Yang Baru Dan Yang Lama.
Kelakar juga bila aku membaca komen tentang nukilan aku yang sebelum ini. Aku rasa memang ada kebenarannya, terutamanya tentang kemungkinan mentaliti kita yang suka meng'hantu'kan dan meng'iblis'kan benda-benda anih. Tak hairan kalau benar-benar E.T. jatuh ke bumi, dan jatuh di Senawang pula, dia mungkin akan dianggap toyol dan bukan makhluk asing dari planet lain.
Komen tentang Industrial Lights & Magic pimpinan pengarah lagenda George Lucas (yang semakin hari semakin kehilangan dagu) juga agak menarik, dan telah memberikan aku ilham untuk nukilan hari ini.
Ya, aku ingin menulis perihal filem lama yang dikeluarkan atau difilemkan semula, terutamanya yang ditambah kesan khas berkomputer. Tak kisahlah, Special Edition, Director's Cut, mahupun remake ataupun reintepretation.
Berdasarkan pengalaman aku, dan pemerhatian aku, semua memang tak best. Tak sebagus dan sehebat yang asli. Lihat sahaja trilogi asal Star Wars, A New Hope, Empire Strikes Back dan Return of the Jedi. Aku tak kisah, cuma masalah aku ialah kejanggalan dan ketidakserasian teknologi kesan khas era lewat 70an dan 80an, yang dicampur-adukkan dengan kesan khas berkomputer tercanggih. Memang janggal.
Lihat sahaja, misalnya, kostum Ewok (tak kenal Ewok? sila Google.) 20 tahun dahulu mungkin nampak canggih, tapi di era Jar Jar Binks ini kita hanya nampak orang kerdil yang memakai kostum teddy bear. Banyak lagi kejanggalan, (semuanya angkara si George Lucas) dan yang paling kontroversi sekali ialah adegan Han Solo menembak Greedo. Versi asalnya menunjukkan Han Solo berada di Mos Eisley Cantina dan sedang berurusan dengan seorang watak makhluk asing bernama Greedo, di mana pada asalnya urusan mereka tak menjadi, dan sebagai langkah terdesak (dan bersesuaian dengan watak Han Solo yang seakan seorang lanun/penyeludup), Han Solo telah melepaskan tembakan di bawah meja dan membunuh Greedo.
Tapi, disebabkan oleh Tuan George Lucas kita yang tak ingin menunjukkan contoh yang tidak baik kepada kanak-kanak (dan secara tak langsung menunjukkan bahawa manusia adalah lebih berhati mulia dari makhluk asing berkulit hijau), beliau telah menyunting adegan tersebut dan menunjukkan bahawa Greedolah yang telah melepaskan tembakan terdahulu.
Apalah...
Ini baru perihal Star Wars. Lihat sahaja remake filem yang berlambak di pasaran sekarang. Contohnya filem Dune, adaptasi hasil karya penulis Frank Herbert, arahan pengarah bervisi David Lynch. Versi asalnya pada tahun 1984 memang berkesan, dan menonjolkan Sting (pemain bass gila seks tantrik dari The Police) dan Kyle McLachlan (siapa ingat siri Twin Peaks???). Memang aku ingat lagi sampai sekarang. Sekarang siapa yang ingat siri mini tv yang disiarkan beberapa tahun lepas? Aku memang tak ingat.
Bukan itu sahaja yang dicemar. Kita semua pasti ingatkan persembahan terbaik pelakon Jack Nicholson bergandingan dengan pengarah lagenda Stanley Kubrick di dalam The Shining, satu lagi filem adaptasi novel, kali ini karya Stephen King (siapa pernah baca Richard Bachman, angkat tangan!). Siapa di sini yang telah tertonton remakenya di Astro baru-baru ini? Memang menghampakan.
Konsensusnya mudah, kalau kita sudah ada hasil karya filem yang bagus, jangan diusik. Kecuali beberapa filem (nanti aku ceritakan) tertentu. Semuanya menghampakan, malah kadang kala menimbulkan perasaan menyampah dan marah. Banyak senarainya, Halloween, Texas Chainsaw Massacre (versi asal Tobe Hooper memang terbagus!)... Kalau dilihat dari genre filem seram dan fiksyen sains sahaja memang banyak!
