Benda-Benda Yang Kalau Mat Salleh Buat Kena, Tapi Melayu Buat Kelakar.
Nampaknya blog aku ni sudah menjadi macam blog orang lain. Macam-macam komentar diterima, panjang berjela-jela. Teruskan usaha.
Aku sudah dua hari cuba mencari idea nukilan seterusnya, tapi baru sebentar tadi dalam perjalanan ke tempat kerja tiba-tiba tercetus idea.
Kamu semua pernah perasan tak benda-benda yang nampak ranggi bila seorang yang berhidung mancung, berkulit putih dan berambut perang mengenakannya, tapi bila kita Melayu cuba meniru dan mencuba, nampak tak kena, salah, kelakar. Sekelakar Rosham Noor berambut perang dalam filem 'Castello', dan sekelakar AC Mizal sebelum berbibir birat memakai rantai bercakera padat zaman-zaman 4U2c dahulu.
Baiklah, kita mulakan sekarang pemerhatian aku kali ini. Juga pemerhatian ini hanya untuk Melayu Asli. Yang kacuk-kacuk semua tak main, ok? Ambil perhatian juga, ini pemerhatian aku. Dan ini blog aku. Jadi pandai-pandailah ya?
1. Bila Melayu Jadi Bikers.
Selalu melepak di Hard Rock Cafe, dan akan meletakkan motorsikal berkuasa besarnya (maaf, bukan kategori motor Jaguh) di hadapan premis. Selalunya pakcik-pakcik yang buncit, berkepala botak atau hampir botak (sebab rambut nipis, bukan dicukur ataupun fesyen), dan mengenakan pakaian yang dibuat dari kain denim atau kulit lembu. Konon-kononnya perasan macam Mat Biker dari kumpulan samseng motorsikal Amerika Hell's Angels, tapi selalunya jadi kelakar.
Untuk rujukan imej sila lihat iklan tv kopi Lasina (?) lakonan M. Rajoli.
2. Bila Melayu Nak Jadi Death Metal.
Pada pendapat aku imej Black Metal memang hanya sesuai untuk Mat Salleh berkulit pucat yang tinggal di negara-negara Skandinavia yang penuh dengan pokok fir dan bersalji. Kiranya penduduk negara-negara berhawa sederhana dan bermusim empat. Bukan untuk Melayu yang tinggal di negara tropika yang suhunya 32 darjah Selsius secara puratanya. (Tapi ini tak bermakna Melayu yang tinggal di Finland layak untuk berimej Black Metal.)
Senang cerita dari sudut genetiknya memang Melayu tak boleh pakai imej Black Metal, atau apa-apa pun jurusan Metal yang merujuk kepada lagenda Nordic atau Skandinavia, seperti lagenda-lagenda kaum Viking, elemen fantasi berkastil dan pahlawan berperisai menjolok kepala naga.
Kulit kena pucat, hidung kena mancung. Baru kena. Baru Black Metal. Baru Penyetan. Juga mungkin berkaitan ialah mereka yang berimej Goth. Kalau di Malaysia, mungkin kaum Cina yang betul-betul berkulit pucat boleh lepas, tapi Melayu, maaf, Melayu tidak Goth.
3. Bila Melayu Berambut Perang.
Tak kisah lah, yang muda ke, yang tua ke, memang ada sebab secara genetiknya orang Melayu tidak berambut perang (tak termasuk golongan Melayu albino.)
Kita tinggal di negara panas. Kulit kita berkandungan melanin tinggi untuk menyenangkan kulit kita dilindungi dari cahaya matahari. Rambut kita pun hitam sebab kandungan melanin tinggi. Aku rasa kalau kita nak ikutkan proses evolusi jika seorang Melayu tinggal di negara berhawa dingin pun akan makan masa berpuluh-puluh ribu tahun sebelum anak Melayu itu dilahirkan berambut perang.
