Golongan Yang Mungkin Menjadi Golongan A.A.y.D.d.K.B.G.A.B.
Sudah lama aku tak berkata tentang golongan A.A.y.D.d.K.B.G.A.B. (Sila lihat ruang di sebelah kanan laman ini untuk tafsiran.) Mungkin sebab dalam sebulan ini aku jarang berinteraksi dengan golongan tersebut, atau pun mungkin tak perlu sebab aku menangguhkan semua pembayaran bil-bil aku. (Raya beb).
Tapi, baru-baru ini, aku telah terserempak dengan segolongan anak muda, yang jikalau tidak 'diselamatkan', akan terjerumus ke kancah A.A.y.D.d.K.B.G.A.B, sudah pasti. Sah, 100%. Mungkin ada di kalangan kamu yang bercita-cita untuk mencapai kemuncak hidup sebagai seorang A.A.y.D.d.K.B.G.A.B, tapi bagi mereka yang bimbangkan masa depan mereka, (aku serius ni) sila baca nukilan aku hari ini. Jika kamu menepati sebahagian besar dari pemerhatian aku, maksudnya hidup kamu dalam bahaya, jadi bertindaklah sekarang sebelum semuanya terlambat... (cue lagu 'Sayang Semuanya Sudah Terlambat' dendangan Shidee)
(Radiohead - 'Weird Fishes/Arpeggi' sedang berkumandang dalam iTunes aku.)
1. Kamu Gunakan Istilah 'Jambu'.
Hanya sah untuk lelaki yang menggunakan istilah tersebut untuk menerangkan sifat fizikal dan rupa seorang lelaki lain. Amat membimbangkan jika umur kamu sudah menjangkau 25 tahun ke atas.
2. Kamu Kompleks Dengan Kaum Cina.
Macam-macam pernah aku dengar. Semuanya berpaut pada pandangan yang kaum Melayu tidak patut bergaul dengan kaum Cina, ataupun kamu seorang yang memandang kaum Cina sebagai kaum asing, bukan sebagai rakyat Malaysia.
Contoh ayat adalah ayat-ayat yang dimulakan dengan... "Dorang Cina, mestilah .....", "Cina mana yang.... " dan "Kenapa kau (masukkan katakerja) dengan Cina.....'.
Secara jujur, pada aku tiada beza. Aku tak pandang pun perbezaan antara kaum. Kecuali kaum Arab dan Afrika tetapi mereka bukan penduduk asal Malaysia (bukan Malaya atau Tanah Melayu). Aku pelik melihat orang yang menggunakan alasan kaum sebagai 'pemboleh' kelemahan, atau untuk membezakan keupayaan, atau untuk membataskan satu-satu aktiviti, tak kira dalam perhubungan, sosial, ekonomi dan macam-macam lagi. Kalau kamu berfikir sebegitu, aku bagi kamu 5 tahun lagi sebelum kehidupan kamu sebagai A.A.y.D.d.K.B.G.A.B bermula.
3. Kamu Obses Dengan Mawi dan Mila.
Tapi memang patut pun, kamu merupakan target market rancangan ini. Tak kisahlah, rancangan tv ke, mi segera ke, majalah hiburan ke, janji ada cerita pasal mereka berdua ni.
Sebenarnya aku tak ingin menyempitkan istilah kepada Mawi dan Mila sahaja. Artis Majalah Hiburan Tempatan semuanya sama sahaja. Kecuali Feminin.
4. Kamu Tiada Passport.
Dan kamu tiada rancangan untuk membuat passport selain untuk ke Mekah bila kamu tua sahaja nanti. Kamu tak pernah dengar ke kata pepatah, 'jauh perjalanan luas pemandangan'. Rumah sewa yang dikongsi beramai-ramai kamu memang sempit, tapi minda kamu tak perlu sesempit begitu.
5. Kamu Percaya Motto Harian Metro.
Iaitu 'Kredibiliti Kami Tiada Tandingan', dan kamu tak lepas membacanya setiap hari. Kita ada internet, sila gunakan selain dari menggoogle benda yang tak senonoh dalam Bahasa Melayu. Kalau nak google tu gunalah Bahasa Inggeris, di jamin hasil pencarian kamu lebih meluas.
Tapi kan, aku rasa semenjak dua menjak ni suratkhabar Kosmo! pun sama sahaja. Penuh sensasi. Fakta entah betul ke tidak.
Tidak macam blog aku. Blog aku tak payah penyemakan fakta. Apa? Kamu ingat ini semua fakta ke? Maaf, kandungan ATP tidak boleh disalin bulat-bulat ke dalam kertas tesis kamu sebagai fakta sahih, terima kasih.
