Selasa, Oktober 16, 2007

Nukilan Pasca Raya.

Setelah penat mentekedarah lontong dan ketupat berkuahkan lodeh dan rendang daging, setelah penat menonton filem Melayu yang baru masuk pangggung tahun lepas dan rancangan Raya tak seberapa dengan Aznil Nawawi, aku kembali.

Keadaan trafik ketika pulang ke kampung (bukan kampung pun, tapi bandar kecil yang sekarang mempunyai 2 pusat membeli-belah yang besar) dan kemudiannya pulang ke Kuala Lumpur memang teruk, membuatkan aku tersangkut belakang kereta pacuan empat roda yang besar dan Kancil kecil yang semuanya penuh dengan pemandu yang tak sabar untuk ke tandas. Jadi, memang cukup masa untuk aku memikirkan apa yang aku perlu tulis hari ini.

Aku cuma ada tiga pemerhatian kali ini, yang pada firasat aku, betul-betul membuatkan Raya aku benar-benar berbeza.

Yang pertama, Astro saluran 588. Ya, saluran Angkasawan kita. Jika tahun-tahun sebelumnya Malam Raya dipenuhi dengan suara sumbang superstar dari Felda Taib Andak (ya, aku mempunyai saudara-mara di sana, tapi semenjak dua menjak ini jarang ke sana sebab banyak kereta beratur untuk ke Teratak Bonda) tapi tahun ini agak berbeza.

Seluruh keluarga aku, yang telah penat membuat persiapan telah berlonggok di depan televisyen untuk menyaksikan pesawat angkasa Soyuz berlabuh dengan International Space Station (ISS), nun jauh di angkasa. Memang agak surreal, tapi menarik. Agak lama juga kami sekeluarga menunggu waktu Dr SMS (ya, keluarga aku memanggil Angkasawan Pertama kita Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sebagai Dr SMS) untuk masuk ke ISS, dan memang sungguh mengujakan bila kami dapat melihat visual-visual pertama ketika pintu ISS di buka dan ketiga-tiga angkasawan Soyuz secara bergilir-gilir masuk ke dalam ISS.

Tapi kan, apa yang kelakar ialah ketika conference antara Bumi dan ISS. Aku tak tahu sama ada kamu semua perasan atau tidak, tapi Dr SMS memang kekok dan kelakar di zero-gravity. Lihat sahaja video ini.



Kalau anda dapat perhatikan, angkasawan-angkasawan lain semua maintain cool. Alah bisa tegal biasa, mungkin. Angkasawan yang berada di belakang Dr SMS terpaksa meletak tangan di atas bahunya agar Dr SMS tidak melayang. Perhatikan juga ketika Dr SMS sedang bercakap, seakan-akan badannya tidak dapat dikawal dan bergerak lebih-lebihan, juga perhatikan riak muka kapten wanita Soyuz yang seakan-akan menahan gelak ketika semua ini berlaku. Mungkin dalam hatinya sedang berkata, "Apalah mamat ni. Melayang aje..."

Memang kelakar jika kamu perhatikan betul-betul. Satu keluarga aku ketawa. Kami cuma menunggu saat Dr SMS berkata-kata sampai terbalik, kakinya ke atas dan kepala di bawah, sambil diperhatikan oleh anak kapal lain. Malangnya tak berlaku.

Apa-apa pun dia best. Orang beraya di atas Bumi dia beraya di angkasa lepas. Syabas!

Satu lagi pemerhatian aku, ketika aku di dalam kereta bersama abang aku ketika menuju ke masjid untuk bersembahyang di pagi Raya. Sebelum itu, aku ingin katakan yang dari Abang akulah aku kenal macam-macam band yang bagus. Macam Depeche Mode, The Smiths (band asal Morrissey), The Sugarcubes (band asal Bjork) dan macam-macam lagi.

Tapi pagi itu, ketika aku masuk ke dalam keretanya, dia telah memasang pemain cakera padat keretanya, dan keluarlah satu lagu ni. Ketika nota-nota pertama keluar, aku rasa aku memang kenal lagu ini.

Nak tahu lagu apa?

"A Shoulder To Cry On" dendangan Tommy Page.

Aku berfikir, mungkin cakera padat kepunyaan isterinya. Yang memang cukup suka dengan lagu pop. Tapi kemudian, dengan tidak disangka, abang aku telah menyanyi bersama lagu tersebut. Menyanyi beb, lagu "A Shoulder To Cry On".

Apa lagi tolak markahlah. :)

Yang terakhir, aku ingin katakan aku suka filem Indonesia 'Berbagi Suami' yang disiarkan masa Raya. Filem terbagus untuk Raya. Nombor dua 'Pirates of the Caribbean: Dead Man's Chest'. Filem lain yang aku rasa aku nikmati adalah 'Zombi Kampung Pisang', (secara jujur, si pengarah Mamat Khalid mungkin seorang genius lawak Melayu. Syabas! Tapi mungkin sebagai penulis, bukan sebagai pengarah) dan filem Indonesia satu lagi, 'Apa Artinya Cinta?' sebab perempuannya semua seksi, termasuk ada satu adegan pelakon perempuan Shandy Aulia (lihat gambar) berpakaian dress putih, basah lagi. Aku suka! Comel dan genit! Ada sesiapa sudi menghantar pautan ke torrent filem tersebut?

