Selasa, Disember 02, 2008

Soalan Cepu Emas 1.

Aku sebenarnya ada menulis nukilan panjang lebar tentang mentaliti umum orang kita dan bagaimana kadangkala aku sedih memikirkan nasib 90% dari kita yang tidak mampu maju atau tidak berkeinginan untuk maju, tetapi aku batalkan hasrat sebab aku rasa nukilan tersebut tidak mampu mengulas mesej yang aku ingin sampaikan. Tidak kelakar, berserabut, dan tidak berapa jelas.

(Sebenarnya mungkin seminggu yang lepas aku tersangkut memikirkan cara untuk menulis subjek yang terngiang-ngiang di dalam kepala aku sekarang.)

Jadi aku telah tukar nukilan tersebut kepada satu siri baru yang aku ingin beri tajuk siri 'Soalan Cepu Emas©.' Mungkin ini cara aku untuk membuatkan blog ini lebih interaktif, bukan hanya sekadar komen-komen 'Tanpa Nama' yang memang aku amat hargai sebenarnya. Mungkin.

Mudah sahaja, selama ini kamu semua telah bertanyakan macam-macam soalan kepada aku (sila klik ruangan 'Tanya Abang Minimalis' jika kamu tidak tahu), dari soalan-soalan yang bijak pandai, susah kepada soalan-soalan bodoh (yang semestinya diberikan jawapan bodoh.) Jadi, untuk menilai pandangan para pembaca aku yang dari pelbagai latarbelakang ini (iaitu kamu, semestinya) aku pula yang akan bertanyakan soalan.

Dan sedaya yang boleh, soalan-soalan yang aku kemukakan akan berterus-terang, tanpa berselindung, dan diharapkan mampu mendapatkan jawapan-jawapan yang bernas dari kamu semua. Bukan untuk aku sahaja, malah jawapan yang diberikan juga mungkin berguna untuk pembaca-pembaca yang lain. (Kenapa bahasa aku hari ini macam esei dalam Dewan Siswa?)

Sudah tentu akan ada yang ingin tunjuk pandai dengan jawapan-jawapan bodoh, tidak lupa juga jawapan-jawapan main tikam belakang, tetapi sekadar di Internet memang tidak boleh makan hati sangat, bukan? Pada masa yang sama mungkin siri ini akan membolehkan aku bertanyakan soalan tentang perkara-perkara yang mungkin aku tidak akan tulis di sini, dan sebaliknya kamu semua yang akan memberikan pendapat kamu sebagai kandungan blog aku. (Sememangnya untuk aku sebahagian besar kandungan dalam blog ini adalah komen-komen dari kamu, tidak kisah baik atau buruk, semuanya aku boleh terima. Kiranya macam konsep Web 2.0-lah, di mana kandungan sesebuah laman itu dijanakan oleh pengunjung laman, dan bukannya pemilik laman sahaja. Contohnya macam Youtube dan Flickr.)

Apa-apa pun ini Soalan Cepu Emas© untuk hari ini—

Mentaliti Melayu tertutup akibat pengaruh kebudayaan, tradisi dan agama. Bincangkan.

Cara jawapan mudah sahaja, tinggalkan komen dalam format 'Pekerjaan/Umur/Jawapan'. Itu sahaja. Kalau umur itu sensitif biarkan kosong. Tidak perlu bimbang aku bukan seorang ageist. Jawapan-jawapan akan menyumbangkan 70% dari jumlah markah kertas akhir kamu.

105 orang ada pendapat sendiri:

c3kgu

Aku setuju jika dikatakan mentaliti melayu memang tetutup sebab kebudayaan dan tradisi. Berkenaan agama tidak boleh diambil kira kerana agama islam ialah agama yang telah menggariskan panduan kepada umatnya.(betul ke apa aku cakap?, tak kisah la sebab ini pendapat aku)

RHR

engineer to be/19:
bak kata perdana menteri kita yang ke-4,iaitu melayu mudah lupa.
sesetengah mengatakan pula melayu ini tak sampai 2 generasi dah hilang pendirian.
Tanggapan ini leh ditengok dari dua sudu iaitu melayu ini versatile,leh adapt pada apa jua keadaan.
lagi satu ialah melayu ni memang tiada pendirian tetap.
cthnye,kalau para pelajar yang gi study abroad.cth negara ialah london.tidak sampai baper bulan duduk disana.bahasa ibunda pun cam apa,english yang dituturkan dahulu (manglish) akan bertukar ke loghat penduduk tempatan sana.
kadang-kadang sifat 'versatile' ini ada kelebihannya,kadang-kadang tidak.
tengok la macam mana masyarakat dunia interpertasikannya.
saya melayu,saya bangga.

Tanpa Nama

PELAJAR/21 TAHUN/

Kebudayaan, tradisi dan agama boleh sahaja menjadi penyebab tertutupnya mentaliti Melayu. Hal ini akan berlaku apabila agama, tradisi & kebudayaan diambil terus bulat-bulat tanpa usul-periksa. Apabila kata-kata ibu bapa, guru-guru, orang berilmu, atau sesiapa sahaja yang lebih tinggi hierarkinya terus diikut sahaja tanpa diri sendiri mencuba mencari 'kebenaran' dan/atau 'kesesuaian', ini pastinya akan membina batasan dalam pemikiran. Ada yang memikirkan bahawa pengetahuan yang mereka ada ini adalah sesuatu yang tidak boleh diubah-ubah, langsung!
Jadi lebih baik menganggap pengetahuan-pengetahuan agama/kebudayaan/tradisi tersebut hanyalah sekadar 'garis panduan', bukannya 'kebenaran yang mutlak'.

Maaf, saya hanya memberi ulasan secara am. Nanti kalau ada masa saya beri ulasan yang lebih spesifik, ya.

