Teori Tentang Mindset Kita.
Kadang-kala aku sedih, melihat kita (kita di sini bermaksud kaum Melayu, maaf ya untuk pembaca-pembaca aku yang bukan Melayu). Kita yang membuka butang atas baju kemeja seragam kita selepas jam 3 petang, kita yang hanya boleh minum teh tarik dan kopi selepas jam 4 petang, kita yang pandai membina benda-benda yang indah tersergam tapi tak pandai menyelenggara, kita yang mengejar gelaran semata-mata inginkan wang, dan macam-macam benda lagi lah yang kita semua amalkan, atau yang kita tahu sedang diamalkan.
Tapi kita tak endah, atau kita bolehkan saja. Asal boleh. 'Boleh-lah tu', memang ungkapan yang kita dengar tiap-tiap hari.
Kadang-kala aku pun hairan, kenapa jurang antara satu kaum (tak kisah majoriti atau minoriti), di mana-mana negara di atas bumi kita ini jauh berbeza? Mengapa ada bangsa yang memang rajin, atau dikenalpasti sebagai maju, dan kenapa ada yang ketinggalan?
Teori aku mudah sahaja. Faktor geografi.
Cuba fikirkan, kita tinggalkan di sebuah negara tropika, tidak jauh dari garis lintang khatulistiwa, yang berhawa panas sepanjang tahun. Cuaca panas, cuaca santai, malapetaka pun kurang.
Kita berada di tanah yang boleh dikatakan terlindung dari pelbagai malapetaka, dilindungi oleh Indonesia di selatan kita, dan Lautan Cina Selatan pun bukan merupakan lautan dalam yang penuh dengan jurang gelinciran yang bahaya. Dan secara adatnya pun, kita berasal dari golongan petani atau nelayan, golongan yang pada asalnya hidup dengan mengerjakan tanah dan lautan kita.
Kita memang biasa dengan kehidupan santai dan tak perlu bersusah payah jika dibandingkan dengan penduduk negara lain. Kita tak perlu membina semula selepas gempa bumi yang dahsyat, kita tak perlu mencari kayu api ketika salji turun dengan lebat, kita tak perlu larikan diri ketika gunung berapi meletup, kita tak perlu membina semangat selepas negara kalah perang selepas dibom dengan bom nuklear. Paling kuat pun kita ada banjir, tapi kita pun suka banjir, boleh main air (balik kepada teori tandas basah aku), main perahu, dan banyak lagi. Malapetaka, yang jika dibandingkan, tidak seteruk bom nuklear, atau gempa bumi, atau fros.
Tapi ramai orang dalam dunia kita hidup susah. Walaupun ramai yang sebegitu, tapi hanya segolongan kecil yang betul-betul berusaha untuk memperbaiki kehidupan mereka. Mereka ini lah yang benar-benar maju. Mereka yang menukarkan nasib malang mereka, yang mengeksploit nasib yang menimpa mereka untuk dijadikan pemangkin untuk maju ke hadapan.
Bukan mudah, ada yang mengambil beratus malah beribu tahun, tapi ada negara yang mengambil kurang dari 50 tahun untuk mengubah nasib negara mereka. Lihat sahaja Korea dan Jepun, 50 tahun dahulu, apa yang mereka ada? Tiada bijih untuk dilombong, tiada hasil pertanian, tiada apa-apa langsung.
Dan kita di sini bergelimpangan dengan bijih timah dan getah dahulu, dengan petroleum, dengan pelbagai kekayaan bumi.
Apa bezanya mereka dengan kita? Pendidikan. Pertukaran mindset. Pelaburan dalam pendidikan modal insan. Tak perlu berbahasa Inggeris untuk memudah perantaraan. Tak perlu meletakkan Malaysia di peta dunia dengan KLCC atau menarik kapalterbang Boeing dengan gigi. Malaysia memang sudah ada di peta dunia, kita tak akan ke mana-mana.
