Kenapa Kita Dijamin Lupakan Peristiwa Lalu.
Malam tadi aku telah menonton saluran 731 Astro, iaitu saluran BBC Entertainment. Secara lumrahnya tiap-tiap malam sabtu aku akan menonton saluran ini, kerana tepat jam 10.50 malam ke atas dua rancangan kegemaran aku akan ke udara, iaitu 'Later With Jools Holland' dan kemudiannya 'Sound Of The 70s'.
Kalau kamu tak tahu 'Later With Jools Holland' merupakan satu rancangan muzik di mana artis-artis ternama dunia mempersembahkan muzik mereka secara live dalam satu studio. Malam semalam sahaja, Dr. John, Franz Ferdinand, Gnarls Barkley dan Snow Patrol telah membuat persembahan. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu memang band-band yang diketengahkan semuanya hebat-hebat belaka, dan aku memang tidak ketinggalan untuk menyaksikannya tiap-tiap minggu kalau boleh.
Tapi itu bukan sebab nukilan aku hari ini.
Sebab utama adalah rancangan yang ke udara selepas 'Later With Jools Holland', iaitu 'Sound Of The 70s'. Sebelum itu aku tekankan di sini, stesyen televisyen BBC di United Kingdom, kiranya macam saluran RTM di sini. Saluran kerajaan, dan mempunyai sejarah berpuluh-puluh tahun dalam bidang penyiaran tv dan radio. RTM juga, jika anda tak tahu, sudah mempunyai sejarah penyiaran setengah abad.
Jadi sudah tentu BBC, dengan sejarah penyiarannya, mempunya arkib siaran yang amat besar. Siri 'Sound Of The 70s' mengenengahkan sedikit dari arkib-arkib tersebut, iaitu arkib persembahan secara live band-band dari era 70an. Memang agak teruja sebenarnya menyaksikan band-band dari era 70an tiba-tiba muncul di kaca tv anda, dengan kualiti visual dan audio yang amat baik, hasil penyimpanan arkib BBC (yang merupakan salah satu arkib penyiaran terbaik di dunia) sejak dari dulu lagi.
Malam semalam umpamanya, merupakan edisi punk 70an. Banyak band-band 70an kegemaran aku seperti The Clash, The Stranglers, The Undertones, The Jam, Siouxsie and the Banshees dan Joy Division telah keudara, semuanya masih muda (Paul Weller macam tak berubah dari tahun 70an) dan masih bernyawa (muka dan nada melankolik Ian Curtis ketika menyanyikan lagu 'Transmission' bersama Joy Division memang menjurus ke sifat suicidalnya).
Apa lagi, aku memang suka lah, satu jam aku menyaksikan rancangan tersebut melihat band-band dengan ahlinya mungkin lebih muda dari umur aku sekarang, yang semuanya telah menjadi lagenda-lagenda muzik zaman ini.
Tapi, aku nak tahu, di Malaysia ini, kita ada arkib tak? Aku tahu TV3 ada menyimpan sedikit arkib penyiaran mereka, terutamanya dari rancangan Muzik-Muzik awal tahun 80an, tapi RTM bagaimana?
Dah 50 tahun bersiaran, tapi jarang aku lihat siaran rancangan tv dari tahun 60an, 70an atau 80an. Filem-filem P. Ramlee dan siri filem 'Esok' Jins Shamsuddin tak kira. Bukan kita ada 'Bintang RTM' dahulu ke? Dan tak silap aku kita ada banyak rancangan terbitan RTM dahulu, terutamanya dari zaman siaran hitam putih, (ya, aku sempat menonton tv hitam putih) dari rancangan hiburan hingga ke rancangan kanak-kanak, macam rancangan 'Cumi Dan Ciki' yang ada aku sebutkan dahulu.
Aku (dan aku pasti ramai lagi) ingin melihat dunia penyiaran kita masa lalu. Dari segi muzik, fesyen, orang-orangnya dan banyak lagi. Betul tak?
Mesti arkib (atau stor simpanan) RTM penuh dengan kaset-kaset video dan filem yang habis berkulat dan berlapuk.
Tak ada orang ingin mengambil inisiatif memelihara apa yang telah disimpan dalam bilik-bilik bersawang dalam bangunan RTM tu ke?
