Aku, Kamu Dan Kami.
Aku pernah terbaca dahulu di dalam majalah tempatan si Sifu M. Nasir pernah berkata, bahawa tiada masa depan untuk band-band underground tempatan. Tak silap aku temuramah ini keluar pada tahun 2000 dahulu, di mana secara mudahnya dia berkata kalau kamu ada band dan kamu tidak masuk dalam sistem Luncai Emas/Lagu Oleh M. Nasir yang dimonopolinya, band kamu akan hancur.
Sekarang, dalam tahun 2008, kamu semua tahu itu tidak benar. Sedikit sebanyak disebabkan oleh siri TV 'Kami', dan juga banyak pengaruh lain, banyak band-band tempatan mendapat banyak publisiti di media tempatan. Tak kisah-lah sama ada publisiti itu baik atau buruk, sebab publisiti tetap publisiti. Dan di sini band tempatan yang aku maksudkan bukan-lah band-band 'tangkap leleh' yang popular dengan lagu-lagu buangan M. Nasir, tetapi band-band berdikari yang berkarya sendiri, menulis dan merakam lagu sendiri, setanding dengan mana-mana band di sekitar rantau ini.
Kita ada Bittersweet, band britpop dari Ipoh yang bukan saja pandai berkarya, tetapi pandai mengeksploitkan gaya sebagai pelaris band. Juga jangan lupa Hujan, walau seramai mana pun peminat dan wartawan Melayu pondan membenci mereka, nama mereka tetap naik. Juga Meet Uncle Hussain, dengan vokalis yang menyanyi lebih baik dari mana-mana pemenang rancangan tv realiti (kecuali Jacklyn Victor-lah), They Will Kill Us All (tengoklah, pasti mereka akan 'meletup' tidak lama lagi) dan tidak lupa juga Butterfingers. (Ada banyak lagi, aku tahu!)
Mungkin ramai yang tidak setuju, tetapi pada aku siri TV 'Kami' memang rahmat bagi ramai pemuzik tempatan. Siri TV yang akhirnya berjaya membuka pasaran muzik kepada remaja yang mungkin sebelum ini asyik melayan hasil keluaran kilang-kilang pop tempatan.
Tempohari aku telah berborak sebentar dengan dua orang yang bertanggungjawab melahirkan siri 'Kami', sepasang suami isteri yang telah lama mengimpikan sesuatu yang sebegini sejak lama dahulu. Tapi agak kelakar sebab mereka sebenarnya tidak sedar sebesar mana pengaruh rancangan 'Kami' di kalangan remaja Malaysia. Kita janganlah fikir mereka yang sudah pun pandai membaca Pitchfork dan kenal siapa itu Don Caballero dan Kings of Convenience, tapi cuba kamu bayangkan adik-adik (dan juga abang-abang) yang selama ini membaca URTV, Remaja dan Mangga sebagai Sumber Maklumat Hiburan Muktamad.
Sebab akibat menonton 'Kami'-lah muncul 'budak indie' di sana sini. Gig-gig pun bertambah, dan selain dari luar Lembah Kelang, memang jarang dikacau polis. Sebab sebenarnya, kalau kamu tahu betul-betul, tiada apa yang buruk pun. Cuma media konservatif yang kurang faham, kata itu kata ini (kamu pun mesti pernah baca, malas aku nak taip).
Tapi ramai yang tak puas hati, sebab ramai sangat 'budak indie'. Sama ada budak Ingin Jadi© atau pun tidak, aku tak peduli. Sebab semakin ramai, semakin meriahlah bukan? Kita yang sudah lama perasan indie pun terpaksa menyeluk Internet mencari yang lebih indie. Itu pun kalau wujud-lah.
Aku sampai sekarang tak berapa faham tentang elitisme muzik. Perasaan tak puas hati apabila band atau muzik yang kamu minati dulu tiba-tiba mula digemari orang ramai selain kamu dan 4 orang kawan terdekat kamu. Pada aku, memang bagus apa? Kasi maju sikit industri muzik kita. Sampai bila nak jadikan Limp Bizkit idola muzik kamu? That is so 90s, OK?
Apa-apa pun, aku rasa pada takat ini, aku bangga dengan apa yang kita boleh keluarkan tanpa bantuan 'Sifu' kita yang amat pessimis dengan bakat tempatan yang ada. Kalau tak percaya sila tonton klip Youtube band dari Johor Bahru, Laila's Lounge, di bawah.
Jangan lupa tonton klip video Butterfingers untuk lagu 'Kembali' juga! Memang menyengat!
