Rabu, November 07, 2007

Aku Minat Fiksyen Sains.

Memang dari kecil dahulu aku minat sci-fi. Aku salah seorang yang bernasib baik kerana sempat menonton edisi pertama Empire Strikes Back di dalam panggung wayang, (bukan versi baru yang penuh dengan kesan khas berkomputer bodoh) dan aku masih ingat berjalan balik dari panggung wayang dengan abang aku sambil mengelamun yang aku sedang memotong pokok di tepi jalan dengan lightsaber aku.

Aku juga sempat menonton filem Superman lakonan mendiang Christopher Reeve di panggung wayang bersama ibubapa aku, dan aku masih ingat aksi aku mencekak pinggang di luar panggung wayang sambil aku berangan jadi Superman, cuma masa itu aku ingat lagi yang aku merungut kenapa bibir aku tak senipis Christopher Reeve. Bibir tebal memang tak layak jadi Superman. Melayu pun.

Aku juga memang tergila-gilakan Tron dahulu, dan selalu berangan naik basikal Chopper aku seperti Light Cycle dalam filem tersebut, walaupun Chopper aku memang tak boleh membelok 90 darjah. Tapi cuba jugak. Sampai habis robek peha aku dimamah jalan berbatu kerikil.

Masa filem E.T. keluar dahulu memang jangan ceritalah, aku sempat beli patung E.T., lepas tu sempat juga paksa ayah aku belikan basikal BMX ciplak (kebetulan aku dapat nombor satu dalam kelas masa peperiksaan) warna hitam. (yang hilang akibat dicuri beberapa bulan kemudian.) Aku ingat lagi masa itu aku selalu sangkutkan patung E.T. aku di kolar t-shirt, sambil mengayuh basikal BMX ciplak aku (sambil aku bayangkan lagu tema E.T. hasil si lagenda lagu tema John Williams) ke hulu-hilir.

Dan pernah satu hari itu, sambil E.T. aku memberi aku arahan untuk ke kiri dan kanan, aku telah sampai ke satu parit berjambatan sempit. Aku baru nak melintas guna jambatan, tapi malangnya pada waktu yang sama ada pakcik berkapcai yang sama-sama ingin melintas dari arah bertentangan.

Malangnya E.T. aku tak ada kuasa seperti mana E.T. di dalam filem, so aku pun menjunamlah masuk ke dalam parit. Tiada adegan macam adegan si Elliot terbang di atas kereta polis bersama rakan-rakannya, dan terbang berlatarbelakangkan langit malam berbintang dan bulan yang indah.
Geronimo!

Apa lagi aku buat muka kesian lah. Adalah seorang pakcik ni yang terkejut dan kasihan melihat aku di bawah jambatan selepas menjunam dengan BMX ciplak aku. Jadi dia pun tolong lah.

Pasa masa itu E.T. aku ni masih tersangkut di kolar t-shirt aku, leher dia panjang, jadi yang nampak memang kepala patung tu saja lah.

Pakcik tu hulurkan tangannya, untuk menarik aku keluar. Tiba-tiba dia ternampak kepala patung E.T. aku yang tersembul dari dalam t-shirt aku.

"Eh!! Toyol apa ni??", kata pakcik tadi.

Toyol? Toyol????!!!!!!

Buat susah-susah sahaja Steven Spielberg mencurahkan tenaga semasa proses character design. Last-last jadi toyol jugak.

27 orang ada pendapat sendiri:

Mohd Hazreen Rashid

haha, standardlah pakcik tu, dia orang kampung kot...mana tau E.T ni smua...
mungkin salah Steven Spielberg gak yang entah2 ambik inspirasi design dari karekter toyol melayu...

Tanpa Nama

OMG..haha

comelnya toyol kalau betul2 rupanya mcm ET.tak seram langsung.
buat susah2 je toyol mencuri..sebab dia comel budak2 tak takut n terus bagi duit..

"ET..amikla lunch money I"

hahahaha

the artist and i

hahahah.

saya mau jadi seperti Allana dalam cerita The Girl From Tomorrow!
(tatau la ada orang ke tak crita neh!)

Yusmir Yusop

Hahaha.Seingat aku filem ET hits sebab mmg famous isu alien+ufo masa tu.Aku pun sempat la jugak tgk tapi dh ingat2 lupa sebab masa aku tengok je,mak aku suruh tidur sebab esok sekolah.Cis...

Pakcik tu dh komfemkan yg alien+ufo tak pernah datang Mesia ni.Mungkin sebab tgk kelapa sawit,sawah dan buah byk sgt..jadi alien=toyol.Sah toyol tu mcm alien gak sbnr..cuma lebih bodoh.

Tanpa Nama

ddd

Tanpa Nama

just nk bagitau. walaupun starwars baru ni diedit balik dgn komputer bodoh. tp kalu sesape tak tau. star wars yg first tu pun guna komputer. gambar² angkasa dan kapal angkasa sume diubahsuai menggunakan Adobe first edition. mase tu adobe tak jual lagi kot kat pasaran...

