Jumaat, Oktober 26, 2007

Benda-Benda Yang Aku Tahu Kita Boleh Buat Lagi Bagus.

Kadang-kadang aku selalu terfikir, kita terlalu memberi perhatian kepada benda yang remeh temeh, sampai benda-benda kecil yang sepatutnya diberi perhatian terbiar. Kita terlalu mengagung-agungkan pencapaian kita, hinggakan kita pejam sebelah mata ketika timbul isu kelemahan kita.

Kalau di Malaysia ini, selagi ia tidak melibatkan kehilangan nyawa (tanah runtuh, feri karam, dan macam-macam lagi, kamu mesti tahu), memang kita tak peduli.

Macam aku tak peduli. Tapi sebenarnya konteks penggunakan ayat 'aku tak peduli' di sini berbeza dengan konteks penggunaan yang di atas ni. Aku tak peduli dengan pendapat 'kau', tapi aku peduli pasal banyak benda lain. Tau!

Jadi, untuk hari ini, ialah perkara remeh temeh yang aku rasa Kita Boleh Buat Lagi Bagus. Aku tak kisah kamu dah ambil ikrar 'Akujanji' ataupun tidak, tapi aku rasa kita boleh buat yang lagi bagus. (Ok, ok aku berjanji ini nukilan terakhir pro-kebangsaan-nasionalis aku. Lepas ni aku cerita lebih banyak pasal maksiat, bikini, arak dan kemaluan.)

1. Sarikata.
Aku nak tanya sikit, orang yang bekerja buat sarikata ni faham tak bahasa asal yang mereka alihbahasakan tu? Contohnya, tadi aku baru sahaja menonton TNA Wrestling di Astro. Aku minat gusti, tapi siaran TNA Wrestling memang 'potong' (berbanding siaran WWE RAW di Star Sports) kerana satu sebab:

Sarikata.

Contoh yang aku perasan tadi :
"You lay down. Take a dive."
"Baring di sini. Terjun."
(walhal maksud sebenarnya ialah 'kamu bertenang, buat hal sendiri jangan kacau orang lain.')

"...his high-risk maneuvre offense.."
"..kesalahan berisiko tingginya.."
(maksud sebenar: 'pergerakan berisiko tinggi' lah, bahlul. Sila perhatikan perbezaan offense dan offence, terima kasih.)

Sedih betul. Sampai nak ketawa pun ada.

2. Pemprosesan Dokumen.
Baiklah, aku kagum dengan Imigresen Malaysia. 2-3 jam untuk passport baru. Syabas. Tapi yang lainnya bagaimana? Sampai bila kita nak isi borang berhelai-helai, dengan lampiran A + B + Z1 hanya untuk berurusan dengan kerajaan? Bukan itu semua fungsi MyKad ke?

Di Amerika tiada pun MyKad tapi urusan semua mudah sahaja. Mungkin.

3. Pembelanjaan Wang Rakyat.
Memang patut 5 orang tu diangkut BPR tempohari. Ada kah patut belanja beribu-ribu ringgit untuk kamera digital. 3 megapixel pulak tu. Dengan harga dibayar memang boleh dapat kamera DSLR 10 megapixel.

Memang patut lah ramai tak nak bayar cukai... Nasib baik program Angkasawan kita percuma. Beli jet dapat naik ke angkasa percuma. Memang tawaran terbaik abad ini. Aku rasa sebelum kita pandang ke angkasa kita perlu pandang ke belakang rumah, tepi jalan, kelas di sekolah, dan macam-macam lagi.

4. Program Memupuk Kesenian.
Terus terang aku cakap, dengan zaman globalisasi sekarang, istilah 'budaya kuning' atau 'budaya subversif' amat subjektif. Tak perlulah kita nilaikan dari rupa (rambut panjang ke, seluar labuh hingga ke punggung ke...) tapi pada aku segala hasil seni kreatif adalah kreatif. Baik dari segi muzik, sastera, puisi, filem/video, seni lukisan, tarian. Semuanya kreatif, dan semuanya membantu taraf kekreatifan kita. (Kekreatifan?)

