Sabtu, Disember 06, 2008

Kenapa Aku Bengang Bila Orang Minta Derma Bila Aku Sedang Makan.

Aku sedang makan lontong petang tadi di Uptown Damansara bila aku didekati lelaki yang ingin meminta derma RM10 untuk rawatan kanak-kanak yang menghidapi kanser dan penyakit-penyakit teruk yang lain. Aku rasa kamu pun pernah jumpa, tukang minta derma yang akan memberikan kamu pelekat kereta bila kamu memberikan derma penuh RM10.

Aku bengang, sebab negara kita ini miskin sangat ke? Kita boleh bina yang tertinggi, terpanjang, terdalam dan terpantas, tetapi kita masih bukan terikhlas ketika memberikan peruntukan demi kebajikan. Kenapa peruntukan untuk badan-badan kebajikan seperti ini tidak diberikan perhatian sehingga menyebabkan mereka terpaksa meminta derma, dan mengganggu orang-orang yang sedang makan seperti aku? Aku tidak kisah untuk berderma, cuma aku bimbang ada orang kita yang masih kurang pasti tentang apa yang patut dipentingkan ketika mengagihkan duit rakyat balik kepada rakyat.

Pembangunan memang penting, tetapi kebajikan modal insan juga harus dijaga, bukan?

40 orang ada pendapat sendiri:

Liyana Zakaria

Betul.
Tadi pun aku baru makan tomyam di restoran, ada makcik datang jual kerepek.
Tp sebab aku suka kerepek ubi perisa BBQ yg dijual itu, aku beli juga.

chop jual kerepek dgn minta sedekah tu sama ke? tp tetap menjengkelkan sbb aku nak makan.

bokbon

ya betul, gua sokong.

Tanpa Nama

Betul, ke mana perginya duit cukai kita? Takkan takde peruntukan untuk badan2 seperti ini?

Tanpa Nama

nak salahkan siapa?

berbalik kepada yang meminta sedekah itu sendiri.

macamlah tiada cara lain lagi untuk dapatkan wang?

Tanpa Nama

dulu aku selalu kasi derma pada mereka, semenjak 2 menjak nih aku stop menderma...bukan apa, dari bentuk figure aku rasa mereka mampu lagi bekerja walaupun tiada sebelah kaki, tangan atau buta...ada kerja untuk mereka percayalah...

Tanpa Nama

ada setengah orang/masyarakat yang meminta derma ini terdiri dari komplot di mana mereka tersebut menggunakan kanak2 yang muka innocent ni kutip derma/orang buta dengan dipimpin seorang yg tak buta tuk meminta derma.. dem.. bukan aku tak nak derma/kesian tp aku takut duit yg aku derma ni tak disalurkan ke tempat yg sepatutnye.. tapi disalurkan ke kocek mereka dan kepentingan mereka..

p/s: dulu aku pernah tgk ada pakcik buta ni mintak derma tuk satu kebajikan ni.. tp duit yg diderma org dibuatnye tuk membeli rokok! wtf!

Tanpa Nama

aku lagi prefer bg derma kat masjid dari bg derma kat org2 buta yg slalu datang mintak derma time aku nak makan tu...

kat masjid at least aku bleh nampak mana duit tu disalurkan.., utk kemudahan bersama gak..

tapi kalo bg kt org buta yg mintak derma tu tah ke mane duit tu pergi...??

AkuKopiKauSiapa?

kalau menjual aku tidak kisah sangat. sebagai contoh kerepek. sbb kadang-kadang ade sorang makcik nie kerepek die sedap gile.

tapi yang mintak sedekah bagi sticker nie mmg aku tak suka. sbb dahla selalu dtg tengah makan, atau aku tengah berbincang hal-hal yang serius. dia dtg dan memotong segala percakapan aku dan membuatkan aku lupa nak ckp ape.

selalunya aku tangani dengan teruskan sahaja percakapan aku dan membiarkan orang tu bercakap sorang-sorang. aku percaya die akan blah. mungkin sedikit kurang ajar. tapi die yang dahulu kurang ajar kat aku.

ahmdsyhmi

tu la.
kita macam takleh nak lari dari birokrasi pihak2 atasan kan.