(Kalau tak faham perenggan di atas memang padan muka kamu ponteng kelas Sains masa sekolah dulu. Survival of the fittest!)
Seperti saya katakan, lihat saja Rosham Noor dalam filem 'Castello', yang juga telah dijenamakan sebagai snek biskut. Gila tak relevan.
4. Bila Melayu Jadi Angkasawan.
Tengok sahaja siapa yang terpilih akhirnya untuk jadi Angkasawan Negara Malaysia. Yang muka Melayu Asli atau yang muka kacuk? 'Nuff said. Berbeza sungguh dengan Angkasawan Negara China. Mereka telah memilih yang betul-betul muka Cina kampung. Syabas!
5. Bila Melayu Nak Jadi Ghetto Atau Punk Ekstrim.
Di Amerika Syarikat mungkin ada Compton, Queens dan berbagai lagi kawasan sub-bandar yang penuh dengan jenayah dan dadah. Orang selalu dibunuh, drive-by-shootings (tembakan pandu lalu?) dan jenayah berat lain perkara biasa.
Akibatnya timbullah banyak artis-artis yang mengagungkan atau paling kurang pun berkarya tentang keganasan yang dialami mereka. Macam si rapper 50 Cent pun katanya dah ditembak sembilan kali, ataupun band-band punk seperti Fugazi yang lantang ingin bersuara tentang kehidupan mereka yang penuh dengan diskriminasi atau keganasan.
Kiranya penuh hasil karya kreatif berlandaskan pengalaman sendiri mereka yang berdepan dengan situasi-situasi sebegitu.
Di sini lain pula. Kita hidup agak senang, negara aman damai, ramai orang selesa dengan polisi kerajaan, walaupun ramai yang merungut, tak ramai bersuara. (Ingat, aku kata tak ramai, bukan tak ada. Jangan komen.)
Baru tinggal di Keramat, dah mengaku living in the ghettoes. Tak true la brader. Negara kita aman damai. Boleh berKongsi/Deeparaya lagi.
(Mesti ada yang komen pasal 'realiti' situasi politik dan tahap keselamatan awam di Malaysia. Tak mengapa, aku tahu. Aku bukan seorang yang ignorant, aku tahu fakta-fakta aku.)
6. When Malays Try To Talk The Talk But Fail Miserably.
To be honest, I don't see where the Government's policy to teach Science and Maths subjects in English in our local schools would do any help. I grew up not in the Klang Valley, and aside from a select few, the quality of English among my Malay friends where I grew up in are dismal to say the least. The way I see it, my upbringing has relatively little difference from theirs, but it is what I chose to see, hear, and speak as a small kid growing up in a little town was what made the difference.
Even back in school, I used to snigger at the level of English exams that I had to take. But still I'd have friends who wouldn't be able to even answer the simple questions.
It's all in the mind. Sure, education plays a big part, but mindset is more important. So it still baffles me to see people like Aznil Nawawi go on air and to attempt, pathetically, to just pronounce English words.
Just the other day, he attempted to say the word 'handbag'. He could've said tas tangan but he didn't. He said, many many times, 'handsbag' instead. Handsbag handsbag handsbag. He should take English classes. I won't even start about Siti.
Ok kids, I've got a few CD covers to design. It's good to actually earn some extra money on the side. Expenses are never enough, and they are always growing. Sigh.
(Sebenarnya #6 tu tak relevan langsung. Sekadar cukup kuota. Terima kasih.)