Tapi...
Aku sebenarnya menunggu satu sahaja olahan semula filem. Blade Runner: The Final Cut. Visi asal Ridley Scott berdasarkan cerita pendek Phillip K. Dick akhirnya akan tercapai. Kalau anda Google di Internet, pelbagai kisah menarik perihal filem ini boleh dibaca. (Apa? Kamu ingat aku nak tulis semua kat sini ke? Tarak masa...) Aku ingat lagi kali pertama aku menonton filem ini di zaman kanak-kanak, imej orang berpusu-pusu di dalam hujan mengenakan payung berlampu kalimantang (sekarang sudah dijual di pasaran!!!) masih dalam fikiran aku... Dan sebagai seorang kanak-kanak aku selalu berangan menjadi Rick Deckard, mengekori replicant chun macam Daryl Hannah di dalam hujan (tapi aku tak main hujan la, sekadar membazir air ketika di dalam bilik mandi... ha ha).
Memang kesan yang mendalam, filem berunsur tech noir yang sampai sekarang aku ingat, dan aku tak sabar untuk menonton edisi The Final Cut.
Tapi kalau di Malaysia pula bagaimana? Seingat aku filem hit yang dilancarkan semula ialah filem Hang Tuah lakonan P. Ramlee yang telah diwarnakan semula dengan tangan suatu ketika dahulu, berlainan dengan versi asalnya yang merupakan filem hitam-putih. Lagi satu remake yang kelakar (dan gagal) ialah filem Abang '92, lakonan si ketot Azhar Sulaiman. Memang memalukan jika dibandingkan dengan versi asal Rahim Razali.
Kalau diberi peluang, ada beberapa filem Melayu yang aku ingin benar lihat difilemkan atau dikeluarkan semula. Terutamanya siri filem 'Esok' arahan/lakonan Jins Shamsuddin. Esok Masih Ada, Tiada Esok Bagimu, Esok Untuk Siapa. Memang drama berat, tapi aku rasa mudah untuk disesuaikan dengan citarasa masa kini, dan mungkin berkesan. Tak perlu tiru filem siri 'Cinta' dari Seberang. Tapi aku rasa filem Ali Setan tak perlu difilemkan semula, pasti pelakon utamanya diambil dari sampah Akademi Fantasia...
Jadi apa lagi filem lama Malaysia yang kamu ingin dibuat semula? Orang Minyak tak kira.
29 orang ada pendapat sendiri:
stilnox saya masih byk. 15minit (sebelum lena) adalah moment yang paling happy. kalah -usin-.
berbalik kepada soalan,
filem the one and only -kami- tookoo itu. (bukan drama -kami- di channel apa ntah)
mungkin Mawi akan dijadikan watak utama. dan pelakon budaknya..err..tadak idea.
Malangnya aku selalu lupa filem-filem yang aku tengok.Filem Melayu yg segar dalam kepala pun filem-filem Allayarham Tan Sri P. Ramlee je..lain tak dak.
Tak ckp tak bagus cuma mungkin aku belum ditiupkan roh lagi ke dalam jasad ataupun oatak aku masih menguncup lagi.Jadi,masa tu Peter Pan,Pink Panther,Looney Tunes...u name it,Oh ya,Usop Sontorian.
Jadi mana aku nak tengok filem2 tu?Anyone?
oh ya aku lupa
selain Kami (arwah Sudirman),
aku jugak tunggu cartoon JEM AND THE HOLOGRAM (yang subang bintang tukar identiti tu, ada MISFITS musuh ketat tu) akan dibuat semula.
**************
Jem (Jem is excitement). Ooh Jem (Jem is adventure).
ooh (Glamour and glitter, fashion and fame)
Jem (Jem is Truly Outrageous)
(Truly, Truly, Truly Outrageous)
Woah, Jem (Jem)
The music's contagious (Outrageous)
Jem is my name, no one else is the same
Jem is my name
But we're The Misfits, our songs are better
We are The Misfits (The Misfits), and we're gonna get her.