Tanpa Nama

awek aku x suka dating sampai lebih pukul 11

else she would throw fit...macam sial

reason:jiran pandang semacam,tak elok malam2

aku marah....apa kene mengena malam dengan jiran pandang semacam?balik pukul 2 pun takda hal...tapi kene telan la...benda tu betol

budaya melayu mengekang untuk mencegah

cara kau berfikir takda kene mengena dengan melayu....akhlak kau jer yg melayu kekang...dan ko tak suka...dan ko salahkan melayu

oh sila jaga kain jiran seblah rumah....kang dia mati pun tak sedar

Tanpa Nama

pelajar/20

saya berpendapat bahawa melayu ni penoh dengan hasad dengki,dan berkemungkinan hasad dengki itulah budaya melayu,dari merata rata tempat ada sahaja yang berdengki,mengkondem,dan melabel dan saya berpendapat bahawa abang MM nie orang yang suka melabel...jgn label orang kawan,x elok,umur tu dah tua,janganlah kondem orang ape die nak buat,kalau semua bende yang orang buat ko label susahlah jadiknya nanti...jangan label orang sebab nak tarik perhatian orang ke blog ini,bab2 tu je a aku x suka kat orang melayu nih,bab dengki and bab nak jatuhkan orang,memang asas kemelayuan diraja sejak zaman kijang sepak anjing lagi(zaman ketuanan melayu)...budaya dan tradisi

Tanpa Nama

kalau menteri label ahmad pengganas....polis,tentera...semua hunt kau

kalau MM label orang...takder hal....itu dia punya pasal...dia nobody

Tanpa Nama

Pekerjaan : Guru Bahasa Inggeris
Usia :23
kebudayaan dan tradisi aku bersetuju ya ,mentaliti masih lemah kerana masih mempercayai benda benda tahyul


tapi agama tidak,hidup kalau tidak beragama menjadikan kamu sebagai orang yang tidak ubah seperti binatang.

agama memberikan kamu panduan untuk hidup dan sebagai orang Islam kamu wajib percaya kamu hidup perlu mengikut hukum dan bukan hukum mengikut kamu


oh ya aku tidak tinggal di London tetapi bahasa Inggeris aku sedari dulu mengikut nahu yang betul
terima kasih

RHR

tidak semua kaum melayu kita sebegitu,yang mempunyai jati diri yang teguh.tidak akan melupakan jati diri.
cuma bagi sesetengah golongan shj yang kadang-kadang jati dirinya seteguh lalang dipadang.huhu.
bagus la jikalau jati diri anda teguh.huhu

base case

>hamba buku/20

SIKAP. itu jawapan mutlak aku.
aku dah taip panjang2 tadi tapi hilang. ceits. nanti aku bincangkan.

Tanpa Nama

jangan jadikan agama menjadi salah satu punca mentaliti melayu

beragama islam tetapi tak amalkan apa guna?

melayu tu kita, cuma tahu mmbincangkan tentang bangsa sendiri

padahal bangsa kita sama je dgn bangsa lain,punya identiti

kalau nak bincang mentaliti, bincang pasal mentaliti seseorang, bukan mentaliti bangsa melayu

agak2 komen ini akn ddelete?

Tanpa Nama

23f ...
TIDAK! ..

agama-->> pegangan org melayu
budaya dan tradisi : men indah kan org melayu.. ahaha..wlupown ade perkara2 yg kdg kala tak relevan, tak msk dek akal yg waras..jd- berbalik la pada akal,ilmu, --> yg berlandaskan agama.. so, akal berperan , agama dipegang supaya boleyh memilih budaya dan tradisi yg berpadanan.
- KERTERBUKAAN mentaliti --> adalah pada sikap lapangnya dada, menerima segala yg dicurahkan namun berpegang pd agama.

bg aku, yg mempengaruhi tertutup nya mentaliti org melayu adalah kerna ilmu.

bg aku la.. "org yg bijak adalah org yg terbuka mentalitinya namun, keteguhan agamanya..umpama sumaiyah yg memperthnkan khalimah syahadah!..
=)

errk, kenyang

"Mentaliti Melayu tertutup akibat pengaruh kebudayaan, tradisi dan agama. Bincangkan."

data analyst/30/mentaliti melayu telah dididik dah terdidik dengan satu cara hidup yang "berbudaya dan bertradisi" tanpa penerangan ringkas dari sudut agama. kadang kala dalam kehidupan "berbudaya dan bertradisi" agama adalah sudut pandangan yang diketepikan atau hanya sampingan.
agama bukan untuk berbudaya atau bertradisi tetapi untuk pegangan jiwa (lebih mudah dikatakan sebagai cara pemikiran dan tingkah laku).
melayu tertutup mentaliti nya akibat timbulnya perasaan kekangan dari garis panduan yang kabur. garis panduan yang jelas dan jitu ada tetapi mentaliti itu perlu keluar dari ruang lingkup.

contoh:
"melayu berbudaya dan bertradisi".
telah diajar sedari kecil bahawa arak itu haram. budaya melayu telah mengadaptasikan bahawa jenama kampai atau guiness itu haram. tetapi kampai dan guiness telah mengeluarkan minuman yang tidak mengandungi alkohol. mereka boleh mengeluarkan produk merekan menjenamakan semula dengan sesuatu yang baru tetapi itu business ethically dis-correct. bagi melayu yang berfikiran di luar ruang lingkup "berbudaya dan bertradisi", enak aja dikonsum minuman tersebut. tetapi bagi melayu beragama dengan mendalam dan jitu - minuman tersebut adalah meragukan jadi sila hindari.

contoh : melayu bertradisi dan berbudaya adalah berkonsepkan kehidupan dan kematian. adalah normal bagi melayu berfikir untuk tidak berusaha "lebih" kerana tiada apa yang perlu di kejar atau dicari. berbeza dengan konsep usaha dari segi agama yang menekan kan usaha fizikal disamping kecekalan hati.

saya sedari usia 18~20 telah melarikan minda dari ruang lingkup tersebut. antara awalan deklarasi adalah "saya bukan melayu lagi". barulah saya dapat berfikiran terbuka dan terlalu terbuka. pada usia 20~an pendedahan agama secara sedikit dalam dan universal adaptation telah sedikit sebanyak mengariskan kehipudan, terlalu bayak yang boleh sebenarnya dari agama tetapi tidak bagi "melayu bertradisi dan berbudaya". memang benar agama bukan untuk melayu tetapi untuk sejagat.

terima kasih.

magenta

student/tutor,23

tak ada kena mengena dengan budaya,tradisi atau agama sangat.aku pernah je jumpa orang yang sangat melayu, taat pada agama dan berjaya.

mentaliti tertutup ni berpunca daripada sikap takutkan perubahan. tak dapat menerima perubahan dan takut orang lain berubah. jadi dia akan sabotaj orang lain supaya mereka tak berubah dan stay the same cam dia. so kita buat dajal pada bangsa sendiri.

bangsa lain pun ramai yang dendam dan dengki. tapi benda tu buat diorang lagi unite. bangsa lain pun jaga tepi kain orang. tengok je omputih yang banyak gila tabloids.

dah kita dah kena brainwash kalau ada perubahan, mesti perubahan tu mendatangkan keburukan. macam kalau cakap BI terus lupa bahasa ibunda. rasional ke takut benda camni? orang kelantan yang datang KL and 'cakap KL' tu ada lupa dialek mereka? tak, kan?

semua ni sebab tak nak embrace perubahan, walaupun perubahan tu necessary.

aiXat.MR

pelampau/23

manusia memang suka menyalahkan orang lain.

sebagai contoh ramai juga didalam kolum ini menyalahkan bangsa, budaya, tradisi, malahan agama sebagai kambing hitam atas kelemahan diri sendiri.

asas yang penting adalah pemikiran kita sendiri. dan identiti kita sendiri sebagai melayu. subjektif.

kita sendiri yang menyimpitkan pemikiran lalu beranggapan bahwa melayu itu sempit. kolot. kan?

ya, aku pun sama.
*melihat komen2 manusia yang menyalahkan bangsa mereka, lalu aku pun berkata dalam hati..
"kolot"

significant bukan?

