Perkembangan Baru Yang Aku Tidak Berapa Gemar.

Dahulu, ketika zaman sebelum Astro, aku suka menonton rancangan tv 'National Geographic Specials', tak silap aku ketika itu ianya ditayangkan di TV3. Dan jenis-jenis dokumentari yang selalu ditayangkan adalah mengenai tentang haiwan di Afrika, kehidupan kaum orang asli di seluruh dunia, atau mungkin tentang teknologi am terkini di Barat dan sebagainya. Kiranya, dokumentari tentang perkara-perkara am yang sedikit sebanyak boleh membantu aku ketika itu untuk menambah pengetahuan am.
Tetapi sejak kemunculan Astro, kita disogokkan dengan lebih banyak pilihan dokumentari di Discovery Channel, National Geographic Channel, Animal Planet dan sebagainya.
Bukan apa, aku memang suka menonton dokumentari. Boleh dikatakan tv aku kalau dipasang, biasanya akan terpasang rancangan tv dokumentari. Tak kisahlah masa itu aku sedang menonton tv atau tv sedang menonton aku, tetapi biasanya akan terpasang di saluran Discovery Channel.
Aku memang menyokong jika rancangan yang disiarkan adalah mengenai sains, geografi, teknologi dan sebagainya, tetapi semenjak dua menjak ini aku perasan di saluran dokumentari pun sudah lebih banyak keganasan.
Tengok sahaja tajuk rancangan baru semenjak dua menjak ini di saluran-saluran tersebut. 'Weapon Masters', 'Human Weapon', 'Fight Quest', 'Futureweapons'. Semuanya berunsur keganasan. Tentang senjata atau mempersenjatakan sendiri. Cara-cara hendak membina senjata, cara untuk mematahkan rusuk lawan, cara-cara untuk membunuh orang. Kenapa ya? Kita semua tertarik dengan keganasan sangat sampai perlu tahu semua ke?
Teringat aku tentang filem 'The Running Man' lakonan Arnold Schwarzenegger zaman pra-gabenor (hasil karya Richard Bachman, juga dikenali sebagai Tamar Jalis Mat Salleh iaitu Stephen King. Cuba baca juga buku bertajuk 'Rage' karya Richard Bachman juga, yang semestinya juga tentang keganasan, kali ini di sekolah menengah) tentang masyarakat masa hadapan yang terlalu obses dengan keganasan (mungkin unjuran dari minat kita sekarang dalam rancangan gusti WWE dan WCW. Lihat sahaja pakcik-pakcik yang terkinja-kinja ketika menonton rancangan gusti...) sehinggakan sanggup menyiarkan rancangan tv tentang 'peserta' yang dibunuh dengan kejam oleh 'bintang-bintang' tv. Tapi kalau ikutkan pendapat aku mungkin tidak akan berlaku di Malaysia. Aku rasa kita lebih obses tentang seks dan tabiat seks orang yang dikenali dibandingkan dengan keganasan di televisyen. Siapa ingat rancangan 'Wira Waja Malaysia' di RTM dahulu? Memang komedi terbaik!
Haih.
Tetapi baru-baru ini aku terperasan tentang satu siri baru di National Geographic Channel iaitu 'Don't Tell My Mother' arahan hos serta penerbit Amerika Diego Bunuel. Memang menarik walaupun aku baru sahaja menonton dua episod, satu tentang kehidupan sebenar di Korea Utara dan satu lagi tentang kehidupan penduduk Afghanistan pasca-Kesatuan Soviet dan pemerintahan Taliban. Memang menarik. Mesti tonton.
13 orang ada pendapat sendiri:
MM,
Semenjak dua menjak ini, ada beberapa dokumentari di Saluran Discovery itu dilakukan dengan membuat lakonan semula. Pada saya, dokumentari yang dilakonkan semula itu tidak 'best' kerana bila dilakonkan semula, ia akan merampas suasana dan kejadian asal yang bebas dari ciri2 lakonan. Lihat Dokumentari tentang September 11, lakonan semulanya dah macam cerita dalam saluran Hallmark.
Sebaik-baiknya, dokumentari harus menggunakan footage asal dan komen dari pihak2 yang terlibat sahaja, kerana ianya sejarah dan fakta, bukan lakonan. Kalau nak buat lakonan semula, buat CGI. Boleh menambahkan pendapatan2 syarikat berasakan animasi, justeru memangkin kepada hasil animasi yang lebih baik untuk industri filem dan animasi.
Yeah, aku baru tonton rancangan tu semalam sebab tak dapat tidur.
Dan baru lepas recommend rancangan tu kepada kawan lain.
Aku suka hosting, editing and almost everything lah. Dan aku rasa diorang dub dialog tu ke english pun kelakar. don't you think so?
Kenapa lah kita tak ada rancangan yang penuh dgn "exclusive" information macam tu.
setuju2.mereka nak agung2 kan teknologi mereka la tu.tp mungkin juga mereka fikir "lebih kita mengenali sesuatu lebih efektif kita mengendalikannya".tgk orang yang tgk jgak la.lgi pon kita x mampu nak buat senjata pon.
p/s:aku x tgk rancangan yang dimaksudkan diatas.pasal binatang aku tgk la.
hehe. tv tengok mm. macam best :)
Bro,
Aku memang layan gak wretling semua nie tapi takle sampai munuh2 nie.. Macam running man tu kejam sangat.. dah sampai tahap giler tu.. By the way wrestling nie kadang kala ada jugak yang `terlebih buat' dari apa yang dirancang.. so itu yang kadang kala mendatangkan kecederaan pada penggusti.
Well.. aku juga suka history channel.. memang betul ada hal2 berkaitan senjata, pembunuhan dan maklumat2 perang.. Maybe it's something yang kita boleh belajar dari sejarah,, bukan sekadar menonton dan mengatahui cara nak memusnahkan..
but anyhow.. I love peace.. but now day politician adalah sialan no 1 dalam memusnahkan kemanusiaan..
Tq bro for sharing wit us.. tak semua aku setuju dengan kau but at least aku melihat dunia ini dari pelbagai perskpektif termasuk dari lu..
ya setuju. aku juga suka dokumentari especially berkaitan masyarakat sosial manusia atau masyarakat sosial binatang hee :D, tapi kalau dokumentari berkaitan teknologi persenjataan ni memang aku alih siaran saja. melihat manusia mencipta teknologi yang membunuh manusia hanya membuat hati aku gundah dan resah gelisah.
I like watching documentaries to. Now we are spoilt for choice with ASTRO having all the documentary channels. In my opinion, Discovery offers documentaries that are relevant and made simple to us. National Georaphic puts emphasis on the 'beauty' of filming a documentary. All have their special points (^_^)
by the way, congrats cuz u're getting your car soon. dont go around and forget to update ya?
ada balik kot nat geo special kat tv9..sesuai untuk ditonton bersama keluarga..
bro, layan history channel pulak..more informative (bagi ako kot)
sudah lama tak layan national geo nie dek kesuntukan masa. tgk citer2 tertentu aje. bilakah masa tayangan dont tell my mother tue?macam best jek
greenpeace dah buat kempen freenuclear war. sekarang semua manusia nak berkejaran menuju ke gedung teknologi yang canggih. masing² buat bom sendiri. jadi, kuat² lah beribadat, ini tanda-tanda dunia semakin ke penghujungnya
gua skang ni slalu tgk saluran CI ( criminal investigation ) haha sronok.. nak jadik melayu ciminalis kot :P
*criminalis
Catat Ulasan