Ares Bahar

apa sahaja benda pelik yang dijumpau di alam melayu ini adalah syaitan.
Bukan sahaja makhluk pelik, sekiranya manusia itu bersikap sedikit pelik dan hidup di alam melayu ini dengan mudah sahaja kau akan di anggap syatan atau kerasukan syaitan.

Tanpa Nama

Hahahaha, ada juga yang percaya teori aku masa tu, melayu=makhluk halus, omputih=aliens.

Kepada anonymous, bukan Star Wars dulu tu buat pakai scale model, stop motion photography, lots of make-up, dan angkasa tu matte painting je ke? Aku masa tu baca buku "the making of Star Wars" yang aku pinjam daripada kawan, buku tu lagi awal daripada buku2 Dorling kindersley yang banyak sekarang ni.

Dari situ baru wujud Industrial Light & Magic kan?

Tanpa Nama

Aku pun baru check wikipedia, pekerja ILM tu yang cipta Adobe Photoshop. Tapi memang ILM datang dulu, photoshop datang kemudian.

http://en.wikipedia.org/wiki/Industrial_Light_and_Magic

Jadi, aku betul.

sherrina

heartbeat,
Alamak....bestlah citer The Girl From Tomorrow tu. Alana kan heroinnye, kuasa pakai cekak rambut. Masa tu semua bdk perempuan suka buat ala2 keluarkan kuasa pakai cekak rambut. Budak lelaki tengok je lah sbb takde cekak rambut....hahaha..

Iron Butterfly

ak ah!! i pon ingat Girl From Tomorrow. Dalam slot alam ria cuti sekolah kan... Those were the days.. *sigh..

Tanpa Nama

oh my.. alam ria cuti sekolah! ingat lagi, citer kat tv3 tu semua pendek-pendek, setengah jam je for every slot. dulu masa kecik2, dari jam 9 pagi (sabtu ke ahad ntah) dah tercangak depan tv. hehehe...

the artist and i

yeah. the girl from tomorrow rocks!

Tanpa Nama

time kasih kerana bagitau. ekceli fakta pasal starwars wat pakai adobe tu aku terbace. tp dh lame dh. ingat enam tujuh tahun yang lepas kot. tu pun slot kecik jek. maybe nk promote adobe kot. member aku yg tunjuk mase tu die kat blaja cosmopoint wat graphic. thnks again. ekceli aku cam terpikir. naper org lagi prefer menda yg cam raw camtu dr yg dh ubahsuai jadi lagi cantek. issue ni ade dlm drama southpark bebaru ni aku tgk. pasal bebudak ni nk bela citer² yg diedit balik. pastu spielberg sbnarnye satan yg nk mengeditkan citer tu jadi makin tak best. pastu lagi satu.. same cam muzik. nape kebanyakan member aku kalu beli kaset dulu nk cari yang bunyi raw. diorang ckp lagi best dari yg wat rekod profesional kat studio.. maybe same cam pemikiran ko yang suke kepada starwars yang tak pakai komputer..

question

Siberkop

Dulu sebelum ada Wikpedia, aku dgr citer Terminator 2 guna Adobe gak. Skrg aku check balik betul la kot sbb ILM gak punyer kerja.

Aku suka ko cakap pasal filem. Mesti ko dekat dgn industri ni.

Anyway filem Toyol dulu tu pun mmg nice gak.

Tanpa Nama

Aku bukan melayu minimalis kalau ada sesape yang terkeliru.

Tapi kerana orang bertanya, aku menjawab.

Sebenarnya isu Star Wars dibuat special edition banyak dikupas dalam 'tenet. Cuba google "Han shot first" untuk tahu lebih lanjut.

Sebenarnya semua orang ada preference tersendiri. Ada suka old skool. Ada suka new wave. Ada suka klasik. Ada suka moden. Semua benda macam tu.

Macam aku jugak. Aku suka video game lama-lama. Macam Super Mario, Tetris, Street Fighter, dll game zaman '80-'90-an. Semua hand-drawn, 2-D animation. Tapi bebudak skang suka Final Fantasy, Tekken, Counterstrike dll. Semua guna CGI, 3-D animation.

Berbalik kepada Star Wars, seperti isu "Han shot first", otai-otai semua masih ingat kenangan masa tgk Star Wars time '70-an, '80-an dulu. Masa takde komputer canggih2, tapi SFX dia paling best. Menang Academy Award. Malah orang akademik kat Universiti pun tabik. Pasal dengan limitation yang ada, terhasil satu benda baru yang canggih. Tanpa guna supercomputer Cray yang mahal nak mampus.

Jadi berlaku appreciation. Pasal hasil daripada blood, sweat and tears. Bukan jenis key-in sikit, tarik kursor sikit, tekan generate, pastu automatik keluar.

Tu sebab orang dulu-dulu suka bangkitkan cerita yang start macam ni, " Masa kita orang dulu-dulu, susah...".

Jadi kesimpulannya, hargai usaha orang lama untuk maju ke hadapan!