Aku hairan kadang-kadang, kenapa ada golongan yang masih menganggap kita mentah dan tak pandai membezakan yang baik dan yang buruk. Yang kita masih terlalu sensitif dengan perkara yang berkaitan agama, seks, mahupun politik. Kita semua dah bijak pandai. Ok, mungkin bukan semua tapi aku pasti bilangan yang bijak pandai di kalangan kita mungkin lebih ramai dari dahulu, bukan?

Kalau budak 15 tahun sekarang tidak lebih matang dari budak 15 tahun 10 tahun lepas, memang sah ada kesilapan dalam sistem pendidikan kita. Budak 10 tahun lepas tiada internet, tiada Astro, tiada iPod. Kalau kita diukur berdasarkan mentaliti kita 10 tahun lepas, memang kita jauh ketinggalan di arena globalisasi.

5. Tingkap Pintu Proton.
Aku tak payah cakap pun semua dah tahu. Al-kisahnya aku dahulu pemilik sebuah kereta Proton. Tahan dua tahun sahaja. Memang pelaburan paling teruk dalam sejarah hidup aku. Aku tak kisah ada teknologi Lotus atau Mitsubishi atau Renault, tapi apa yang keluar dari kilang kamu adalah tanggungjawab kamu untuk memastikan pemantauan kualiti yang terbaik. Bukan tingkap sahaja, kualiti secara keseluruhan lah.

Tak malu ke tengok Jeremy Clarkson selamba aje kutuk Proton Savvy dalam rancangan Top Gear? Haiyah.

Aku malu beb. Contoh perbualan yang mungkin berlaku.

"Oi, mate! So which part of the world do you come from, aye? "Yes, please, I am froms Kuala Lumpur, in Malaysia..." (English terabur sket..) "Ahh.. That's where they make them not-so-savvy Proton Savvies aye?"
*tutup muka*

Sebenarnya kan, aku rasa nukilan-nukilan terbaru aku ni macam lebihkurang sahaja. Bosan. Terus-terang aku katakan di sini, aku memang tidak minat dengan politik, atau ahli politik. Tapi aku minat dengan sosiologi, malah memang cita-cita aku dahulunya ingin menjadi pakar sosiologi, sebelum minat aku berubah ke ilmu fizik nuklear dan perempuan berbikini. Aku dah tak suka model perempuan kurus berbuah dada besar dah... Che-wah.

Jadi, sebagai penyemarak semangat untuk hujung minggu ini, aku kemukakan satu soalan yang agak menarik, dan selalu membuat aku terfikir ketika berjam-jam aku menonton Discovery Channel dan Discovery Science. Siapa dapat jawapan terbagus boleh berpeluang belanja aku makan.

Kenapa orang Melayu tidak pernah di culik makhluk asing? Dan pada masa yang sama, kenapa Mat Salleh tak pernah dirasuk toyol/bomoh dari Siam/Jawa/dsb.?

42 orang ada pendapat sendiri:

nerdfreak

aku dulu ada satu teori "kenapa melayu (lepas tuh aku tukar kenapa melayu dan negara serantau) je nampak pocong, kenapa org arab tak nampak".. ia adalah disebabkan kuasa minda. saintis slalu claim yg manusia cuma pakai less than 10% brain power.. klu yg mampu guna lebih tuh slalunya adalah exceptional people mcm psikik atau pun yg ade kemampuan luar biasa mcm boleh lekat besi kat badan. katakan seorg manusia 'donate' seorang 1% kuasa minda utk percaya dengan pocong.. maka apa akan jadi klu 22juta rakyat malaysia (dan mungkin indonesia & brunei) 'donate' setiap seorang 1% tuh? maka akan adalah encik pocong tersebut. mungkin juga sy cuba relatekan teori fizik yg berbunyi seperti ini (lebih kurang) : jika ada seratus org kentut serentak, maka daya kentut itu boleh menumbangkan sebuah kerusi... entahlah...

kembali pada soalan, saya kurang pasti kenapa makhluk asing tak pernah culik orang melayu.. mungkin takde chemistry... lagipun org melayu lebih sinonim dengan makhluk halus.. makhluk juga bukan? omputeh tak pernah kena rasuk? ade teori mengatakan black magic macam santau tak boleh lepas laut. tapi bro, toyol boleh rasuk org ke? hmmm.. kena tanya encik bachok nih...