Memang tak ada macam 'Tanya Sama Itu Hud-Hud' langsung. (Walaupun lagu itu bagus, juga lagu 'Mustika' dan 'Semerah Padi'. Itu yang aku bengang. Lagu bagus rakam sendiri. Lagu tidak bagus senang-senang beri kat budak-budak hingusan baru pandai angkat gitar dan mahu cari makan.)
28 orang ada pendapat sendiri:
yuna n kokoK xmasuk ye? =)
MM: itu bukn band ug tmptan la.
heh.
huH!dulu rasa best sgt dah bile layan ACAB, the official, root n boots...fly asrama pg gig butterfingers..tak ramai yang kenal band2 ni dulu,so rasa macam exclusive sgt.bila jumpa sarah the official rasa bangge gile..siap tulis zine lagi,'chronic underachievers'.
sekarang, dah ramai pengikut.indie n ug samelah kan.dah tak rasa exclusive pulak.macam dah jadi mainstream.
tu ah bro.
orang selalu ingat perkataan culture sama dengan traditionalist.
bab tu m.nasir salah. tapi sophie evans memang lost bai
sophie evans memang lost bai. tetek gebu
tapi aku sgt setuju dgn pendapat kamu ; siri KAMI tu la yg menaikkan band2 ug. kalau tak, beberapa kerat je yg tau pasal band ug. tp pas cite tu, sume sibuk pegi gig la, lagu tu lagu ni (ug's songs). wateva it is, many ug bands are way much better than mainstream's bands.
*pape je lah*
tapi aku sgt setuju dgn pendapat kamu ; siri KAMI tu la yg menaikkan band2 ug. kalau tak, beberapa kerat je yg tau pasal band ug. tp pas cite tu, sume sibuk pegi gig la, lagu tu lagu ni (ug's songs). wateva it is, many ug bands are way much better than mainstream's bands.
*pape je lah*
jack!
cube try band siren...
band indie baru...
leh dengar salah satulagu die kat sini...
http://budakyangbijak.blogspot.com
(selambe aku promo)
waaa.. best2 saya suka vid laila's longe tu.. butterfinger memang kelaka vid dia.. dari mula saya tgk asyik nak gelak je.. tapi lagu masing2 memang banyak pengisian ia bukan sekadar lagu.
MM,laila's lounge dah fames gak ke? bagus la..tapi sedikit menjengkelkan apabila bertandang ke gig-gig dan lihat gelagat anak remaja yang "ingin menjadi indie "
serta video butterfingers lawak 1000 kali gelak.sempat sikat rambut..
itu Laila's Lounge punya vokalis ada skit2 cilok stail Thom Yorke...betui ka? hahahahaha...
tak kesah lah... janji lagu bole masuk telinga gua... boleh tahan gak! apa suda keluar album? ta sabar gua nak cari mendownload...oppss... hehehehe
budaya budak scene kerap fu*ck(oops terlepas jugak dia) band-band yang dorang tak minat dah makin menjadi.tatau ke yang survival band2 ni la yg menentukan generasi hari esok.
eh, zaman2 zine aedes, vortex, krenmaut dll dulu pun berkembang juga. lagi meriah rasanya dengan slogan "united we stand, together we slam". ingat lagi konsert/gig 'northern beyond winds' 1994 rasanya? maaf kalau aku silap. tak berapa ingat dah. siapa sangka masa tu di jengka pun ada band grindcore nama 'parasite' (r.i.p) yg main satu pentas dengan silkhanaz, i.maggots, silent death, langsuir dll. tulis la zaman-zaman tu juga. aku rindu zaman tu. ahaks!
M.Nasir tu macam cikgu yang kita benci tapi kita hormat lepas kita berjaya.
Sebelum ramai2 kutuk PM yang sebelum ini, dia tanya dulu. Siapa Dr. M?
Bro,
cube try The Jack plak...
muzik diorang pun agak mantap ngan arrangement muzik yg bagus
u guys should check LORD SUNNY DAY out. jazzy as fuck.
http://www.myspace.com/lordsunnyday
haha. yeah. berhentilah "Boikotlah!"
apa yang aku perasan suasana di sini adalah seperti berikut. apabila sebuah kugiran kecil yang pada kemudian harinya menjadi besar, akhirnya akan dikecam oleh peminat/penyokong awal mereka sendiri.
kugiran jual,katanya lagi.
pernah mereka bayangkan, betapa sukarnya kugiran menyampaikan muzik dan mesej mereka kepada orang ramai?