Tanpa Nama

25/Engnr
Melayu terlalu lama di zon selesa.Bangsa lain?SMI lah...bermati-matian utk sesuatu perkara.

Tanpa Nama

ahli korporat/



selagi orang melayu terkongkong dengan format belajar-kerja-kahwin, selagi itu minda mereka akan tertutup.

bagi saya orang melayu pengecut dan penakut. mereka takut berfikir, dasar melayu pengecut.

dan islam yang ada di malaysia ini sudah dipolitikkan, jadi tolong jangan pertahankan benda yang salah. islam suruh kita BERFIKIR, bukan MENGIKUT!

the artist and i

(skill karangan macam dah hilang dah pun nih! hehehe)

cikgusenilukis/29

-ada kena mengena dengan budaya, tradisi dan agama.

Budaya dari dulu sampaikan mengharapkan bantuan (salah satu contohnya) memang masih lagi kebal, sikit-sikit nak harapkan kerajaan. Semua nak senang sampai ke tua, boleh lepak-lepak. Bila ini dah menebal habislah. Bila ibubapa dari kecil dah suntikkan ayat "kamu bila besar kerja dengan kerajaan, senang nanti". Kalau kerajaan melingkup porak peranda, untuk berdikari sendiri agak payah. Itu belum budaya membuang sampah dan global warming.

Tradisi - lebih suka huraikan pengaruh mitos/atau betul? masih lagi kuat dalam masyarakat. Kalau kedai sebelah menyebelah, salah satunya laku/laris mesti timbul irihati yang membuak-buak. Lepas tu sibuk cari bomoh atas alasan, "kedai macam tu mesti pakai tangkai". Aku juga pernah tegur mak aku sendiri sebab dia sakit lutut (biasalah orang tua-tua) lepas tu mak sedara nak ajak dia pergi cari bomoh sebab 'mungkin ada benda menumpang'. Yang geramnya tu, BULAN PUASA BENDA MENUMPANG APA KEJADAHNYA LAGI NAK CARI BOMOH! Atas alasan "memang kami turun temurun/tradisi mesti cari bomoh sakit sakit macam itu". Aku apa lagi sembur lah mak sikit. Aku cakap sampai bila dia nak berfikir macam itu bla bla bla. Aku rasa walaupun umur dah tua, yang muda patut tegur dengan alasan yang kukuh dan juga dengan nada yang sopan. Dia terus menerus sakit lutut sebab makan macam-macam ubat sangat, ubat klinik ubat farmasi etc. Hai lah mentaliti..

Agama - yes. Sebab agama Islam yang betul memang menuntut perubahan yang murni. Tapi harus diingat, agama IslamMelayu ada yang pelik. Ini ada relate dengan mentaliti. Aku pernah soalkan arwah tok aku yang suka menipu sebab asyik bercerita (masa kami kecil) tentang aktiviti berasap malam jumaat, menurun etc. Aku tanya, "bukan kah itu syirik?" Terus dia pangkah aku dan aku bukan dalam list cucu kesayangan. Heheh. Arwah tok aku ustazah ok. Tapi tu lah. Ada yang bagus pengetahuan dalam Islam, tapi mentaliti yang asyik menghukum orang yang nampak tidak alim masih banyak. Kebanyakkan melayuislam lebih suka menghukum dari mendekati dan menasihati dan SHARE KNOWLEDGE.

Itu saja. Terima kasih.

Madu Warna Biru

adminitrator /24 tahun

Islam tidak menyebabkan mentality melayu tertutup. Allah berikan yang terbaik untuk setiap umatnya dari segi apa pun corak kehidupan mereka. Cuma kita perlu gunakan akal untuk kebaikan itu.

Pengaruh Kebudayaan dan tradisi adalah antara penyebab mentality melayu tertutup. Ada diantara tradisi dan kebudayaan yang telah di amalkan sedikit sebanyak menyekat pekembangan pemikiran manusia untuk menuju kearah yang lebih baik.ianya juga adalah penyebab sesetengah pemikir melayu takut untuk mencuba dan takut untuk menerima kesilapan, senang cerita takut tanggung risiko dan akan menyebabkan sekatan kepada pemikiran orang melayu. tak semua tradisi dan kebudayaan adalah berdasarkan kepada landasan Islam, kebanyakannya terpesong dan syirik untuk kita mengamalkannya.

Tanpa Nama

Melayu syok sendiri dan MALAS.
MALAS MALAS dan MALAS!

Nick Name

"Mentaliti Melayu tertutup akibat pengaruh kebudayaan, tradisi dan agama. Bincangkan."

Engineer + Economist + Opportunist
24 tahun
Bujang

Aku setuju dengan kenyataan di atas. Tapi bukan semua melayu sama. Ada satu lagi yang aku rasa aku nak letak. "POLITIK". salah satu sbb tertutupnya minda melayu.

Kenapa la melayu kebanyakkan tak nak buka minda, beranikan diri ke arah kemajuan.

Cth: Sebab mak kata jadi cikgu, jadi la cikgu. Walhal diri nak jadi doktor.

Bagi aku, melayu ni tak de cita2 tinggi, sbb tak nak jadi Mat Jenin (sebuah mitos yang di tanamkan dalam budak2 melayu supaya jangan berimiginasi). Sbb tu la bila melayu kebanyakkan tgk mat saleh kat luar tu buat benda baru, diorg kagum.

Kesimpulannya, kita kena bercita-cita besar. Jangan limitkan imiginasi kita.

