Sabtu, November 24, 2007

Nukilan Yang Asyik Tergendala.

Bukan niat aku untuk tidak menulis, cuma masa tidak mengizinkan. Sejak dari sebulan lalu beban kerja aku bertambah sekali ganda, di sebabkan kekurangan tenaga pekerja di makmal sains nuklear aku. Jadi, untuk mengelakkan Bangi dari ditimpa bencana nuklear, aku harus berhempas pulas memastikan keselamatan kamu semua.

Tapi semuanya sudah berakhir tengah malam lepas. Misi aku untuk tidak memusnahkan Lembah Kelang telah berjaya, dan aku lapang sekarang. Cukup lapang, sampai aku boleh membawa komputer riba aku ke kopitiam (maaf aku sudah jarang ke Starbucks sebab mereka tak menjual Teh Ais) berdekatan dan membawakan kamu semua nukilan pertama yang aku tulis di luar pejabat dan rumah aku.

Jadi, baru-baru ini aku telah habis membaca satu buku. Aku dulu memang ulat buku, tapi disebabkan kesuntukan masa, aku memang sudah jarang membaca. Bahan bacaan aku hanya terhad kepada rujukan di Internet, dan majalah-majalah murah yang aku beli dari kedai Selvan (Selvam?) di Sungai Wang.

Buku yang aku baru baca ialah 'Sex, Drugs and Cocoa Puffs', hasil tulisan Chuck Klosterman, yang dahulunya merupakan seorang penulis di majalah muzik Spin di Amerika Syarikat. Aku mula membaca buku itu hasil saranan seorang rakan wanita, yang mengatakan buku itu mengingatkan dia kepada aku. (Kantul lagi!) Jadi, disebabkan aku ingin tahu bagaimana satu buku boleh mengingatkan seseorang kepada aku, aku pun mula membaca lah.

Dia memang betul.

Bukan sahaja topik yang dia tuliskan itu memang topik yang mungkin menjadi minat aku (kecuali topik berkenaan NBA. Aku tak suka sukan, kecuali gusti. Lagi-lagi kalau ada wanita plastik di gelanggang. Macam Stacy Kiebler), biasalah, benda-benda sub-culture seperti muzik, filem, teori konspirasi dan macam-macam lagi. Dan lebih banyak aku baca buku tu, lebih aku sedar bahawa cara penulisan dia memang agak sama dengan cara penulisan aku, walaupun aku tak pernah membaca Chuck Klosterman dan dia menulis dalam Bahasa Inggeris.

Gila perasan aku.

Anyway, salah satu perkara yang menarik perhatian aku tentang buku tersebut adalah mengenai ideologi orang-orang muda. Umur aku dan pengarang lebihkurang sama, jadi memang agak menarik bila aku perhatikan terdapat banyak persamaan. Berbalik kepada cerita ideologi tadi, secara ringkasnya, bila kita masih muda, terutamanya dalam lingkungan umur awal 20an (aku pasti ramai pembaca aku yang di lingkungan umur tersebut), kita 'percaya' pada banyak benda.

Kita pro-life lah, anti-abortion lah, anti-kapitalis lah, straight-edge lah (kasihan si Ian Mackaye) dan macam-macam lagi.

Tapi kebiasaanya, selepas kita mencecah 30 tahun, benda-benda sebegitu kita akan pandang sebagai yang remeh dan yang temeh sahaja. Bukan bermaksud aku tidak percaya itu semua, cuma mungkin keutamaan aku sudah bertukar. Priorities change.

Dan juga bukan bermaksud aku memandang rendah mereka yang berideologikan begitu, malah, kalau difikirkan, sedikit sebanyak kehidupan aku masih dipengaruhi ideologi-ideologi yang aku fahami lebih dari sedekad dahulu, cuma tidak sekuat atau se-obvious dahulu. (Maaf, kamus Dewan dalam kepala aku kurang berfungsi hari ini.)

Tapi aku tidak resah, dan aku tak kisah kalau dalam kehidupan seharian aku, aku berjumpa dengan golongan yang pesimis tentang pendirian aku. After awhile, life is not about proving your ideologies, but somehow making them work into your daily life.

17 orang ada pendapat sendiri:

nurulazreenazlan

"After awhile, life is not about proving your ideologies, but somehow making them work into your daily life."


you might want to say that to those zealots and bigots running free out there *wink*

encikmasen

terima kasih kerana menyelamatkan bangi..

makmal itu sepelaung saja dari kediaman ako..

Tanpa Nama

aku cume terperasan ko cakap kantul instead of kantoi. ko mesti org johor kan. pasal belah KL dan keatas cakap kantoi. aku pun tak tau mane yg betul. dulu aku penah betah ngan member aku pasal ni. die ckp kantoi yg betol. tp aku rase dr kecik aku ckp kantol. jd stat dr tu aku perhatikan jek org yg sebut kantol & kantoi. mmg sah org kl & keatas ckp kantoi dan kebawah sampai jb ckp kantol. cume beberapa member aku yg baru nampak dunia lepas abis skolah & baru nak bercampur ngan org mase kat U. ok la. sekian.

sherrina
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
sherrina

u keje kat Unit Tenaga Nuklear ke?

sina

Entah la -- I don't have an ideology anymore. ideology is not the point. the truth is.

anis

-_-

"After awhile, life is not about proving your ideologies, but somehow making them work into your daily life."


betol tu. aku straight edge, tapi aku respect kawan2 aku yang nak merokok atau minum alkohol atau seks bebas. takde lah aku nak kecoh kat diorang betol atau salah.

Ami

Sungguh ramai orang Bangi!
Macam kerja kat MINT je. Datuk Daud nyer anak buah ke?

:p

Unknown

yup. priorities changes. i agree with that. makin lama, makin tua. last2 support juge kapitalisme, e.g, sbb nak beli susu/pampers anak. heh.

Tanpa Nama

betul la tu.

the artist and i

ada apa dengan orang bangi?
heheheh

sehat incik MM?

Ami

*heartbeat*
Ada kekacakan lah pada orang Bangi.

Hahah..hahah..hahah

Sori inche MM. Aku sekadar mempertahankan maruah org Bangi yang rata-rata kacak dan tegap. :p

averrose

Terima kasih. Bangi memang best. mcm suzuki best

Siberkop

Yeah! Aku mmg agak tegap!

Ahaks.

annashaman

btol....terima kasih sbb selamatkan bangi dr bhn nuklear...asal x kene kitorg yg berdekatan neh sudah....

Yusmir Yusop

Sumbangan ko besar rupanya:menyelamatkan orang bangi.

Ayat last tu mcm tuju kat sesiapa je?Haha.Tapi ada jugak benarnya di situ.

Melayu Minimalis

yuzy-
siapa makan cila dialah yang merasa pedas hehe.