10 Perkara Yang Aku Selalu Nampak Di Kedai Mamak.
Terus terang aku katakan di sini, sambutan yang aku dapat dari blog Aku Tak Peduli ini memang tidak aku sangkakan. Pujian, kejian, tohmahan dan macam-macam sudah aku terima. Terima kasih, terutamanya untuk Mike dari Semusim Di Neraka (kenapa blog lu dah tak boleh comment, beb?), yang telah banyak memberikan aku peluang untuk mendapatkan pembaca-pembaca baru, juga untuk semua pemilik blog yang telah membantu aku dengan Kempen Adab Bertelefon Bimbit aku.
Juga terima kasih kepada semua yang telah menggoogle "masakan mami penang, wanita sunyi, kontroversi artis lelaki kelab, skandal ella tak de potong, yang menjual dvd my chemical romance, gambar-gambar barangan tiruan, pengalaman seks isteri kedua, kedai kamdar yang baru membuka cawangan di jalan tar" dan akhirnya tiba di blog aku.
"gambar-gambar barangan tiruan"? Sah orang Kementerian Perdagangan ni...
Dengan itu, ingin aku mengumumkan bahawa ini adalah nukilan terakhir aku, sebelum aku menutup blog ini.
Acah aje.
Aku baru sahaja balik dari kedai mamak, selepas makan roti arab dan minum bersama dua wanita yang seksi dan menawan. (Teman wanita = "I'm not wearing my bra today." Perempuan jiran = "He's looking at my cleavage again!!") Aku tak tahu kenapa tapi tergerak hati aku untuk menulis apa yang selama ini aku dapat perhatikan di kedai mamak berdekatan rumah aku.
I mean, aku pernah lalui zaman lepak di kedai mamak berjam-jam, buat perkara tak senonoh, ketawa kuat-kuat. Di kedai mamak itu pun aku banyak habiskan masa makan berseorangan, melayan karenah pekerja-pekerja yang datang dari Chennai, India. (Tahukah anda roti canai berasal dari Chennai?)
Jadi di sini aku ingin kongsikan bersama pemerhatian aku tentang apa yang kamu akan pasti perasan di kedai mamak. (sambil mendengar lagu Animal Collective...)
1. Kamu akan tahu kamu terlalu kerap sangat ke kedai mamak yang sama jika kamu tidak perlu membuat pesanan dan minuman/makanan kamu tidak sampai. Tunjuk aksi hisap rokok dengan tangan kosong, dan sekotak rokok kegemaran kamu akan sampai. Tidak seperti pelanggan lain, kamu hanya perlu membayar rokok kita kamu membayar keseluruhan bil kamu. (Untuk orang lain, mereka akan membawa kotak rokok dengan piring plastik jingga dan akan berkata, "Rokok bayar dulu.")
Juga, jika kamu memberitahu nama kamu pada seorang pelayan mamak yang rapat dengan kamu, dalam masa seminggu SEMUA pelayan di situ akan tahu nama kamu.
Dan jangan sekali-sekala membuat aksi 'Padayappa' lakonan Superstar Rajinikanth dengan jari kamu. (rujuk Rajah 01) Kelak kamu akan dapati semua pelayan mamak di situ akan menganggap kamu kawan baik nombor satu mereka.
2. Hierarki pekerja restoran mamak adalah seperti berikut—teratas = penjaga kaunter. Seterusnya penceduk nasi kandar. Kemudian tukang masak belakang kaunter depan dapur yang membuat semua roti canai dan Maggi goreng kamu. Selepas itu penjaga kaunter roti nan. Kemudian pembancuh air. (Yang menduduki jawatan-jawatan di atas biasanya seorang bagi setiap jawatan).
Selepas itu pelayan am berpakaian seragam kemeja t-polo dengan nama restoran, kemudian pelayan yang tidak mempunyai kemeja t-polo dan akhirnya pembasuh pinggan yang tak boleh melayan pelanggan dan hanya duduk di dapur yang kadang-kala melimpah hingga ke lorong belakang.
3. (Lagu dari kumpulan Doves sedang berkumandang) Pasti ada iklan-iklan berikut tertampal di dinding. Kopi Jantan atau Kopi Untuk Lelaki. Kopi Jantan senang sahaja, pasti ada gambar dua pakcik tua yang berkedut seribu dan berkopiah/bersongkok menunjukkan thumbs up. Kopi Untuk Lelaki pula ada gambar lelaki berotot pejal tapi berkepala Harimau.
