Orang Dalam Kedudukan Sepuluh Teratas Senarai Najis Aku.
Ya, ya. Shitlist. Macam lagu L7 dalam Natural Born Killers tu. Terjemahan secara literal. Kalau aku baca segala komen-komen pembaca aku, terutamanya yang berkata tentang siri 'Tafsiran" aku, aku dapat rasakan ramai yang menyangka aku membenci jenis-jenis orang yang aku tulis dalam blog ini.
Jauh sama sekali. Seperti yang aku katakan, semua orang ada peranan masing-masing di dalam struktur sosial masyarakat. Tiada yang terkecuali, walau seberapa menyampahnya kita. Sedikit sebanyak mereka mempengaruhi hidup kita, walaupun kadangkala menyusahkan kita dan menjengkelkan.
Aku tidak membenci mereka. Mereka juga manusia, ada kelemahan sendiri. Cuma aku tak faham kenapa mereka tidak sedar dan tidak mahu memperbaiki kelemahan tersebut. Sekurang-kurangnya sekarang aku mandi 2 kali sehari.
Tapi, ada juga orang yang aku benci. Nak tahu siapa?
1. Orang yang tak pandai tunggu orang keluar dari LRT/Monorel/lif. Kita baru nak melangkah keluar mereka dah meluru masuk. Kita pun tersangkut di pintu, terpaksa bergesel dengan kemelekitan peluh mereka.
Tak pandai tunggu orang keluar dulu ke bodoh? Notis terpampang di sini sana, tapi mungkin disebabkan kurang pendidikan tak reti membaca kot.
2. Orang yang tak pandai beratur semasa membayar. Tak kisahlah, di mamak atau di 7-11. Sama sahaja. Takkan kat mamak kena ada sistem nombor giliran macam di bank baru nak pandai tunggu giliran? Ingat kau saja ada duit? Aku pun ada duit nak bayar.
3. Orang yang kecoh kalau kita tak bayar hutang kurang RM50. RM50 sahaja, beb, itu pun nak kecoh. Macam kita buat pinjaman rumah bernilai RM50,000. Potong nama dari senarai!
4. Akak jaga kaunter yang pandang orang dengan hina. Lagi-lagi kaunter perkhidmatan kerajaan. Gaji aku lagi tinggi dari gaji kau. Tapi dia buat macam kita terhutang budi dengan dia. Merempatlah kamu di belakang kaunter yang sempit berkerusi kayu buat selama-lamanya.
5. Ferhad. Sebab dia pernah mabuk dan menari dekat aku, lepas tu dia tumpahkan champagne dia kena baju aku. Lepas tu minta maaf secara tidak ikhlas. Nasib baik kau kahwin anak kaya. Pandai juga kau, ya?
6. Orang yang tak pandai guna lampu isyarat ketika memandu. Belok ke kanan dan kiri secara tiba-tiba, tanpa mempedulikan pemandu lain. Ingat jalan tu bapak kau punya? Aku kenal kawan yang berbapakan orang yang mempunyai jalan sendiri, tapi mereka pandai guna lampu isyarat, tak kecoh pun?
7. Door bitch (jalang pintu?) yang kurang sopan. Gaji RM1000, pakai mekap murah, tapi perasan macam club tu dia yang punya. Sedar-sedarlah diri tu sikit, adik ooooooi... Duit aku guna dalam club tu lah akhirnya jadi duit gaji kau yang sikit tu.
8. Pemandu teksi yang menggunakan bunga rampai yang diberi di kenduri kahwin sebagai pengharum kereta. Aku rasa kamu tahu apa itu bunga rampai. Daun pandan yang dihiris halus-halus, kemudian dicampur dengan bunga-bungaan dan minyak wangi. Sepatutnya dibuang sahaja selepas balik dari kenduri kahwin. Sama menyakitkan hati ialah buku sabun yang dibuat pewangi, yang biasanya juga diterima di kenduri kahwin.
Sebenarnya pasal pemandu teksi ni banyak. Pemandu teksi yang kononnya berhenti nak ambil kamu tapi tak ingin menghantar kamu ke destinasi kamu kecuali kamu bayar lebih RM10, pemandu teksi yang tak pakai meter, pemandu teksi yang buat jualan langsung dalam kereta, pemandu teksi bekas Al-Arqam yang suka berdakwah, macam-macam lagi... Tapi bunga rampai tu yang paling tak boleh tahan. Kata budak hingusan = "tak boleh blah doh."
9. Kym Skye. Mamat dari Denmark yang perasan boleh selamatkan industri muzik Malaysia. Dah jual rumah, kereta di Denmark, semata-mata untuk berjuang sebagai pemuzik di Kuala Lumpur. Mungkin dia fikir Michael Learns To Rock boleh berjaya di Malaysia maka dia fikir dia pun ada peluang. Jauh sama sekali.
Nak tahu apa jawatan yang diletakkan dalam business card beliau? 'Rockstar'.
