Jumaat, November 30, 2007

Etika Kelab Malam Untuk Orang Yang Sosial.

Terus terang aku dah tak larat lagi nak keluar malam. Keluar malam di sini aku maksudkan proses menyegakkan diri, memandu jauh ke tengah kotaraya Kuala Lumpur dari Bangi semata-mata untuk ke kelab malam, sama ada secara suka-suka ataupun untuk menghadiri majlis. Majlis di sini bukan bermaksud majlis cukur jambul atau majlis perasmian Kamus Dewan Edisi 2007, tapi majlis yang biasanya dihiasi botol-botol minuman yang aku suka.

Aku rasa aku sudah tak larat sebab umur aku semakin lanjut, walaupun hampir tiap-tiap kali aku keluar, si wanita yang baru diperkenalkan kepada aku akan meneka bahawa umur aku masih 25 tahun. (Memang melonjak ego, tapi umur sebenar memang jauh dari tekaan tersebut.)

Tapi yang aku tahu, aku memang sudah lama keluar malam. Sampai ke tahap kronik. Tapi tiap-tiap kali aku keluar malam, terutamanya ke majlis liar berteknologi nuklear yang ada sangkut-paut dengan aku, aku akan selalu berdepan dengan orang bodoh. Dan biasanya orang-orang bodoh ini akan menjadi hiper-bodoh bila mabuk atau separa mabuk. Dan mereka inilah yang suka menyusahkan hidup aku.

Jadi sebagai panduan untuk menyenangkan hidup kita semua (dan terutamanya hidup aku bila dan ketika kamu keluar malam dengan aku satu hari nanti), aku persembahkan senarai Etika Kelab Malam Untuk Orang Yang Sosial. Orang yang perasan sosial juga boleh membaca untuk dijadikan panduan.

(Selalunya aku tulis disclaimer di sini selepas beberapa perenggan pengenalan aku, tapi sampai bila aku nak tulis disclaimer? So fuck that, yeah!)

1. Datang ke Majlis Tepat Pada Waktunya.
Ini penting, terutamanya majlis (buruknya perkataan majlis. Baiklah, party) yang tidak dikenakan bayaran atau hanya untuk jemputan khas. Aku tak kisah kau anak Raja Bersiong atau Rajagopal, tapi bila senarai jemputan (guestlist-lah) ditutup bila kamu baru tiba, itu semua salah kamu. Jangan hendak merengek pada aku, hendakkan aku masukkan kamu ke party dengan percuma. Aku bukan pemilik kelab, walaupun aku tahu aku memang boleh masukkan kamu ke dalam selepas guestlist ditutup, tapi perlukah kamu menyusahkan aku setiap kali kamu tak boleh masuk kelab malam?

2. Budak-Budak Jangan Main Di Sini.
Kalau kamu berusia 21 tahun ke bawah dan kamu tersangkut di pintu kelab bila bouncer dan penyangak kelab menahan kamu sebab kamu bawah umur, jangan harapkan aku boleh masukkan kamu. (Walaupun aku boleh. Tapi ini menyusahkan aku dan fungsi senarai hari ini ialah supaya kamu tak menyusahkan aku) Tak kisahlah buah dada kamu besar ke, kamu ketat ke, tapi kamu masih bawah umur. Pergi lepak kat mamak setahun dua lagi.

Kalau kamu hendak masuk juga, cari jalan sendiri. Kelab malam banyak pintu di depan, belakang dan tepi. (atas sebab-sebab keselamatan semasa kebakaran)

3. Sudah Dapat Jangan Merungut.
Kalau aku dah jimatkan duit kamu sebanyak RM30-60 bila aku masukkan kamu ke dalam kelab secara percuma, sila berterimakasih. Jangan sudah masuk, kamu minta minuman percuma dari aku (walaupun aku boleh beri kamu dan konco-konco kamu minuman percuma). Aku beri minuman percuma kepada orang yang aku ingin beri minuman percuma. (atas dasar kawan, dan mungkin juga seks dan nafsu) Bukan sebab kau minta dari aku.

Kalau kamu sudah dapat segelas/sebotol, jangan merungut tak cukup hendak mabuk. Tiada duit nak beli minuman sila lepak di kedai mamak. Teh Ais hanya RM1.30. Nak murah lagi sila jerang air di rumah sambil menonton DVD. Nak murah lagi sila curi.

4. Kalau Kamu Tidak Dijemput Jangan Pandai-Pandai Jemputkan Diri.
Tak semua orang suka kamu, seperti mana tak semua orang suka aku. Aku sendiri pun tak suka semua orang. Jadi pasti ada sebab kamu tidak dijemput ke satu-satu party. Kalau aku hendakkan kehadiran kamu, mesti aku jemput kamu.

Kalau kamu tak dijemput tapi kamu datang juga dan buat No 1 hingga No 3 di atas, memang kamu dalam Senarai Najis aku.

5. Jangan Perasan Orang Yang Baik Dengan Kamu Hanya Inginkan Wang atau Faraj Kamu.
Kalau kamu tak perasan, bukan semua orang yang keluar malam sebab ingin bersukaria. Ramai orang termasuk aku, keluar malam untuk ber'PR'. PR di sini bermaksud Personal Relations. Terutamanya untuk bidang kerja aku dalam sains fizik nuklear, banyak peluang pekerjaan dan perniagaan (tak kisah ada kena mengena dengan kroni atau tidak) boleh diperolehi bila aku keluar malam. Aku boleh jumpa dengan pakar senjata api yang inginkan khidmat aku, presiden-presiden negara Afrika yang inginkan kuasa tenaga nuklear dan macam-macam lagi.