(Aku tak ingin jadi macam lelaki dalam iklan Kopi Jantan. Bukan imej impian aku)
Juga akan ada pelekat Indomie Goreng di kaunter kaca tempat menyimpan mi Maggi (oh, the irony..), dan kebelakangan ini akan ada poster untuk Roti Arab.
Dahulunya jika kamu perasan akan ada poster mayones Lady's Choice dengan gambar 'Salad Roti Canai' (tak ingat sangat nama produk sebenar, kamu pernah makan tak?), dan poster ais-krim goreng. Aku syak semua tak laku, jadi sekarang mereka semua tumpukan perhatian pada Roti Arab.
4. (LCD Soundsystem pula sekarang) Pasti akan ada pasangan Melayu dan pasangan Cina. Pasangan Melayu akan duduk sebaris, sebelah menyebelah. Pasangan Cina akan duduk bersekemuka.
Kenapa pasangan Melayu kena duduk sebelah menyebelah? Aku dari dulu tak faham fenomena ini. Tapi ini terhad kepada pasangan Melayu yang tradisional dan datang dengan motor (sebab pasti ada topi keledar diletak berdekatan meja). Yang moden (atau sedikit moden) takkan duduk sebegini.
Kalau pasangan Cina pula, pasti yang perempuan akan memakai Seluar Pendek Yang Paling Kecil Di Dunia. Pergi saja ke kedai mamak di waktu malam, mesti kamu jumpa.
5. Kedai mamak yang popular mesti ada skrin besar yang akan digunakan untuk menayang permainan bola. Masa ini memang susah untuk memesan makanan/minuman, tak kisahlah jika anda termasuk jenis pelanggan yang aku sebut dalam pemerhatian #1 di atas. Kadang kala tak cukup gelas, sebab semua pekerja-pekerja buruh dari Nepal/Myanmar/Indonesia akan berkumpul beramai-ramai menonton bola.
Seperti biasa, ketika permainan ditayangkan pasti ada keluar nombor/huruf aneh di sebelah kanan skrin. Menurut seorang pembaca ini adalah untuk mengesan kad yang diklonkan, sebab hampir semua kedai mamak menggunakan kad Astro yang diklonkan. Katanya lah.
6. Mesti ada seorang pelanggan tetap yang mesti duduk berseorangan. Biasanya nampak macam orang kreatif, pasti sedang menulis atau melukis sesuatu di dalam buku nota, mahupun seperti menaip sesuatu dalam komputer ribanya.
Maaf tapi aku tak tulis blog dari kedai mamak. Kedai mamak aku tidak berinternet seperti mamak-mamak moden sekarang.
7. Mesti ada seorang, biasanya lelaki, yang akan berpakaian kemas, nampak seperti menunggu seseorang. Bila kawannya atau pelanggan tiba, akan mengeluar pelbagai helaian kertas atau fail di atas meja.
Biasanya mereka adalah ejen hartanah yang ingin menyewakan rumah. Memang senang membuat perjanjian di kedai mamak, bukan? Tapi yang paling menjengkelkan adalah ejen jualan langsung. Yang paling teruk ialah ejen yang siap sedia dengan presentation yang berupa macam kalendar kecil. Lepas habis satu topik, topik seterusnya akan diselak. Perhatikan meja ini, pasti akan ada seorang dua yang nampak bosan dan tak berminat langsung dan akan melayan SMS dengan telefon bimbit mereka.
Aku pernah kena. Bosan. Aku tak suka dan benci, cuma aku terlupa nak masukkan dalam Senarai Najis aku. Jadi jangan cuba untuk menjual penapis air Reverse Osmosis atau pencuci alat kelamin kepada aku, ya?
8. Pakcik berketayap jual kismis yang telah 'didoakan'. Agama dikapitaliskan. Modus operandinya senang. Letak sahaja2 kotak di atas meja, dan akan terus beredar. Cuba dapat simpati, kita rasa tergerak untuk membeli. Kononnya sambil menderma.
Juga pakcik Cina yang ingin menjual penyuluh lampu LED dan stokin. Gandingan produk yang sungguh unik. Kita memang kreatif.
