Rabu, November 14, 2007

Kekantulan Identiti.

Sejak kebelakangan ini ramai kawan-kawan aku bertanyakan aku sama ada aku mempunyai blog atau tidak. Kalau kamu perasan, identiti sebenar aku memang aku tak dedahkan di sini, dan sebenarnya aku pun sendiri tak tahu mengapa.

Memang agak penat aku menolak anggapan tentang si empunya blog ini, jadi sebagai bonus untuk hari ini, aku akan dedahkan identiti sebenar aku.

Aku sebenarnya Faizal Hussein, anak Hussein Abu Hassan. Filem lakonan kegemaran aku ialah 'Gila-Gila Remaja'.

Tak mungkin.

Sebenarnya mudah sahaja sebab aku inginkan identiti aku dirahsiakan. Aku inginkan kredibiliti asli, tanpa menggunakan identiti sebenar aku sebagai kredibiliti, atau pun punca yang akan mempengaruhi kredibiliti aku. Tak ramai yang tahu siapa aku, tapi bagi yang tahu, atau yang rasa-rasa tahu, ingatlah kata si Ben Parker, 'With great power comes great responsibility'. Bukan kuasa aku, tapi kuasa dengan rahsia aku yang kamu simpan.

Aku rasa aku belum sampai tahap si Ahmad Kamal Abu Bakar (dua minggu berturut-turut aku pergi ke kelab kegemaran kau tapi kau tak datang beb...). Dan aku juga tak ingin dituduh menggunakan blog untuk mendapat perempuan, sebab memang sudah ramai pun kawan-kawan perempuan aku. (Bukan aku bermaksud AKAB gunakan blog untuk mendapatkan perempuan, ya?)

Cerita pasal perempuan ni, ya, aku telah membuat keputusan drastik dua hari lepas. Jadi, sekarang, secara rasminya, aku tiada teman wanita dan kembali single. Sesiapa yang ingin berbalas e-mel atau menghantar gambar berlurah dada sila alamatkan ke e-mel aku, dan aku akan membalas e-mel kamu secepat mungkin.

Maaf, nukilan pendek hari ini, kerja banyak menimbun-nimbun bagai pohon yang rimbun.

13 orang ada pendapat sendiri:

PoKoK BeSaR KuALa KangSAr

wahh..ni roy ke? hehe..

bagus-bagus. rahsia lagi bagus. buat ape nak dedah-dedah ni. walaupun kadang-kadang dedah-dedah ni best...err..itu cerita lain

*heartbeat*

haha. roy pulak.

ok la tu. identiti dah didedahkan.

janji ko tak fobia kilat.

thinker bell

misteri lebih menarik kot.

orang akan lebih berminat dan berharap penulis adalah lelaki tinggi, gelap (atau sawo matang) dan hensem (kot?!) :D

Siberkop

Alah, aku kenal kau.

Eh bukan, aku tahu kau.

yuzy
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
yuzy

Tak kisah ler ko org tu atau org ni.Ko bawak ferrari,ada model-model cantik yg berdampingan ataupun ko ni naik basikal je pergi kerja dan ko di queen control oleh awek ko.

Yang penting,apa yang ko tulis ni membuat aku pandai,tergelak dan carpe diem hari aku. :)

the ectopy

ala..tak best lah dah single sekarang...i wanna see how far a man and a woman (atau lebih sesuai panggil girl?) yang bezanya 16 tahun boleh pergi...

Perempuan Jomblo

heehe..ye. mmg dah kantul lama. saje wat diam.

tapi macam kurang faham tentang kredibiliti.Apa kena mengena kredibiliti asli dan menulis dgn identiti tersembunyi?

bukan nk bidas. cuma tak kurang jelas je.

Perempuan Jomblo

silapnye.

bukan nk bidas. cuma tak kurang jelas je.

*cuma kurang jelas.

Melayu Minimalis

perempuan jomblo-
sebab aku tak mahu kredibiliti aku yang sebenar mempengaruhi kredibiliti aku dalam blog ini. itu sahaja. bukan bermaksud aku tidak berkredibiliti di dunia sebenar tau.

the ectopy-
obviously not far enough. mungkin aku akan cari yang tak banyak jurang perbezaan.

yuzy-
thank you.

thinker bell-
ya saya :)

Iron Butterfly

"Roy!!!! Jangan pergi Roy.." Jerit Suziana di dalam hujan selepas peperiksaan.

Man, I was so in love with Faizal Hussein. Until now. Hated Nasha Aziz when she was engaged to him, hampir nangis biler tau dier finally kawin dgn Suhaila.

Sanggup tgk Selumbar (kata nama lain yg ku gunakan untuk Sembilu) semata2 nak tgk dier tapi last2 couldn't stomach the stupid plot i stopped watching.

Tapi sampai skarang tak penah2 jumpe dier real life. arrgghhh.... Roy!!!!!!!!!!

nerdfreak

ada satu ketika, sy tetiba dapat satu teori yg MM sebenarnya adalah sekumpulan tiga-empat individu berlainan background dan upbringing tapi punya pandangan yg klu dikongsi bersama mampu mencetuskan satu revolusi santai, yg secara rotation kontribut artikel ikut availability. no? huhu...

Azzu

baru-baru ni saya menyaksikan persembahan sebuah band di sebuah gig. sewaktu band memperkenalkan diri, tiba-tiba terdengar orang menjerit di belakang: "akutakpeduli! akutakpeduli dot blogspot dot com!"

kenapa ya? adakah benar itu kamu? :)