Mungkin secara logiknya ada orang di Putrajaya sana yang berpendapat disebabkan kita tak perlu banyak bersusah payah dari dahulu (tiada gempa bumi, bom atom dan sebagainya), jadi kita perlukan galakan atau pemangkin seperti semua 'pencapaian berlandaskan hasil kerja orang bukan Malaysia' kita (lihat KLCC, KLIA dan Dr. SMS sebagai contoh) untuk mengilhamkan pergolakan semangat kita untuk maju. Sebenarnya tak perlu itu semua...
It's just your mindset.
Ada di antara kita yang bernasib baik, yang telah diberi peluang untuk mengalami sendiri mindset mereka ini (bagi yang tidak ber'kampung Malaysia' di negara orang lain lah...) dan kadangkala kita kekok bila kita kembali ke negara asal. Bukan sebab apa, mungkin kita sendiri sedar, secara langsung atau tidak, kita telah berubah menjadi manusia yang lebih berkesan atau efficient. Manusia yang lebih rajin, manusia yang pandai menepati masa dan janji, manusia yang berusaha keras.
Tapi masih ada bezanya bagi mereka yang hanya mengutuk kekurangan yang diperhatikan, dan dengan mereka yang mengambil inisiatif untuk mempengaruhi mindset orang di sekitar dengan mindset baru yang mereka pelajari.
Dan selalunya perjuangan untuk menukar mindset orang sekeliling bukan mudah.
"Kau dah bukan Melayu..."
"Kau dah lupa daratan... Lupa asal usul..."
"Ala... kita Melayu, nak buat macam mana?"
Banggakah kamu kalau kita sebegini? Kenapa kamu takut sangat untuk mengatasi herd mentality (mentaliti kelompok?) kamu untuk mendapat peluang maju ke hadapan? Walaupun setapak, tapi setapak maju ke hadapan?
Susah sangat ke untuk membuat sesuatu dengan cara yang lebih efficient berbanding dengan cara lama dan kolot kamu? Menakutkan sangat ke perubahan dan pembaruan untuk kamu?
Kalau kamu sudah pun melakukan perubahan dengan revolusi kecil kamu, aku tabik kamu, dan jangan putus asa. Untuk yang lain, maaf, tapi aku sudah tak benarkan komen secara Anonymous di blog aku.
37 orang ada pendapat sendiri:
bagi ku la (yang tiga tahun jagung dalam bidang pendidikan),
aku berpendapat, sistem pendidikan kita sangat lemah.
menurut pengeTua aku (yang ada pengalaman dengan kementerian tersebut), negara kita sangatlah lembab, dan melembabkan manusia2 atau generasi2 dari dulu sampai la ni.
Antara faktor2nya, silibus sekolah 10thn sekali baru tukar!! sedangkan negara lain, (contoh Spore- at least 2thn diaorg dah update silibus) sentiasa peka.
tapi malaysia - masih beri-suap.
dengan alasan
KENA LULUSKAN PELAJAR JUGAK2.
pelajar jadi malas. malas usaha. malas research.
Aku kesian kan budak2 sekarang ni makin teruk. Asyik kena suap saja.
::aku ajar Art, tapi kadang2 aku suka bersembang dengan student2 aku tuh, aku penah tanya, sapa nama perdana menteri malaysia la ni (tanya kat budak form 1).. diaorg jawab..
"errr.. we know that face.. but we dont know what his name laaa.."
hehehe.. sian pak lah.
dah sangat lama berlaku perkara ni sampai aku dah tak peduli..
for once u sounded like an umno representative in a general assembly :)
but of course u got a point there...
u mentioned japan in ur post, which had no natural resources as abundant as us. but yet they succeed.
and this taking into account their meiji restoration which started in 1868 aimed in transforming japan from a feudal state into a global power.
exactly 100 years later, after two regional war, one world war and two atomic bombs, they attained the position as the world's 2nd largest economy. that was in 1968 for the malays who are lazy to do their math. though they have regress a bit in the recent years, japan is still a world economic player and of course, a fully developed nation.
or take korea (south) as another example. their 1st republic founded in 1948 (9 years earlier than malaya's 1957 independence), but then they went thru one bloody war with the north, yet today they are the world's 12th largest economy.
comapre those to malaysia's economy, 34th largest in the world. yet we didn't go thru any bloody war. and given a hundred years period as per japan had after meiji started, it is still doubtful if we can even surpass korea.
i won't deny if there are those in view that malaysia's inefficiency were caused by:
1. control of government sector by one race (malay)
2. brain drain of highly educated malaysians who feel they are being treated as 2nd class citizen (chinese and indian mostly)
again, just my another 2 kupang. sorry for the lengthy comment :)
Just in case someone out there has the bright idea that i'm pro or anti-Malay, I'm neither. so, chill.
