Aku Terbakar Sedikit. Terlanggar Tiang.
Sebenarnya aku baru pulang bercuti. Sampai naik kapalterbang. Terima kasih kepada Encik Tony Fernandes, penerbangan ke destinasi dalam Asia memang agak murah. Walaupun ramai yang terpaksa merayau jauh ke Sepang untuk naik kapalterbang di Puduraya versi lapangan terbang.
Walaupun hanya bercuti 3 hari sahaja, tapi cukup untuk meligatkan kembali otak aku untuk menulis pelbagai pemerhatian aku di sana. Tak jauh, hanya ke negara di utara kita, satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak dijajah.
Apa yang aku perhatikan di Thailand sebenarnya tak jauh berbeza dari pemerhatian aku di sini. Cuma bezanya di sana anda boleh minum bir RM40 sambil melihat perempuan bogel mengeluarkan bola pingpong (dan macam-macam benda lain) dari kemaluan mereka.
Aku kadang-kadang terfikir, selain dari si lagenda Rose Chan yang popular satu masa dahulu (sampai keluar teater muzikal lagi... Cerita Lain) kenapa benda sebegini tiada di Malaysia? Maksud aku, aku tahu memang ada, tapi terpaksa kita menyelit di jalan lorong belakang yang gelap gelita dan busuk, baru terjumpa.
Lihat sahaja Bangla Road di Pantai Patong. Memang syurga untuk Mat Salleh muda cenderong ke paedophilia. Kadangkala jenuh dan menyampah juga melihat mereka, tapi itu realitinya di sana. Industri seks memang industri yang lumayan. Tak kisah lah cerita pasal pelacur dan yang sewaktu dengannya, tapi lihat sahaja industri yang bermula dari sebatang tiang besi yang dihiasi penari a-go-go.
Pole-dancing. Tarian tiang?
Aku tak tahu kenapa, tetapi 3 DVD cetak rompak terakhir yang aku beli ada adegan penari tiang ini. Lindsay Lohan, Rose McGowan dan Sherry Moon Zombie (sila teka DVD apa. Siapa yang beri jawapan tepat akan aku e-melkan gambar aku!), ketiga-tiganya memainkan watak si penari tiang ini.
Jadi memang agak kebetulan tak berapa lama selepas itu aku berada di sebuah negara yang penuh tiang-tiang tersebut.
Tapi, semua tak handal. Tiada pun aksi ala-ala Kate Moss dalam video White Stripes. Mahupun aksi sehandal Demi Moore dalam Striptease. Semuanya kaku dan bergelek kecil-kecilan ke kiri dan ke kanan. Mendukacitakan.
Kalau anda nak tahu, di Malaysia ini sekarang ada kelas tarian tiang. Mungkin bukan bogel, tapi untuk mereka yang berminat boleh mencuba di laman ini di sekitar studio tarian di Jalan Kuching, Jalan Ipoh. Sila google sendiri ya?
Jadi akhirnya, aku telah berjaya menjejakkan kaki di pantai tempat si Leonardo DiCaprio berlakon dalam filem The Beach. Memang agak mempesonakan. Dan aku juga telah berpeluang ke beberapa pantai lain di sekitar kawasan tersebut.
Dan di sini aku ingin mengutarakan perbezaan utama pulau-pulau di sana dengan pulau-pulau di sini, terutamanya di sekitar Pulau Perhentian, Redang dan sebagainya.
Pulau-pulau di Malaysia penuh dengan orang Melayu bodoh dan kurang sopan serta biadap.
Bukan pelancong atau apa, tetapi budak-budak pulau yang duduk dan kerja di pulau-pulau di situ, yang asyik ingin memperhambakan pelancong-pelancong luar negara, dan perasan diri mereka lebih bagus dari orang-orang Malaysia yang bercuti di sana...
