Khamis, Ogos 21, 2008

OT! (Oh Tuhanku! = OMG = Oh My God!) Bahagian 5.



Aku sudah tidak keruan. Mula-mula Lumix LX3, selepas itu Nikon P6000, sekarang Ricoh pula umumkan kemunculan R10. Rasa-rasanya cukup minimalis untuk Melayu Minimalis tak? Tapi aku rasa untuk aku LX3 masih di carta teratas, walaupun secara jujur aku rasa rekabentuk R10 di atas memang amat menarik.

Aku pernah ditanya sama ada aku akan membeli kamera DSLR ataupun tidak. Mestilah tidak. Aku sudah cukup bermain dengan kamera SLR semasa Tingkatan 5 dahulu. Lagipun DSLR susah, tak muat poket skinny jeans. Dan aku bukan jenis yang hendak gantung benda-benda besar terbonjol di leher aku. Lagi pun aku suka mengambil gambar-gambar candid. Dan susah untuk mengambil gambar candid orang jika ada lensa besar terpacul di depan muka mereka, bukan? Ada lensa besar sahaja, semua sudah perasan supermodel. Macam mana?

14 orang ada pendapat sendiri:

frossonice

setuju, DSLR tidak sesuai untuk candid dlm tempat2 sempit. tapi masih sesuai untuk candid tanpa perlu orang sedar, misalnya guna zoom.

Tanpa Nama

ko beli ajela MM. tapi itula, kamera kecik mcm ni pun nak sama mahal ngn kamera pro-sumer.

lepas beli snap n post pic bnyk2. kita kongsi ya.

kitschkid

hahaha. somehow, i can't stop laughing.

niceeee camera.

kizzy t.fauzi

MM, kau ni memang lawak sot! ha3. anyway, kalau ada masa, visit me k. u'll find my @flickr. tq.

Amak

AKU SETUJUUUUU!!!!!

sakibakidaki
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama

MM,walaupun kau ni judgemental tapi somehow comel dan kelakar.
sikap berubah tatkala sebut ttg camera.

dan saya setuju,slr mmg susah nak candid dan tak boleh nak bawa jalan2 sgt..

beli la nikon p6000 tu.... hehe

i tried nikon p5100 already and aii eemm veri veri hepi =)

Melayu Minimalis

@frossonice-
aku nak gambar candid, bukan gambar curi. lagipun compact camera senang nak ambil gambar lurah dada perempuan :)

encikmasen

kalau rangefinder? secara teknikalnya adalah SLR tp saiznya kecil..

tp nikon p6000 tu begitu mengujakan..

Melayu Minimalis

rangefinder mahal la... tapi itu hobi yang bagus!

aku tunggu leica keluar digital rangefinder!

little e=two

MM, adakah lx3 ini lagi hebat dari dslr. sedikit keliru la.

Tanpa Nama

Haha,
ya
punya DSLR semua udah perasaan dirinya hebat.
Siap kata kamera kompak tidak dapat menandingi kamera berlensa besar.

hidup Melayu Minimalis!

Melayu Minimalis

@little e=two
tak boleh dibandingkan. dua2 nya lain. kamera2 compact yang boleh full manual mode (yang aku tulis di sini) banyak kelebihannya dari dslr, terutamanya dari segi saiz. tapi dslr pun banyak kelebihannya, tetapi bukan citarasa aku la.

@blogger ditindas
minat seseorang itu semua subjektif. macam aku agak malulah nak bawa DSLR. macam poyo. tapi untuk akulah. sebab itu aku minimalis.

Tanpa Nama

cuba sigma dp1, compact yang handal dan punya upaya dslr serta sangat minimalis hingga tiada viewfinder.harga..jangan cerita..

http://www.sigma-photo.co.jp/english/camera/dp1/index.htm