Ahad, Ogos 03, 2008

Nukilan-Nukilan Yang Dibatalkan.

Aku sebenarnya tadi sudah pun memulakan sekurang-kurangkan empat perenggan pertama untuk tafsiran terbaru aku, iaitu 'Tafsiran Gadis Urban'. Berbekalkan gambar-gambar yang diambil dari laman Flickr ini (TSDTK, tetapi memang bagus!!!), aku macam berhempas-pulas untuk mengkelakarkan situasi.

Tapi tak berapa kelakar pun.

Jadi aku batalkan hasrat aku, sebelum aku buat bodoh. Dan sebenarnya ini bukan pertama kali perkara ini berlaku. Kalau kamu lihat akaun Blogspot aku, ada banyak nukilan-nukilan yang masih berstatus 'draft', iaitu nukilan-nukilan yang belum aku terbitkan. Mungkin sebab ketika sedang menulis aku hilang inspirasi, atau mungkin sebab aku sakit perut. Atau naik ghairah.

Dan jauh sama sekali bukan sebab aku takut menyinggung perasaan orang lain ataupun sebab aku takut ditahan dibawah I.S.A. mahupun sebab-sebab yang berkaitan, cuma kerana aku ingin mengekalkan kualiti penulisan dalam blog aku ini. Dan memang malang sungguh untuk aku, sebab tahap kualiti yang aku tetapkan untuk blog aku ini memang agak tinggi. Bukan calang-calang buah fikiran akan berakhir sebagai nukilan yang akan aku terbitkan. Lagipun ini bukan private blog (booooo!) yang aku sediakan hanya untuk bacaan eksklusif rakan-rakan aku, tetapi blog awam yang boleh dibaca oleh sesiapa pun.

Kriteria aku senang sahaja. Ketika aku menulis (dan ya, aku biasanya akan menulis terus secara spontan ke dalam akaun Blogspot aku. Aku bukan jenis yang ingin buka fail baru di Word dan ambil masa 36 jam berikutnya untuk menulis sesuatu), aku akan sebutkan satu-satu perkataan yang aku taip, seakan-akan yang aku ini sedang bercakap dengan diri aku sendiri. Kiranya, kalau aku ini Tamar Jalis, aku akan bercakap macam aku sedang Bercakap Dengan Jin.

Jika ketika aku bercakap dengan diri sendiri aku rasa apa yang aku cakapkan itu bosan, aku akan berhenti, dan kemudian aku akan buang nukilan tersebut. Kalau aku tersengih sendiri dan hampir ketawa dan perasan genius, aku tahu yang apa yang aku tengah tulis itu mungkin agak menarik.

Jadi, di sini aku minta jika kamu sedang membaca blog aku, cuba kamu bayangkan yang aku sendiri yang sedang berkata-kata menurut apa yang kamu baca. Cuma mungkin ramai di luar sana tidak tahu bagaimana suara aku, bukan?

Sebagai panduan, klip Youtube di bawah mengandungi suara yang paling hampir dengan suara aku. Jadi bayang-bayangkanlah, ya? Suara aku bercakap memang sebijik suara dalam klip di bawah.

8 orang ada pendapat sendiri:

Tanpa Nama

tamar jalis. lama gila tak dengar and baca buku dia tu.

MaGGoT World

buku Tamar Jalis penuh petua org2 tua dulu...lame xdengar org sebut psal buku ni...

frankie

Hahaha!! That clip cracked me up. Jeez, the many-many versions of his face make-up sure would make Gene Simmons green with envy.

Marjerin

ultimate warrior tuh, time aku kecik2 berangan nak jadi macam dia. bila naik sheikh, habis satu badan aku goyang sambil pegang tali rapia. hahahahaha

aiXat.MR

tamar jalis eh..

such a legend..

haha~

Sue Anna Joe

Ultime Warrior patut jadik Conan the Barbarian instead of Arnold Schwarzenegger

Aku A-Z-Z-U

dulu2 aku kalau lepas baca buku bercakap dengan jin, mesti terus tidur berselubung selimut dari kaki ke kepala. haha.

lebih 80% gambar melayu urban dikaitkan dengan wanita ber-hotpants. aku hanya jadi melayu urban ketika nak masuk tidur.

Tipu Tapi Benar (TTB)

Berbanding Tamar Jalis, Tok Awang Ngah dengan buku 'Berlawan/Bercakap dengan Syaitan'nya lebih memberikan keseraman. Tok Awang Ngah mempunyai lebih banyak cerita2 yang menarik kerana kebanyakkan ceritanya adalah dari pengalamannya (kononnya) berbanding si Tamar Jalis yang selalunya menumpang kehebatan Datuknya.

Dan Tok Awang Ngah ada cerita tentang Hantu Tetek dan cerita jadi isteri kepada Harimau Jadian, Tamar Jalis mana ada!!!!

Saya rasa, buku2 itu masih boleh didapati sekiranya kita rajin menyelongkar kedai buku Melayu di pekan2 kecil di luar KL.