Tafsiran 'Budak Pulau'.
Aku memang suka berendam di dalam laut. Tidak kisah-lah laut yang mana, janji bersih, aman damai dan tidak berdekatan dengan kawasan perindustrian atau hospital. Jadi untuk berendam di dalam laut aku akan ke tepi pantai, atau ke kawasan kepulauan, walaupun sebenarnya sudah lebih setahun aku tidak menjejakkan kaki ke dalam laut.
Dan kalau kamu perasan jika kamu ini kaki laut macam aku, di setiap kawasan persisiran pantai di Malaysia ini pasti akan ada perniagaan-perniagaan berdasarkan pelancongan yang diusahakan (atau sekurang-kurangnya diselenggarakan) oleh sekumpulan budak Melayu lelaki yang berkulit hitam legam akibat dibakar sinaran matahari tiap-tiap hari. Siapakah mereka ini? Teruskan membaca.
1. Hitam Dan Legam.
Satu benda aku perasan pasal golongan ini (yang selalunya digelar 'Beach Boys' di sini) ialah kebanyakan berkulit hitam legam akibat tidak suka memakai baju ketika berjemur di pantai. Yang pelik juga apabila berkulit hitam mereka selalunya berambut perang dan panjang, agar nampak macam Mat Salleh yang tanned sedikit. (Atau watak yang dipegang Patrick Swayze di dalam filem 'Point Break') OK, bukan sedikitlah, mungkin tanned banyak. Sudah tentu akan mengenakan seluar pendek pantai dan yang tidak boleh lupa ialah rantai-rantai yang dibuat dari manik dan kulit yang dibeli dari Melayu Red Indian. (Cerita Lain.)
2. Usahawan Semi-Berjaya.
Kalau anda ingin menaiki jetski, banana boat, paraglider atau papan luncur air golongan inilah yang biasanya akan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut di tepi pantai, walaupun pantai itu termasuk di dalam lingkungan kawasan Taman Negara yang sebenarnya melarang aktiviti-aktiviti sedemikian. Jangan lupa juga perkhidmatan teksi laut yang disediakan, yang diusahakan oleh mereka ini dengan bot-bot kayu dengan enjin motobot yang banyak mengeluarkan asap. Kiranya kalau di kawasan pulau mereka inilah yang jadi Mat Rempit, cuma mereka pakai bot, bukan motorsikal dan tidak memakai helmet sambil memakai kaca mata hitam jenama Oakley (tiruan).
Tidak lupa juga mereka yang menyediakan perkhidmatan sebagai pemandu pelancong yang selalunya memilih pelancong-pelancong asing yang berbikini agar mudah membawa mereka-mereka yang 'diingini' ini ke pelosok-pelosok tersembunyi agar mudah meluahkan kata-kata romantis dibuai angin sepoi-sepoi bahasa.
3. Minat Reggae.
Golongan ini tidak suka melayan lagu-lagu genre lain selain dari reggae, disebabkan kehidupan pulau mereka yang mengingatkan mereka kepada kehidupan di kepulauan Jamaica. Tidak lupa juga kerana jenis-jenis daun yang mereka hisap dengan terbuka di kawasan pulau-pulau ini, yang semestinya bukan daun tembakau. Kalau tak percaya mengakulah yang kamu ini pandai bermain gitar, pasti akan disogokkan gitar ke arah muka kamu dan kemudiannya kamu akan disuruh main 'Redemption Song'. Tetapi mungkin semenjak dua menjak ini akibat kesedaran terhadap pentingnya industri muzik Malaysia mereka akan lebih suka mendengar lagu Pure Vibracion iaitu 'Mi Gal'.
4. Tidak Suka Awek Melayu.
Sebab Awek Melayu tidak suka pakai berbikini, dan jika pakai bikini pun akan 'dikepung' oleh balak-balak lelaki mereka yang badan berketul sedikit. Akibatnya perempuan-perempuan dari Scandinavia dan terutamanya dari Jepun yang akan menjadi habuan. Pada mereka yang bukan datang dari Malaysia mungkin nilai novelty ber'balak'kan lelaki Melayu hitam legam berpenyakit kelamin (mungkin) merupakan satu godaan yang besar.
5. Suka Berpesta Pantai.
Salah satu aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh golongan ini ialah pesta-pesta di pantai (atau Full Moon Party) yang biasanya diadakan sebulan sekali. Di waktu inilah kita boleh melihat kumpulan-kumpulan besar golongan ini yang melayan 'jus' jenama Orangutan yang hanya boleh didapati di kawasan pulau-pulau tersebut. Akan jadi lebih meriah lagi sebab satu kampung akan turun, dari yang bawah umur, sampai umur dan lebih umur (kiranya orang lama lah) yang biasanya akan diberikan keutamaan memilih Awek Bukan Melayu yang diingini akibat kedudukan yang tinggi di dalam hierarki Budak Pulau. Dan hierarki di atas pulau ini sebenarnya agak kompleks, jika kamu betul-betul perhatikan.
