Khamis, November 15, 2007

Zaman Lot 10 Yang Aku Rindu.

Sekarang ni pusat membeli-belah bersepah-sepah di sana sini. Bulan lepas sahaja tiga pusat membeli-belah baru muncul di Lembah Kelang. Aku paling suka The Gardens bersebelahan Mid Valley, sebab aku suka pencahayaan dalamannya yang lembut. Pavillion pula aku rasa over-rated, buat penat kaki aku berjalan sahaja, (walaupun himpunan pakaian di butik Zara di sana aku rasa paling baru dan besar...) dan aku tak singgah lagi yang di sebelah Sunway Pyramid tu...

Tapi sebelum semua pusat-pusat membeli-belah ini muncul, sebelum KLCC, budak-budak suka melepak di Lot 10, termasuklah aku. Kalau kamu membesar pada awal tahun 90an, bangunan hijau yang tersergam indah di persimpangan Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail ini lah akan menjadi tumpuan kamu. Sebelum zaman Monorail sempit melanda, dan sebelum zaman Metrobus dan Intrakota (siapa sini perasan kamu MESTI akan berjumpa dengan bas Intrakota rosak di bahu jalan hampir tiap-tiap hari?), budak-budak KL akan ke sana ke mari dengan Bas Mini berwarna merah jambu.

Dan tak semua Bas Mini ini akan berhawa dingin. Hanya yang ke arah Petaling Jaya atau Damansara yang akan berhawa dingin (Bas No. 12!!!) dan hanya ketika di penghujung servis Bas Mini merah jambu ini lebih banyak bas berhawa dingin diperkenalkan.

Yang ada duit sedikit, akan menaiki teksi berwarna hitam kuning, (ala Din Teksi, satu komik terkenal lukisan kartunis Nan suatu masa dahulu) yang kadang kala berkipas dan tidak berhawa dingin. Aku ingat lagi, zaman-zaman 'Bus Stand Klang', yang tidak terletak di Kelang pun...

Berbalik kepada cerita Lot 10. Satu sebab utama kenapa ramai remaja ke sini adalah disebabkan food courtnya. Aku tak ingat restoran makanan segera yang mana, tapi pada waktu itu, ada satu restoran yang di hujung sekali, yang mengamalkan konsep all-you-can-drink. Mudah sahaja, belanjakan duit untuk membeli satu gelas minuman bergas, dan bila habis, isikan balik dengan minuman lagi. Yang lagi sengkek akan membeli satu gelas minuman dan berkongsi dengan 5 orang kawannya. Memang menjimatkan. Lagipun harga sekotak rokok pada waktu itu hanya RM3.50, tambang bas pula hanya 60 sen...

Lagi satu sebab utama ialah mesin jukebox di tengah-tengah food court tersebut. Sekarang memang agak sukar untuk berjumpa dengan mesin jukebox, tapi sebelum zaman mp3 mesin jukebox lebih mudah dijumpai. Aku ingat lagi zaman tu, memang agak membanggakan bila kamu berjalan ke jukebox tersebut, masukkan syiling RM1 yang berwarna emas tu, dan memilih lagu kegemaran kamu. Lagi bangga jika lagu kamu akhirnya berkumandang (ada waiting list jika banyak pilihan lagu telah dibuat...) dan kamu lihat budak-budak lain di sekeliling kamu sedang 'melayan' lagu pilihan kamu. Yang paling tak best bila ada budak hingusan telah memilih lagu Kylie Minogue (zaman pra-cool dan pra-barah) tiga kali berturut-turut. Menyeksakan...

Pada zaman tersebut memang tiada restoran atau cafe di tepi tempat pejalan kaki di mana kamu boleh makan el fresco. Semuanya di dalam bangunan, sebab pada zaman tersebut memang tak bergaya makan di luar atau di tepi jalanraya (mungkin sebab terlampau banyak asap dari Bas Mini). Aku juga ingat pada waktu itu, bangunan bersebelahan Lot 10 merupakan bangunan pejabat biasa (Yayasan Pertanian Selangor ke apa, aku tak ingat.) Dan dihadapan bangunan berwarna merah gelap tersebut terdapat banyak tempat pasu bunga bersimen. Dan disebabkan tempat pasu bunga bersimen inilah telah menjadikan tempat tersebut kawasan utama tempat skateboarders (aku tak suka istilah papan luncur) Bukit Bintang melepak.