39 orang ada pendapat sendiri:
aku sgt setuju pasal rambut perang atau contact lens kaler2...
kalau muka tu dah Jawa, perang atau mata biru mcm mana pun Jawa jugak...
drpd lawa dah jadi tak lawa...
aku bukan racist, perempuan yang aku suka pun jawa juga...
alah dah kebetulan muka dr. sheikh ala-ala kacukan gitu. nak buat macam mana? dia yang layak. itu pun nak dipertikaikan ke?
jangan komen?hahha.aku sangka kau takkan peduli apa yang kami komen di sini.
jangan off this comment box ya?macam mana aku nak stalk kamu nanti?:P
aku pun setuju pasal melayu yang rambut blonde2..nmpk pelik. mcm alien. agaknya, Dr SMS kat sana tu nmpk alien tak?
biarkan mereka dengan budaya mereka, kita ada budaya kita sendiri..
krisis identiti bagi golongan2 yang disebut dalam posting ini..
err..bagaimana dgn golongan gadis2 yg perasan mereka seperti selebriti tetapi pada hakikatnya sgt kelakar untuk dilihat kerana mereka orang melayu??
(#6 tu mcm protes je bang? :) )
(Dah dua kali type tp x kluar)
Haha. Nice one
Sebagai seorang yang duduk di Keramat, pemerhatian yang dapat dibuat ialah - Keramat ramai Rempit.
dan peraba bontot
chis
Elynn
Aku paling suka perenggan yg kenakan Rosyam Nor tu. Tapi citer yg rambut dia cam haram tu citer "Gangster" la bang. Castelo botok! ada gambar ular. jual vcd.
:p
Elyn, cam penah jd mangsa peraba je. Mari pindah bangi.
[quote]err..bagaimana dgn golongan gadis2 yg perasan mereka seperti selebriti tetapi pada hakikatnya sgt kelakar untuk dilihat kerana mereka orang melayu?? [quote]
rasanya tafsiran tuh dah ade dalam artikel perempuan ampang kan?
teringat masa skolah dulu famous kasut Dr Marten (boot). Mat saleh pakai sebab nak meredah salji tebal, budak kita pakai...berpeluh kaki. kalau tuang mau secawan...:p
Aku pedulik.
banyak lagi kes snonye. kau tulis ni baru sikit. Ramai Melayu pompan perasan dia Mat Saleh if dia pakai baju nampak kemuncak breast, rambut mesti senget ketepi, amik gamba dari angle2 ala myspace atau frenster. slalu kes pompan camni ko pegilah ke "pantai". takkisahlah dia filipin. tu pun kelompok melayu gak tuh. nak ada balaks mat saleh, harus keeee jadik mat salehhh? like helllooo?!
Ada lagi melayu yg kunun perasan Porn King / Queen. tapi tengok video depa..alahai, senyap je. takde berkat-kata - mcm tgk video bisu. Aksi mesti satu macam je - Missionary. Hhahahah Boredom! Yg mat rempit ngan bohsia try nak buat orgy, tapi macam sial la. Itu tak masuk bebudak bertudung , tapi tgh blow winnie yg kurus atau tgh syok mata stim, tapi masih berbaju, main sambil berdiri/ atas motor.
Hahhaha...aku gelakkan aje. Banyak lagi Melayu yg try to be someone else - kes kes yg dah pun kau bentangkan sblm ni, kunun nak mendepankan citarasa muzik mereka, aku kira dlm nukilan kau ttg muzik underground. Hahahaha aku gelakkan aje. lelagi yg buat puja Jah/ skin head. Memperbodohkan diri sendiri akibat tak belajar sejarah muzik. kunun nak glam, tapi snonyer...stooopid! Hhahaha aku gelakkan lagi.
hahaha
kelakar la...
org melayu ni ramai yg jakun..haha
sian pun ada..kelakar pun ada
stuju ngan taichee.. puhh-leez laa.. prompuan2 melayu skrg ni dressing hober tawu x? dressing lbey dr mat salleh..
Hi,
Ade sesetengah dari kami yang boleh tulis tapi bila cakap english, pergh, pronunciation cam taik. Aku tergolong dalam kumpulan ni, jadi kalau kau dengar orang sebut ape2 perkataan english dengan amat kelakarnya, tolong maafkan yer.