Aku nak jadi Perdana Menteri MalayaRaya (Malaysia + Indonesia)

Miss Whatever

HR exec/25
tak semua melayu pemalas,pemikiran cetek. but majority of melayu memang pemalas & pemikiran cetek.kesian org melayu kat malaysia ni ikut je kerajaan cakap ape. even agama pun dh campur dgn politik.
to me, ada jugak cina dan india dan lain2 bangsa yg malas & pemikiran cetek,tapi kalau kat malaysia, org melayu mmg dah kene 'cop' as org malas sbb majority drp org melayu mmg camtu.ehehe. :)

StingRay

peh..gila busan..

Nadirah Yahaya

student/20

well i think:

Yep agree dengan pengaruh kebudayaan.

Thats the major reason u widen up your mind i guess. OK as i live in overseas, culture and environment obviously lain kan, so do their mentality. Mmg greatly differ lah dgn malaysian.precisely malay

Im sorry to say lah, but they are far away better than us, technically speaking yes they already ARE,but literally diorg lebih bersopan than us dari segi cakap etc bla bla yada yada.

Im pretty much impress la. Bukan nk mengagungkan org luar, tapi kalau betul diorg mmmg bagus,why not aite? and thats the reason im widen up my mind.

However, ada jugak malay lah yang kononnya dah duk lama kat oversi dah terlampau poyo pulak, U know like so berlagak, konon soo posh, and underestimate others.

Moreover,i guess knowledge jugak penyebab mentaliti malay masih lagi di kelas ketiga.

Contohnya la kan, gaya seorang doctor dan seorag buruh bercakap,Obviously diffrent kan, u got me?

other reason i guess :
coz we being colonized by others fer more than 100 years, we most likely comply and apply boastfully.

If you goin somewhere overseas, u will find why im greatly diffrentiate both.

Eg, if naik train, xde sapa pon jaga, but people still beli tikets. The concept, is “based on trust”.

Station minyak: Isi dulu baru bayar. kalau kat msia, confirm petrol station rugi :)

Zebra crossing: Car will stop automatically, and senyum *sambil sign lambai, bg kita jalan.If msia? Haha.got me.? I wondering how those rempit capable to do that? Hmmph.

Supermarket: time nk bayar, they always say hai, ure orite, o howayu. Msia? kene jeling ade lah dgn cashier tuh sebab xde duit kecik.

Conclusion:

Malay will just remain as malay. Our mentality sudah dicolonized. Kita sgt bangga dgn product luar. Government has served us with loads of benefit
but, still nk complain,nk gado, x jujur,nk rusuh. Bukan Malay je actually, to be precise, ASIAN.


That’s what I thought la. Peace :)

Tanpa Nama

pelajar,18

pada pendapat saya melayu banyak terpengaruh dengan budaya barat yang buruk tetapi tidak pulak terpengaruh dgn budaya mereka yg bagus.
melayu zaman sekarang sangat material tetapi malas untuk mencapai material yg mereka mahu tu dengan sendiri.
mcm dlm buku honk! if you are malaysian, you are not malay, if you not cheating.

Tanpa Nama

salah tulis.
you are not malay if you are not lazy.
tp cheating pon boleh jugak.
heheh
tp itu pendapat aku.

Edna Sinn

pelajar/model sambilan/20

boleh tak kalau saya ckp ni semua masalah individu bkn bangsa tu sendiri???
tapi kalau nk ckp pasal mentaliti melayu tertutup mungkin satu sbb je lah...
melayu terlalu givafuck dgn ape yg org laen akan ckp pasal mrk...
hati tak cukup kering lah...

Edna Sinn

owh tapi MM adalah melayu trait baru...
sgt x kesa ape org ckp dan cool menerima kritikan...

~KAGUM~

suparman

Suparman/45/Pemikir Bebas
bagi aku baik memperjuangkan agama dari bangsa. kita pun bukan pure sini, ade datang dari tanah jawa, ade datang dari acheh, patani, dan pelbagai lagi. ape yang menyatukan semua ini adalah Islam. Tapi ramai orang melayu more tu bangsa because telah dididik macam tu dari zaman parameswara. Parameswara orang mana ? walhal orang asli tak penah memperjuangkan bangsa mereka walhal mereka lagi pure dan mmg penduduk asal dari sini sebelum kes perameswara lepak bawah pokok melaka lagi. So agama mmg takde kene mengena dalam perkara ini. Ini suma kerana tradisi dan kebudayaan yang dibawa dari pengaruh hindu di nusantara.

Madu Warna Biru

masuk blog ni untuk informasi.

http://aburuqayya.wordpress.com/category/melayu-sejati-islam-di-hati/

melayu sejati, Islam di hati. =D

xordy

pelajar/23

mentaliti tertutup? terhadap ape? terhadap teknologi dan budaya barat tu semua? kita ambil contoh jepun. mentaliti mereka tertutup juga. bahkan mereka menjadi trendsetter, apa yang mereka buat, orang barat ikut. bagi aku, mentaliti tertutup tak salah. sebab mentaliti terbuka la kita nak jadi orang lain. kita nak buat apa yang orang lain buat, tanpa batasan. semua benda perlu batasan. sebab tu kita ada agama, ada budaya, ada tradisi.

Tanpa Nama

22/Pencari kerja

3 bende

1. Melayu kuat makan belacan.
2. Melayu kuat makan belacan
3. Melayu kuat makan belacan

Tanpa Nama

apekalah yang penting sangat dengan mentaliti melayu.Aku setuju dengan kata-kata seorang penulis di atas yang mengatakan ianya lebih kepada individu itu tersendiri.Bagi aku kalau kita melayu pon,kita boleh memiliki mentaliti cina,india atau kaum peribumi.Semua di atas kita.

Kebudayaan dan tradisi merupakan intipati kesinambungan warisan turun temurun dari nenek moyang dan berfungsi sebagai identiti sesuatu kaum itu.

Agama pula merupakan pembimbing kehidupan manusia.Sebab itu agama tidak pernah menghadkan bahawa agama ini untuk kaum ini.Tetapi kebudayaan dan tradisi memang selalu menggambarkan identiti sesuatu kaum itu.

Pendek katanya,Kalau kamu melayu dan merasakan kebudayaan melayu itu tidak mampu menjadikan kamu seorang yang berdaya saing,tukarlar ke kebudayaan yang kamu rasakan mampu menjadikan kamu seorang yang lebih kompetitif.

Semuanya di atas paradigma kamu.Kamu yang mengawal otak kanan,kiri dan medula oblongata kamu.Jangan mengada-ngada nak menyalahkan tradisi,kebudayaan dan agama.