10. Harian Metro. Kredibiliti kamu memang lebih dari boleh untuk ditandingi. Sila buat pemeriksaan fakta, cross-reference, dan dapatkan pendapat dan quotes dari pakar yang ada kredibiliti. Juga sila kurangkan penggunaan seks sebagai pelaris.
Penerbitan kamu secara langsung telah menyusahkan ramai penduduk di Malaysia ini, dan kamu memang selalu bertanggungjawab membuahkan paranoia yang tak sepatutnya ada di kalangan rakyat Malaysia. Aku sedar penjualan dan keuntungan adalah penting, tapi sila gunakan kebebasan yang kamu terima untuk berakhbar dengan lebih bertanggungjawab. (Aku tahu ada pembaca aku yang dari Harian Metro, terima kasih.)
Baiklah itu sahaja untuk malam ini. Perut aku dah sakit, gara-gara tak puasa.
24 orang ada pendapat sendiri:
... Sist memang suka dengan blog Habang!
Vabang tak mahu komen tentang golongan macam Sist kah!....
ALLLA...kalau abang boleh analisa (Uhhh...analisa gittew) tentang gadis ampang, minah tudung ketat... belia entah2 apa!...
Bagila komentari tentang kaum akak-akak sekali!
uhh.... lupe gittew nak bagitau Bang nama gelamour akak!
just panggil sist!
Madamme ButterFly " Reina Sistine Dela Seine La Sur"
Setuju ngan No 1. Aritu kat KLCC Sherrina sound direct aje kuat-kuat. Kalau tengok dressing, kalah New Yorker. Tapi akai....mcm dok dalam gua.
Setuju bangat ngan no 10 pasal harian metro. Pastu kalau iklan AhLong, bermuka-muka surat. Metro patut kene ban oleh kerajaan kerana mempromosikan perkhidmatan AhLong.
Madamme Butterfly-
macam mana awak tahu saya lebih muda dari awak? entah2 saya lebih tua.
btw, akak dari golongan mana gittew?
Sherrina-
Yes, just shout!!!
lama tak dengar L7.
( penat jadik pemerhati pasif, hari ni nak bagi komen..;) )
half of ur list tu boleh diterima pakai oleh otak saya yang masih dalam proses menerima kenyataan bahawa realiti dunia sangat lah tak best..
yang selebihnya mungkin belum experience lagik kot..
tapi yang number 6 tuh sgt2 lah saya setuju...rasa cam hangin satu badan je biler org tak reti nak bagi signal ni..lain kali klau tak reti or tak nak bagi signal, bile beli kereta mintak yg tak yah ader lampu signal..murah skit nak bayar kot..
pemandu teksi yang paling fail adalah pemandu teksi yang bawak saya pegi ke british council apabila saya nak pegi ke british high commissioner kat jalan ampang. mungkin driver teksi kat kl pun patut diwajibkan belajar the Knowledge macam cab drivers kat london, macam mana tah jadi driver taxi kalau the basics pun tak pass.
ahah, another dane who thinks he rocks eh? ini boleh dijadikan modal untuk tease my danish friend again, hehe, i've milked michael learns to rock for all its worth. rockstar la sangat, lagu dia bubblegummy sungguh.
Vahang...age akak is 24 aja!
probably ur lebih tua daripada Akak!...
And akak cabar... ur walaupun lelaki, tak akan berani MENBONGKAR subject Tentang Underground creature seperti akak!
... so menjawab persoalan article vahang... Akak pilih no 3... sebab kawan kak mcm tu juga, no 4 sebab kakitangan kerajaan muka nak mampiush sekarang lebih teruk tahap dewa sebab bulan pose!...akhir skali no 6... pemandu giler babi! Pasal yang lain... biasa2biasa aja bagi akak!
Bye Aabang
PST:- Suka pada keintelektualan abang yang mature gittew!
Macam orang perkenakan kau je karakter (ya, karakter) Madame Butterly pejadah ni.
teruskan menulis, selagi apa yang kau tulis tu realiti. eh, orang kita kan suka sangat dengan rancangan realiti? jadi kalaupun makan cili, orang kita patut tetap sukakan apa-apa sahaja yang berbentuk realiti.
ironinya, orang kita juga sangat ramai yang bencikan kebenaran. dari zaman dulu lagi orang kita rela sangat diri mereka dimomok-momokkan dengan penipuan yang menyeronokkan. konsepnya - biarlah minda dan jiwa ditipu dengan bodekan, ampuan, keseronokan asalkan jangan dihidang dengan kebenaran yang menyakitkan hati.
ok post ni buat aku tukar fikiran.
aku igt kau ni orang yang suka judge org lain melalui observation sendiri dan bajet cool, tapi sebenarnya tak kot.
oklah. sayep pergi dulew.haha
Aku perlukan kewujudan karakter 1 hingga 10 untuk aku lupakan/divert perkara-perkara yang lebih berat dan memeningkan.Aku tak pedewley!
another great observation. and great bahasa too this time! hehe. i always try to write perfect bahasa, but end up geram tak dapat explain dgn lebih tepat. is it just me, or memang bahasa melayu kekurangan vocabs? on another note, it seems like you're constantly a victim of 'kene usha'. you must be either extremely good-looking or the other way round. or you dont dress your age, according to some standards. that's always a good thing. i hate ferhad too, he screams like a girl. and perangnya hershey's kiss anda, macam matsalleh. ngeh.