Aku ingat lagi ketika aku telah meminjam kamera video kawan aku dan telah merakam aksi-aksi bodoh skateboarders tersebut. Semua tak handal pun. Aku rasa semua mesti tengah buncit di pejabat masing-masing ketika ini.

Sambil melepak di situ, kita semua akan mengusha awek-awek berbaju putih longgar (waktu ini zaman Ella 'Permata Biru' memuncak... memang tiada baby-t. T-shirt bertali spaghetti memang amat jarang kelihatan.) dan berseluar jeans pinggang rendah. Dua-duanya tidak ketat. Tapi pada zaman tu kiranya paling bergaya sekali di kalangan perempuan. T-shirt putih yang longgar yang dipadankan dengan jeans biru. Untuk tampak seksi lagi T-shirt longgar ini akan dimasukkan ke dalam seluar.

Yang lelaki pula, disebabkan zaman Zainal 'Hijau', akan mengenakan t-shirt putih juga (zaman ini memang t-shirt putih popular), seluar jeans Levi's 501 dan kasut but hitam Doc Martens. Destinasi utama selain Lot 10? Hard Rock Cafe beb.

Hmm.. Memang agak banyak cerita pasal kehidupan Lembah Kelang waktu dahulu. I sense a series coming up.... :)

34 orang ada pendapat sendiri:

encikmasen

mungkin ako termiss zaman lot10 kot..

tp part bas mini tu ako masih ingat..

rempit abis..cilok sana, cilok sini..tetiba brek..kalo tak pegang kuat2, boleh cium orang, tak pun tiang..

ayat tak boleh lupa..

'masuk blakang lagi, blakang lagi..~'

Tanpa Nama

food court bintang dlm sg wang utk makan. lepak dpn kdi converse sambil mendgr lagu2 hadko. singgah di CM pulak cari kaset dubbed.

Tanpa Nama

aku pi sekolah asrama kat btr (bandar tun razak), so bile time outing area bb plaza, sg wang & lot 10 laa port kitorg...

dtg situ naik kenderaan rasmi bmw (bas mini wilayah)...

artikel kau nih mmg sentimental lah, budak2 skrg mmg bertuah, what with the lrt, monorel, starbucks, mp3 players and shit like that, but they sure don't know what they r missing...

so if u're making a series on 90's youngsters' urban life, keep it cumming beb!

Tanpa Nama

sampai sekarang...if aku pergi area BB...food court tu jek la yang aku akan pergi utk cari makan...

babazahra'

celaka betul, gua masuk dalam list. skateboarders yang main di Lot 10 dan sudah buncit di opis sekarang. tapi gua masih main lagi. untuk anak-anak pulak.lot 10 itu famous spot in KL. sapa main skate tapi x pernah grind pasu bunga depan Tarbush sekarang, lu memang x cool.

Tanpa Nama

the grandys kot? tp fast food lah pon.. kt parade penah ade dulu.. minum pon refill byk kali :)

*heartbeat*

time ni aku di hometown.
belum merantau ke kl.

oh ya. masih belajar di perak.
masih lagi proses kenal kenal 'fine art'

kl tak banyak sangat aku tau. mungkin hubby aku tau sebab dia area kl.

tadi dia tanya aku "sapa ni?" sambil merujuk artikel blog incik MM. aku jawab

"ntah." :)

Tanpa Nama

area bukit bintang zaman 90an memang best. aku start 'kenal dunia' kat sana..mula2 cikai je lepak kat airport layan game 20 sen..pastu tempat tu dah kena kerumun ngan mat2 motor (time tu perkataan rempit blum wujud) konon samseng dari kampung pandan, pindah lak ke food court lot 10. kat sana kenal2 ngan skaters dan beberapa budak yg 'hatko in my blood'. trus port kat oriental bank (deret bentley) usha dak2 main skate. pastu gi gig kat shark/malibu cafe (zaman KLHC doh, hahaha). pastu aku dah bejinak2 ngan 'scene' baru la pindah port lak kat mapley bb..ahaha. evolusi melepak d bukit bintang la nih.

zewt

aku rasa tua lepas baca ni...

