Isnin, Disember 15, 2008

Dengan Adanya Kuasa Datanglah Tanggungjawabnya.

Aku sekarang sedang asyik melayan siri tv 'Heroes' musim ke-3, yang banyak berkisarkan tentang kebarangkalian ada atau tiadanya sesuatu kuasa di dalam badan. Manusia memang mudah berubah, ketika dianugerahkan kuasa, atau ketika kuasa itu dicabut dari badannya.

Macam aku, kuasa aku (di sini) amat mudah. Kuasa aku ialah aku dianugerahkan jumlah pembaca harian yang agak ramai, yang membolehkan segala apa yang aku fikirkan ketika menulis menular bagai retrovirus ke dalam ribuan minda-minda pembaca (yang diharapkan sudah matang untuk membezakan yang buruk dan yang baik) yang terbaca nukilan aku. Gila perasan.

Jadi seakan-akan tanggungjawab aku untuk tidak mewujudkan aura yang negatif ketika menulis, sebab tiba-tiba aku perasan ia sedikit sebanyak mempengaruhi tona penulisan pembaca-pembaca yang kebetulannya penulis blog.

Oleh itu, jangan bermurung macam burung dan hargailah saat-saat kegembiraan kamu, sebab kita semua tiada kuasa untuk mengetahui bila saat-saat bahagia itu akan hilang selama-lamanya.

(Kita akan kembali ke siaran biasa sebentar nanti.)

17 orang ada pendapat sendiri:

Tanpa Nama

dan hargailah saat saat kamu masih hidup sebelum mati menjemput kamu...

Tanpa Nama

banyak lagi nak kena buat kot.

hahahah

eJAI

bagus..jgn terapkan unsur negatif dlm penulisan..atau anda boleh berubah ke positif..just berpesan,hehehe

r4v3

with great power, comes great responsibility

p/s:power root

Syarifah Hadli

"Jadi seakan-akan tanggungjawab aku untuk tidak mewujudkan aura yang negatif ketika menulis, sebab tiba-tiba aku perasan ia sedikit sebanyak mempengaruhi tona penulisan pembaca-pembaca yang kebetulannya penulis blog."

Oh. Aku terasa.

Kau lah ni.

Tanpa Nama

heroes season 3 is the shit man. *teruja* wats ur fave character?

Mat Not

Aku dah tengok sehingga season 3 episod 12. lagi memeningkan yang mana jahat dan baik. hero nakamura dah terperangkap dlm masa 16tahun yang lalu. kesian dia. tak bole balik. aku rasa aku HERO Nakamura walau aku berusia lanjut. Malam ni aku nak layan prison break hingga episod 14 pulak.

Siti Syawal

skarang ni aku terikut-ikut amik gambar kaki saje macam mm slalu amik. huhu.

Tanpa Nama

ye2...
kena menghargai sebelum ianya hilang...

Tanpa Nama

someone told me that you have a band

Ayyman Rahim

Ayat baru, murung macam burung.

aficiozado

burung mane murung la..

Pously Naie

I think everyone has a band these days. Haha.

Yeah, too much negativity lately. Mungkin sejak Yoga diban. Ahaha.

aida hashim

eh. aku nak kuasa yang boleh buat hari2 ade megasales. tolong! eh. aku suka lah

Tanpa Nama

ko sedarkan aku dari lupa la...terima kasih...

Tanpa Nama

1st time lawat blog ni.. Nice blog.

Melayu Minimalis

@Syarifah Hadli
huhuhu

@dena_r
my favorite character is Peter Petrelli tanpa powers. macam gila poyo.