Aku Patut Bersenam.
Hujung minggu lepas memang gila. Gila dan tertunggang terbalik. Gila memeluk kawan-kawan wanita berbuah dada besar (empuknya. ya, memang aku rindu buah dada besar, ada masalah ke?) yang tak berjumpa setelah sekian lama...
Malangnya, aku tak berkesempatan untuk berkumpul di Dataran Merdeka untuk memakai baju kuning dan berkumpul untuk undian Bersih. Agak kelakar juga, ada dalam 20-30,000 orang, tapi media massa tempatan berkata cuma ada 3000 orang sahaja yang berkumpul. Kalau nak tahu sila lihat CNN, Al-Jazeera ataupun BBC.
Hari Sabtu lepas memang kecoh. Dahlah hujan lebat (aku juga yang basah ketika bekerja), tapi roadblock di sini sana, akibat paranoia segolongan sektor penguasaan dan perundangan kita. Tapi nak buat macam mana?
Jadi, Sabtu lepas aku sehari suntuk di sebuah kelab malam, dari pagi (kelab pagi?) sampai ke pagi. Memang memenatkan. Lemah lutut aku dibuatnya akibat berdiri sehari suntuk. Tapi ramai kawan-kawan aku datang, jadi tak mengapa. Layankan sahaja. Lagipun ramai kawan-kawan aku yang datang kali ini adalah kawan-kawan wanita aku yang sudah lama aku tak melepak bersama semenjak aku berteman wanita.
Dan dalam ramai-ramai kawan aku yang datang, teman wanita aku tak datang. Memang aku tak jemput pun... Mengapa? Sebab aku ada masalah.
Masalah untuk bersama seorang wanita. Bukan, bukan mati pucuk, cuma aku tak larat dari segi emosi untuk melayan karenah seorang yang lebih banyak karenah dari aku, dan karenah aku memang banyak. Memang tak larat. Sampai berdegup-degup jantung aku tiap-tiap malam, hinggakan terpaksa melayan Stilnox agar aku tidak paranoid sebelum tidur.
Jadi aku telah mengambil keputusan untuk menjarakkan diri buat seketika. Bukan sebab aku inginkan perempuan lain, tapi sebab aku inginkan diri aku. Dan peliknya sejak aku akhirnya diberi ruang untuk bernafas, jantung aku semakin aman, damai, teratur. Tak terketar-ketar macam landasan keretapi ataupun monorail bergoyang.
Dan aku rasa aku lebih gembira begini. Tanpa ikatan mahupun komitmen. Lebih senang untuk aku bernafas... Mengapa ya? Mungkin bukan disebabkan teman wanita aku pun. Mungkin aku hanya perlu lebihkan senaman.
8 orang ada pendapat sendiri:
Futsal bukan senaman yang baik, melainkan kau bermain bersama wanita2(mcm yg ko sebutkan dlm entri baru ni), atau ko tokey cawangan futsal.
Berjogging lebih murah. Bukit Jalil punyai taman tasik yang tinggi utk didaki. Cabaran.
Aku harap komen ini berkaitan.
sekurang-kurangnya kamu punyai seorang teman wanita yang memahami. that's cool. some people can't even have their very own private space to breathe...
dude,amik Stilnox tak gugur ka? aku yang bosan amik menda alah tu sebab rambut makin botak. aku cuma amik kalau sangat2 perlu saja.
senaman? skipping dlm rumah la wei. (dah lama rupanya aku tak skipping). ia boleh menguji tahap lompatan ko dan ia tak perlukan `ruang` yang banyak.
skipping penat weh..tapi bagus. tapi aku tak tau mcm mana nak skipping.
jogging ok.
bersenggama pun ok. sebab tu senaman yang baik. lagi banyak skill lagi bagus. skill yang angkat-angkat tu boleh membina muscle yang kuat. berpeluh sudah pasti. dan senaman ini jika dilakukan bersama gadis berbuah dada besar akan memberikan kita lebih semangat. tapi pastikan kamu tidak tewas awal :)
eh, kau pass jer la makwe kau kat aku. tetek besar kan?
Jogging bagus.Boleh tambah pilihan.Lagipun bayangkan kalau awek tits besar berjogging?Betul la hobi ko tu.Gaya hidup sihat!Haha.
semua kaki buah dada besar. mengaku sajalah..
memang la..aku mengaku!
aku selalu naik LRT dan ini lah kerja-kerja aku. dapat tengok "wayang" yang selalu pelakonnya berbuah dada besar. wayang free. itu lumrah lelaki. tak boleh dipersoalkan. manusia ada macam-macam warna. aku pilih yang biru!
Catat Ulasan