Yela yela. Lepas ni aku guna signal :D
Seriously, memang setuju dengan nombor 10 tu.
akku setuju dengan semua, esp number 6. baru je akku mencarut dalam blog sendrik akibat tertekan dengan golongan nih.
j or ji : mengapa kau mahukan mereka wujud? mengapa? mengapa??? kalau akku ade kuasa veto, memang akku halau derang kuar dari bumi ini, tawww....
seriyesli, orang2 ni membuatkan akku lebih emo dan grumpy setiap hari.
....dan mengurangkan pahala pose akku =)
These people are annoying indeed. It'd be great if we can gather them up and then mow them down with a machine gun.
Ni lah yg org asyik ckp: 1st class facility tapi 2nd class (ntah2 10th class or further below) mentality.
Syabbas, I think I'm hooked to your blog already.
Plus, one more reason why I hate ppl from group 1):
(I'm sorry if it's too long but please bear with me)
Satu hari aku nak masuk LRT, tapi takleh masuk sbb semua org tgh berebut2. Yg nak masuk tgh push ke dalam and yg nak keluar tgh push balik.
Aku (nak jadi civilized n gentlemanly punya psl) aku tunggu la commotion tu hbs. By the time aku melangkah masuk, ada sorang pompuan melangkah keluar. Rupa2nya situasi kami sama. Sbb dua dua nak cepat kami berselisih sedikit.
But, as the lrt door was closing, she turned around -at me- and shouted: "Lain kali tunggu la org dah keluar dulu, tak paham ka?!"
Wtf! All the people in that particular coach started eyeing me. And they're all the real culprits actually!
benci pemandu teksi, tak kira la yang ada bunga rampai, sabun buku, memorabilia percutian dalam negara, patung hello kitty (ya hello kitty) atau tak, saya benci mereka.
walaupun bukan semuanya menjengkelkan, tapi ada yang sangat2 rude dan paling tak tahan pervert!
pernah sekali naik teksi duduk depan sbb nak cepat. uncle teksi letak tangan atas paha, saya jerit secara histeris bukan pintu teksi dan keluar. tobat saya tak mau naik teksi dah. benci!
bagi aku, anda mempunyai sifat pemerhatian yang hebat..dan dengn pemerhatian anda hri-hari disertakan dengan pengalaman anda muda-muda remaja dahulu, maka ianya menjadi suatu artikel yang menarik..
teruskan usaha menuliskan artikel tafsiran..
tentang senarai najis, golongan no 6 tu mmg lahanat, kalo mereka memandu kenderaan besar, dua kali lahanat..tp kalo yg bagi lampu isyarat, tak sempat berkelip sekali dah terus tukar laluan/masuk simpang, itu SUPER lahanat (pengalaman sendiri cium jalan ala-rossi akibat golongan yang tersebut)..
Banyaknya komen. Aku tak check internet sekejap aje (atas hal2 sibuk kerja) dah berjela-jela.
Madame Butterfly-
ya, aku jauh lebih tua dari kamu.
Azzu-
pengalaman anda tak seteruk pengalaman jika anda seorang lelaki dan pemandu teksi lelaki yang letakkan tangan dia atas paha anda.
47-
lain kali jerit balik.
futuna-
isnt it obvious its because i'm extremely good-looking? haha.
ganjil-
aku tak peduli pun.
hana-
terima kasih.
semua-
terima kasih! aku nak buat pemerhatian seterusnya!!
[quote]Azzu-
pengalaman anda tak seteruk pengalaman jika anda seorang lelaki dan pemandu teksi lelaki yang letakkan tangan dia atas paha anda.[quote]
ok, ini menakutkan... sangat sangat amat menakutkan
no. 7 sounds like your neighbour(s) (ouhhh dang!)
and 'bunga rampai' is popularly used (by cab drivers) as roach repellent..
As how you like your women to be odourless, they like their cabs smelling all weddingy.
-ssx
47 said...
But, as the lrt door was closing, she turned around -at me- and shouted: "Lain kali tunggu la org dah keluar dulu, tak paham ka?!"
if i was that person, akku mintak maaf. mmg habit akku utk sound orang yg takde sense of courtesy langsung mase naik LRT :)
nicely conveyed ya.
guess the shits in your list will stay mephitic for a while.
i dont see these people to extinct any day soon..
i xleh comment byk2, ur fans will do that hehe.
Catat Ulasan