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

Jard The Great

eng/f

hmm... stp org bertanggungjawab terhadap mentaliti masing2... takde kena-mengena dgn persekitaran.

or idup susah pastuh berjaya ramai jugak. Ade jugak yg terus tak nak berubah. Anyways... ATTITUDE IS EVERYTHING! kita yg bentuk diri kita sendiri.. jgn asyik nak bergantung pada takdir jer.. tu mengarut! haha..
nasib di tangan kita..ada usaha, sudah pasti ada kejayaan. Dah disebut dlm al-quran kan? Allah takkan mengubah sesuatu kaum itu selagi dia tak mengubah diri sendiri.. case closed.

farizzet

komen aku akan ditaip di blog sendiri, kerana ia akan panjang dan lebar, bergantung pada lcd screen anda, lcd screen aku 20 inci.

anna

exec/26

Mentaliti Melayu tertutup akibat pengaruh kebudayaan, tradisi dan agama.

kebudayaan, tradisi dan agama tidak ada salah apa-apa...mungkin ada yang kedengaran mcm kolot seperti anak dara tak boleh keluar malam-malam..itu sebenarnya hanya untuk menjaga keselamatan si gadis...sebenarnya kebudayaan, tradisi dan agama ini mempunyai elemen kebaikan kecuali lah tradisi yang jenis khurafat yang menyalahi agama. Jadi pada pendapat saya, mentaliti kita ini haruslah berpendidikan supaya dapat menilai yang baik & yang buruk. Tapi bila dah berpendidikan jangan pula fikir pakai otak & logik saja..harus ada conscience agama, tradisi & kebudayaan juga..kerana ketiga-tiga perkara ini la yang memberi karaktor kepada kita sebagai manusia.

Melayu Minimalis

banyak komen-komen yang menarik, tetapi kurang komen dari golongan-golongan yang lebih konservatif.

apa yang menarik di sini ialah aku rasa ramai di antara kamu yang sedar mentaliti secara am kita adalah tertutup, tetapi persoalannya apa yang kamu boleh lakukan untuk membuka minda yang lain?

malam nanti aku akan memberi respon penuh kepada komen husni, aku rasa dia berikan hujah yang bagus.

farizzet

wah bnyk komen. komen aku di blog sendiri, di http://farizhilmi.blogspot.com/2008/12/mentaliti-melayu-tertutup-akibat.html

Tanpa Nama

Mentaliti Melayu memang tertutup akibat dari budaya, agama dan tradisi. Benda ni memang betol. tak payah la korang nak menafikan dan berdolak dalih. Bukan itu yang perlu di bincangkan. Perkara yang perlu di bincang kan adalah kenape mesti mempersoalkan mentaliti orang melayu? Perubahaan macam mane yg korang nak? Keterbukaan yang macam mane yang korang nak? Bukan korang lah, actually pemilik blog ni yang nak. Dan aku tak rase pun mamat blog ni berfikiran terbuka sangat pun.

Tanpa Nama

Mentaliti Melayu memang tertutup akibat dari budaya, agama dan tradisi. Benda ni memang betol. tak payah la korang nak menafikan dan berdolak dalih. Bukan itu yang perlu di bincangkan. Perkara yang perlu di bincang kan adalah kenape mesti mempersoalkan mentaliti orang melayu? Perubahaan macam mane yg korang nak? Keterbukaan yang macam mane yang korang nak? Bukan korang lah, actually pemilik blog ni yang nak. Dan aku tak rase pun mamat blog ni berfikiran terbuka sangat pun.

Tanpa Nama

yabedabedu

bangsa aku keliru antara agama dan bangsa serta budayanya lagi ....

bukan tak mahu maju tapi termalu dengan sikap bangsanya sendiri yang tak mahu maju apatah lagi untuk membantu....

mana pergi cendiakawan mana pergi bangsawan ....mana pergi mereka itu menyorok dan terperuk....

bangsa aku dengan kemajuan tak lain dari lagu JOGET ...yang bermula perlahan dihabiskan pantas..
yang faham bersiri tegas...
yang keliru lagi malas...tajuh terhempas....

bangsa aku yang masih keliru...

yabedabedu....

Tanpa Nama

ooo lupa agensi kerajaan dan 27
sori MM

*bersiri = berdiri
*tajuh = jatuh

maafkan aku MM
aku pun tulis secara spontan

yabedabedu

Tanpa Nama

pelajar/20/ tgk orang jugak. ada yg terpengaruh. ada yg tak. ada yg ikot tradisi hanya macam nak puas kan satu pihak. macam upacara kawin.
macam agama. kita kena follow. tapi tak follow melulu. kita leh adapt kan ngan zaman sekarang. bukan jadi seorang yg exterim.

Tanpa Nama

aku rasa cikgu2 sekarang terlalu kata ni btl ni tak. tapi sebnarnyer mentalty budak itu kecik lagi. Kita kena ajar budak2 supaya dia ada arah tuju. klu bagi dia benda yg atas pagar. dia susah berpikir. (tmbahan)

Shaira Amira
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Shaira Amira

"Mentaliti Melayu tertutup akibat pengaruh kebudayaan, tradisi dan agama. Bincangkan."



18/pelajar/Jika dilihat daripada garisan sejarah, circa 1940-an bangsa Melayu telah mula keluar daripada kepompong mentaliti tertutup. Tidak dinafikan, sebahagian besar anak-anak muda masa itu yang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran rata-rata di negeri timur tengah juga negeri Barat,lebih terpengaruh dengan idealogi membebaskan bangsa mereka daripada kongkongan luar. Tapi itu penerangan saya daripada aspek fizikal, kerana seperti yang kita telah sedia maklum,zaman tersebut adalah dimana negara kita belum punya kebebasan untuk menetapkan had lingkungan negara sendiri serta merangka undang-undang sendiri.(Disini tidak perlu saya terangkan secara panjang lebar tentang undang-undang Malaysia yang masih mendukung undang-undang Inggeris)


Kita sering disogokkan tentang bagaimana negara Malaysia kita adalah negara yang tersendiri yang unik, hasil daripada campuran pelbagai budaya,agama dan tradisi. Mungkin semua telah menyedari tentang bagaimana kita telah berevolusi daripada sebuah masyarakat yang memandang tinggi norma-norma yang menjadikan sekelompok manusia menjadi satu niche sosial yang saling memerlukan, samada mereka sedar atau tidak.


Berbalik kepada isu yang tersebut, budaya, tradisi dan agama adalah satu bahagian yang penting (bisa saya kata 'integral'?) bagi bangsa-bangsa di Malaysia, khususnya bangsa Melayu sendiri. 'Area' di mana budaya, tradisi dan agama seringkali dicampur-adukkan, sehingga terjadinya satu 'norm' yang lain.