6. Paling Gerunkan Musim Monsun.
Ketika musim monsun iaitu selepas bulan September, pada mula-mulanya golongan ini akan teruja sebab akan muncul peluang mereka menunjukkan bakat sebagai peluncur air (surfer) semi-professional. Tetapi apabila ombak menjadi lebih tinggi dari 2 meter kebanyakan dari mereka ini akan tinggalkan pulau-pulau yang didiami mereka lebih dari 6 bulan setahun dan akan ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai Red Indian penghembus api di Sunway Lagoon atau A Famosa Resort. Yang lebih berbakat akan menjadi bartender di sekitar Asian Heritage Row (senang untuk kenali mereka dengan rambut yang panjang dan rantai yang dibuat dari cengkerang siput laut) dan yang lain-lain akan menjual barangan kulit bersama kelompok Red Indian Melayu yang lain. (Cerita Lain.)
7. Jalan Bengkang Bengkok
Sebab mabuk darat, terlalu lama di atas sampan.
Aku rasa itu sahaja untuk kali ini. Sekian, terima kasih.
23 orang ada pendapat sendiri:
ada juga yang rambut perang sebab cuaca, aku amik contoh bapa sedara aku je sebab dia memang bkerja d pulau.
jalan pun tak bengkang benkok pun, tu semua golongn lain kot.
kenapa blog kau macam makin tak menarik?
Hahah.
Tak pula pernah terfikir tahap macam ni...
ada betul, ada salah (mungkin)
lol
ada yg buat2 mahu jadi beach boy,
ada yg btul2 natural begitu.
aku rasa ada lebih baik engkau berehat dan bercuti dari menulis. kualiti semakin merundum dan bahan semakin.. hurm.. aku rasa kau tau apa aku maksudkan..
beach boys that i know are into macarena song and las ketchup. takde pula yg into reggae..
.sukakan pelancong asing pasal boleh kenakan cas yang tinggi tanpa mendengar komplen
Surfer dudes! yay! haha wtf
jalan bengkang bengkok? masa mula turun2 kapal yer la kort, keh keh =)
kau memang ader god complex r..kau adalah yang terbaik,semua org perlu belajar dari kau macam mana nak hidup kat dunia ni dgn betul..
mesti bez bila ada perasaan macam tu kan..org lain semua loser,kau yang terhebat..tafsiran mereka yg menyatakan tidak ambil peduli tp irony nya dia yg paling peduli..
i knew few beach boys wanna be... mmg kaki pussy minah saleh jer.. awek melayu tak pandang.. nampak jer minah salleh... dah jd mcm beruk.. yeah.. dan selalu ke ke 'koh pangan' hahah... daft boys!!
@Tanpa Nama 19:14
hahaha betul tu!
biasanye bagi harge murah2 kat awek2 yg pakai bikini... ahahha
aku tgk MM ni dah makin banyak bende die nak tafsir,makin mengarut,ni mesti die dgr dari orang pastu tulis,loser
'Tidak lupa juga mereka yang menyediakan perkhidmatan sebagai pemandu pelancong yang selalunya memilih pelancong-pelancong asing yang berbikini agar mudah membawa mereka-mereka yang 'diingini' ini ke pelosok-pelosok tersembunyi agar mudah meluahkan kata-kata romantis dibuai angin sepoi-sepoi bahasa.'
hahaha!!! i've heard about this tactic from one of them super-tanned guys. eh, but not on me la.
Aku sokong.
Kalau kite perhatikan blog nie, dah makin bosan. Kureng sikit lah. Pastu suke ckp psl benda lain, sedangkan kate blog AKU TAK PEDULI. Tapi siap amik fakta la ape la segala.. kire... AMIK PEDULIK jugakkan? Tak gitu?
Tanpa Nama Sekalian.
Kamu semua faham tak apa sebenarnya yang Aku Tak Pedulikan?
Kalau kurang faham lebihkan membaca nukilan-nukilan yang dahulu.
biarlah.mereka peduli ttg apa yg tak perlu dipeduli.
haihhh.
anonymous semakin mengganas.
btw,tafsiran yg sgt meluas dan sarkastik.
syabas.
ok ape blog MM. pendapat aku, Aku Tak Peduli tu maksudnya si MM ni tak peduli dia nak cerita apa pun. maksudnya dia tak kisah org nak cakap ape pun, asal dia rasa nak tulis dia tulis. bukannya dia tak peduli. tak pulak aku rasa salah. sebab ini pendapat dia. asalkan MM tak menghina nabi atau buat entri fitnah ahli politik, tak pe kot. teruskan tak peduli ye MM.
p/s: kadang2 aku terasa gak dengan ape yg MM tulis. tapi aku jadikan tauladan utk baiki diri.
buat ape nak peduli kate orng!
betul, kami awek2 melayu turun pulau sekali sekala terasa tau..sebelah mata pun tak pandang, ada yang buat2 macam kami tak wujud..sial kan? tapi kalau orang pompuan kawin mat salleh kutuk cam gampang, kata orang pompuan sekarang tak sedor diri..paku dulang paku serpih..cisss...
semua tafsiran yang benar ni.
bapa aku kat cherating, jadi kalau aku balik sana semua ni aku nampak.
HAHAH....buduh...mmg betul laa.aku baru blk vacation kowt,sume pon camtu.klu aku beach boy aku pon wat mende yg same..tp nak hilite rambut dreadlock,xmo la aku hahha
Catat Ulasan