Tolong Jawab Soalan Aku.
Kamu ada Astro? Bagus.
Kamu kerja di Astro? Lagi bagus.
Ini soalan saya. (Dan mungkin soalan dari semua penonton Astro di Malaysia dan Brunei.)
Apa kejadahnya maksud huruf-huruf dan nombor-nombor pelik yang selalu keluar di skrin TV aku? Alah, yang keluar sebelah kanan skrin tu. NEM21 lah, BAB12 lah, apa-apa entah. Annoying tau.
27 orang ada pendapat sendiri:
skarang lagi annoying, dah tukar channel ratus-ratus. erghhh!
bro, gua no. 2 tu.
itu code number Astro nak detect klon punya card
kalu lu rasa annoying lu tampal aje masking tape kat tv lu :)
itu update plet no kereta terkini kat jpj, kalau mcm NEM21, maknanya kat negeri sembilan sekarang dah masuk NEM 21...kehkehkeh!
mana logik nak mengesan klon kad sampai semua TV terbabit...itu hanya cerita rekaan pihak atasan astro kepada para pekerja mereka..rasanya itu adalah tanda isyarat serta kod kod sulit dari pihak berkuasa kepada ejen-ejen mereka di seluruh negara...(mungkin sesuatu yang lebih besar sedang berlaku diluar sana?)
tapi kalau tanda petak kuning atau bulat...memang sahih hujan dah turun..
Oleh kerana itu penjelasan babazahra itu memang boleh diterima pakai...masalah hujan pun mereka tak boleh nak selesaikan lagi..inikan pula masalah klon kad.
nombor-nombor tu bermaksud menyuruh anda supaya memastikan decoder anda berada di dalam keadaan standby jika tidak menggunakannya. sekian.
konspirasi my skeptic beautiful mind tu pon boleh diguna pakai juga kot.
tambahan. dia suruh standby sebab mahu meletakkan service2 lain ke dalam dekoder anda...
macam tu la khabar angin aku dengar.
aku jarang tengok astro. and bila aku switch on tv, aku perlu re-memorise channels. bodo la.
ada org britahu, kalau dah keluar kod-kod tu maknanya dah nak keluar iklan.
lepastu saya check, mmg sah, selang 2minit iklan. selang 2minit iklan.
tapi skarang kadang2 ada gak selang 10 minit baru iklan. cheit.
and btw, setuju dgn futuna. channel dgn nombor baru mmg hampas. menu 100 tu menyusahkan lagi adalah.
teori iklan x bley pakai bang
sebab time bola live dia paling banyak keluar...sebab apa lu tahu?
kedai mamak n kedai siam paling banyak guna kad klon. diorang malas nak subscribe harga tayangan awam.
alahai no tu banyak kali keluar last season gua tengok man utd selamba aje jadi champion EPL xde kacau pun (apa yg gua carut nie?)
can't agree more, mmg samdol btol cenel list yg baru ni. gile berserabut. mana tinggi sgt iq aku nk hafal no. angka beratus2 ni.
btw, aku baru menjenguk ke sini. very nice!
babazahra... mana nak dapat kad klon? aku pon nak satu la aku rasa.
AKu baru komen tadi dlm entry ko pasal pompuan ampang. Itu first entry ko yg aku baca selepas terjumpa blog ni hari ni.
Aku komen ikut apa yg aku rasa.
Aku tak berhenti kat situ, aku baca semua yang boleh.
Aku nak cakap ko agak jujur orgnyer.
Mungkin aku takkan setuju dgn semua apa yg ko cakap sebab ada sifat2 ko tak elok utk diikut, tapi aku respect sbb ko jujur.
Aku akan terus membaca sini.
Siber-
Nobody is perfect, tapi aku tak peduli.
my skeptic beautiful mind-
yes its all another conspiracy theory. mind control anyone?
kenapa mamat astro tu komen tempat lain? dia manusia klon kot...
Aku dulu ada belajar satellite comm., jadi aku pun nak cuba jawab.
Nombor-nombor tu mewakili koordinat dan azimuth dan entahapaapabendaentah tentang kedudukan satelit Measat (mai sat?) dan tudung periuk nasik yang kat luar rumah/kondo/setinggan/kedai mamak korang. (sorry, aku cuma pass paper tu, cukup-cukup makan je).
Ataupun, suatu random number generator untuk lihat nombor yang naik dalam cabutan Magnum setiap hari Rabu, Sabtu dan Ahad. Kan company Astro tu dimiliki oleh orang yang sama?
salam,
kt kedai mamak bawah office aku siap tampal salotape lagi kt nombor durjana tu
adik aku pernah wat teori semi-bodoh (dia darjah 4)
"abang, mungkin nombor ekor yang pak mail beli kot"
aku bingung sambil garu2 ketiak aku
LOL
owh..ingatkan rumah aku jer tibi astro ader keluar nombor-nombor pelik
maybe nombor tuh first prize kat magnum kot...
dengar kata ada yang dah menang ....wakaka
Member aku ramai keje ASTRO,dorang cakap tu kod gaji dorang bila nak keluar.
Kau patut jadi penasihat kepada Menteri Wanita dan keluarga,aku pun tak tahu sebab dia macam deskrepsi wanita ampang kau.
Aku rasa sikit hari lagi ada rancangan melayu ala-ala num83rs.Slum83s pula.Kau tulis skrip.Haha.
Pengacau,penyemak dan channel baru memang menyusahkan.Mungkin nak jadikan orang-orang tua kat negara ni membaca 3 angka pula.
lucius maximus - teori kau aku paling suka sekali...
MM - kalau kau nak padamkan nombor tu ada cara dia. Tekan menu, pilih installation set up, tunggu sampai signal bar mencecah 101% atau signal bar bertukar warna hijau kebiru-biruan, lepas tu tekan OK. Kalau tak boleh, tukar satelite dish kau dengan Tefal non stick frying pan yang baru.
Nasib baiklah aku tak subscribe Astro kerana:
1. Takde le annoying dek nombor yang korang dok bincang ni. Selamat tv aku daripada di selotape.
2. Takyah pening2 hafal nombor2 channel yg korang dok bincang ni.
3. Takyah maki hamun bila hujan turun, tv anda jadi cermin muka untuk picit jerawat batu.
4. Takyah bayar lebih, bleh simpan dalam tabung
:)
banyaknya teori. kamu semua memang bagus. pastikan semua mengundi bila musim mengundi nanti.
menurut komen yang disalah tulis di nukilan lain, nombor-nombor tersebut adalah untuk mengesan kad yang diklonkan.
tapi takda cara lain ke? gila annoying, k........
Sapa tau cerita Salsa Muay yang ada dialog "Saya sebenarnye dilahirkan di Malaysia, tapi dibesarkan di Mexico..." sekarang kat chanel berapa?
104 ke?
assalamualaikum wr. wb. =)
kene tambah satu lagi la, kat indonesia pun dah ada astro =)
wassalam. =)
owh..minta maaf krn dah delete my 1st comment ;)
maafkaaaan..
dude..
nombor tu utk detect kad ko klon or whatever..
so setiap berapa minit dia akan hantar code2 tu...
chow
salam.
ni jwpn sebenar.
setiap akaun mempunyai kod unik yg tersendiri.
jd, kod 3 aksara yg terpapar kat tv tu lain2 bg setiap akaun.
ianya digunakan utk trace org yg rakam siaran astro, pastu jual jadi vcd/dvd cetak rompak.
care nak trace. amek 3 kod unik 3 aksara tu, pastu trace kat akaun astro. tangkap. beres.
kita dibenarkan rakam. tapi tak bleh jual.
Catat Ulasan