Siberkop

Orang putih ada jer kena rasuk per?

Exorcist tu.

Tingkap kereta proton mmg sux. Sila ke http://www.youtube.com/watch?v=LIuouwOijzc

Aku rasa ada banyak mende lagi yang orang kita(org Malaysia) boleh buat dengan lebih baik. Daripada cara buang sampah, cara memandu, bersenam.

Bosanla.

nerdfreak

tadi saya nak petik jugak pasal exorcist, tapi bila baca soalan lagi skali, MM dah narrow down subjek kepada bomoh siam, toyol dan omputeh... mungkin kalau kita letak ketiga² subjek nih di satu tempat, kita boleh tgk adegan rasuk...

alang² dah cerita pasal rasuk.. saya yang tak pandai ni nak bertanya.. hipnosis tuh sejenis rasuk jugak ke?

Yusmir Yusop

Aku rasa hipnosis tak sama dengan rasuk sebab aku dengar rasuk tu suatu entiti (jin mungkin) masuk dalam badan.Hipnosis tu cuma kuasai minda je untuk satu tempoh singkat.

Aku pun dapat rasa yang orang kita tak percaya alein dan lebih percaya pocong,toyol atau bomoh.

Mat Salleh pulak tak percaya pocong,toyol atau bomoh.Bomoh mungkin tak praktikal sebab dorang jumpa bomoh jugak.

Jadi,alien tak ada target market kat sini.Tak untung.Toyol dan pocong pula mungkin tak suka iklim sejuk (atau tak tahan) dan tak boleh cari makan kat sana.

Toyol tak rasuk orang kot...

sekupang ke 2 kupang?

encikmasen

bagi ako, ini semua berpaksikan kepercayaan..

kita (konteks kita di sini adalh orang melayu) percaya akan adanya makhluk halus ie. pocong, toyol, mambang dsb. juga kita percaya akan kewujudan makhluk2 selain daripada manusia seperti jin, orang bunian.

berbanding dengan mat salleh, mereka tak percaya semua itu. semuanya perlu dibuktikan secara fizikal akan kewujudan entiti2 halus ini melalui sains. bagi mereka, makhluk2 ghaib ini adalah alien.

bagi kita, kalau ada objek asing bergerak laju di atas bumbung rumah, secara otomatis kita akan kata "hantu penanggal".

tapi kalau mat salleh, secara otomatis mereka akan cakap "UFO".

walhal sebenarnya mercun thunderclap baki raya lepas.

Taichee~@!

waaa!

Tak pecaye nyer gua dpt tulis komen ke 5. feberet number itu.

Anyho,
lalink MM, about "free spaceman program" tuh - pinjam catchphrase azmi baharom the star: Read this

"The US$25 million (RM84.3 million) agreement for a Malaysian to fly to space was negotiated in 2003 with a US$900 million deal for Malaysia to buy 18 Russian fighter jets." -singapore's new straits time

We have spent an appalling US$925 million, or RM3.1 billion, to send one Malaysian for a 11-day return trip to space with a throw-in deal of 18 Russian fighter jets jenis Sukhoi - sbb blardy yanks takmo jual F20 dia kat kiter (tapi s'pore beli siap special edition F20-something ada S lagih - mebe sbb gang baik ngan yahudi kots"

2. Tukang alih bahase tu, byk nyer part timers, gaji cipot, kengkadang masih student dan keanak-anakan. lack motivasi makenye depa amik literal translation tanpa cuba nak faham bahasa2 slang The yanks kes channel V anda itu (dunno y i don't like yankees) heh! lagipon if u tensi dgn pengalihbahasaan beliau, u can screw them with your email, di setiap akhir rancangan yg dialih bahsa (info dari TV3 yg aku pi aritu).