(Peace Orchestra - 'Who Am I' sedang berkumandang)
6. Kamu Hanya Reti Mencarut Dalam Satu Bahasa.
Kita tak perlu fasih dalam 4 bahasa, tapi sekurang-kurangnya perlulah tahu mencarut dalam beberapa bahasa selain bahasa ibunda kita. Maaf, loghat negeri tidak diterima. Maa-hai!
7. Kamu Hanya Simpan Wang Di Bank Simpanan Nasional.
Dan kamu tak percayakan saudagar-saudagar bank yang lain.
"Eh, itu bank orang Cina!" (Lihat #2)
"Mak aku dari dulu guna BSN ok jer... Buat apa nak tukar?"
8. Pinjaman Boleh-Ubah Ke Biasiswa Penuh Kamu Tidak di Boleh-Ubah.
Itulah, tak belajar di kuliah. Asyik meniru kertas rakan Cina kamu. Maka berkerutlah kamu membayar balik duit pinjaman pendidikan berpuluh-puluh ribu ke kerajaan kamu, sedikit demi sedikit, bertahun-tahun lamanya. Lama tu. Akibatnya mampu beli kereta nasional second-hand sahaja setelah 4 tahun bekerja.
9. Kamu Selalu Ingat Kamu Miskin Dan Tak Mampu.
Kalau dari awal mentaliti kamu sebegitu memang patut kamu bergaji rendah dan hidup miskin atau cukup makan sahaja.
Tiada banyak jurang perbezaan antara kelas pertengahan bawah dan kelas pertengahan atas. Semua orang berpeluang untuk menaikkan taraf hidup mereka. Jangan kisah tentang bagaimana cara orang berfikir, yang penting buat penilaian tentang cara kamu berfikir sendiri. Jangan jadikan kelemahan kamu sebagai alasan, tapi jadikan sebagai catalyst atau pendorong untuk lebih maju.
Tapi istilah 'maju' itu juga subjektif. Kiranya, maju beyond your wildest dreams lah.
(Datarock - 'Fa Fa Fa' sedang berkumandang)
Jadi macam rancangan motivasi di tv lepas azan subuh pula.
10. You Shy Away From English And This Part Of My Post In Particular.
Knowing English doesn't make me 'terer' or 'macam Mat Salleh'. It just puts me in a better perspective of what I can do in life. It just opens up a lot of information that I couldn't have obtained in my mother tongue.
It still baffles me when someone says,
"Ko terer speaking laa".
Fuck you and your insolence. The least the government did in terms of education is to provide English lessons since you were seven, (as compared to Japanese Schools, which only start compulsory English education starting the age of 13, but then again, they made the best of it anyway. Cerita Lain.)
Someone commented on my blog somewhere, on the reason why am I blogging in Malay. I could probably do it better in English, but it's all about my target audience, on the kind of people that I want reading my blog. Not belittling them or anything, but it's probably better for me to convey what I have in mind in our mother tongue. If I were to blog in English it'd be somewhat like preaching to the converted. And you probably do know what I'm trying to preach anyway.
So there.
(Last song for this post, Explosions In The Sky - Memorial. Thanks Mr iTunes.)
32 orang ada pendapat sendiri:
Phew!
XD
aku memang pantang ngan manusia yang menggunakan ayat seperti:
"ko bolehla (membuat sesuatu)...ko pandai omputih.."
"mengadala dia tu nak speaking2..belum duk overseas lagi tu.."
what tha hell!!
great post there!
-mintak dijauhkan-
No. 2, bos aku Cina (ada Cina dalam gomen? Spesis terancam!) jadi tak apply pada aku. Malahan aku rasa dia lagi baik daripada bos Melayu aku dulu (Betul!)
No. 4, betul, paling jauh aku pernah pergi ialah Sentosa Island di Singapura.
No. 7, aku ada 3 akaun bank, dua akaun saham amanah, dan beberapa lagi akaun lain termasuk akaun Tabung Haji, jadi rasanya tak apply jugak kot.
No. 8, aku rasa bertanggungjawab untuk membayar kembali pinjaman aku dengan penuh kerana dasar prinsip hidup aku, aku tak nak berhutang dengan orang. I did it with blood, sweat and tears, and I've paid my dues. No one can take that away from me.
Ada la sikit tertunggak, tapi yang penting tak de caj pentadbiran (ya, ni bukan pinjaman PTPTipu).