(The Killers sedang berkumandang) Dahulunya ramai peminta sedekah atau peminta derma (Untuk Rumah Bakti Kanak-kanak Down Syndrome, Persatuan Orang Pekak, Dana itu dan ini dan macam-macam lagi) tapi aku perasan semenjak dua menjak ini berkurangan. Diganti pula dengan penjual DVD berbakul plastik dan penjual CD band elektronika Hypercubes.
9. Kalau lewat malam minggu selepas jam 3 pagi, akan penuh dengan lelaki bermuka merah padam bersuara lantang dan perempuan bermuka merah padam berbaju seksi (yang malu sedikit akan memakai jaket atau selendang) yang baru balik berclubbing. Biasanya akan membuat pesanan dengan suara sekuat boleh, dan kalau berbangsa Cina akan meletakkan kereta betul-betul di tepi meja kamu dengan paip ekzos betul-betul dihalakan ke meja kamu.
Biasanya mereka ini akan duduk di meja yang diletakkan di atas bahu jalan dan bukan di meja yang diletakkan dalam kedai, agar mudah muntah di atas jalanraya dan tak nampak sangat kemerahan muka mereka. Kalau tak percaya sila ke Restoran Pelita yang berdekatan KLCC jam 3 pagi pada hari minggu. Memang penuh dengan golongan ini, dan gerombolan Mat Rempit yang ingin mengusha lurah dada dan punggung (serta g-string terkeluar) perempuan mabuk.
10. (Interpol sedang berkumandang, maaf aku sedang mendengar playlist indie rock aku. Cerita Lain.) Mesti ada lipas atau tikus. Dan tandas yang tak pernah bersih, yang biasanya tidak boleh dipam. Siapa di sini yang tak pernah nampak lipas dan kadangkala tikus di kedai mamak memang penipu.
Aku musykil, kenapa tandas di kedai mamak tak boleh bersih? Kalau nampak bersih pun, pasti basah dan berbau air kencing. Kita pun satu, nak bercebok pun kena habis basah satu tandas. Ambil hos plastik, kita sembur macam anggota FRU sembur orang kat Kampung Baru zaman Reformasi dulu (apa jadi ya dengan Reformasi?). Memang jarang jumpa tandas yang kering.
Tandas yang bersih WAJIB kering.
Sia-sia sahaja kempen kebersihan tandas yang kita selalu nampak di siaran Berita Perdana di RTM 1. Tandas basah BUKAN tandas bersih. Tandas yang penuh dengan kepingan lantai plastik yang disambung-sambung macam Lego (kamu mesti pernah nampak, kalau tak, kamu pun menipu juga) BUKAN tandas bersih. Tandas yang diletakkan pewangi ala ubat gegat di urinal (tandas kencing berdiri. tankendiri?) untuk menghilangkan bau air kencing BUKAN tandas bersih. Tandas yang ada alat pengepam/penghembus udara yang diletakkan di atas lantai berhampiran pintu masuk BUKAN tandas bersih.
Maaf aku suka jika tandas aku bersih. Mungkin obses. Tapi orang Malaysia memang ada tahap toleransi tinggi. Boleh berak dalam jamban kotor, boleh makan tepi longkang. Maaf tapi itu bukan cara kita untuk maju.
Tandas bersih baru negara maju. ¿Comprende?
40 orang ada pendapat sendiri:
anda mmg seorg pemerhati yg tajam..
-syabas-
Aku jarang ke mamak skrg, pergi pun kalau lepak dgn member2, tak pernah berharap nak lepak dgn teman wanita aku sahaja(mcm ko ckp duduk sebelah2) kat kedai mamak sbb mmg pengushar ramai.
Tapi mmg jadi tmpt best utk ngushar org ok? Org2 mabuk aku jarang nampak tapi gadis2 ampang ramai gak(sbb area ampang kot aku lepak?).
Tapi kalau nak tgk bola, aku duk umah jer, leh baring. Kalau umah teman wanita aku ada astro kan menarik? Ish.
if you care about hygiene, jgn makan kat kedai mamak/ williams/ murni. even the high-end looking ones yang ada mist fan and kerusi ala coffee bean tu semua tipu belaka. just take a peek at the kitchen, kalau tak mabuk pun boleh muntah. its only okay if its a new place. new plates, new tables, new kain lap and generations of rats, lipas, lalat, cicak tak beranak lagi. one more thing about mamak, is the meja yang dah lap seribu kali pun stil nampak kotor, with all the hitam-hitam scratches. my tolerance is deeply surprising sometimes i dont even know why.