duit cukai kita macam tak disalurkan dengan btol.

tiap2 tahun bentang bajet. tapi keadaan macam sama je..

songlap duit mesti jadinya. tu yang ada kes peruntukan harga utk pemutar skru yang tak masuk akal.

kita nak bersuara? kena cop anti kerajaan. macam aku mahasiswa ni pon macam kena pasung. AUKU punya hal la ni.

aku da melalut. maaf. *emosi*

Si Baju Hitam

aku selalu gila kena camni. sgt annoying bila tgh makan orang mintak derma. kadang2 kesian...mana tahu mmg betul2 susah ke. tapi tatau gak, kot-kot sindiket seperti yang dibongkar kosmo dulu. kalau makcik yg jual kerepek tu aku kesian...tapi tak beli gak sebab aku tawu nanti aku tak makan n another reason is my mom aku slalu bwkkan kerepek utk aku. lagi satu hal, bila ada dak pakai tudung/songkok mintak derma n pegang kalendar. mane2 ada diorang. kata budak sekolah tapi nape waktu persekolahan diorang still ada?

aku bengang bila org dtg meja mkn aku mintak derma etc sbbnya rasa terganggu, tak selesa, potong stim nak sembang dan makan. gi la mintak waktu lain leh x? kalau ada duit aku bg, kalau tak aku buat tak layan...biar kawan yg lain layan. kdg2 nak je aku ckp kat org2 ni 'encik, saya sendiri pun tak cukup duit...cane nak derma kat encik'.

dan aku rasa zaman skng ni mcm tak relevan nak minta2 sedekah. yang kurang upaya leh je kot jual tisu ke, main music macam kat area jln tar etc. takpon...mcm ayah aku ckp, patutnya kerja yang kutip tol tu patut diberikan kpd oku2...kerja tak susah dan membebankan.

aku juga lebih prefer bagi makanan drpd bg duit kepada peminta sedekah...

oh ya... aku pernah dgr kat ceramah, org tu ckp duit zakat kat selangor berlebih sampai puluhan juta. tu yang wat aku terfikir, kalau ada lebih sampai camtu...nape still ade orang mintak2 sedekah?

c3kgu

Pada pendapat aku, menderma ini baik dan bagus. Tapi kalau kita nak menderma kena tengok juga untuk apa si peminta minta derma. Kalau si peminta minta derma untuk makan, kita belanja saja mereka makan, jadi kita tahu yang mereka tidak menggunakan duit derma ke bentuk lain seperti membeli barang yang bukan-bukan.

c3kgu

Owh...ade lagi satu pengalaman aku. Mereka yang ini bijak sedikit. Kalau anda pernah naik bas ekspress, kadangkala akan ade sorang pakcik atau makcik atau kanak-kanak naik bas tersebut dan memberi anda kalender atau ayat-ayat suci al-quran. Mereka akan bagi kepada semua penumpang dahulu. Lepas habis je bagi, mereka akan datang semula dan minta duit untuk kalender/ayat tersebut. Harga dalam RM10. Wah...ini sudah tikam belakang namanya. Jadi daripada hilang RM10, lebih baik pulangkan semula saja. Tapi aku salute kat si peminta tersebut sebab diorang bijak sedikit dari yang mintak kat kedai makan. Mungkin yang ini pergi ke sekolah.

Tanpa Nama

aku prefer bagi kat masjid

biasa aku ignore orang2 macam ni

aku salahkan org tu sebab tak cari jalan lain untuk dapat duit

cranberry

Aku paling tak suka kalau ditetapkan harga pada derma tu. Macam kes ni la, nak minta derma, tapi kena bagi RM10. Suka hati kita la nak kasi berapa RM, duit kita!

Tanpa Nama

tau takpa.
tak payah derma pun. most of them are frauds.

aritu a fucked up konon "buta" guy came up to me in Pelita Bangsar, mintak derma. aku pon derma lah sikit. kesian kan, kita mesti tolong sesama Islam. malam tu aku pergi lepak (kat tempat lain), tiba2 nampak orang "buta" tersebut lepak bersama rakan2 dia, merokok.

is that justice?

the artist and i

nanti ms weed mati tiada siapa yang baca talkin.

itu ayat seorang mat pet yang cuba-cuba menjual sticker bismillah.

aku tak cakap apapun. diam saja.

dah takmau beli dia jerit dalam bus itu.