Jem (Jem) The music's contagious (Outrageous)
Jem is my name, no one else is the same. Jem is my name Jem!
hahahahhaha.. balak Jem macho!
remake?
Rasanya filem 'Semusim Di Neraka' hahaha.
Yang aku baca, Filem Blade Runner tu bukan 'remake' tapi disunting dan di'cantik'kan balik(mcm 3 series terawal Star Wars tu la).
Orang Hollywood sebenarnyer rajin buat keje2 filem ni, tapi mereka skrg dah kontang idea. Sbb tu byk citer derang remake. Kekontangan idea tu mungkin gak ada kaitan dgn para penulis kat sana yang byk tak puas hati atas bayaran yg diterima dari studio2 besar. Sbb tu skrg derang tgh 'strike'.
Aku suka citer Ewoks. Ada 2 filemnyer yang aku tgk masa Alam Ria Cuti sekolah dulu2. Mmg teruja. Sama teruja masa tgk E.T. Aku kenal Ewoks sebelum kenal Star Wars rasanya walaupun Ewoks kuar lagi lambat.
Filem melayu yg patut di remake?
Siri X-XRay. Sbb skrg teknologi utk buat sfx tu kan dah lagi better.
Tapi AzizMOsman lak dah lebih komersil skrg. Bosan.
Dahsyat, aku boleh influence penulis blog ni...
Betul, ada beza antara remake dengan re-release. Star Wars tu sebenarnya re-release, pastu tambah sikit deleted scenes dan special effects baru pasal teknologi sekarang memungkinkan. Bukannya remake.
Dengar cerita dah ada lebih kurang 3 version untuk Star Wars original trilogy. Movie original, Special edition dan DVD edition. Nanti agaknya bila Star Wars tu semua keluar balik dalam bentuk HD DVD atau Blu Ray disc, agaknya George Lucas akan tambah lagi ke sfx dia?
Tapi seperti dalam post sebelum ni, aku ni old skool. Aku suka yang lama. To en. harris, to me, imperfections make it beautiful, perfection makes it artificial. Pastu bila kita cuba improve upon the original, macam kita lukis misai atas potret Mona Lisa. Kalau buat guna komputer, siap nampak macam kena dan cantik, tapi hasilnya hilang keasliannya.
BTW, aku pun lebih kurang umur ko jugak, aku pun berkejar balik rumah nak tengok kartun kat TV singapore jugak. Entah-entah kita sekolah sama? Sekolah kat EC dulu ke? Tp aku sempat habis darjah 6 sekolah agama la....
But I digress.
Begitu juga Blade Runner. Re-release. Dibuat Director's Cut, pasal scene-scene mas dulu banyak potong. Pasal Hollywood ada sistem 'test screening'. Diorang tunjuk filem yag 90%-100% siap kepada satu 'focus group' dan kemudian buat 'customer feedback' berdasarkan Lickert scale (1-tak best langsung, 5-best giler!, aku dah sound macam lecturer management aku plak). Mana scene tak disukai, dipotong atau paling tidak pun, diedit supaya minimal sahaja screen time dia.
Tapi Hollywood tak buang footage2 yang di cut tu. Diorang simpan. Pastu bila keluar DVD box set, masukkan ke dalam bonus disc sebagai special features dan juga sebagai bahan "the making of...".
Dan itu yang dibuat oleh pengarah tersohor Ridley Scott terhadap filem yang pada dia paling under appreciated tapi jadi cult hit.
Filem dia Kingdom of Heaven tu pun senasib. Aku siap d/l clip2 yang deleted tu dari youtube lagi. Untuk lengkapkan dvd pirate aku (heh heh heh).
Lagi satu, filem Superman dulu2 yang dibuat oleh Salkind sekeluarga. Superman dengan Superman II. Juga bila keluar DVD, dimasukkan kembali deleted scenes yang 'focus group' kata tak best atau menyebabkan filem jadi macam Godfather trilogy, panjang nak mampus. Pasal bila tengok semula, scenes tu menerangkan dan membantu jalan cerita (Superman II tu ada 2 director rasmi, jadi kalau korang peka, korang siap boleh teka part mana Richard Donner buat, part mana Richard Lester buat. Yang lain, bacalah wikipedia ye? http://en.wikipedia.org/wiki/Superman_II).