Kalau aku baik dengan kamu tak semestinya aku hendakkan kamu dengan 'cara' sebegitu. Mungkin aku hendakkan kepakaran kamu dalam ertikata bidang kerja. Mungkin juga aku fikirkan kawan kamu itu comel. Jadi layan sahaja-lah.

6. Jangan Minta Yang Bukan-Bukan Kalau Kau Tak Kenal Aku.
Benda-benda di atas ini semua atas syarat yang aku mengenali kamu. Jika aku tidak kenal kamu ataupun kita baru diperkenalkan 10 minit yang lepas, tidak bermakna kamu kawan aku. Kalau aku bertimbangrasa mungkin aku akan belikan kamu segelas minuman. Kalau kamu suka aku, kamu terima sahaja-lah. Yang lain-lain fikir kemudian. Aku tak gatal.

7. Kamu Harus Lalui Ujian Lampu Kalimantang.
Malangnya, kelab malam itu satu tempat yang gelap. Dan di tempat yang gelap itu, orang yang hodoh mungkin akan kelihatan seperti Gisele Bundchen. Untuk mengatasi masalah penipuan fizikal berdasarkan jumlah cahaya yang kecil, aku selalunya akan jalankan Ujian Lampu Kalimantang. Mudah sahaja, aku bawa kamu ke luar kelab malam, ke tempat yang terang, terutamanya yang berlampu kalimantang, dan aku lihat muka kamu.

Kalau aku tak tegur kamu selepas masuk balik ke kelab malam, atau aku tak telefon kamu keesokan harinya, kamu tahu kenapa.

8. Orang Mabuk Tidak Boleh Tinggalkan Orang Mabuk Yang Lain.
Ini memang penting. Kalau kita sudah berjanji akan balik bersama menggunakan kenderaan yang sama, sila tunggu bila ingin pulang ke rumah. Aku tak kisah berapa mabuk kamu (atau mungkin berapa mabuk aku), tapi we have to keep it tight. Siapa akan bertanggungjawab bila kamu bangun keesokkan paginya di dalam longkang dengan baju koyak, selipar sebelah dan dompet dicuri? (Kisah Benar) Kalau sudah berjanji balik bersama, kita berjanji balik bersama, kecuali bila aku mesej kamu suruh kamu balik dahulu. Itu maksudnya aku memang dijamin tidak akan balik berseorangan.

9. Ini Bukan Rancangan Pilihan Bersama.
Kecuali kamu sudah mencapai status tertentu dalam satu kelab malam, memang tidak patut kamu meminta lagu untuk diputarkan oleh DJ. Kalau hendak lagu kamu diputarkan oleh seorang DJ sila layari laman web ini, terima kasih.

Malam ini mungkin aku akan keluar juga, disebabkan hari lahir salah seorang kawan aku jatuh pada hari esok. Tapi badan aku sudah penat ni, macam mana? Lagipun aku akan ke kolam renang esok pagi, berenang sedikit untuk kesihatan... Selamat Hari Minggu, pembaca semua!

9 orang ada pendapat sendiri:

miss meow

Heh. Kau buat akku teringat kembali zaman masuk/minum free akku dahulu kala... =)

Dan akku paling setuju dgn point nombor 8. Akku ingatkan wanita2 saja yang (cuba) mengamalkan prinsip ini. Sebenarnya, kami (cuba) menonjolkan semangat sisterhood yg menebal. Tapi pada hakikatnya, ramai yang lupe janji bila dah diberikan minuman percuma di club dan juga di kedai mamak, dan tumpangan percuma pulang ke hostel/kolej/umah sewa/hotel/ rumah sang laki dgn kereta yg speakernya berdentum2 mengalahkan yang dalam club tuh.

Btw, alangkah bagus jika akku mengenali kau ketika akku masih bergiat aktif zaman akku. Mungkin kau boleh menyelamatkan akku dari menjadi mangsa lelaki2 ampang. hehe.

Siberkop

Come on orang BANGI!!

Ahaks.

zewt

nombor 5.... wahh.. faraj... lama aku tak jumpa perkataan cam tu.

nerdfreak

sebelah selipar? pertama skali, macam mana boleh pakai selipar ke kelab? wah, nih mesti baik dgn owner kelab nih.. tak perlu ikut dresscode.. huhuhu

*heartbeat*

aku suka tengok orang mabuk yang buat-buat mabuk (walaupun bukan dikelab2).

bila mereka mereka belagak mabuk. mereka kelihatan bodoh. aku suka tengok.

Nirrajim

Alangkah bagus kalau aku ada minat kelabing.

haih..

Melayu Minimalis

aku pelik, tiada banyak respon untuk nukilan ini.

peliknya

mr. jari

pelik kan. agak nyer mereka terasa! haha... org malaysia kan suka bende free. u noe wut i mean.

Tanpa Nama

kenapa kau minum arak?
aku baru nak salute kau punya etika observation tentang minah ampang,minah clubbing etc.
posts ni buat aku rasa kau cool dan ada every rights to gain my respect.or maybe from others too.
I'll visit your blog everyday and be a fan, maybe not fanatic but you are definitely is cool for having a person like me as your fan....
but...
arak?
oh pls.
i take back my words.
i hope you makan juga pork. kerana arak tanpa pork tak cukup westernize!(yah, kau gradute 'luar negara'kalau kau bukan graduate dari barat, tukar perkataan westernize jadi civilize)

ps:yeah,im being anonymous.I dont have blogger acc.