*oh uncle william, tolong la tukar tempat. walaupun cheese dishes anda bau lagi kuat dari longkang.
haha aku dah lama berhenti buat perangai no.9 tu...kesian mapley-mapley khulafa seksyen 7 shah alam yang terpaksa bertoleran dengan aku...
camne dengan lagu2 hindustan atau tamil? kalau pergi kedai mamak belah malam, mamak stall pasang bola (atau paling benci: wrestling!), kalau pergi waktu siang, especially dalam tengahari mesti berkumandang lagu tamil atau hindustan, extra loud!
btw, sy benci wrestling, tp cukup suka tgk reaksi muka org yg menonton wrestling. cuba korang try test tengok. especially kalau perempuan tetek besar yg bergomol.
;)
ahaha amoi pakai sluar pendek tuh memang spot on. tapi ko lupa taruk biasanya amoi-amoi tuh pakai sluar pendek dengan t shirt bersaiz besar. jadi kelihatan seolah-olah mereka tuh tak pakai sluar. walaupun aku selalu nampak tapi tiap-tiap kali aku mesti nak kena double check gak kalau amoi-amoi tuh pakai sluar ke tak.ahahaha. memang cibai.
salah satu kedai mamak di kawasan tempat tinggal saya paling gemar mengamalkan SEKURANG²NYA seketul 'pewangi ala ubat gegat' di setiap sudut ruang toilet 'satu jamban, wash basin dan urinate' kepunyaannya. walaupun niat mamak tu murni utk menghindarkan bau jamban yg sudah berkurun rosak sistem pamnya tu, tapi seakan ada konspirasi utk cuba membunuh pengguna toilet dgn menyesakkan hidung dgn taburan ubat² gegat keseluruh ruang yg available.
azzu : perempuan tetek besar bergomol? dah pernah tgk 'penerimaan' umum kat kedai makan yg dgn kentalnya pasang program animal planet (ke national geographic?) bertajuk Wild Sex? suprisingly menonton gajah², beruk² dan kuda² bergomol menghasilkan tindak balas yg lebih animated berbanding wrestling wanita..
jangankan aksi padayapa. cukup la ucap dua perkataan tamil back2back atau gigit lidah sebagai ekpresi. akan bertambah la senarai kawan bukan myspace dalam minggu ni.
kamu boleh jadi SDN yang ke-2, maksud aku dari segi populariti, jumlah pembaca dan medium pengantara blog dalam bahasa kebangsaan.
stail dan isi pastinya berbeza, lebih kepada pemerhatian sosial, ibarat kata mike, penyelidikan antropologi.
50 tahun dari sekarang, boleh jadi rujukan untuk cara hidup rakyat malaysia awal abad ke 21. :)
Roti Canai bukan berasal dari Chennai :). Kena pegi ke selatan India sikit lagi untuk sampai ke tanah asal-usul roti canai. Di Chennai (dan kawasan-kawasan sekitarnya) roti canai dipanggil "porota". Roti Canai dapat nama dia kat Malaysia ni mungkin ada kena mengena dengan perbuatan "mencanai" roti atas "pencanai".
Ok. Saya ingin berkongsi sikit pandangan tentang Kedai Mamak dari kacamata seorang anak pemilik kedai mamak.
Untuk point you yang no (1). Saya pun kagum dengan komitmen kerja pekerja2 import ni. Tahun lepas ayah saya serahkan urusan perniagaan pada kami (beberapa orang anak2 dia) Masa tu 100% pekerja dia dari India (Chennai dan Kerala)
kami kurangkan pengambilan pekerja import dan ambik pekerja tempatan (baca: Malayu). Bukan untuk kurangkan kos (percayalah ambik pekerja import lagi kos efektif dari bagi budak2 tempaan kerja) tapi sebagai langkah mengurangkan bilangan mat rempit, penagih dadah, penyeluk saku dan macam-macam kat kawasan kia. (Yeah, we are a bunch of socialists)
apa yag saya perhatikan selama lebih kurang 1 tahun ni
1. Syif Pagi start 6pagi sampai 6ptg. Budak2 import 5.45pagi sampai kedai, makan (roti kosong, teh-o suam) start mop lantai, panaskan dapur pukul 5.55. Budak2 rempit sampai 6.30pagi, makan (roti tampal, rendang daging, milo tarik), baca metro, hisap rokok sebatang, ajuk slang slang budak2 import, menggeliat, pegi dapur, hisap rokok lagi sebatang)
Pukul 5.30ptg budak2 import masih sibuk kerja, budak2 rempit masuk bilik pekerja, tukar baju, set rambut, bincang dengan member bentuk dan keluasan vagina awek2 dia. 5.50ptg budak2 import masih sibuk kerja, budak2 rempit dah lesap.