Ataupun RTM sampai sekarang telah mengambil langkah berjimat dengan menggunakan semula pita-pita rakaman dari dulu sampai sekarang? Mesti ada yang terselamat. Iklan makanan snek Mat Sentul ke, siaran berita Rangkaian Satu dari 1972 ke... Takkan tak ada langsung? Takkan tak ada kontraktor kerajaan yang ingin mengambil tugas ini dan meminta duit berjuta untuk memelihara arkib ini? Kalau aku ada lesen memang aku dah ambil dah kontrak ini, lepas tu minta RM10,000 untuk setiap jam video yang dipelihara.
Eh, kalau ada kontraktor kerajaan yang terbaca nukilan ini dan betul-betul buat, potongan aku hanya 25% dari nilai keseluruhan projek ya?
26 orang ada pendapat sendiri:
bagos tol la blog nie....
ngko sker kumpulan cake x??
Hahaha tak pasal pasal tanya pasal kumpulan Cake.
aku baru baca tulisan2 ko..
well,aku rasa ko ni kuat memerhati
laa n bfikir...aku suka..hehehe
then yg pasti ko ada knowledge ttg
aper ko tulis...tu yg bagus..
good job..then aku suka taste muzik ko..
hehehehe...
well aku rasa nak kongsi sket aper yg aku rasa meluat time baru2 ni...
ko mesti pernah layan buffet kan??
heh..
aku rasa org melayu kita ni kena blaja laa adat makan buffet...
maybe dorg tak tau pon maksud "take less,but more often" kot..
ambik makanan macam giler banyak macam setahun kebulur..
pastu beratur panjang2,berebut2...
azan jer,fuh...macam kena rasuk!!
huh..
aper yang aku paling menyampah,makanan yg dorg ambil tu tak abis makan pon!!what a waste...
ha one more...
gadis2 tudung yg menggelikan!LATELY NI AKU SKEPTIKAL SGT PASAL ORG PAKAI TUDUNG YG BODOH...DEPAN MAK AYAH,PAKAI...NAK KATE BLAJA SKOLAH OMPUTIH,TAK JUGAK...BLAJA SEKOLAH2 AGAMA,MAAHAD,UIA...JUMPA BOYFRIEND CABUT TUDUNG...SELUK SANA SINI..ADA LAGI BIJAK, AMIK GAMBAR, VIDEO, PASTU PASTE KAT INTERNET...
AKU RASA ORANG2 BODOH CAMNI LBH BYK DOSA DARI ORG YG FREE HAIR...YE LAH,KO PAKAI TUDUNG,PASTU LENGAN PENDEK,PASTU PAKAI SUAR NMPK SPENDER...PELOK2, GELI2 NGN BOYFRIEND..EEE...JIJIKLAA AKU TGK..NAK BUAT PON BLAKANG2 LAA..TAKYAH LAA TUNJUK KAT PUBLIC...MELUAT DOWH..BAEK KO TAKYAH PAKAI TUDUNG,BUAT MALU ORG YG PAKAI TUDUNG JER..
APER MOTIF SEBENAR KORANG PAKAI TUDUNG TAPI BUAT MENDE2 TAK SESUAI & BODOH TU??
PURA2??
NAK COVER PERANGAI BURUK??
FESYEN??
TERPAKSA??
WAIT,AKU BKN ENCOURAGE ORG SUH TAK PAKAI TUDUNG OK...
TIDAK SESEKALI!!
AKU PON BUKAN BAIK BENOR...
AKU YAKIN SETIAP SURUHAN YANG ATAS TU WAJIB KENA IKOT..
JUST SKANG AKU SGT2 MENYAMPAH NGN ORG2 TUDUNG YG BODOH..
ADA OTAK,TAPI KURANG NAK GUNA..
ATAU BUAT SEMUA NI SEBAB SAYANG EH??
huh...
FUCK IT!!
hehehe...emo kan aku??
peduli aper aku...
hehehe
kemana agaknyer hilang cite2 kartun sang kancil dgn buaya,monyet yang tak dengar kate tu semua ekk...
Bukan ke semua bahan media kena simpan di Arkib Negara. Situ ada la kot.
R - rehat
T - tidoq
M - makan
baguih noo posting ang!