Tanpa Nama

aaaaa... zaman nih aku pakai sluar jeans longgar labuh ataupun sluar cargo besar/labuh, dengan tshirt band-band punk/hardcore... takde baju lain... wakakakakakaka sial laaa tetiba aku rase tue.........

Ellina

zaman lot10 ku adelah time skolah menengah (2000->2004) so tak tergolong la kot. tp dah skolah dpn Star Hill je (skrang menjadi pavilion. Peh! bengang je) so mmg merayau la jugak kan. Ha Ha Ha.

*heartbeat*

sekarang remaja2 berdressing seperti remaja indon-jakarta lepak di mana tu, di BB, lorong yang nak ke loyat.

chi

ya betul, tshirt putih, low waisted regular fit superblack bootcut jeans (selalunya jenama Lee untuk mereka dari golongan sederhana), fanny pack ngan doc martens. kat skolah aku dulu trend ni dimulakan oleh pengkid

WordsManifest

"Aku tak ingat restoran makanan segera yang mana, tapi pada waktu itu, ada satu restoran yang di hujung sekali, yang mengamalkan konsep all-you-can-drink." - Grandy's. Seberang jalan kat Sg Wang Plaza ada El Pollo Loco. pun seberapa-banyak-yang-anda-mampu-teguk.

akumacampeduli

Kalau pakai t-shirt putih, mesti bra warna hitam.

Baru nampak seksi.

Time tu la.

Masa Lot 10 tengah top, bebudak panggil greenhouse, tak salah.

Aku masa tu kat JB, jadi cuma dengar cerita je.

*heartbeat*

Grandy`s?
perghhh.. ada satu cawangan kat sg petani.
arwah tok wan aku sanggup layan jalan 2km beli bubur kat grandys

Iron Butterfly

ak ah bubur Grandy's best kan?

sherrina

dulu kalau turun Lot 10 mesti pekena mee udang yg famous kat food court tu. Apa citer Lot 10 skrg, masih ramai pengunjung atau dah suram?

Tanpa Nama

update!!

tanpa nama

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Wednesday/Columns/20071031075513/Article/index_html

auhleyyah

hmm aku sempat gak la naik bus mini kat shah alam..heheh mmg la naik bus mini umpama naik rollercoaster...kadang2 aku rase aku dah macam ader gaya matrix biler terpakse berdiri...huhuhu

ChikaDior

saya...
tak melalui beberapa perkara yg diceritakan. Tapi saya melalui zaman lot 10 itu.Zaman dimana... menghabiskan hujung minggu bersama kwn-kwn di lot10. waktu tu, shopping di lot10 dikira menarik. sekarang, dah mula pandai menilai 'kesihatan bangunan'. dan mengistiharkan lot 10 sbg bangunan tidak sihat. ahhhh... apapon, i love this entry.


and..
hi!

nerdfreak

wordmanisfest : word up!!


auhleyyah : bas mini yg kategori saki baki mmg dipindahkan ke shah alam. so utk warga shah alam, kenangan bas mini pink tuh still fresh lagi. aku paling nyampah bila kena berdiri, lepas tuh driver bas layan bawak bas macam gokart. yg silelaki berdiri akan dengan pantas dituduh amik kesempatan. yg aku tak pahamnye yg menuduh tu perasan macam tergolong dalam golongan 'wajib diraba'... isk..

lot10 pada zaman 90an merupakan satu kawasan yg utk kanak² riang & sehat seperti saya (sekarang yg tinggal hanyalah sehat.. ape jadi dgn kanak² dan keriangan?) adalah tempat tak best. waktu older sibling sy nak gunakan sy utk jadi excuse supaya boleh keluar hangout ke sana, dengan pantas sy lebih sanggup ikut ibu ke tempat keje atau pun kurung diri dlm bathroom. yela, diorang boleh la blagak cool dan kenal semua org, yg 'excuser' cam sy nih hanya elok 'duduk diam² habiskan finger food dan jgn nyampuk cakap org lebih tua dari kamu'.. bluerkk~

pandagumuk

lepak kat lot 10 x sempat la nak rase byk kali.
tp bas mini tu dgn jeritannye mmg sempat sgt :D

cLinaku

mula2 berchenta,date kat lot10 lah.Kenal claypot chicken rice pon kat sinilah.