3. aku ske lagi ko blog pasal apa ko nak blog memula dulu. not to say i hate politics, tapi aku dah bosan ngan propaganda n diperbudak2an, serta diperbodohkan oleh Top Mgmt Malaysia (now listening to Bullet in your head RATM). So aku setuju
sesgt nomor 4 itu. Wpun gua saintis, tapi artistik side gua ada (like, compare to male's boring body structure, female body is more artistic - ni contoh ye lelaki-lelaki sumer)

4. Bukan tingkap je, tapi heh, macam2 la. malas nak ceta. sibbaik wira aku pakai ke uni dolu version premier- parts n make still dari Nippon. tak 100% Malaysian.

5. Jawapan to your out of space question:

5i) Aku rasa org melayu ni tak worth diculik ah. sbb tak cukup intelligent di kalangan bangsa2 lain. dats why otak Melayu ni re-sale value dia tinggi, sbb jarang digunakan! LOL!!

5ii) Mat saleh tak pernah la pulak nak kena rasuk bomoh siam/ jawa. (toyol curik duit la yang oiii) paling kuat pun kena voodoo dari Chicanos/ Negro Afrika. (Faktor geografi, remember? *wink*) Tapi kena possess tu salu gak dengo. eh, sama eh? lalallala - tapi depa kena possess ngan hantu secara direct, bukan disantau cam tipikal PHD (perasaan hasad dengki).

Cop! Pehalnyer kitorang banje makan plaks? Ini TIDAK ADIL!

Ares Bahar

aku pernah tanya seorang bomoh kenapa tak bomohkan bush, dia kate bush punya bomoh lagi power.lol.Dia kata lagi dengan yakin bahawa Amerika ada agency Paranormal yang menjaga president mereka dari serangan-serangan paranormal yang mungkin ditujukan oleh bomoh-bomoh atau shaman seabtero dunia.

hrmmm...

Banyak benda dah culik orang melayu contohnya bunian, hantu kopek etc. Cukuplah tu. Kalau alien pun nak culik jugak maka tak selamatlah orang melayu nih.

Siberkop

ala, org melayu/malaysia baru skrg2 ni agak reti or mampu guna kamera nak tangkap gambar pinggan pastu edit jadi ufo. haha. kot.

Johan Marco

point taken...kenkadang aku panas gak aku bace nuki-nukilan kau nie...

Jorji

apa benda di malaysia yang dibuat dengan cukup bagus dah...sempurna?

apa ye?

the artist and i

tak tau la ada kena mengena ke tak ayat aku ni, tapi aku nak type gak.

aku rasa manusia manusia sekarang ni semua depression.

hahahaha. we're living in 'depress generation'

(termasuk prof yang dikatakan ketua team aku - team 'blur' - jabatan psikiatris hukm)

doktor aku pun depress. hehe

the artist and i

oh ya.
masa zaman2 itm, housemate aku konon2nya histeria. menjerit2 humangaihhhh.. sakit jiwa akuu..
tapi tu la.. bila balaks tepon ditengah2 jeritan, boleh pulak diam dan jawab tepon.
agaknya jin bertendang tu bagi line kot kat dia suruh jawab tepon.

bodo ja aku tengok adegan tu, housemate yang lain sebuk baca yasin.
aku buat dek.
hahaha

The.Libyaman

lu mau buat part time subtitlist kat Astro?

tangan kotor

hahaha.komen berkenaan makhluk halus.kerasukan.membuat aku terhibur.hahaha.

aria ayumi

tak dinafikan kadang2 subtitles byk yg silap tafsir. maybe sbb tak faham metafora bahasa. tak semua org punya kefahaman english yg bagus spt kamu. kalau kamu sndiri faham apa yg diorg cakap, abaikan jelah subtitle tu.

47

Ares Bahar:

"Banyak benda dah culik orang melayu contohnya bunian, hantu kopek etc. Cukuplah tu. Kalau alien pun nak culik jugak maka tak selamatlah orang melayu nih."

Ahahaha! Tergelak2 aku baca komen ni XD Thanks! Hilang sikit stress aku hari ni lepas gelak2.