Secara amnya, masalah-masalah berbangkit Melayu seperti 'ketuanan Melayu' dan lain-lain, boleh dikatakan sebagai satu superiority complex. Maaf, disini saya tidak ingin menyinggung mana-mana pihak, tetapi kita lebih memandang isu tersebut sebagai satu untuk melindungi kelemahan bangsa Melayu yang semakin lama semakin hilang integritinya dihadapan bangsa-bangsa lain yang nyatanya lebih berjaya daripada bangsa kita sendiri.


Ya,rata-rata minda bangsa Melayu tertutup oleh pengaruh kebudayaan dan tradisi yang sememangnya tidak lagi relevan dengan masalah yang dihadapi oleh bangsa kita sekarang. Pengamalan bangsa Melayu yang masih mendahulukan orang lain daripada diri sendiri, dan mementingkan perkara yang tidak langsung atau sedikit memberi sumbang saran kepada kemajuan diri dan bangsa, masih berlaku.

Melayu Malaysia adalah Melayu Muslim. Dan disini, saya tidak menyokong bahawa agama itu merupakan kekangan minda melayu selain daripada budaya dan tradisi. Harus diingat, Islam itu adalah agama Allah. Allah adalah Tuhan yang menciptakan manusia, dan Allah itu adalah penggubal undang-undang yang paling agung dan tiada tolok bandingnya. Agama Islam sering menyuruh kita supaya berpesan-pesan kepada kebaikan dan continuously seeking knowledge to improve ourselves.Segala yang digariskan oleh syariah adalah punya hikmah dan kebaikan bagi umat manusia. Islam agama yang indah, tidak ada cacat celanya, tapi hanya penganutnya saja yang memberi noda pada syumulnya agama Islam itu sendiri.


Maka, ingin saya tegaskan lagi bahawa tradisi dan budaya memang memberi subang saran kepada mundurnya pemikiran bangsa Melayu, tetapi bukan agama itu sendiri.


:)

Tanpa Nama

"mementingkan perkara yang tidak langsung atau sedikit memberi sumbang saran kepada kemajuan diri dan bangsa, masih berlaku."

look in the mirror sayang

Tanpa Nama

Kenapa mesti menyalahkan agama, tradisi dan budaya. Ada juga org Melayu yang berjaya tetapi tetap mengukut adat, tradisi dan agama. Islam itu baik. Melayu juga baik.

Lady Dayana

stock broker,27f
Melayu hanya memberi alasan agama,kebudayaan dan tradisi yang menyekat minda mereka. Tapi pada pendapat saya la, itu semua hanya alasan untuk menepis perubahan dan juga malas untuk mengadaptasi dengan keadaan baru kerana sudah rasa selesa di tahap skrg. Ini mungkin kerana akal yang pendek dan takut dengan keadaan atau sesuatu yang di luar kenormalan hidup mereka. So saya rasa semua dalam mind kita je untuk membuka minda ataupun masih sembunyi di belakang agama, tradisi dan kebudayaan. Agama, tradisi dan kebudayaan hanyalah panduan hidup kita bukannya untuk mengawal minda kita.Contohnya masyarakat Jepun yang masih mempunyai amalan tradisi dan kebudayaan yang tinggi tetapi mempunyai pencapaian teknologi dan ekonomi yang cemerlang. So...what do you think?? It's all in your mind!
Sekian...terima kasih

AkuKopiKauSiapa?

Aku tidak tahu kau akan membaca komen ini atau tidak berikutan komen yang sangat banyak. tapi nak tulis jugak.

Mula-mula sekali. Apa mentaliti melayu? Bagaimana ingin mengklasifikasikan mentaliti tidak tertutup dan tertutup? apakah yang tidak tertutup itu yang menonggang arak, pergi ke kelab-kelab malam, berdansa lupa diri? adakah melayu terbuka itu sedemikian rupa?

bagaimana pula yang tertutup? yang makan roti canai tetiap pagi, semayang cukup, hormat mak bapak, segala yang baik baik melayu dan islam ajarkan?

aku bercakap begini kerana persoalan kau seperti menyalahkan agama tradisi dan budaya. Maaf. tapi agama majoriti melayu, iaitu islam, tidak ada yang mengajar untuk berfikiran tertutup. Malah untuk maju kehadapan.

Persoalan kau tentang pemikiran tertutup seperti menyatakan ketamadunan sesuatu kaum itu berdasarkan di atas pemakaiannya, aktivitinya dan kehidupan sosialnya.

aku semestinya tidak bersetuju jika kau ukur sebegitu rupa. jika kau kaitkan dengan pemikiran dari segi kemajuan diri sendiri. aku juga tidak berapa setuju. bukan aku terlampau berbangga dengan kemelayuan aku. tapi cuba kau fikir. mengapa kau letakkan di atas sesuatu kaum? mengapa tidak individu sahaja? adakah kaum cina semuanya berjaya dan kaum melayu semuanya gagal?

tidakkah kau sedar kau juga menutup minda kau dengna persoalan begini? apabila terlintas dalam kepala kau untuk menyalahkan agama tradisi dan budaya. jika bodoh seseorang itu, kerana dirinya sendiri, ats pengaruhnya terhadap dirinya, dan sikapnya sendiri. mengapa perlu menuding kepada benda benda lain?

lagi sekali, aku bukan berbangga dengan melayu. aku juga pernah terfikir tentang mengapa melayu mundur, tidak bersemangat. tetapi apabila kau salahkan agama, tradisi dan budaya, apa kene mengene?

adakah dengan mak aku mengajar aku cium tangan org tua, tunduk lalu di depan org, beri salam, bukak slipar, jangan klua tetiap malam, akan memundurkan aku? malah aku rasa lebih menjadikan kau lebih sedar di mana kau berdiri.

aku harap aku tak menyakitkan hati kau. kerana ini perbincangan bukan?

Tanpa Nama

47/m/DR

Buang sifat baik hati dalam diri melayu kita.. percayalah kita akan jadi bangsa yg berjaya..

AkuKopiKauSiapa?

kau dpt bayngkan jika org melayu di Malaysia ini tidak di ajar dengan kebudayaan Melayu? Adkah mereka akan sungguh maju? sungguh hebat mengalahkan kaum lain? kau sedar atau tidak kaum cina, jepun juga mempunyai budaya dan tradisinya juga. mengapa mereka tidak hancur lebur kesemuanya?

atau sekarang kau menyalahkan agama?