Lucius-
Thanks for adding some really interesting facts about the whole Japan/Korea situation. To me i think it's the amount of hardships that they face, that totally changed their whole mindset as a country.. which is the point i was trying to make with this post. I agree with both of your points as well...
although to some extent preserving the importance of Malays could be important, but I am pretty sure there are better ways to maintain equal opportunities to all Malaysians...
OK I promise no more quasi-political posts... :)
i m not sure if i could share this but this is as much as i think i'm able to share.
the thing that i see in the edu ministry is that every single dept tries to prove that their are better than the other depts. hence our edu system has plenty programs and projects that sounded real good on papers but perfectly unachievable (nationwide context that is)
and mangsanya adalah budak2 when they have to learn so many things just to have the departments that made that program feel better of themselves. (ayat ni boleh dipahami ke.huhuh)
Karangan kali ini mmg mengujakan.
Aku tahu kau sebenarnya risau(kalau tak banyak, sikit) dengan apa yang sedang berlaku dalam negara kita.
Yang aku risau, orang-orang yang patut baca dan sedar diri bila baca blog ko ni, mungkin tak pernah tahu pun cara untuk login internet.
Mungkin selain mindset(halatuju?), mungkin kita perlukan satu orang yang boleh lakukan revolusi tanpa mementingkan diri sendiri.
Tapi bila fikir balik. La' mungkin.
Congratulations MM..
that what i want to read from ur blog.. nice mindset-mentality post.. sudah lama melayu masih dengan fikiran lapuk.. mmg kita ada filem bujang lapuk.. tetapi jangan lah kita sama-sama lapuk pemikiran.. think ahead. A revolutionary process start with a selfless. Kalau seorang buat perubahan memang tak jadi.. apa kata ramai ramai yang berubah.small change can be meaningful.(Tapi masalah juga.. org yang malas berfikir mungkin tak akan baca blog ini.)
-budak hingusan-
I'd like to share with you guys an interesting fact that might have contributed to the quick recovery of Japan after the atomic bombing.
After the end of world war II Japan was a crippled military power, but still they had all the good brains and technical expertise required to rebounce into the world arena.
The Americans then became aware that if they were to leave Japan just like that, Russia (communism) might approach Japan and together Japan and Russia might supercede em.
So the Americans adopted a very lenient policy when it comes to doing business with the Japanese and ended up becoming one of Japan's biggest customer. And that has contributed greatly to Japan's growth as an economic power.
This policy became quite a big issue once in the states. Michael Crichton (the guy who wrote Jurassic Park) wrote a book related to this American-Japanese trade policy. The book is called Rising Sun, maybe you guys can go and check it out sometime.
...Terima Kasih kepada Melayu Minimalist!.... Aku tetap peminat setia Blog kamu! Walaupon Bl0g aku kentoi, tiada pembaca lagi!
Tiada yang harus dimaafkan walaupon aku bukan melayu!!!
...karena isi kandungan penulisan ini adalah mengenai paranoidity (from da paranoid!!!) kaum melayu yang masih masih dengan sifat kemaluan* mereka
To *heartbeat* , sistem pendidikan negara kita dan yang sesama generic dengannya adalah sistem pendidikan bourgeoisie; yang lemah akan diletakkan di kelas bawahan sebagai sumber+tenaga - "Modal Insan" manakala kelas atasan kekal di tempatnya!!!
ohh hya, terluper nak explain Cute-cute!!!
"kaum melayu yang masih masih dengan sifat kemaluan* mereka"
* kemaluan ini bukannya merujuk kepada barangnya... tetapi sikapnya! contoh:-
Boleh tak kamu behave macam perempuan, MALUlah kami bersama dengan kamu!