pukul 6.30petang, syif petang dah lama start, budak2 import syif pagi masih kerja, tunggu budak2 rempit syif petang tak sampai lagi.
Dah panjang sangat ni. kalau free nanti saya tulis macam mana budak2 rempit versus budak2 import layan pelanggan. Kalau free la.
Aku pun tak pedulik. aahahha...ok miss satu benda. "the blind tribe." peminta peminta sedekah buta yang dah smakin tumbuh bercambah cambah. Aku pun pelik dari mana semua ni datang. and tak tau samada betul betulke buta. ke ade agen? lebih kurang sama dengan Pakcik jual kismis yang didpakan. bezanya pakcik tu tak buta.
Anyway, aku dah lama baca blog kamu ni. cuma arini tergerak nk bersuara.
=)
hahaha
oui. je suis comprendre.
cane pulak ngan kedai² mamak yg ada sedia kan shisya.macam² flavor lak tu..bau kalau sedap xpe la.ngan asap lg, habuk shisya yang kdang² terbang mlekat kat baju aku.ceyy.kesian aku tgk kawan aku jenuh nak tutop idung bile asap² shisya tu menghala ke meja kami.
adeh.sepah betul.
sangat setuju ngan No 1. Di kedai NZ dekat opis lama, mula2 cuma cashier je tau nama, tiba2 semua pekerja lak bleh tau. Siap tau apa nak makan dan apa nak minum (walaupun bungkus).
Skarang dah keje sendiri, jarang ke kedai mamak....sesekali menjenguk juga. Jumpa kawan-kawan lama disana....(cashier, pekerja disana...baik2 belaka)
semalam berbuka kat mamak.
ada poster baru nampaknya, lebih kurang macam ni: "Kami tidak menjual makanan kepada orang Islam pada waktu siang hari". awal2 puasa dulu takde poster tu, dah hujung2 ni byk 'permintaan' kot...
I like No: 4 on the list on why young Malay couples tend to sit next to each other. I ve been asking the same question too. I suppose these young Malay couples are taking advantage for their own "convenience" (read: senang raba).
And for No: 1, you know you're one, when the staffs went back for a holiday break and brought back 10 "kurtas" for you. Case: My own uncle !
hmm..benda ni dah lama dah...ntah lah aku raser aku pun terjebak gak..port plg best peilta nasik kandar belakang ampang point...huhuhu..ramai budak tak cukup umur berlagak jd dewasa..cakap guna hp macam ckp dgn dinding..org buat direct selling..tempat carik prospek..hmm..ohh malaysia boleh- bolehlah
glosoli-
aku memang nak tulis tshirt besar, tapi semenjak dua menjak ni aku perasan lagi ramai pakai tank top dari tshirt besar.
suhaila-
thanks for your insight!
azzu-
i love wresling! soap opera untuk lelaki.
futuna-
yes! william needs a new location!
siber-
haha
Sama-sama. Sekarang semua komen ditujukan ke telefon. Lagi personal. Lagi senang. Silap-silap boleh phone seks terus.
Mamak rules! Tapi cuma satu kedai mamak. Kat depan rumah aku. Kalau tak cukup duit, boleh bayar besok. Lagi satu, aku tak payah panggil pelayan ambik order. Aku duduk, nescafe ais aku sampai.
Lagi satu, banyak restoren mamak beroperasi under the guise of mamakness. Sebenarnya pemilik dan pekerja bukan mamak. Senang untuk kenalpasti. Cuba order kari daging. Kalau tak ada, kamu berada di sebuah false mamak joint.
Sekian, terima kasih.
Mike-
phone sex buat apa dol. seks terus la...