-cikgu yang bukan cikgu
cakap pasal arkib.. aku rasa pendekatan siaran rtm sebelum tahun 90'an lebih cnn dari sekarang... aku sampai skang masih teruja dengan program rentetan peristiwa mamali (aku yg tak pandai nih, tak reti plak nak label tuh dokemntari ke atau live coverage yg di compile jadi himpunan visual berita). agak komprehensif coverage dia. walaupun waktu tuh aku kecik. tapi segala footage dalam siaran tuh memang 'kaw'. dan takkan kita nampak kat siaran tv biasa lagi. atas sebab menjaga sensitiviti penonton (dan byk lagi sebab yg malas anak dielaborate)
dan percaya atau tidak, satu masa dulu, subtitle text kat tv bukan la alih bahasa dari percakapan/dialog pelakon, tapi lebih kepada penjelasan perbuatan karekter/scene. tak sure bila period subtitle camni tapi aku ingat pasal time tuh aku tengok movie spiderman dgn captain america. sangat klasik period tuh. hahaha
oo dan aku sangat hangin asal pukul 5.30petang je akan kluar iklan terpaksa (label Siaran Tergendala Sebentar) sampai pukul 6pm++) dan terus disambung semula siaran denga berita. ganggu kualiti time aku dengan tv je...
anonymous-
aku suka Cake yang satu lagu tu jer lah.
bul-
aku setuju pandangan kamu. baik buka tudung.
nerdfreak-
aku sempat tengok peristiwa Memali tu kat RTM dulu. Memang bagus liputannya.
frossonice-
aku tahu. tapi nak dapat access kat situ memang susah. tapi aku tak tahu arkib video mereka camna...
rtm ade perpustakaan diorang, tapi nak mintak footage punye la liat. kalau ade cable senang aa... hulur je duit.. dapat aaa.
filem negara punye arkib pon bole tahan... footage 2 saat dia jual rm2 ribu... huhuhuh gile babeng.
seperti kau... aku pon sangat-sangat suka menonton video-video lama. tengok fesyen diorang masa tu kelakar gile.
aku harap rtm dapat siarkan balik polis angkasa gaban.
selalunya dulu keluar dalam "Hari ini dalam sejarah" pasal peristiwa lama-lama, tapi sekarang aku tak sure masih ada ke tak rancangan tu.Simpanan film or tape kat arkib tu dah berkulat-kulat dah,aku ingin sangat nak tengok cite Incredible Hulk yang lama, pastu cartoon Mask(bukan the mask jim carey tu), dulu cite-cite lagi gempak..tidak termasuk Hikayat Hang Setia..hehehe
noted, will try to work something out with RTM.
anonymous-
yes yes! aku nak tengok live performances band-band lama atau penyanyi lama. from the 70s ke... band macam sweet charity, black dog bone, alleycats yang old school.... ataupun mungkin gandingan hail amir ngan uji rashid. kalau ada footage pop yeh yeh asli dari tahun 60an lagi bagus!! :)
Ala, tak perlu la kau tengok arkib-arkib RTM tu.
Itu semua nostalgia. Kan elok kau layan astro yang ada beratus-ratus channel tu. Hehe.
Jangan lupa tengok channel kegemaran aku, Channel 211. Very colourful. Haha.
kura-kura : tak boleh monyet, kita tak boleh makan benda tuuu....
monyet : aku tak peduli, aku nak jugak! aku nak jugak!
ini adalah sedikit sedutan dalam salah satu kartun2 di tv pendidikan kalau tak silap aku.
Heheh,
aku delete post kat atas tapi takpe ni ha aku tempek yg fresh punyer.
MM dearest!
Archiving in Malaysia was shitty. That was before derang ni pakat ramai-ramai mengimplementasikan ISO9001:2000 (sbb kena wat dokumen and simpan lam arkib).
Pray tell if derang yg ske Rehat Tido dan Makan itu ada lagi ke simpan apa yg ko nak tgk tu, ATP?
Sejarah Malaysia pun ada yg dah disembunyikan dan diterbalikkan? hehehe...
Hari tu ada movie Tiada Esok Bagimu lakonan Idola aku, Noorkumalasari yg vogue de vass. Aku rindu nak tgk movie2 lama cenggitu. Ranjau Sepanjang Jalan? Heh aku dengo dah kena ban sbb Shahnon Ahmad takmo ikut aliran Gomeng. padahal plot n garapan movie dia sungguh wallah! (Jaman sekarang ni, aku ske ceta2 unstereotype mcm Yasmin's or Lelaki Komunis Malaya ke hape..tapi takut nak suh Org Mesia ni berpk ke apa, diban ceta tuh!)