Jad aku rasa aku ada terdedah kepada bahaya menjadi seorang A.A.y.D.d.K.B.G.A.B, tetapi aku rasa aku dah immune terhadap penyakit tersebut. Lagipun, kubikel aku memang takde gambar anak-beranak. Yang ada koleksi kartun Dilbert.
well said.
i went to a makan-makan session once here in london, and the conversation revolved around them (chinese) and us (malays). it took me a lot of effort to shut myself up and i only managed to do that only by eating non-stop (but that's another story). i was there on the courtesy on another guest and didn't know the hosts personally. personally speaking, this mentality of 'taking care of our own and to hell with them' is the reason why there would never be genuine unity for malaysians.
i say abolish racial based politics! let's vote based on ideologies and issues!
on another note, siapa mila?
Kenapa nak marah dengan orang melayu pandai cakap omputeh? Hinakah kami yang pandai berbahasa inggeris?
Kenapa tidak mahu pandai berbahasa inggeris seperti kami?
Inilah dia ante Melayu tau nak 'bash' orang, sembah Pak Lah, baca Bacaria dan paling utama 'bloody idle'.
>Artis Majalah Hiburan Tempatan >semuanya sama sahaja. Kecuali >Feminin.
Boleh explain lagi jelas?
kenapa feminin? kenapa bukan res2? kenapa bukan m'steen? kenapa bukan freshies? kenapakah?
artikel nih membuatkan aku nak carik kawan² cina & india aku.. cukup seronok main jerit² "oi cina", disahut dengan "oi melayu".. kekadang bila yg indian join maka dengar la jugak "oi india"...cukup tak terasa apa² pun pasal itu la cara kami bergurau.. yang pakcik² kat keliling sibuk menjengah macam ada racial tension... rugi sungguh mereka itu
aku tolong jawap:
nurulazreenazlan,
Mila tu juara akademi fantasia terbaru. Budak Penang, kecil molek, cute miut.
I'm addicted to this blog already! Ever since Amir Hafizi shut his blog, I've been looking around for another sharp, unpretentious and witty non-political blog written by a non-yuppie, non-tech geek Malay guy. Keep up with the dope, yo!
Woohoo! Yes! This is the kind of post that keeps me returning to your blog man!
"I could probably do it better in English, but it's all about my target audience, on the kind of people that I want reading my blog"
Hooray to that! Let them know and let them realize that their way is not the only right way. Help them get rid of(or at least lessen) this "Aku saja betul" mentality (that I think they usually have).
And if I may add, when it comes to the usage of english, these A.A.y.D.d.K.B.G.A.B.(and mat belia too) would usually bring up the issue of 'tidak cintakan bahasa ibunda' as a cover for their inability to speak english properly and as a way to hentam english speaking people (english speaking malays especially).
aku kadang kadang ada sedikit perjudis dengan cina. ada la. dalam 5% rutin idup aku.
hahahaha..laen bidang laen cerita kot.
Tiada banyak jurang perbezaan antara kelas pertengahan bawah dan kelas pertengahan atas. Semua orang berpeluang untuk menaikkan taraf hidup mereka. Jangan kisah tentang bagaimana cara orang berfikir, yang penting buat penilaian tentang cara kamu berfikir sendiri.
this is very true.
i agree, totally.
Ah tapi kepada yang reti sangat cakap English janganlah saling menghina org yg hanya reti cakap melayu.
Tapi masalah utama negara kita skrg bukan di antara kaum. Tapi di dalam kaum kita sendiri. Skeptikal di antara satu sama lain. Sentiasa fikir diri sendiri betul tapi sebenarnya diri sendiri byk bawa masalah kepada pembangunan insan dan ekonomi negara.
Siapa kita utk nilai diri kita dan org lain?
Ah tapi kepada yang reti sangat cakap English janganlah saling menghina org yg hanya reti cakap melayu.
Tapi masalah utama negara kita skrg bukan di antara kaum. Tapi di dalam kaum kita sendiri. Skeptikal di antara satu sama lain. Sentiasa fikir diri sendiri betul tapi sebenarnya diri sendiri byk bawa masalah kepada pembangunan insan dan ekonomi negara.
Siapa kita utk nilai diri kita dan org lain?
Anonymous-
Sebab Feminin best.
Oklah. Res2 dgn M'steen pun best, tapi dorang takde hits pun.
Aku suka Feminin-Kini anyway.
to siber, kalau kita tak nilai diri kita sendiri, macam mana nak maju?
lagipun, one common trait between malays tak kira la pandai cakap english atau tidak adalah we tend to be very critical when it comes to talking about our own people, the malays. i don't know whether this is good or bad, this is just my observation.
memang betul belajar berbahasa inggeris itu perlu, tapi kalau tak nak, banyak lagi bahasa lain yang kita boleh pelajari. how about learning to speak chinese? don't you think we are the ones at loss bila our neighbours can understand us tapi kita haram tak faham apa mereka cakap?
i think the point is not really about english, it's about caring enough to know that just knowing your mother tongue can't really get you anywhere these days. belajar la french ke spanish ke chinese ke arabic ke, it doesn't matter, knowing how to speak another language would only make you smarter.
i myself intend to start learning french =)
budak budak said
#2
#3
#7
#9
#10
Despicable mentality disease in our country..