Hallo... bitchy, kontek "behave macam perempuan" adalah luas!
orang melayu akan terus layu kalau hari2 baca Harian Metro. Pak Lah pun janganlah berucap macam isi karangan pelajar tingkatan 2. Menteri2nya pula pelajar macam pelajar UPSR. Pembangkang pun sama.sangat menghina pemikiran kita.
Agreed with one opinion up there. Benda ni dah lama, meleret-leret, berkait-kait sampai aku dah tak ambil peduli. But, surely worth mentioning la. Sekali sekala ada orang ingatkan bagus juga.
Undilah Saudara Minimalas untuk ketua pemuda (muda lagi kan) umno cawangan (kau dok mana?)....
this is totally an irregular post made by 'aku tak peduli'..
ah, you decided to peduli this time?
;)ala comel~
Ketua Pemuda Umno Cawangan Damansara Perdana kot? ;)
sultanah -
hehe no need to be all cute-cute... ;)
47-
i actually red Rising Sun, and was really upset when they casted Wesley Snipes, because the character was supposed to be white, no?
budak-
aku pasti ramai target audience aku sampai ke sini, lihat saja apa yang di google mereka. gerenti.
siberkop. i lebiu *wink*
terima kasih MM kerana tidak membenarkan komen2 dari mereka yang tak bernama. honestly, akku tersentak betul dengan reply anony pada posting kau yang lepas yang menggunakan ayat 'betina' tu. it's been so long i haven't come across ayat2 melatah sedemikian. nasib baik akku takde sakit jantung.
btw, i agree with sultanah yue. i ,too, always get "tolong la malu sket, awak tu pompuan" statement. kalau bonda akku yg sebut, akku boleh paham kerana dia datang dari zaman yang lain.
yang akku perasan, 'kita' ni selalunya MALU tak bertempat. tapi tak dinafikan, ramai juga yang tak tau malu langsung :)
but seriously, IMHO, 'kita' ni takut sangat untuk menonjolkan diri (in a good way, please). just because someone is different, kompem, dia kena kutuk, dipandang serong. as a result, 'we' are afraid to step out and do something different.
kerana 'kita' terlalu selesa. takutkan perubahan yang mengundang risiko. takutkan keselesaan 'kita' itu akan hilang. cepat berpuas hati dengan tempurung 'kita'. sayang sangat dengan tempurung 'kita'.
and yet, 'kita' selalu mengeluh 'orang lain' maju dari 'kita'.
camane?
Melayu Minimalis, you're right,
the lead in the book is a white guy, however when it's made into a movie the lead is a black guy (wesley snipes).
Melayu Minimalis, I admire the effort you put in to get your target audience to come here haha!
Keep posting man!
This is not to say that I'm not affected by your writings - I'm affected, positively in fact. Some of your ideas actually forced me to look into my own life and provide me with a stimulus to improve certain of its parts and components.
Mcm sesetengah orang cakap la - kebenaran itu pahit, tapi macam ubat - pahit pun kena telan jugak baru boleh sihat.
Dear MM,
Already, I missed reading 5 of your entries. Damn!
To make up, I even read all the comments here and why you've disabled the anon comments.
Now.
1. I noticed that you're a *deep* person. heheh...alas! I can see you blog abt politics (well the other entries indirect political views = apolitical, kan..tak boleh tidak tak boleh pisah)
2. You are a sensitive man (READ: He knows about the well being of women = the vagina thingy). That's RARE for MALAY men (assuming you are a 100% Malay ler)
3. The survival of the fittest applies in my way of thinking too. Only the fittest Malays live harmoniously with the rest of the world. Minah Anon 1 & 2 tu, hehehe...aku rasa spesis nak pupus tak lama lagi.
4.Mindset = Worldview = Out of the box thinking. Tapi kan, MM lalink, I think not just faktor geo, tapi faktor *genetik Malas*. Malas nak berubah = Buat ala kad(ar) = Tidak apa Attitude. Semua jenis angguk-angguk geleng geleng. Semua Yesman.
" Jgn potong kuku hari Isnin tak baik!"
"Kenapa? Dah kuku kaki panjang, buruk la pulak!"