LuciusMaximus

for once back to 'lebih banyak pasal maksiat, bikini, arak dan kemaluan'... for once please :)

but to add on the translation point:
i watched the movie goal yesterday, newcastle utd were behind liverpool by one goal
"if it goes on like this, than it will be good night for newcastle"
terjemahan astro:
"jika berterusan begini, maka ia akan jadi malam yang bagus untuk newcastle"

good job astro...

Mr. Right

Aku dah dapat jawapan soalan kau tu masa aku sekolah menengah lagi. Simple.

Bila orang kita kena kidnap dengan alien kita semua akan kata dan percaya yang makhlus halus sorok. Then, bila ada bomoh siam yang bomohkan orang putih mereka akan cakap alien yang bertanggungjawap.

47

Btw Mr Melayu Minimalis.

I do understand that by not allowing people to leave comments in anonymity, both you and the people who frequent your blog would be saved from reading the occasional 'nasty' (for the lack of a better word) comments left behind by some of your reader.

But you have to remember though, the same people who'd usually leave these 'nasty' comments in anonymity are mostly, in my opinion, from your desired target group.

So by disabling anonymous comments, I think, you'll be losing inputs from your target group. All comments would be left only by the people who, according to you, can be termed as "converted".

I'd like to suggest that you enable anonymous comments so that we can hear what the people from your target group have to say.

What say you Mr Melayu Minimalis?

Melayu Minimalis

47-
done. annoy-nymous comments have been enabled.

aria-
masalah bukan sama ada aku faham atau tidak, tetapi untuk mereka yang tidak faham...

j or ji-
basahkan tandas laa.. haha ;)

Tanpa Nama

Jangan sampai nanti bila aku nonton movie,
"you are fired!"
diterjemah "kamu telah dibakar @ ditembak!"
Aku tak rasa orang-orang Melayu kita ini buat sesuatu dengan 'passion' lagi.Buat sesuatu sebab perut.Itupun merungut.
"..ni jer kerja aku..carik makan..nak buat benda lain tak mampu.."
Last-last,sampai dekat 'end-user' jadilah produk berkualiti dunia ketiga.


Aku hanya percaya pada wujudnya manusia,binatang,malaikat,syaitan, serta jin yang hidup dalam alam mereka.

Aku tak percaya syaitan dan jin boleh ganggu dan mengucar kacir manusia.

How possible something u can't see,touch,or feel, could harm and haunt u?

Rasuk adalah istilah 'local'.Istilah luar adalah 'hysteria'.
Hysteria is a 4,000-year-old diagnosis which means perkara ni dah wujud lama.Dan bukan berlaku di Malaysia sahaja.
In the 17th century, hysteria was said to be the second most common disease, after fever.
Cuma di Malaysia dipanggil kena rasuk hantu keling,jin kafir,ufo,sampuk penunggu,culik orang bunian,hantu tetek,jepun,gigi dan bermacam istilah jelik lagi.
Aku rasa histeria ni,orang yang terjerit-jerit dan melalut ni,sebab tertekan.Bila over sangat stress,dan tiada stress management yang baik,akan terjadilah muscle reflect.Itu yang nampak macam mengamuk tu.Biasanya berlaku pada wanita.
So girls,tangani masalah emosi dan tekanan anda dengan baik.hehehe

UFO cuma propaganda.Sama seperti nuklear di Iraq.

Tanpa Nama

Do you really think writing in Malay will attract your desired demographic? Because I swear to god your blog is brimmed full with sycophantic hipsters. Hardly any different than the kind of people you would get by writing fully in English.

- Sammy

Melayu Minimalis

Anonymous-
I'm pretty sure based on the Google searches that lead to my blog.

Who searches in BM anyway?? ;)

Tanpa Nama

Yay! Boleh comment balik semula.

Aku ada nama betul, tapi buat masa ni aku tak nak dedahkan diri dulu, jadi nick ni ok aku rasa.

OK, comment time!

No. 3, walaupun aku juga bersetuju diorang kantol, tapi pada aku, diorang cuma ikan bilis, jerung2 kat luar sana masih bebas.