"bila kau mati, tiada siapa yang akan membaca talkin!!"

huaghhhh.. hahha

Tanpa Nama

Betul tu.
Saya harap pembahagian cukai itu lebih adil.
Dahulukan yang lebih perlu.
Wujudkan peluang pekerjaan untuk semua orang.
Arghh..

xeem
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
xeem

Not all of your kind donations go to whoever they are saying it will go to.

Most of these people are swindling your money by telling you that it's for charity. I'd rather my money go to a registered charity than some guy coming up to me asking for it by the hawkers.

Similarly, I was told that the Chinese refused worldwide support for the devastating earthquake. As such, any form of fundraiser would not be able to reach the victims immediately. I did not update myself with the story, so purely hearsay here.

Only when you know where exactly your money ends up, should you donate. Otherwise, keep it and buy another 'lontong petang' :)

Tanpa Nama

aku penah sepak cina mintak sedekah kt kawasan pj. sbb aku pnah nmpak dia bank in duit 50 byk2

sharonliew

tapi mereka sedang bekerja, iaitu mengemis

Tanpa Nama

Aku rasa menderma harus la dilakukan melalui saluran yang betul. Yang tepi jalan ni takleh percaya.

Btw, MM, aku baru baca satu artikel ini, ttg mengurangkan ratio airplay lagu artist antarabangsa. betul ker ada benda mcm ni?

link
http://themusicbiztimes.blogspot.com/2008/12/91-ratio.html

myhann

Hal ini adalah kerana masih banyak manusia-manusia yang mengaku mereka Islam, tetapi tidak membayar zakat :)

Tanpa Nama

dulu2 ada sorang pakcik tua kat pelita ampang.. setiap kali lepak situ dia memang ada laa.

yg takleh blah, selagi tak hulur duit, selagi tu dia akan membebel sampai laa kita bagi baru dia blah.. kalau bagi sikit dia akan marah. kalau melawan, jangan cakapla, mesti kena maki sampai malu satu kedai.

kurang ajar betul. macam laa mak aku bagi duit suh bagi kat orang yang mintak2.

Meooo Comicore Club

patut hantar MAZIDUL (pengacara 999) tuh... tendang tulang rusuk mamat minta derma tuh. Siot... ada sindikit tuh!!!

Tanpa Nama

untuk pengetahuan kau, ramai yang minta derma untuk kepentingan mereka sendiri, kalau derma kenapa wajib rm10, kalau derma juga kenapa bagi stiker kereta tu??? Kata lah nak jual kan senang, ni tak, nama islam juga yang digunakan. Ini namanya mencemar kesucian agama islam. Bila nampak orang minta derma mesti tahu tu orang islam, apa orang islam sahaja yang miskin dan kena meminta-minta?

Ko pernah dengar peminta sedekah datang pada Rasulullah lepas tu rasullulah suruh dia jual apa yang dia ada? Itu namanya rasulullah pun tak gemar umatnya meminta-minta!

Tanpa Nama

sorry, aku sikit pun tak marah kat kau, cuma aku geram jer kat pengemis2 yang menipu tu..hehe takut aku karang kau sembur aku plak.

Rhona Rozlan

banyak nak kata ni tapi tak terkata. mana pergi peruntukan sedangkan peruntukan kerajaan banyak je. hujung tahun nak habiskan duit konon, apa salahnya habiskan kepada perkara rakyat. tapi tak tahu la pulak kalau orang tu pura-pura bersedekah.

wallahualam.

dan aku agak turn off jugak kalau tengah makan orang datang mintak sedekah.

Tanpa Nama

aku sedekah tu,x kesah sangat a pasal minta sedekah tu,and x yah a nak risau2 dia buat apa dgn duit tu,lagi ko pike lagi ko x bersedekah,tapi yang aku bengangnye kene sedekah rm10,babi,asal kene camtu lak?aku nak sedekah rm2 xnak terima,bodoh!!and MM,xyah la nak tipu,aku tau ko sorang je buat blog ni,nak kata ade 10 orang gak,hahaha...x menjadi,ex kau kawan aku!!

mediocre sadist

i bet if they know how to blog, they'll use nuffnang instead.

ok,not funny.