kenapa pada saat masyarakat/komuniti yg lebih luas mengenali/mula mendekati kugiran berkenaan, pasti ada yang mengutuk, menyindir dan sebagainya? sedang pada masa yg sama kugiran berkenaaan tidak membawa mesej yang salah,menindas dsb.mungkin masalah dalaman sesama mereka kot?
apapun,
aneh ya?
hi hi
p/s: suka tgk dari jauh je bang!
x salah kalau suara, lenggok dan gaya hampir sama asalkan pembawakan lagu lirik dan melodi bukan di tiru bulat-bulat, even ada sikit mungkin membawa kepada pembaharuan.. err pendapat saja, jangan tangkap saya. ok
alo encik, bagus sungguh komen ni. erm...ade lubang2 nk main gig?utk band baru aku. email aku nnt ye. kalau ada la
ctrl.alt.del008@gmail.com
hrmmmm memang banyak....
dan sales skinny jeans pun meningkat.....
ahahaha tambahan sales SLR pun meningkat sbb dah jadi trend to have one huuuuuuuuuu
l-o-fucking-l.
well said MM. Aku rasa pemikiran org yg assume sesebuah band itu sell-out, poyo dan tak best hanya kerana band itu punya ramai peminat adalah terlalu kolot. 'Lame' bak kata omputih.
macam bila aku minat Hujan, org cakap "ek elaaahh band budak2!" So what? Macamlah kau sendiri tak pernah alami zaman budak2! Macamlah kau tak pernah pergi gig zaman remaja! Maybe org2 yg ada pemikiran macam ni kecewa ala2 sour grape sebab hanya mampu pergi ke gig selepas melepasi had umur 21 tahun!
At last, ada jugak MM yg dah lama dalam industri muzik, yang menyuarakan tentang ketiadaan logik di dalam sentimen 'Anti-Band2-Baru, Kami-Hanya-Sokong-Band2-Otai-Sebab
-Kami-Ni-Otai'. Bullshits I have to say.
Aku ada beberapa org yg aku kenal , yang berpuak2 bila berbicara tentang band yg diorg sokong . Asal band tu ada je ramai peminat, mula la berhenti dengar dan tergesa2 cari band baru yg lain, yang belum org dengar lagi. TAk kisahlah kalau tak berapa sedap pun, janji band tu tak ramai org dengar. Dan proses itu sudah beberapa tahun aku tengok org2 yg aku kenal ni berulang-ulang lakukan, hanya semata2 demi tak mahu dengar muzik yg orang lain dah mula dengar. Aneh, tapi benar!
jangan la serious sangat beb...pedulikkan je. laila's lounge-stargazer best. enjoy the scene!
aku setuju dengan kata2 tarantular.
kebanyakan mereka yang bergelar 'otai' kononnya dalam bidang muzik hanya mahu mereka yang adik2 listen to them. itu tidak mengapa lagi karena sbg org baru kita wajar dgr dahulu dari yg lama.
apa yg bangsatnya mereka2 yg otai menuntut utk org baru ikut mereka. mereka lah yg etul dan mereka lah yang master. tiada yg betul melainkan mereka saja.
malah dikutuk2 pula mereka yang baru naik. bukan nak tlg bangkitkan. tp kes poyo dan gila glam itu wajar dimaki laju2.
maaf jika aku macam bangsat.
@penanya & tarantular
ya aku faham maksud kau. aku kenal ramai orang macam tu. paling annoying ialah otai yang pakai 'pas muka' nak masuk event free. ish ish.
apa-apapun music elitism wujud di mana-mana. it's one's way to make themselves feel special in a world where being special doesnt mean anything anymore.
kadang2 begitulah manusia yakin kluarkan ayat apabila dia sudah berjaya..papepon aku tetap minat dgn karya m.nasir dan suka dgn penulisan ko...
tp aku benci la dgn budak2 indie ni bila nyanyi kalu perkataan 'tetapi' mesti nyanyi bunyi 'thethapi'..Laila's Lounge pon same gak..yg bagus2 pon same gak..sebab tukot m.nasir bebel ..lol
kadang2 begitulah manusia yakin kluarkan ayat apabila dia sudah berjaya..papepon aku tetap minat dgn karya m.nasir dan suka dgn penulisan ko...
tp aku benci la dgn budak2 indie ni bila nyanyi kalu perkataan 'tetapi' mesti nyanyi bunyi 'thethapi'..Laila's Lounge pon same gak..yg bagus2 pon same gak..sebab tukot m.nasir bebel ..lol
Perasaan tak puas hati apabila band atau muzik yang kamu minati dulu tiba-tiba mula digemari orang ramai selain kamu dan 4 orang kawan terdekat kamu.
maksudnya?
Catat Ulasan