Tanpa Nama

interior designer/22

Saya rasa tak ada salahnya dalam tradisi, budaya dan agama walaupun ia sedikit sebanyak mencorakkan mentaliti kita. Kalau tak ada agama, bangsa dan tradisi, rasanya situasi kehidupan akan bertukar menjadi apa yang ditulis oleh George Orwell dalam 1984. Yang penting sejauh mana kita pakai minda kita untuk berfikir. Tuhan beri otak untuk berfikir dan bukan untuk mengikut.
Masalah terbesar yang merupakan epidemik masyarakat ialah krisis identiti yang ada dalam sesebuah kaum di mana si melayu tipikal (contoh) akan menghindarkan diri dari apa yang lain diluar norma kehidupan mereka dan menidakkan segala perubahan (yang mungkin positif) dan si psuedo-melayu yang akan memegah-megahkan kaum lain dan malu akan tradisi, bahasa dan kaum sendiri. yang pasti kesederhanaan itu bagus. mentaliti kita masih dijajah dan masih belum merdeka.

Tanpa Nama

pelajar/19

kebudayaan, tradisi dan agama.

bergantung kepada individu.kepada yg obses/extremist dengan budaya/tradisi dengan agama mungkin mentaliti mereka tertutup kerana sebab yang sedemikian.

selalunya (correct me if im wrong) punca adalah enviroment,kawan dan pengaruh sekeliling lah secara umumnya.

aku rasa lah.

Tanpa Nama

pelajar/22


ada kawan yang tidak mahu pursue jadi lawyer- HARAM dan DOSA kata bapaknya, tidak jelas sangat ketelusan, maka gesa anak buat kerja yang memang nampak baik, cikgu, atau pensyarah, atau doktor. sedangkan dia memang pandai berhujah dan minat jadi lawyer juga.- agama


kurang cerdik juga sebab dia follow. mak bapak kata kena ikut, kalau tidak adik-beradik dalam keluarga tak backup kalau pape masalah.-ada sikit budaya + agama lah, tapi memang semua budaya agama pun tak ajar lawan mak bapak.



oh, ini yang paling latest aku dengar, disuruh putus cinta dan dibantah sekeras-keras niat untuk berkahwin dengan lelaki bertanggung jawab, senonoh, kerja doktor lagi- sebab ayahnya kata, mesti kahwin ahli jemaah (aku baru tahu itu maksudnya orang parti pas suruh anak kahwin dgn orang yang mak ayah sokong pas juga, ahli jemaah tu)


ada lagi zaman sekarang ni.


aku paling benci hal bomoh-bomoh sebenarnya dalam melayu ni. cara jatuhkan orang paling takde maruah, tapi menjadi juga.


p/s: aku sudah lama suka baca komen husni. beliau memang selalu bagi komen bagus. saja cakap je dekat kau.

Tanpa Nama

25. Clerk.

Kenapa manusia sekarang dinilai melalui 'Bangsa'?

Bagi aku semua sama shaja,
india, melayu, cina, kadazan, penan dan lain2.

Dalam setiap bangsa. Majoriti sedang mengejar perkara 'material' yang menjauhkan kita dengan 'CREATOR' kita yang membuatkan kita bersifat angkuh atau tertutup.

Bagi aku rantai keriangan diantara manusia ialah dengan mengamalkan perkara yang Baik yang tidak mengheret kita ke alam Khayalan@Fantasi Dunia..

Untuk memberi Kredibiliti sekumpulan Kaum/Bangsa itu menyerlah melalui 'Kesefahaman' dengan memberi kepercayaan2 'mutlak' bangsa masing2 untuk mengamalkan perkara 'benar,baik,jujur,ikhlas' mereka dengan sifat terbuka.

Dari situ..Kita boleh mula bersifat terbuka dan terus terbuka..Mengamalkan perkara2 yang kita semua ingin amalkan dari situ.

Aku sokong melayu berfikiran tertutup akibat pengaruh kebudayaan dan tradisi yang menjurus kepada...

Agama songsang, sampai ada diantara mereka sanggup mengimbangi diri dihujung tanduk..dan ada yang terus mencucuk diri kedalam tanduk, mcm 'AYAH PIN'.

We Just Keep Insisting without any resistant. That made us DENIAL. We refuse to take a deep thoughts, Step in other people shoes, & we always react with our unconsciousness.

Tanpa Nama

student/22

aku mls nk ckp pjg lebar psal prob ngn mentaliti melayu... tp bg aku d prob lies ngn didikan dr kecil...

these r my suggestions utk kembangkn lg mentaliti melayu kite...

1. luaskn lg pemandangan kamu... see d bigger picture, nt those menial stuffs... dunia ni melibatkn byk bnda lg selain af, gossip n sewaktu ngn nye...

2. pe salahnye ngn big dreams? aim high... try 2 reach 4 d stars... terapkn prinsip "i'll aim 4 victory or die trying"... persetankn pe org len nk ckp...

3. slalu challenge pe yg disuapkn pd kamu... jgn telan je pe org bg... yg ni penting. sgt2 penting! klo org suap taik xkn nk telan gak?

MZ

budak belajar syariah/umo 23

orang lain semua tulis panjang.
aku tulis sikit je.

jawapannya ialah: setuju

Tanpa Nama

pelajar/21

kamon la. jangan salahkan budaya/tradisi/agama boleh x? it's all about attitude la.

mana yang baik, cekup. yang x baik, tinggal boleh x?

Melayu Jawa

Auditor/Account - 24

Tertutupnya mentaliti MELAYU bukan kerana kebudayaan, tradisi mahupun agama.

Kebudayaan suatu kesenian..kesenian sepatutnya meluaskan pemikiran..tak kira MELAYU atau bangsa lain. Masalah timbul apabila MELAYU itu sendiri yang tidak pandai untuk memahami apa itu seni, apa itu budaya. Budaya melayu penuh dengan kesenian, dari adat istiadat hinggalah kepada kepercayaan. Kita MELAYU ada byk budaya kerana terdapat byk keturunan. Ada jawa, minang dan byk lagi. Kebudayaan MELAYU cukup indah dan pelbagai, cuma MELAYU itu sendiri yang tidak pandai melihat budaya itu dari sudut positif.

Tradisi..kesinambungan dari budaya. Setiap budaya ada tradisi...sifat melayu sejak azali mmg cam siot..tradisi yang sesat kita ikot...tradisi yang penuh dengan kesenian, yang baik dan unggul mereka tolak tepi...yang kurafat gak dipilihnyer..