Ini tak! Hari Raya Pertama jek tgk cerita dumb ass Si Razak Mohaidin! Tah berapa dia sanggup bayar ek? Lame ass giler babi. Babi punya ass pun tak lame cam ceta tuh!
whoops!
http://gadiscelupan.wordpress.com/
...Aku suka dengan cerita-cerita dongeng Sang kancil dengan buaya, burung gagak yang mengisi pasu air (I harap rasa botol kut) dengan batu dan seekor kera yang memakan cili...
Kalau tak salah... animasi comel ini dikeluarkan oleh RTM, Masa RTM masa mental ok sikit! Adalah kualitinya!
Sekarang tak usah cerita, lebih dengar radio atau surf Internet - baca blog "Aku tak Peduli"!
PJ Holding... aku tak ingat citer tuh tapi nak sebut jugak.... hahaha
tapi aku ade terpikir gak.. klu ade restoration process.. agak² brape dvd utk satu season tuh?
dan yg pastinya aku sampai skarang tak tau ape yg best sangat pasal oshin.. huhu
aku baru ingat satu benda ni.
Intisari Rancangan. sekarang pun ada lagi kat RTM, tapi dulu2 punya mesti ada suara yg bacakan apa siaran2 yg akan tayang dari petang sampai malam tu. kalau tak salah, ada satu masa tu, siap muncul sorang pengacara pompuan tu bagitau apa siaran2 cerita utk hari tu, macam baca berita gitu, tapi just utk announce kan rancangan je.
sebelum mula setiap rancangan pun akan ada suara keluar bagi tau apa cerita yg akan keluar, contohnya suara dia: "baiklah saudara, sekarang marilah kita saksikan rancangan Tayangan Gambar Melayu dengan filem berjudul...."
haha, zaman tv takda remote control.
Dude,
I've been reading your blog now for a couple of months and somehow got hooked..I'm pretty sure a majority of ur readers would hv had a similar experience. I've always hated reading materials written in B.Melayu but ur blog made me change my perception.
My question is:
Do u think that english would become a national language for us urban malays? or is B.Melayu making a comeback?
What made you start writing in malay? and now do u prefer writing in malay or english?
ps: sorry i had to post this here i can't seem to find ur email add.
Cheers,
Syok Lebih
anonymous-
thanks for the kind words.
to be honest the main reasons why I'm writing in Malay is because of the kind of audience I hope to target. It's pretty pointless to write in English knowing that most of the people who would end up reading it are people who would know what I'm writing about.
If in Malay, the chances of me reaching a wider local audience would be bigger, and as you can see from the comments, it's sorta working at the moment.
english is still my first language, I'm still learning to write in Malay without it sounding like one of Anwar Ibrahim's Budget reports which was filled with words that people never use anyway...
thanks again!
MM where are you? it's been 3 days! haha. ATP dah ade fanbase yg aktif.
thank you for answering my questions..keep up the good work..
Btw do u hv an email add for further questions? or do i continue posting it here?
Cheers,
syoklebih@gmail.com
Anonymous-
Sure just leave your comment here unless if it's really important.. Like you, I wish to remain anonymousfor now.
nerdfreak-
aku ingat lagi cerita tu. Puspa Jaya. Kisah orang miskin yang inginkan duit sebab anak mereka sakit tenat. Tapi malangnya anak mereka mati setelah semua duit dikumpul, dan dengan duit yang dikumpul mereka telah membina empayar perniagaan. Selamba jer guna duit orang.
Lagi yang aku ingat ialah 'Opah' (ada Aziz M Osman berlakon jadi Burn. Nama sebenar Bakar. Khatijah jadi Kathy) dan Anjang Aki. Semua penerbitan berkualiti RTM.
Anonymous-
melayuminimalis@gmail.com!!
Yep. Zaman artists lelaki rambut panjang kene sorok dalam kolar baju.
Tapi yang aku paling nak tengok balik ialah band Kembara, mungkin dalam Hiburan Minggu Ini, kalau tak silap. Time tu M.Nasir nyanyi lagu "Kolar Biru" terloncat2 ala - ala Bob Marley. Ade mimik Joe Strummer pun ye jugak. Kalau dapat tengok balik memang best!
Kerja...kerja...kerja...
Kolar...Kolar....biru! Aku bekerja!
Lagu working class abis! hehehe
Catat Ulasan