Tanpa Nama

aku setuju, time kasih lagi. mungkin kebetulan, atau aku dh mengagak dr awal. kamu mesti nk compare kan org lame dgn org baru(betulkan kalu aku salah paham). mungkin aku tidak setua kamu. cume hampir 30. agak dewasa jugaklah. spt yg aku rase email berantai yg kebanyakan rakan terdekat aku dpt. aku juge adalah kanak² hidup thn 80an. aku ingat lagi waktu tu skolah agama darjah 5 di johor. balik ptg kol 6.30pm, belom time lagi aku dh cabut semata pasal nk tgk citer transformer di cenel SBC5(tv singapura-skang tcs5). yg aku nk citer sini. dr dulu hingga skang aku suke citer yg extraordinary, kerana walaupun citer nyer agak tidak logik. tp pereka cerita itu sedaya upaya utk melogik kan citer tu. Now, ya got my point here. still dnt get it dnt ya. to be more real. ok, camni. bebaru ni aku try download citer transformer versi 80an. mmg jauh beza dgn cartoon skang. dr segi pergerakan, percakapan, warna,..dsb.. agak tidak lancar. dan ini tidak begitu selesa utk ditonton. sama seperti muzik. aku ingat lagi waktu antara demo pertama band aku. hanya gunakan tape recorder. bunyi sgt raw. dah le lagu thrash.. bunyi raw. tp peliknye org lagi suke. even siap mintak copy bebanyak pasal diorang ckp rare sgt. setelah bertahun aku pikir. aku masih lagi rase yg menda tu sume agak tidak selesa. .. anyway im surprise that ya understand of wat im tryna say b4 this. it was 2am in the morning when type it down. even i cant really understand of wat im tryna say b4 this. and now, like usual it's late. gotta get up early, meeting with client and such tmrw.. thanks again.. cheers
-harris-

PoKoK BeSaR KuALa KangSAr

Eh Toyol! = ET

best gak. tp ada satu cita dulu, aku rasa bukan ET. tapi lebih kurang mcm ET, best. benda tu byk tau. apa tajuknye aku mmg dh x ingat langsung.

tapi aku ni kurang sikit fiksyen ni. true story best :)

Melayu Minimalis

anonymous-
bagus la kau sampai darjah 5. aku sampai darjah 4 aje.

mana komen2 bodoh? takda pun.

Tanpa Nama

yang penting aku suka star wars dulu kini selamanya. Bukan senang nak bikin filem mcm tu, orang malaysia sekor pun tak reti. reti komplen je byk.

Goddess of Venus

pokok besar kuala kangsar, i think u're talking about citer gremlins. btol x?

PoKoK BeSaR KuALa KangSAr

orang malaysia bukan reti komplen jek, tapi sebab duit kat poket ni cukup-cukup nak buat cerita senario jek. kalau currency kita pun dah kalah dgn dia org, what can u expect kan? harga minyak dunia pun dia control. orang kita terpaksa la melopong tengok cerita star wars tu jek...

PoKoK BeSaR KuALa KangSAr

goddes of venus - not that story la. i forgot the title. gremlin tu too small la to call it ET...heheh

nerdfreak

aku rasa la kan... citer melayu walau mengarut camana skali pun, tak boleh 'celen' kemeriahan imaginasi mat sentol.... utk kategori efek 60'an kat tanah melayu.. mmg way ahead of time.. sama macam sewaktu rakyat jelata malaysia di sajikan dengan gado-gado dan jangan ketawa.. org kita tau nak label lawak bodoh je.. padahal gado-gado dan jangan ketawa dan ya bendahara (sape sempat tgk channel metrovision?) dtg dari genre sketch comedy.. yang agak way ahead of malaysian time (and some say culture). dan aku akui ada masa tak semua content program yg disebutkan tu dtg dengan persembahan 'padat'.. tapi pada aku mid 90's tv lebih meriah dgn kepelbagaian rancangan tv seperti ini.

aku pernah terbaca dlm paper mat sentol nak buat filem base on kemampuan teknologi efek yg sedia ada.. tapi tuh cerita tahun 2003 kot.. kesian, dulu agaknya klu dia rasa nak buat filem fiksyen, enam bulan lepas tu dah siap kot. skang nih tunggu teknologi.. dah nak masuk 2008 dah.. tak jugak kluar lagi.. budget? sponsor? man power? storyline? market value?

Goddess of Venus

pokok besar kuala kangsar, if bkn gremlins, then mars attack ke? hehe kasik sket story line cemna? x puas ati ni x dpt teka hehe

PoKoK BeSaR KuALa KangSAr

x sure la goddess. tapi benda tu tak boleh hidup lama kat bumi (kalau x silap), pastu perut buncit. tinggi2 gak benda tu. serius x sure crite apa. tajuk pun lupa...heheh

PoKoK BeSaR KuALa KangSAr

x sure la goddess. tapi benda tu tak boleh hidup lama kat bumi (kalau x silap), pastu perut buncit. tinggi2 gak benda tu. serius x sure crite apa. tajuk pun lupa...heheh