kerana walaupun baru pertama kali aku hidupkan enjin dan mula memandu, sudah ada bunyi-bunyi kurang menyenangkan yang datang dari bawah bonet enjin kereta. Kadang-kadang kereta aku keluarkan bunyi seakan-akan motobot. Kelakar.

Tuan Proton, susah sangat ke untuk membuat pemeriksaan yang lebih rapi sebelum kereta boleh keluar kilang? Aku tahu reputasi kamu semua sudah teruk, tapi takkan tidak pernah terfikir langsung untuk sedikit sebanyak memberikan lebih perhatian terhadap produk keluaran kamu?

Ini baru satu hari, kalau satu tahun bagaimana agaknya? Tetapi tidak mengapa, kita tunggu dan lihat bagaimana.

22 orang ada pendapat sendiri:

Tanpa Nama

Dulu aku ada seorang kawan kerja kat kilang Proton. Sebelum buat kerja, kena layan ganja dulu. Heh. Agaknya pasal itu la kot.

Tanpa Nama

gua boleh rasa macam hasil terbaik proton setakat ni, dari segi design lah sebab belum pernah drive Neo. sekali tengok macam Fiat Bravo plak. cuma Bravo 4 pintu. kebetulan kot.tahniah kerana "cintakan" kereta nasional hehe.

kitschkid

finally! congratulations. must be a sexy ride :)

MaGGoT World

congratz...atlast dapat jugak...haha

Faizal R

design boleh la tahan sikit proton skrg, tp bab enjin ni masik sukar bersaing dgn kete luar.

little e=two

akhirnya sudah dapat pun kereta yang dinantikan >.<

Melayu Minimalis

terima kasih semua! ya, kereta ini boleh tahan. selagi tak meletup aku akan syorkan kepada kamu semua!

Mo Nazmi Ahmad.

finally.

Unknown

Haha that pic is too cute!

Ferdows

finally
congratulation
selagi tak meletup ya MM?
ok kita tunggu:D

Tanpa Nama

biasa la tu...cuma sayangi lah kereta anda...kasi jagaan rapi...berbunyik sket je...terus hantar sc(mintak senior staff yg buat...blanja dia makan)

aku kereta takda...tapi aku baru je downpayment beli enjin

kereta lenkali boleh beli...aku suka neo....tapi bila bab stereng ratio,power band to gear ratio...honda tetap buat aku meleleh

Lanun Kacak

at last? haha

frossonice

rugi sikit la dari segi enjin sebab proton masih belum letak CPS dalamnya. kalau tidak, mungkin lebih hebat.

The Shoplifters

lol tersenyum menyampah.

black is always a great choice ;)

Nick Name

walaupun aku menyayangi kereta ku selama ini, namun, 2 hari lepas, handle pintu sebelah pemandu kereta waja telah patah....apa2 pun, masih bleh race lagi....

Tanpa Nama

10 minggu sahaja ko tunggu? aku tunggu Proton Satria Neo [edisi 50 biji sahaja] yang aku tempah dan dengan pinjaman yang telah diluluskan hinggalah kini, 10 bulan berikutnya model tersebut masih tiada khabar [utk makluman, pemilik pertama model tersebut adalah warga jepun].

Akibatnya, aku tidak berkereta dan menjelajah menggunakan rangkaian pengangkutan integrasi deras.

Aku percaya, lama kelamaan kau mesti suka kereta kau ni. Masalah bunyi2 tu perkara biasa untuk kereta buatan tempatan.

Tapi aku terfikr, kenapa kau x beli kereta lain seperti MyVi? Kan pilihan yang selamat tu.

Perempuan ampang pun suka. [ke diaorg lagi suka neo?]

Siberkop

Perempuan yg benar2 'keampangan' mmg suka Neo. Percayalah. I ada pengalaman.

Eh, tiba2 lak.

Lanun Kacak

bukan neo sahaja. satria lama pon. basically apa-apa kereta berpintu dua kot. lebih sporty katanya~

A'XTEQS

malah lelaki ampang pon suke satria k...x kisahlah generasi satria yg mne...mm pon tergolong ke? kalu modified lagilah kene gaya...hikhik...tp pendapat saya lah..neo kecik...utk org bujang bolehlah..tp nk angkot kengkawan leceh..sbb bf saye dulu pakai satria...mangsanya diriku jgk..nk kene kasik org masok melalui pintuku..drebar jgn hrp lah nk kluar.. last2 stlh dipujuk, akhirnya die menukar vios..akhirnya...pilihan yg tepat..

saye plak setia dgn saga BLM yg selama 5 bln menunggu akhirnya bru dpt..sunggoh baik hati org proton...

Melayu Minimalis

aku pernah duduk Ampang, ok?
memang merana.

Rhona Rozlan

I pengguna Proton. Agak shit!

Tanpa Nama

plis plis plis hntr karangan anda kpd proton.atau....mebi lbh baik hntr surat t'buka kpd surat2khabar t'nama.

bkn apa...supaya pihak yg b'kenaan dpt wake up n smell d coffee.
or is it smell d shit?
totally agree with ur say bout checking d cars beforehand b4 jual

apekepekdah ltk tanda 'lulus' jika ianya x bnr2 lulus ye x?
qc proton sume buat keje ke tdk?

emosinye ulasan sy ini........