"Jangan melawan!! Org2 tua pesan dari dulu lagi! Kalau nak potong jugak, tunggu Jumaat"
Giler ke apa, kuku kaki dah macam kuku tangan, panjang cam kuku beruk plak!
As a scientist, I can't find a single theory about cutting your toenails/fingernail on Monday (or any other days) will make you sick/fat.
As a Muslim, eventho not that I can claim gua warok, tapi, takde na/dalil sahih la pulak mengatakan datang bala ke dosa ke potong kuku hari Isnin.
Just an anology. Superstitious human (regardless of whateva Colour of Benetton skins they might have), SUCKS!
MM,
I think we shall call people who oppose this boredom-typical-malas-typo Malays as Sino/ Post Malay. e.g like you/me/and the rest of the UNtypical Malays
Towering Malay? Tak tepat! Masih ada genetik take things for granted (buat co. Alibaba nak untung atas hangin etc).
Sorry for my extremely long comments. Gua cover tak baca blog lu and komen2 sumer.
"Semua Yesman". should be charge to YesPerson!
Barulah sesuai. Sebab ado juga pompuan yang yes-yes pado boifren mata duitan, husband abusive, kaki pukul, kaki dera dan sebagainya!
Pompuan macam ni yang kononya nak jaga Familial relationship dengan mentaliti melulu iniew... patut dibunuh!
Apatah lagi jika pompuan itu dah diperlakukan macam ittiew for more than 9 months
It is so true that it hurts..
sultanah yue,
i couldn't agree more. Familial r'ship only apply to a certain degree...mindset 'biar aku mati, asal anak2 aku ada bapak' adalah sangat tidak bijak. sebab bapak tugas dia hanyalah meminjamkan nama untuk dibinkan dan bagi makan anak2 manakala emak adalah segalanya bagi anak. Aku memang salah tapi aku pedulik ape. Benda macam nih dah jadi macam satu plague di negara kita. Kenapa ye?
I absolutely agree with you.
It's difficult being diffrent.
But somebody has got ot do it.
I absolutely agree with you.
It's difficult being diffrent.
But somebody has got ot do it.
Teori kamu mengenai Melayu santai,'mindset' Melayu memang menarik untuk dibaca.Dan aku rasa part paling menarik bila kamu menyentuh pasal masalah ini disebabkan faktor geografi.Ada kebenarannya tapi ketepatannya mungkin kurang. :)
Kita Melayu ini sebenarnya dah ada tamadun hinggalah dijajah selama 400 tahun dan aku rasa fakta ini semua orang tahu.Kita sudah berdagang dan berinteraksi dengan China,India,Arab,beratus tahun lamanya sebelum Portugis menawan Melaka pada 1411.Itupun selepas berperang dengan nenek moyang kita beberapa kali.
Apa yang aku cuba sampaikan,kita asal usulnya bukan bangsa yang malas atau santai.Datuk nenek moyang kita adalah orang-orang yang rajin dan bijak.Kita ada identiti dan kekuatan.Kita dah bina Empayar Kesultanan Melayu.
Tapi dasar penjajahlah yang membuat orang Melayu jadi malas dan mundur.Dasar pecah dan perintah.Dasar yang buat pembela-pembela dan cerdik pandai Melayu terasing dan ketakutan.
Aku rasa kamu lebih tahu tentang pecah dan perintah ini.
Tapi sekarang kita hanya 50 tahun bebas dari belenggu ini.Apa yang penjajah tinggalkan untuk generasi kita warisi selama mereka 400 tahun di bumi kita?
KLCC?
Sepang?
Putrajaya?
Mereka tinggalkan perasaan rendah diri yang tegar untuk orang Melayu.
Raja-raja dapatlah payung kuning,kerusi kuning,kain kuning dan semua-semua yang kuning-kuning.
Tulisan-tulisan kamu ini mungkin sebagai satu usaha kecil ke arah suatu yang besar.Mengubah semula PEMIKIRAN orang Melayu menjadi lebih terbuka,liberal dan appreciate seni..
Hehehe..
It's all about time..
(org melayu ni kurang sabar nak dpt hasil,kan?)