Miss Neddy

erm tul tu, mmg negara kita ni neg sedang membangun, ramai org kaya, berharta, jutawan pun ramai...tp dimana2 pun ada peminta sedekah...kesian...

Tanpa Nama

aku pun berang sama peminta sedekah sebegini.bukan nya kedekut.tapi mereka seperti memaksa.rm10 tu...
bukankah derma itu sewajar nya ikhlas..?tak kesah la aku nak sedekah berapa..kalau sedekah rm2 satu peminta sedekah..
satgi datang pulak orang buta 3 orang..sukarelawan rumah kebajikan 4 orang..bankrup den..rm10 darab 4 dah rm40..huhu.aku bukan jutawan..

Pously Naie

Aku bengang bila diorang setkan price, seperti yang ko kena, mesti kena bayar RM10. Haih, ikut sukalah orang nak derma berapa kan. RM 10 tueh. Kalau 10 orang, dah berapa? Mesti sindiket nieh.

A, is for Anomaly

"bang,mintak derma ikhlas bang."

"err,ok ok"

"derma ikhlas bang,paling kurang RM10"

"aaa?eh banyak tu sori ah dik,tak mampu le"


sejak bila derma ikhlas tu dah ditetapkan nilai dia?haishh.

Nick Name

aku selaku bakal Menteri Kewangan dan juga memegang fotfolio Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, merasakan ada salah guna dari duit kerajaan. Iklan zakat dan cukai merata-rata. Org ramai pn dah bayar semua. Mana perginya duit itu. Lebih baik tangkap penderma ni, soal siasat, kenapa menderma, pastu guna tabung yang ada, bantu diorg....

settle....

Tipu Tapi Benar (TTB)

Aku memang bengang betul kat makhluk2 yang mintak sedekah macam ni!

Malaysia bukan main banyak pusat2 bantuan, apasal tak mintak?

Jangan tipu aku la yang bantuan susah dapat. Aku kenal sorang insan yang susah, senang je dia dapat bbantuan bila dia gi mintak bantuan kat pusaz Zakat.

yang terhegeh2 mintak derma kat warung makan dan tempat2 tumpuan orang tu adalah manusia yang tak sepatutnya dapat bantuan sebab mereka ni tak susah!

Apa nak kesian kat diaorang macam ni? pergi balik ke tempat mintak sedekah pun Honda Accord yang bawak?!

Yang mintak derma tu korang ingat betul ke semuanya? Kawan-kawan aku pernah buat siasatan, call pejabat Jabatan Kebajikan dan kadang2 Jakim untuk mintak pengesahan. Nama2 diaorang ni semua tak ada.

Masalah masyarakat di Malaysia ni ialah kesian tak bertempat dan kesian membabi buta!

Ingat zaman tok kadok ke takde badan yang boleh dirujuk kalau susah.

Makin senang korang ditipu (dengan bagi sedekah tak ikhlas) semakin galak la mereka naik tocang!

Pengajarannya : Jangan kesian tak betempat!

ABSOLUTE

sokong sokong

Mia

couldn't agree more with this blog.. Terlalu ramai sangat peminta sedekah kat ibukota nee.. Tengah makan pun tetibe datang ke meja minta derma plak..

ekin bla bla

seriously...
hr tu.. aku mkn kat satu kedai mkn area bangsar.. fuh...
punyela sdp aku mkn....
ttbe ade mkcik ni bwk pakcik yg bute..
mtk sdkh..
kbtln ktorng xde dwet kcik...
kalau ade pun sen2 jer... maklumla student...
bile ktorang ckp xde dwet kecik..
boleh pulak mkcik tu jawab 'xde dwet kcik boleh pecahkan'
siot jer..
tu bukan mtk sdekah dah.. mtk duit nmenye!!!

Tanpa Nama

dude,
nak bagi, bagi.
tak nak bagi, sudaahhh...