Drama Swasta Kita.

Aku pernah terbaca di Internet tentang perkara-perkara yang kamu pasti jumpa dalam mana-mana episod drama swasta kita di televisyen. Aku sudah cuba Google tadi tetapi tidak terjumpa, ada sesiapa boleh berikan pautan kepada aku?
Bukan apa, cuma sebentar tadi aku tertonton rancangan 'Bicara Cinta' di Astro Ria. Dan aku terperasan dua perkara yang mungkin atau tidak pernah ditulis di dalam rencana yang aku sebut di atas.
Bayangkan, mungkin kadangkala hidup lebih senang jika kita hidup dalam drama swasta Melayu. Sebab kalau kita sedih dan kecewa akibat terlihat teman wanita bermesra dengan Beego, kita boleh bawa kereta pinjam tajaan Naza Motor dan berhenti di tepi jalan sambil hisap rokok macam Aqasha sambil kelihatan megah Menara Berkembar Petronas di belakang.
Aku juga mahukan pesta harijadi di tepi kolam renang, penuh dengan Perempuan Ampang, kawan-kawan yang aku tak kenal dan tiada skrip serta waiter ber'bow tie' yang menghidangkan air sirap pekat di dalam gelas wain atau champagne. Kalau aku perempuan montel macam Zizie Izzette aku juga mahukan teman lelaki aku yang macam Aqasha sampai lewat ke pesta harijadi tersebut, agar membiarkan laluan skandal aku untuk potong line teman lelaki tersebut.
Sampai bila drama swasta kita akan beracuan sedemikian? Orang Melayu (dan orang bukan Melayu yang sukakan drama swasta Melayu) kita tak bosan ke? Macam drama swasta di bawah ini.
10 orang ada pendapat sendiri:
hahahahaha.. memang lawak lah!! geli geleman aihh dok dengaq sora pompuan lagu tuh!!
biasa ar....dan baru skrg org2 yg nak jatuhkan anwar belajar guna YouTube utk buat video haha.
its fun to watch actually.
anyway im new here en MM.selamat berkenalan.
letih la benda2 ni... sama jer la ....
suara stim tu
oh bicara cinta. direktonya ddk di area rumah aku.
anyway,aku bosan gak.tak layan sgt. tapi dari tgk cerita yang dileret-leretkan dari sebuah filem kepada sebuah drama bersiri dan heronya adalah producer,directiornya bapa sendiri. hurm. tak payah.
dan MM, jgn lupa.adegan tembak menembak dengan menggunakan pistol air. " piuu piuu piuu "
/ emosi plak.
kepengen nak knl dgn mm ni. entri yang sgt membuka minda
LOL drama swasta di hujung post ini memang hebat!
mungkin layak dapat pencalonan best foreign film award kat mana-mana pertandingan antarabangsa.
Norlaila pula layak dapat pelakon utama terbaik :D
Hmm...whatever the hell happened to her after this movie eh?
huuu aku x caya langsung bile tgk clip video ni..setakat suara.. gn soundForge dah boleh tukar..ntah perempuan Ampang mn yg die ambik tu..
psl drama2 skrg..aku pun da bosan tgk drama melayu, lagi2 yg di tayangkan die tv3 dan astro.. balik2 kisah koprat-keparat..skrg pulak nk tiru mcm cite venezuela, si A anak si B, si B pula bkn ibu sebenar, kes anak luar nikah laa.. ape laa.. bosannnnnnnnnnn..
aku lg suka tgk drama kt tv1 dan tv2.. even cite2 kampung, tp boleh masuk akal..dan x serabut nk tgk..
ni sitkom la.
bukan drama swasta.
sebab rumah aku tak ada astro, selalu jugak tengok drama.
layan.
tapi esoknya dah lupa pasai cerita tu.
walaupun drama tv malaysia ada sedih, suspen, apa semua tu, tapi aku cuma boleh simpulkan dengan satu ayat ja: lawak.
haha
wow...
sungguh dasat drama ini... tp mmg clear tol sore si anwar ni...
n hell yeah...what happen to her er?
Catat Ulasan