~budak hingusan~
bernas.
tabik.
sometimes, saya jeles dgn indonesia dimana rakyat mereka, walaupun ada cina, ada mix belanda mereka semuanya bertutur dalam satu bahasa. senang. so kalau berjalan2 ke sana, tak payah susah2 nak berbicara dalam bahasa internasional (haha. i'm paranoid about my grammar). borak saja dalam baku melayu. kenapa ek, malaysia yang selalu mengagung-agungkan masyarakat majmuk, pada dasarnya tak majmuk pun? bile berpasangan dengan orang cina (ehem.ehem) ada yg pandang serong.
pastu kamu ni suka noo ngan jepun ek? well, yeah. they're very civilised, aren't they? owh. if only u're the PM of Malaysia. seriously. maybe everything will be better then.
"knowing how to speak another language would only make you smarter."
LMAO @ this statement.
"i myself intend to start learning french =)"
ROFLMAO @ this too.
Latent sarong party girl detected!
baca blog ni layan gak eh, mcm baca harian metro. teruskan usaha anda.
hahah...i love u man...ur blog is addictive and im addicted to this blog....
Hats off to you. Well placed article and tackled very well indeed. My girlfriend linked me to your page. After reading a few of your posts I had realised why I hate reading modern Malay writings. Yours, my friend has that style, panache and honesty without being contrived. I love your blog. I may not agree with everything you say but you have already said it: Aku Tak Peduli
In the same vein you spoke about the Melayu and their ...orang Cina syndrome, its only fair to admit that there is also the condition where others think that Malays are stupid, weak and slow. My Malay friends somehow dont seem to suffer from any of those symptoms. In there, all Malaysians need to decide how this part of the story ends.
Malcolm X phrased it best in his autobiography: A Nigger will always be a Nigger. In that he meant its not what you are born as that defines your habits and character. Its your mentality that sets the predisposition. Our society is in danger of becoming the next USA; where people live and die without ever seeing life outside their county.
I got rid of my colloquial Malay quite a while ago. I now speak Malay with a clear Malay accent. Just like how I speak English with a clear accent. I find it terribly wrong when chatting with cabbies for instance and they say, "eh kamu ni bukan Melayu ke? Cakap tadi macam orang Melayu". I fucking went to school in Malaysia for 10 years learning the bloody language. Why would I not speak good Malay?
You made some great points. I really like your entries. Keep it up and may it change some minds. Best wishes....
vignes-
thanks for the kind words. i'm not trying to make any change, just observations on daily life..
Excellent post. Nail on the head, mate. I get a lot of that "Why won't you speak in Malay, you're Malay perasan Mat Salleh" crap so much, I just wanna shove it up their holier-than-thou asses.
memang menyampah orang yang takde langsung effort nak belajar bahasa inggeris. kalau tak pandai takpe, at least cubalah, apa salahnya, sape nak kutuk tu boleh blahla kan...
kat universiti pun macam tu. jenis tak nak improve then bila ada group assignment, harapkan kawan yang reti sikit english nih nak editkan semua. kalau tak,mogok, copy paste je dari internet. leceh betul
i was always the report editor.i was always the emcee.i was always the one to present.but my seniors hated me because i speak English fluently "taulah UIA, tak perlulah speaking je keje." and my friends don't read my blog because "aku tak paham bahasa ko tulis. sori yek?"
senario benar di ipta-
pelajar melayu melayu : orang cina memang camtu. aku benci sungguh. dahla numpang negara orang.
aku orang malaysia : nak tanye. ko pernah kawan ngan org cina? ngan org india?
pelajar melayu melayu : .... takde
huh.
Working in MINT? You should have more than enough chance to preach these aadkbahj (whatever)... The place is rotten with malays btw...
aku dah terer english,tapi nak improve lagi!pasni nak blaja construct simple sentence.sebab dari pemerhatian aku,new researchers tend to use difficult words in their journal and even makcik kampung will shy away from reading them.putar belit untuk nampak terer!hahaha.
owh thank to you...aku skang dah semakin suka berbahasa melayu.yezza.
Haha.Aku slalu panggel kwn Melayu aku "Cine" sbb rupe die macam Cine,saje maen2.Tp stgh org ingat kami racist.Haha.Lawak~
Moyang aku blah mak aku India,nenek aku blah bapak aku Cine.How the heck could i be racist?LOL
Catat Ulasan