Lagi satu, pengalaman aku la, selalunya orang gomen ni motto dia SYMP (saya yang menurut perintah), kadang2 diorang tau apa yang diorang buat tu salah/tak ikut prosedur/menyalahi undang2/salahguna kuasa/dll, dan selalunya diorang akan explain pada 'orang atas', tapi kalau 'orang atas' sudah tenyeh sikit pada surat/borang permohonan tu dengan ayat macam ni, "Sila Beri Pertimbangan", takde sapa akan counter balik, kecuali kalau sanggup kena tukar keluar kementerian/jabatan/unit dalam masa 24 jam tu jugak.

47

Great! Thanks for listening to my suggestion, I'm looking forward to your next post and to the comments that will follow it :)

Amak

Kenapa orang Melayu tidak pernah di culik makhluk asing? Dan pada masa yang sama, kenapa Mat Salleh tak pernah dirasuk toyol/bomoh dari Siam/Jawa/dsb.?

sebab fahaman berbeza. Orang putih di culik mahluk asing. orang melayu di culik orang bunian/jin. Orang putih pnyer ketua setan dipanggil Lucifer,kita iblis. Salah satu sebab mat salleh tak pernah di rasuk toyol dari siam, sebab takde orang suruh toyol siam tu rasuk mat saleh tu.

but tahukah anda, certain mat salleh percaya santau?

sekian.

Yusmir Yusop

anak buah aku tanya,lucifer tu apa?Aku cakap lucifer=iblis.Skrg ni tak pernah pulak anak buah aku yang lain tanya apa tu lucifer sebab dia orang dah jumpa makhluk tu masa main game.

Jadi mungkinkah suatu hari nanti kita akan diculik alien sebab kita dah mula percaya kat lucifer=iblis?

perempuan jomblo?

Saje je nak tau.

Tanpa Nama

sbb dua dua penipu.

Tanpa Nama

Sambung komen...

No. 2 tu, pasal takde koordinasi antara agensi2 kerajaan. Sebab2nya? Masing2 nak tunjuk kuasa, clash of egoes, menteri tak sebulu, dll alasan orang melayu yang ada PHD (ya PHD yang itu).

No.4, aku macam perasan benda ni ada, tapi banyak dalam BI (english) macam teater, orkestra (yang kat KLCC tu), KLPAC dll, tapi oleh kerana mindset melayu yang tak suka dengan benda orang putih dan ultra konservatif (ko main biola? jadi biol nanti, tak pun murtad dll ayat2 yang biasa), jadi tak jalan.

Aku tengok Koir Remaja Kebangsaan pun macam tu, bangsa lain berebut2 nak masuk, yang Melayu ada la 2-3 kerat (pasal pakai tudung, jadi aku teka Melayu). Walaupun cikgu dia Melayu (Syafinaz dengan Tunku Marina), tapi orang Melayu yang majoritinya tak suka dengan perangai dua2 orang ni yang terdedah sana, terbelah sini, terbonjol situ, mesti tak bagi anak diorang masuk.

No. 5, setau aku Proton Savvy ni antara model proton yang OK (model2 Proton pasca-Tengku Mahaleel la katakan), dan aku secara teknikalnya pun belikan satu untuk mak aku pakai pergi pasar, setakat ni OK je gearbox AMT dia tu. Styling dia pun ok apa, banding dengan MyVi yang agak tak proportionate, ViVa lagi lawa, tapi oleh kerana dua2nya model Toyota yang disesuaikan ke M'sia, jadi tak kira.

Dan katanya persona dah betulkan apa yang salah kat Gen2 (macam glove compartment ada balik, ada kunci but belakang, styling yang lebih sesuai kepada famili sedan dan bukan boy-racer dll). A step forward.

Tapi aku setuju, kita kena ketepikan ego dan biarkan VW atau mana2 kompani kereta dunia lain takeover management proton 100%, let them do their work, jadikan proton kompetetif di dunia dan bukan jaguh kampung by default.

Contohnya macam Renault betulkan Nissan di Jepun, GM betulkan Holden di Australia, Daewoo di Korea dan Vauxhall di UK, BMW betulkan Rolls Royce dll. Tu semua tu contoh company local kena takeover company foreign, takde kecoh2 pun? Makin maju ada la.