Tapi band-band best semua dari bangsa penjajah kan?;)
melayu minimalis.
kau yakin pasal faktor geografi ker.
kalau berada di russia, di mana salji dua puluh empat jam, twenty four seven kau akan kagum bagaimana negara mereka menjelajah ruang angkasa.
mereka tiada sawit dan mereka tiada tanah yang boleh di tanam jagung.
dan mereka berjaya.
try read 'the myth of lazy natives' ...SH Al-Attas
Faktor geografi pun ya.
Tapi bagi aku yang tak pernah keluar daripada Malaysa ni pun (paling jauh Sentosa Island Singapore), aku boleh terima benda luar dan tukar mindset.
Semuanya terpulang kepada hati kita. Cikgu agama aku dulu selalu guna ayat ni, "biarlah hati dia dibuka hijabnya dan menerima ajaran Islam," kalau ada orang yang nak convert, jadi aku pun menggunakan ayat yang sama. Kalau hati kita tertutup (hijab tu penutup muka dengan tudung kepala macam orang Middle East selalu pakai tu), cubalah buka dan menerima apa yang baik.
Macam kelas agama pulak, tapi kelas memupuk penukaran mindset rupanya....
Pasal nak kena review silibus sekolah tu, aku rasa tak payah la. Dah banyak kali buat, asal tukar menteri, lain cerita jadiknya. Kejap kejar A, kejap kejar A terbanyak, kejap nak seimbang dengan ko-kurikulum, kejap boleh ambik semua subjek, kejap ambik 12 je (12 ke? aku pun lupa, asyik tukar polisi je...). Kesian budak2 tu jadi tikus albino eksperimen. Aku pun boleh dikira salah seorang 'tikus' yang dah mutate jadik benda lain....
aku hanya org melayu yang mahukan pondok yang rimbun untuk menikmati nasi lemak aku, ada perbezaan dalam memajukankan negara menggunakan maximum dan minimal waste, kita terlalu pandai untuk membazir. s.korea mengambil 5 tahun sahaja untuk maju (siap boleh surfing internet dalam underground train tuh)..kita dah 50tahun merdeka masuk parking bawah tanah pun coverage telefon tangan boleh takde...hurm fikir2kan lah.
you just described how i felt perfectly in malay. a lot of people misinterpret constructive criticism as someone who is 'lupa daratan'. but how are we going to progress if we live in denial? we are not superhuman.
i just came back to malaysia after some years abroad and even watching the local news puts me off because of the amount of blatant propaganda and blind patriotism that occurs in our shameless class-based society. having just completed studying, i had this whole idealistic mission to help tukar mindset orang orang in malaysia ni. of course this is easier said than done, because most malaysians are content with the way things are and refuse to change, let alone hear out an alternative opinion or suggestion.
IMO the first step into becoming a so-called developed country is to abolish bumputera rights. imagine how shocked i was to actually found information about how malays have a higher priority for education compared to other races in the constitution. how do we live in a democratic society when we still operate on a race-sensitive spinal cord? :/
anonymous-
unfortunately things are not that simple. i was actually planning to write an entry about the posibilities of us Malays living in a country where there are equal rights amongst its citizen. actually we dont have to look far, just look at singapore.
to be honest i think as a race we are not as competitive as the others, hence the general assumption that malays in singapore are the ones losing out compared to other races living there.
however i believe that given the harsh realities of life nowadays, the rule of survival of the fittest still survives, its just that in our case we just made the rules easier for us to survive.
You've got good points i realized. Why did'nt you channel your thoughts to the right body/organization/or person so that they can hear you and do something about it. Keep on writing!!
“How vain it is to sit down to write, when you have not stood up to live.” - Henry David Thoreau, 1817 - 1862
Raudha Husain-
Thanks for your comment. I am actually doing that right now as I blog. I'd assume by writing in Malay somebody who could actually make a difference would actually stumble onto my blog somehow.
aduh.kan aku dah mengeluh tengok tajuk ni.
apa pun. hati sendiri. mind set sendiri.susah nak buat orang sedar. kebarangkalian kosong. memang tak nampak.
sedih.
Catat Ulasan