Oh. Bila nak buat tafsiran budak post rock?
persoalan nerdfreak terjawab oleh respon taichee..ehehe..
bangi ramai mat indon..mata2 mereka menggerunkan..err..
nice comments...
well,kadang2 they all ni trying sooo hard nak jd omputeh...but yang funny nyer dorg ended up jadi pelik...
hehehhe...
so,bg yg nak main muzik, just stick to yourself..toksah laa pakai pelik2..tak kemana nyer..
mat salleh takkan pandangnyer kamu even kamu main mcm steve vai,malmsteen,jimmy page pon..
they all hanya respect muzik asli jer malaysia ni..
tak percaya??
just namakan band local yg dpt main europe??
hehe...bukan jatuhkan semangat,ni kiranya reverse psikologi nih..
kadang2 bukan dorang nak jadi omputeh.
dah mmg dorang nak bergaya camtu.
kalau dorang pakai cam orang melayu habis pon tapi sebab orang lain suruh, tu dah bukan jadi diri sendiri kan?
haha
elynn
oh, ya cik Ami, saye pernah jadi mangsa. hahaha
ko lupe bebudak indy pakei scarf
tiba-tiba.... english pulak...
anyway... no matter what... our so called angkasawan will forever be a spaceflight participant in the eyes of many malaysians...
anonymous-
aku pun pakai scarf sebenarnya. bagus apa..
bukan angkasawan pon.
dulu orang hantar anjing teman yuri gagarin..
sekarang ? hehe need i say more?
orang malaysia suka tiru fesyen dari barat, walaupun pon panas tapi asalkan bergaya. up to date la konon..perlukah setiap orang kena berfesyen mengikut aliran muzik? contohnya black metal, pakai bedak putih..baju hitam..ataupun grunge..pakai selekeh..kasut converse...punk...pakai suspender...boots dan sebagainya..adakah etika berpakaian mencirikan identiti muzik?
aku pon pelik..pastu satu lagi...kalau minat black metal ke..punk ke..jangan la over sangat..i mean...jadilah black metal yang bersih..ramai member-member aku dengar black metal tapi still sembahyang...kat malaysia mmg tak sesuai sangat kalau berpakaian sedemikian...masyarakat akan memandang serong..martabat diri letak di lutut..nak rock pon bukan pada rambut...tapi pada hati...
dari segi pemerhatian aku...diorang sbenarnya masih mencari identiti masing-masing...bila sampai satu peringkat diorang akan berubah dengan sendiri...cuma waktu dan masa tidak ketahui...kesedaran akan ada bila tanggungjawab diri lebih besar dari identiti bersosial..
itu pendapat aku la..aku pon tak peduli korang nak cakap apa..
sepatutnya melayu itu bagaimana ya???
sebenarnya melayu tu kretif, nak jadi apa-apa pun boleh, nak jadi omputeh ke.. nak jadi jepun ke, jadi nigger ke.. sume boleh, hehehe.. tapi hakikatnya mereka tu melayu dikulit, dihidung, disusuk tubuh.. tu yang jadi kelakar..
kalau dah jawa, biarkan jawa, jgn diusik2..atau diubah2.. macho ape? mcm aku... hehe
pendek kate, nak jadi ape, jadilah,
asalkan jangan melampau2.
nak kate dorang tak sembahyang tak boleh jugak. kita mana tau .
pepandai la dorang dgn hidup dorang.
skarf smart apa :P ala2 bittersweet. woohoo!
melayu pakai keris lah!
hahaha...
tak salah nak berfesyen as long kena tempatnya...tgk occasion lah..
fesyen ni bagi aku melambangkan aper muzik korg minat..
tapi 'man-man' lah..kate cina..
jgn sampe jadi kelakar..
aku suka pemuzik yang best dgn attitude yg best..
u dont have to be a slacker pon kalo nak main metal,punk,indie,skin,..
org akan recognize kamu kalo kamu dapat hasilkan muzik yang bagus,best,berilmu,bukan dgn dressed up kamu..
fashion helps,but the real thing is MUSIC!
so,make MUSIC!!
korang semua bagus la..
full of passion!