Utk soalan bonus, aku setuju dengan pendapat atas, kita panggil bunian/toyol/makhluk halus, diorang panggil alien. Perbezaan mindset dan pendidikan sahaja. Hahahahahahaha.

Johan Marco

dear rakyat-rakyat jelata yg tatau bersyukur...Malaysia merdeka dah 50 tahun,"3rd world countries" lain yang merdeka sebelum, sewaktu, selepas nya takde pun yang dapat mencapai kemajuan yang seiring dgn kite(tanpa bantuan yahudi)...come on babe jgn asyik tgk yang buruk aje...sape lagi nak bangga dengan negara kite kalau bukan kite sendiri...setengah negara lain kalau muncul blog cam nie mau ade agent yang datang dan "menyimpan" penulisnye...anyway keep on blogging minimalis...seem you got a lot to say...
ps:- eh anonymous da enable balik

Johan Marco

Jeremy Clarkson kereta popular pun dier bang!!!so takleh nak kate ape aa dia nyer standard tinggi

Tanpa Nama

komeng perempuan jomblo benar benar menunjukkan kebutaan ilmunya...sian sian sian...pernah tak dgr jesus=isa, abraham=ibrahim eve=hawa ko=tak cukup ilmu...

Yusmir Yusop

Bukan nak defend tapi aku rasa sebab benda2 tu sume menunjukkan yg ada org amik peduli dan peka terhadap sekeliling.Dah lama sangat kot org kita tak berani nak menyuarakan kepincangan dalam negara.

Jadi,rasanya bukan nak ckp yg buruk.Cuma buka ruang diskusi untuk tampal mana2 yg lopong.Kata nak wawasan 2020 jadi kena progresif.Ada teknologi guna sebarusnya.

Kutuk2 pun sayang jugak.Kritikan membina tak salahkan?Bukan nak tabur pasir dalam periuk nasi depa tu pun.Tak merudum pun bisnes pasal artikel ni.Org lagi kisah pasal artis kena santau.Cuba2 je.Hehe.

Tanpa Nama

nak tambah satu lagi kat list .....
3gp BLUE homemade....sure ade yang rase mereka boleh buat yang lebih bagus AHAHAHAHA(cam aku)

Tanpa Nama

one more to tickle you:
"i want to attract a younger, hipper audience"
--> saya nak menarik penonton yang lebih muda dan berpinggul.

mousqy: what's wrong with criticism if the reason behind it is love? ppl wouldn't comment about something if they didn't care about it. i want malaysia and malaysians to be better, and i know its possible, so i don't think there's anything wrong with pointing out things we can improve on.

Johan Marco

err..there the pointing it out to improve and there is the pointing out just to blab about it...
take yer pick...
but then again im still here to read...its interesting to see the world through other's point of view

Tanpa Nama

kenaPe oRAng pUTih x kene saMPuk ek..?

seBAb yg sampUk2 tu HAntu... hAntu tu KAn adik bRAdek setAn jugAk. oRG puTih tu Sume pUN dah perAngai cm seTAn, wat pe la setan2 nAk kacau adik bRAdik snDri. hUhuhu

Amak

aih. aku pun kena. hahahaha. ya saya memang tak cukup ilmu. kamu cukup kah?

awal awal lagi dah cakap tentang FAHAMAN.

bukan nya FAKTA.

sekian.

Melayu Minimalis

citygirl -

kEnApEr AwaK TaIp MaCaM iNi YeRk?

-DK-

Bad subtitle experience
"The Hitch Hikers Guide to the Galaxy"
subbed to
"Panduan Jalan di Angkasa Lepas bagi orang yang tiada Kereta"

"........"

Puteri Gunung Ledang

clarkson cume kutuk name savvy tu je la..
tapi savvy mmg pun. tak sampai sethn gune i dah kene tukar gearbox baru.

Tanpa Nama

aku pernah dgr org cerita :

A: apsal org islam je kena rasuk?
B: tugas syaitan untuk menyesatkan muslim.