Azzu

saya tak merasa zaman lot 10, sebab saya tiada di KL waktu tu..tapi bercakap tentang jukebox, teringat saya perasaan bangga memainkan lagu duran duran, haha :">

dan oh ya, lagu kylie minogue: "i should be so lucky, lucky, lucky, lucky! i should be so lucky in love" memang cukup annoying.

Atwood

seronok baca kala 90an punya style, zaman macam sekarang nih tak tahu lah sebab for me banyak tempat untuk di lawat berbanding dengan Lot 10 tu. Zaman sekarang ni ada Mid Valley, KLCC, The Curve, OU, The Gardens, Pavilion.

Pasal Hard Rock Cafe tu, zaman sekarang ni pun ramai yang masih melawat tempat tu (cuma saya tak pernah pergi ke situ lagu, selalunya pergi ke Planet Hollywood untuk melihat gig artist seperti Ferhad, Anuar Zain, Dayang Nurfaizah).

Nak cakap mengenai fesyen, saya pun bukanlah seseorang yang up-to date sangat. Cuma zaman sekarang ni, fesyen orang perempuannye terlebih seksi. Well, cara pemakaian itu terletak kepada individual bagaimana mereka merasakan pemakaian itu cantik atau tidak. Zaman dulu-dulu, tak silap saya tak beberapa seksi sangat pun. Biasa-biasa je.

Mungkin penulis tak pergi club kut? He he. Zaman sekarang ni banyak club-club yang muncul seperti cendawan. Antara yang favorite, Loft, Zouk, Passion?

Yup, the good old days is memorable.

nerdfreak

club skang mmg byk.. tapi rasanya takde lagi yg punya patron hardcore mcm piket, renoi, dv8, base2.. just to name a few.. kalau tak hardcore.. takkan diorang buat beberapa siri parti mengingati scene club 80's dan 90's awal tahun ni..

Ju-Lia

before mini bus was pink in colour, they have several colour according to places they go tau. kampung pandan bus was blue no 25. i will always remember! yay! hidup KL zaman 90's (walaupun at that time aku masih kanak2). hebat gak aku mengingatinye hehe....

i went to odean, federal and rex for movies.

i went to sg.wang, yaohan the mall, lot 10.

i drank air mata kucing and ate tau fu fa at petaling street.

pj and shah alam was far from KL. now just take few minutes by putra or KL comuter.

i listened to nico ( and option 1), 4u2c, feminin, kool, kru, msteen.

i went to sgwang rooftop(mase tu parking lot jer) to watch gil, towerrecords kl plaza-the moffats, endah parade-take 5 and sg wang-911.

and i'm still listening to them!!

taichee~@!

Those were the days when KL was so...amusing and interesting to live and play.

But not fer moi now. So laid back, walaupun happening...lepak LOT 10, shark/ CM...ehehe...dulu aku tak pandai main sketbod, aku main rollerblades.

Wah! rindunya KL dulu. and how so boring it is now...

Melayu Minimalis

ju-lia-
aku pun ingat bas mini warna lain-lain!!! :)

atwood-
ye saya tak pergi kelab. saya budak baik.

mrbad

jgn lupa lemak mapler kat sebelah pizza hut.. kewl doh... sampai sekarang aku gi minum kat situ walau pun takde awek seksi yg lepask situ.. aku lepak situ bukan bermakna aku gay atau pondan ya!! tpt tu menjadi satu tpt yang sentimentol dimasa zaman kegemilangan fesyen siaporean ( baju besar mesti brand skateboards/surfing, suar besar londeh.. hahahah)

ted

bas mini...bulat-bulat...grandy's...skateboarder's...."masuk lagik...masukk lagiiikkk"....the good old daysss...

Vlad

Jangan lupa beli Thai Song di supermarket Parkson yang terletak berdekatan tempat letak kereta bawah tanah, supaya tidak kelihatan membawa bekas plastik mengandungi arak.

Pastu gunakan kemudahan Grandy's.

LOL