"Kadang-kadang aku selalu terfikir, kita terlalu memberi perhatian kepada benda yang remeh temeh, sampai benda-benda kecil yang sepatutnya diberi perhatian terbiar"
Manusia punya hak untuk menentukan diri sendiri asal tidak menjejaskan orang lain. Ah mungkin ini menjejaskan pandangan mata kamu kot :)
Ini terlalu remeh untuk difikirkan.
Biarlah diorang nak pakai apa.
Biarlah diorang nak warnakan rambut dengan warna merah jambu sekalipun.
Biarlah nak make up ala-ala Beyonce pun.
Mungkin saat ini kamu ketandusan idea untuk menulis.
Anyway, good luck!
bul,
kalau melayu pakai keris alamatnya memang ramai lah masuk hospital dok kena tikam je lagi-lagi kalau dengan attitude yang pantang orang pandang ketat je nak cari gaduh.
tapi Hayagriva tetap hemsem bila pakai spike dan face paint
haha!
yap. sangat kelakar kalau melayu trying so hard to be western. the same with arak and kaki perempuan. kalau melayu teguk arak, oh so please.I hate to say this.i know you're one of this sick label.Do you think when u teguk arak, you are civilized enough? oh so tak kena. cara penyampaian ko terhadap article ini sama dengan apa aku nampak kau. it reflects you, dude.
ps: yeah, aku anonymous. aku takde acc blogger.
pps: kenapa so far komen2 untuk ko sume takde kutuk kau balik? kengkadang apa yg ko tulis, reflect kau balik. reflect your life.are these ppl, terlalu 'memanjakan' kau supaya ko tulis dan terus menulis dengan hati senang tanpa dikritik.du'uh...
'Tanpa nama', mungkin orang lain bukan memanjakan si 'MM' ni tapi mungkin ramai di antara mereka nak tengok sejauh mana ke'tidakpeduli'kan dia pada makna sebenar hidup atau pada mencari kebenaran yang benar?
WoW!
arak + pompuan-bikini-pool-apartment mahal-kau + private parties + sex-non-halal + club malam-konon-konon-exclusive = "Benda-Benda Yang Kalau Mat Salleh Buat Kena, Tapi Melayu Buat Kelakar."
Aku suke gile No.3..sangat betol! kalau dh muke jawa tuh jawa je la.takyahlah g buat rambot blonde plak.contact lense biru,hijau,whatever.bughok benar~
Allah knows best.Sebab tuh die cipta kite rambot hitam/dark brown.Adeh~ ade jugak nk tuka.
p/s:aku juge bukan racist.
ntah..kkdg aku rasa ko agak kerek (or amat kerek) dgn lifestyle ko.
dikelilingi org2 glamer.ada kwn model kurus berbuah dada besar dan minum arak.minum arak best ke?cukup bertamadun?ko da bwat salah satu dari 3 dosa besar.so, knapa ko nk pikirkan psl silap2 kecik org len?aku rasa yg kaler rambut blonde ke kaler spektrum warna matahari ke lagi mulia dari ko.
arak = punca segala maksiat.
Pemerhatian yg sgt terperinci and bagush...
hmm.bagi aku..yang no 1 tuh..bila melayu jd bikers.aku rase tu passion dieorg terhadap dunia permotoran.yelar,ada jugak yang club2 kapcai pki pkaian yg diperbuat dari kain denim or kulit lembu tuh.tp,kenapa x dijadi kan nya sebagai isu dlm blog nih.hee..dan dieorg bkn niat nk jd samseng.tp,itu stylenye utk mengenakan dgn motor yang dieorg tunggang..cuba pikir,agak kene ke kalau nk menunggang pki bj melayu..haha..lagi kelakar kot..=)
snow cap?
Catat Ulasan