Betulla, best jugak cerita pasal movie lama2 ni.
Haih, Dune dgn The Shining yang keluar direct-to-tv tu bukan remake lah. Kau ingat Lord of the Ring tu remake kartun 80an gak ke? They were adapted from a fucking book, sometimes a book gets interpreted into a film more than once. Susah gak bila manusia cam kau bukak blog - tunjuk pandai nak ajar bebudak melayu kelas rendahan yang tak buat seks bebas, tak minum arak tapi berhasad dengki (walaupon readership kau sebenarnya lebih kepada budak indie tak pandai cakap omputeh) - tapi sendiri tak la sehebat mana.
- Ahmad Kebab
Kenapa kalau komen anonymous mesti nak kutuk penulis? Oh, lupa, itulah mindset dan mentaliti Melayu.
Nasib baik ada bagi nama masa last2. Ada la sikit perubahan.
Encik Ahmad Kebab, daripada awak kutuk dia dan buat ad hominem attacks, baik awak betulkan kesilapan dia macam Siberkop buat tu.
Pastu kutuk-kutuk readership dia plak tu. I can read, write and speak English just fine, thank you, but that's not the point, isn't it? And I was born in Malaysia, and the furthest I have been too is Sentosa Island Singapore. Never have stayed in any Englsih-speaking countries either. Never tried pre-marital sex, does not drink alcoholic beverages too. Your point again?
Aku pun dah lupa pasal Dune tu, tapi aku ada ingat masa tu RTM 1 tunjuk dalam TV (masa '80-an). Oleh kerana masa itu aku kanak2, aku kurang faham. Tapi aku ingat beberapa pivotal scenes. Macam masa Paul minum air tu. Masa dia naik ulat gergasi tu. Pastu diorang pakai benda kat leher yang nampak macam mikrofon bluetooth.
Sayangnya aku hanya dapat tahu kehebatan Dune melalui, mana lagi, wikipedia. Dan versi made-for-tv tu sebenarnya versi movie yang telah diedit semula dan ditambah scene2 dan dah mutate jadik lain.
Patutnya itu yang kau patut tulis, bukan mengutuk pemahaman orang lain yang ada betul dan ada salah.
Takpela. Kalau takde PHD dan suka mengutuk-ngutuk orang, takkan Melayu namanya.
Toksah 2020, 2057 pun Melayu tetap sama. Takkan berubah Melayu di dunia.
Ahmad Kebab - a member from 'Aku Tak Peduli' target audience.
This shows that your blogging is paying off and that you're able to reach your target audience Mr Melayu Minimalis ;)
Hmmm, sebenarnya memang ada version made-for-tv yang bukan berasaskan movie Dune sahaja.
http://en.wikipedia.org/wiki/Dune_%28TV_miniseries%29
Nampaknya Melayu Minimalis masih betul.
Yes, of course all of them were adapted from books/novels. The post is about old movies being re-made or re-released. The fact that the movies being discussed were adapted from books/novels were never questioned at all.
Apa nak buat. Aku pun Melayu jugak.
akumacampeduli said...
Kenapa kalau komen anonymous mesti nak kutuk penulis? Oh, lupa, itulah mindset dan mentaliti Melayu.
betul tu. errr
ok berbalik kepada soalan outro kali ini,
saya orang baru. Paling lama dan familiar hanyalah P.Ramlee. Teringin nak tengok cerita Penarik Becha di bikin semula.
Terbayang cinematography filem seram thailand yang low saturate. bukan apek senario dan sape-tah-yang -kering tu di pineng.
Entah Bila. =)
erm..
buat kembali filem melayu..
ntahlah..ako tiada idea..mungkin filem mat sentul barangkali..dan xx-ray seperti kata siberkop..
err..
tak tahu menahu langsung pasal siri tV dune...ako baca novelnya pun sbb ako main game DUNE..
fremen rocks~!
Aku ingat! Aku ingat Twin Peaks!