12 orang ada pendapat sendiri:

nurulazreenazlan

"i'll be there, i'll be your friend to rely on. when the whole's world's gone, you won't be alone, coz i'll be there..."

ahah tommy page. i was a big fan of him masa darjah tiga dulu.

hey i was 9 ok? please don't judge me, hehe.

.layla tumaisuri.

hoho..Dr SMS nye family was here to celebrate Eid Mubarak with us and at last, Ambassador of Malaysia treat us with delicious delicacies just because there were sooo many cameraman & VVIPs.. haih..

neway, like reading ur entries!
link urs in mine!

Tanpa Nama

haih..
org lain kat iss tu kan dh 6bln ++ dok atas tuh.. mmg laa biase.. dr sms baru je jejak kaki situ, no wonder laa dia mlayang2. kalo u pegi pn, komfirm u pn cmtuh jugak..

nerdfreak

mungkin aku bukanlah rakyat malaysia yg boleh dibanggakan pasal aku sikit pun tak pedulik pasal kejadian bersejarah bebaru ni.. atleast yet. mungkin pasal dah jadi habit tak suka pegi ke tempat yg crowded akhirnya terbawak ke tidak minat utk menjadi 'antara jutaan malaysian' yg mengikuti sejarah tersebut. mungkin lepas dr.sms dah balik ke bumi, and all the hype dah slow down baru aku carik semula semua 'collectible footage' utk dijadikan playback kat pc aku nih. tetapi terdetik jugak dalam kepala, macam mana agaknya a full grown naked body (man or jenny mccarthy type of women) float in zero gravity? will 'it' hang or float?... huuuu

link torrent takde la encik, tapi kalau nak juga boleh amik kat sini : http://www.indomp3z.us/showthread.php?t=11542&highlight=apa+artinya+cinta (altho aku tak rasa boleh diakses klu tak register kat site tuh).aku pernah tanya sorang dua indonesian leecher pasal torrent. kenapa aku agak susah nak jumpa torrent site indonesian. diorang cakap kat sana connection tak berapa stabil lagi. hmm ntah la...

Leen AshBurn

Your brother suka Depeche Mode and the Smiths? I liiiike. Tapi married?? Bummer.

Taichee~@!

hahaha

komfem tolak 50 markah bro! dari depeche mode ke tommy page yg faggot. muahaha

neway, aku penah cerita pasal berbagi suami tuh. plot menarik. tapi aku tak review movie dia. cuma dari segi perspektif cemana aku lihat berbagi suami tuh.

heh.
http://taicheeviews.blogspot.com/2007/01/berbagi-suami-part-1.html

Mohd Hazreen Rashid

aku tengok berbagi suami kat panggung masa mula2 main dulu...
not by second choice tapi memang ke panggung utk menonton filem itu dan filem itu sahaja...
that movie kicks ass...

Tanpa Nama

kau rasa,bila kau in his shoes,ko boleh handle zero gravity tu dan maintain cool macam otai2 lain ke?pffft.

Tanpa Nama

aku ingat aku sorang jer yg perasaan pasal cosmonaut kita tu.

first time aku tengok teleconference Dr SMS, macam sotong la pula.

Apa-apa pun, mari gelak ramai-ramai. haha

Melayu Minimalis

aku bukan blogger-
kan kankan kan?

Anyway good job Dr SMS. what's life without gurauan kan?

Tanpa Nama

life is a joke. but it is a joke that sometimes i don't laugh at.

Raudha Husain

Melayu minimalis,what do you say about this?

snippets from an Australia newspaper:
"Next year, a Malaysian astronaut will go into space aboard a Russian rocket-the first Malay in space. And the cost? RM95million ($A34.3million), to be footed by Malaysian taxpayers. The Science and Technology Minister has said that a moon landing in 2020 is the next target,aboard a US flight. There's no indication of what the Americans will charge for this, assuming there's even a chance that they will consider it. But what is Malaysia getting by using the space programs of others as a taxi service? There are no obvious technical benefits, but no doubt Malaysians will be told one again, that they are "boleh". The trouble is, they're not. it's not their space program." (2007)

P/s: i personally believe, it's a good thing that we've started having representatives to space. It's not just about fame. When i was in elementary school, i remembered writing 'doctor,teacher,and police' under the column 'Ambition', since they were common those days.I'm pretty sure nowadays, schoolkids will start dreaming to be astronauts when they grow up. The reason is, somewhat has proved that he can,indirectly making way for our chidren to, err..at least dream.

"A thousand miles journey,start from a single step".