Kalau tak percaya pergi sahaja ke Pasir Panjang atau Long Beach di Pulau Perhentian Kecil. Lagi-lagi kalau kamu seorang lelaki Melayu yang kelihatan boleh mengancam 'kawasan jajahan' mereka. Kalau kau sekacak aku la..
Mereka akan bersikap kurang ajar (kecuali kamu banyak ganja atau datang dengan ramai kawan wanita) terhadap kamu, dan mempunyai mentaliti ala-beruk, tak berundang-undang. Macam kaum zaman Neanderthal yang terperangkap dalam hutan rimba.
Maaflah. Aku memang banyak masalah di sana. Tak pernah aman-damai, selalu berdepan dengan orang bodoh yang ingatkan pulau tu bapak mereka yang punya. Aku panggil Melayu Beruk. Selalunya rupa pun macam beruk, berseluar pendek compang-camping, berkulit hitam dibakar matahari. Aku punya bengang teringatkan golongan ini sampai aku rasa mereka tak layak diberi nukilan 'Tafsiran' mereka sendiri. Kan?
Tapi di Koh Phi Phi dan Phuket, tiada masalah. Aku dilayan baik, walaupun rupa aku dengan mereka lebihkurang sama sahaja. Tiada mentaliti orang hutan dan beruk. Mereka tahu mereka menjalankan perniagaan, bukan untuk mengusha awek mat salleh atau Jepun yang berkeliaran, bukan menjadikan dadah, seks dan arak agenda utama mereka.
Memang patutlah Jabatan Agama Islam Terengganu selalu menjalankan aktiviti anti-maksiat di sana. Bukan untuk menangkap pelancong, tapi untuk menangkap penduduk tempatan yang lebih teruk dari pelancong Skandinavia.
Haih. Melarat pulak. Bengang, bengang... Esok aku akan menulis lagi...
8 orang ada pendapat sendiri:
laa..habiskan annual leave ke?
Tp tulah dia, beach boy mmg slalu kerek2 sket. Kan best kalau Malaysia ni ada baywatch.
Bagus utk org yg x terer berenang mcm aku.
1. I Know Who Killed Me
2. Planet Terror
3. Halloween
im expected something in my email :)
Kalau bebudak pantai tu ada blog sendiri apa ntah derang akan kata pasal ngko.
Tapi aku pasti ada persamaan dalam blog derang n ngko dlm hal arak, pompuan berbuah dada besar dan seks haram.
nak buat macam mana, perhentian je lah yang paling dekat dan paling cantik untuk dilawati.
tapi mmg betul pasal beach boys / beruk di pulau tempatan. tak usah lelaki, perempuan pon di double standard kan berbanding perempuan mat saleh yang jauh lebih busuk dan berperangai beruk.
tapi convenience adalah tajuk utama. senang dan tiada ikatan. pasal di thailand, seks adalah jualan utama, beach boys disana sudah jelak. disini ade kejakunan.
sama juga tentang drugs dan alcohol. mungkin sipenulis bencikan dadah, seperti mana sesetengah pembaca yang benci membaca tentang wanita berbuah dada besar dan bagaimana wanita dilihat dari luaran. sangat degrading.
tapi pernah juga pembaca pergi ke kawasan thailand itu. pada pembaca, ia lebih busuk dan merbahaya. seks terlampau bebas menjadikan subjek utama untuk pergi kesana lupus (sexual activities defeats the whole point of going there - nature)
pemerhatian yang bernas. mari melawat pulau yang lain dan buat pemerhatian lagi :)
ssx
PULAU LABUAN?
Labuan ada bikini ke?
Labuan best apa.Tak sebodoh kat langkawi budak pantainya.Lebih frenly dan boleh dibodohkan.Tapi kalau dia dah mencarut bahasa brunei tu ko blah je la... :)
Mercik gak idea ke Labuan tu.
Err..MM duk pulau 3,4 hari tu baper kos eh?
Nak survey. aku bakal cuti panjang hujung disember
Catat Ulasan