Time tu TV2 tunjuk. Aku juga tengok TV Singapore punya, pasal diorang lagi cepat, dan tak banyak potong. Masa Laura tu kena bunuh, dia pakai baju korset macam pelacur koboi2 dulu, pasal dia kerja kat gentleman's club ke apa entah. Tak salah aku TV2 potong scene tu.
Twin Peaks betul2 seram giler, antara cerita TV yang memang real seram dan kalau tengok, mesti korang pening kepala pasal tak faham plot kecuali baca guide ataupun tak miss satu pun episode. (Dulu-dulu takde wikipedia dan internet macam mana ek? Takkan baca majalah URTV je nak faham cerita omputih?)
Masa bapak Laura bertukar jadik jahat (siap rambut jadik putih), masa agent Dale menjadi pengganti tubuh pembunuh jahat bila bapak Laura mati (siap adegan tumbuk cermin muka), adegan pelik2 kat tempat dalam mimpi agent tu dll. Semua menyeramkan dan kalau tengok sorang2, mesti mimpi tempat tu jugak. Hahahahaha.
Seperti biasa, wikipedia adalah teman anda bernostalgia.
dulu kat TV3 ada Alf..
http://en.wikipedia.org/wiki/ALF_(TV_series)
disebabkan polisi menghalang semangat percayakan benda2 halus menghantui masyarakat dijalankan cerita tu kena banned..
ceh!
he he he..aku lahir lambar.. tiada apa yang aku tau. jadi aku sering kesini untuk belajar dari orang lama..
mm biasalah anonymous memang macam tu. segan nak tarok nama bila membuduh kan orang.
final xm aku teruk. aku mahukan inspirasi.. sila tulis mengenai bioreactor supaya aku boleh baca tanpa ngantok...
kalo diberi pilihan aku mau kan citer 8o-an "marah marah sayang" dibuat semula.ok?cun?
Gua dah lame tggu remake siri James Bond Malaya,Jefri Zain...
aku nak tengok cite Misteri Rumah Tua lakonan Noor Kumalasari..tak payah remake...komfem jadik tak best. tahun 80an pun byk wayang yg best2 tapi sayang stesen tv skarang taknak tayang semua tuh..i wonder why. ooo ooo sape ingat wayang Yusni Jaafar tecekik jagung tuh, pastu sape tah lalu depan rumah dia, Hamid Gurkha kot waktu mlm, pastu Yusni Jaafar gi tegur ngan suara yang garau mcm lelaki "baru balik mid..?" wakakakak adeh lawak tak hingat..ape eh tajuk dia?
aku ada movie tu
'sikit punya gila'
nolia gani pakai bikini, p jogging pakai short gila2 short. rilek ja. tak kena gam time tu!
darma harun and amid tu menang loteri. siap umah depa ada poster kuda.
haha
Citer zaman2 80'an kita kadang2 mmg cepat masuk meresap dlm jiwa.
Macam filem 'Setinggan', bila aku tgk balik skrg, terasa byk giler lawak bodoh tak bertempat yang derang masukkan dlm tu. Tapi mungkin sbb sentimen setinggan tu dekat dgn jiwa aku, aku rasa citer ni masih bleh dilayan.
Tapi beza dgn skrg, remake ker tak, semua nak dimodenkan. Nak dibusinesskan. Semua premis cerita adalah dikalangan orang2 kaya yg kayanya melampau(semua org kita kaya camtu ker?), gadis2 ampang, dan pemakan2 rasuah.
Bosan.
saya ingat saya nak tgk drama V on film kot.
V kan cerita yg orang sume makan rats and boleh koyak kulit, and daging diorg kaler hijau kan? huhu.
correct me if i'm wrong. too young to be remembering matlamat drama tu anyway.