Lepas ni kita buat tshirt SDNxATP ok? baru collabo.
lepas tu suruh Lim pakai.
yg couple melayu dok seblah2, bkn senang nak raba. as for me, (org lain taktau la plak) dok seblah2 sy bleh mkn puas2, takyah nak kaber2 dpn boipren. hoho~
itulah sebabnya roti canai dipanggil canai... sebab dari chennai...dan kita beritahu orang ianya makanan negara kita...
balik dari berclubbing... bro... you're the best la...
akutakpeduli... masuk read-list.
tandas mmg main peranan pntg...haha
nombor 9 : suzie's corner, ampang. jam 3 pagi. akku tak paham kenape orang2 NAK JUGAK berkumpul kat situ. bukan senang nak parking. mmg mengharapkan nasib lah. either kat dalam (kompem susah) atopon betul2 tepi highway MRR2 tuh (patut disondolkan aje. menyusahkan pengguna jalan raye yg lain), atopon kat lorong kecik nak mampos tuh (ni pun same!)
kalo dpt parking pun, nak carik tempat duduk pun susah.
wanita berbaju seksi memakai jaket atau berselendang? sejuk kot, kat kedai mamak tu... kat dlm club kan, 'panas'...
btw, kalo nasib mmg bagus, ade brader yang bermain gitar dan menyanyi dari meja ke meja sambil meminta derma.
terase mcm kat Alexis Bistro pulak. heh.
Bila nak buat pemerhatian tentang 'peminta sedekah'(pengumpul duit upah dari orang yang sedang makan yang tak mau digangggu) di warung makan/mamak?
barangkali yang pakai tshirt besar tu cuma perempuan cina ampang rasanya (cerita lain kot?) sebab aku memang duduk kat ampang pun hahaa. eh kau buat la tafsiran pasal mat kereta pula. pasti menarik. sebab banyak juga bekas rakan persekolahan aku yang berevolusi dari mat rempit dan mat belia kepada mat kereta nih.
Tak elok berzina di bulan Ramadhan. Panas.
Panas pasang aircon la.
dalam neraka mana ada air-cond. =p
Tau pun.
tak elok berzina di bulan ramadhan? nama pon berzina, sejak bila plak elok?
Aku suke blog kau ni Melayu Minimalis. Boleh kau define apa maksud Melayu Minimalis? Sebab aku nak tahu.
whateva it is. i agree wif some of your points. tajam dan kelakar. pepehal, blog kau ni boleh dijadikan ganja aku yg semakin sukar didapati secara berkualiti.
Oh yeh. lupe plak. aku dulu penah gak ceta pasal Inilah Melayu.Heh. Aku harap ko tak kecik hati. Pasal itu ialah pemerhatian aku yg sunyi ni. ecewah!
http://taicheeviews.blogspot.com/2006/02/inilah-melayu.html
kalau mamak dah start buat delivery, nanti leh tgk mamat-mamat bangla berselerak di jalan raya. hmm
taichee~@!-
entah aku tak tahu maksudnya. Kamu tahu tak?
Penatlah jawab komen.
huhu kesian.. dah jadi internet celebrity dah anda ni. bila nak buat tshirt?
"Ahmad Kamal Abu Bakar said...
Tak elok berzina di bulan Ramadhan. Panas."
baik takyah berzina langsung.
hahahaha!!!
padaiappa tu jangan sekali2 buat depan depa. aku dah terkena kat mamak dp!!!
nih, SAPA DIA AKU TAK PEDULI NI,
MEMANG HANG DOK DP.
blog kamu sgt menarik,daku tidak tidor malam nak habeskan bace semue.tapi tido jugak at last.bye.dah ngantok.
i just wonder who is Aku Tak Peduli..Dari dulu lagi aku dah stat baca blog nih.Pemerhatian yang tajam btol n all ur words make me smile sumtimes.macam betul jek sume.hehe
anda sgt alert!bgoz2!
-tpi aku nak tmbh 1 lgi..prasan x yang kdai mamak ni adlh tmpat yang mggalakkan kita untk mlakukan pmbaziran dari segi rokok!!(padahal isap rokok 2pown da mmg kire mmbazir?);p
-kita akan kerap mmbakar tmbakau dari plbagai jenis selang 15 minit bila kita lepak2 ngan mmbr kt kdai mamak..prhatikanlah..........
Catat Ulasan