Alam Ria Cuti + fiksyen = remind me of My Secret Identity... altho aku tak rasa siri tu fall in that timeslot...
sape ingat dulu samada tv2/tv3 penah pasang satu movie pasal sorang budak kecik yg reka satu basikal yg boleh lompat jauh with a touch of a button? then these stupid adults cuba utk curik prototaip tu utk dipaternkan? movie tu mmg buat aku bercita-cita nak pasang hydrolic pump kat basikal aku.. hahaha
ah, twin peaks...ini cerita bersiri favourite saya. "fire walk with me" ;) siap beli kaset soundtrack dia lagi masa tu. memang cerita yang seram, sampai termimpi-mimpi! satu family saya terpaku depan tv tonton cerita ni, pada mulanya nak collect jawapan untuk soalan-soalan di akhir rancangan (muka guilty), tapi akhirnya hooked pula. hehe
filem-filem yang saya teringin nak lihat dibuat semula are Batu Belah Batu Bertangkup dan filem Mat Sentul bertajuk Mat Bond :D
nerdfreak-
aku pun ingat My Secret Identity. Lakonan Jerry O Donnel.
kalau kamu lagi ol skool kamu akan ingat juga siri 'Greatest American Hero'. soundtrack dia memang killer.
thinker bell-
yes, V. who could forget Diana!!! another good alien-based tv series was 'Alien Nation'. suka gila aku...
heartbeat-
hahaha Sikit Punya Gila. Aku ingat tu, part Yusni Hamid berubah suara...
semua-
aku tak tulis pun Blade Runner itu Remake. Dan ye, memang ada made-for-tv-movies/series untuk The Shining dan Dune. Sila google.
My Secret Identity dilakonkan oleh Jerry O' Connell, bukan O'Donnell. Satu lagi cerita dia ialah Sliders (kat Malaysia tunjuk ke?).
Aku pun ingat V. Kenangan aku tentang V (selain Diana perempuan reptilia berkulit manusia) ialah watak yang dilakonkan oleh Michael Ironside. Aku suka gila senapang Uzi dia tu.
Greatest American Hero? Believe it or not, I'm walking on air....
Aku tak ingat sangat cerita Melayu. Ada la yang TV9 ulang tayang. Sayangnya banyak cerita Melayu dulu2 takkan diulang tunjuk, pasal banyak unsur hedonisme (heh heh heh).
Contoh terbaik? Korang search kat Youtube, cerita P Ramlee main judi nombor ekor. Ragam P Ramlee tak salah. "Nombor satu kuda kepang, nombor dua kuda German, nombor 3 kuda Yahudi..."
http://www.youtube.com/watch?v=SFvpVlOnnNs
http://www.youtube.com/watch?v=3fL1mG0AHb0
http://www.youtube.com/watch?v=J4iuh0cuG60
How about the movie 'KAMI' the one with Sudirman in it. i would love to hear a post-rock version of Pelangi Petang as a soundtrack for that movie.
Abang 92 also not bad tho.
ade lagi cite lama yg aku rasa best n skg ni cite tu mcm cite mutant-x...tajuk dia misfits of science ke ape ntah...aku tak ingat aku ske gile tgk cite tu time tu hero dia ade power letrik...my secret identity pun best and mcgyver pun aku ske gak....lagi satu cite manimal ke...yg hero tu bole tukar jadi binatang tu..:D>
kenapa korang boleh ingat semua title movies tersebut hah? aku sangat la kurang ingatan pasal tajuk2 movies ni.
boleh tak remake crita ultraman yg diclaim oleh autie aku zaman dia kecik2 pon dah tayang ultraman tu.(info: auntie aku dah pon 40-an)
kemuadian aku teringin tengok crita 'IT' di remake. nape dulu aku rasa takut sangat tengok cerita ni sampai tido pon tak berani sorang2. skrang takde pula ditayang semula di amna2 stesen tv kan?
and yes, setuju ngan yg ni..
Marr said...
Gua dah lame tggu remake siri James Bond Malaya,Jefri Zain...
bertambah moden tak james bond kita? apa tajuk cerita ni?
wahai rakyat malaysia... adakah ada diantara kalian yang masih ingat akan kewujudan satu fenomena ini dikaca tv nasional ketika tiba musim perayaan, sampai slalu kita dengar ayat ni... "asal raya je pasang sarkis, asal raya je pasang sarkis..."...
tapi serius.. aku rasa aku rindu la nak tgk sarkis kat tv... hahaha
Catat Ulasan