Agama...Setiap kebudayaan ada tradisi...setiap tradisi bergantung pada agama pengamalnyer. Agama sangat penting, kita MELAYU sebagai islam sepatutnya sudah tau islam itu benar..kalo kita btol2 taat pada ajaran islam..nescaya kita tak kan sesat apatah lagi tertutup mentaliti..

Apa yg saya cuba sampaikan adalah, MELAYU itu sendiri yang menutup mentaliti mereka, di sebabkan oleh kejahilan mereka sendiri..bukannya budaya, tradisi mahupun agama...sbg contoh: Berzikir..apa yang MELAYU2 skarang paham pasai zikir?
Aku percaya, mesti mereka pikir berzikir itu mesti pakai serban, pegang tasbih dan duk kat mesjid. Tau ker maksud zikir? Zikrullah...bermaksud ingat ALLAH S.W.T...so, sekali pun kita duduk kat kerusi malas, mandi, masuk tandas, makan..dan sebagainya..itu juga dikatakan zikir..dengan syarat kita buat kerana ALLAH..kita ingat ALLAH...
Sama juga seperti Jihad...apa itu jihad? Pikir sendiri..jangan sempitkan mentaliti anda...tak der siapa atau benda yang boleh menyempitkan mentaliti MELAYU, melainkan diri MELAYU itu sendiri.

Apan

pelajar/20(saya budak baru belajar)/

pegangan secara membabi buta tanpa mengetahui asal usul, maksud tersirat dan kepentingan menyebabkan kebanyakan orang memandang budaya dan tradisi menjadi sebab utama hal ini. sehinggakan, kerana kepercayaan tanpa usul selidik menyebabkan agama itu sendiri menutup mentaliti individu. sedangkan, ramai yang tak tahu bahawa tafsiran AlQuran sebenarnya dibahagikan kepada 2:untuk tatapan umum dan untuk orang yang berilmu bg mengelakkan perselisihan fahaman kebanyakan orang.

sbg contoh:dalam AlQuran ada menyebut;pada malam lailatul qadar, semua makhluk yang beriman akan bersujud kepada Allah.

persoalan:adakah tumbuh2an akan sujud secara fizikal pada malam tersebut?untuk tafsiran tatapan umum, orang akan salah anggap bahawa pokok2 yang hidup akan sujud (spt mnusia sujud dlm solat). maka timbullah desas desus mereka pernah melihat sebtg pokok telah condong kearah kiblat seperti sedang melakukan sujud pd malam tersebut.

tapi, apa yang dimaksudkan sujud ialah mematuhi peraturan2 pencipta dengan proses tumbesaran yang mengikut fitrah yg ditetapkan. Tiada pokok (cth pokok buah2an) trus mengeluarkan buah tanpa melalui proses berbunga(betul ke nama proses ni?) dan proses2 seterusnya selepas ditanam.(ada dalam tafsiran yg lagi satu)

maka, pengetahuan yang cetek menyebabkan melayu trus menutup mentaliti mereka sendiri. kepercayaan yang tidak berasas (taklid). dan kebanyakan isu ini timbul dalam kalangan penduduk luar bandar kerana akses kepada ilmu yang mendalam kurang. hal ini kurang terjadi kepada penduduk yang tinggal di bandar kerana corak pemikiran byk di pengaruhi oleh orang luar yang lebih berpengetahuan. ambil shj cntoh, kebanyakan org melayu lebih suka makan gaji berbnding mereka yang menceburi bidang bisnes. bagi mereka yg tinggal di kampung yg cuba menceburi bidang bisnes, semestinya ditolak bulat2 oleh ibu bapa mereka melainkan mereka cuba untuk bukak kedai runcit. itupun byk halangan yg terpaksa ditempuh.

bley bg 56 markah tak?dpt 50 markah pn jadi la.

Apan

oh.satu lagi. ini cuma satu pandangan. bley x truskan nukilan yang akan membangkitkan persoalan2 yang berunsur kemelayuan?nampak macam semua yang tinggalkan komen adalah orang melayu dan mereka sayang bangsa mereka sendiri. kamu nampaknya mahu orang melayu sedar dan melakukan perubahan demi kebaikan mereka sendiri. terima kasih!

akuxbiadab

EXECUTIVE/22

Aku raselah bro,mentaliti melayu tertutup sebab diorang terlalu memikirkan akibat tentang sesuatu tindakan mungkin juga sebab kebudayaan kerana takot orang memandang orang yang tidak berbudaya ketimuran dan lagi satu melayu nie terlalu memikirkan pandangan orang lain sampai takot untuk dikutuk kerana sesuatu pemikiran yang awesome tetapi tidak melayu...ape2 jerlah..

Nadirah Yahaya

taleh belah,sume berjela2..

u dah boleh jadi cikgu spm tingkatan 5 la MM.wakaka

Tanpa Nama

Pekerjaan: pelajar penyiaran
Umur: 21 tahun
Jawapan: seperti dibawah

Ya benar mentaliti Melayu tertutup disebabkan pengaruh-pengaruh yang MM cakap itu. Saya tidak sampai hati, tetapi kerana sayangkan bangsa, saya terpaksa cakap, yang sesetengah Melayu memang sempit mindanya. Benda turun-temurun yang tiada usul-periksa kerelevenannya digunapakai dalam kehidupan seharian. Saya ambil contoh UiTM (saya pelajar Komunikasi Massa disana). Dulu masa zaman diploma di Puncak Perdana, saya ada bertanyakan kepada pegawai kolej kediaman (ketika itu duduk disana weekdays), kenapa adanya curfew jam 11 utk perempuan dan jam 12 utk lelaki? Jawapan mereka: kerana bila malam korang buat maksiat. WTF! Kalau kemaluan dah gatal sangat, pukul 12 tengahari pun boleh buat maksiat la abang. Curfew yang dikuatkuasa sebenarnya lebih membawa kepada maksiat, kerana apabila adanya curfew, budak2 semua mengambil jalan untuk overnight dengan kawan atau pasangan masing2.
Bodoh dan bahlulnya mereka ini.

Tanpa Nama

kenapa kutuk keturunan sndiri..suma nie depend on yourself..dont put blame to our race..our religion much better than others..ikut panduan our religion.

budaya adalah kesenian sesuatu masyarakat..kita harus pandai memilih utk kebaikan dr..cthnya street edge..we follow the positive thing..is good,right?..all we do just depend on yourself and how we carry that things.

tradisi sesuata perkara or amalan tentang peringatan utk mencegah..org zaman dahulu dah alami pelbagai ragam kehidupan yg blum pernah kita alami..sbb 2 wujudnye pepatah biar mati anak jgn mati adab..betapa pnting nye tradisi..tetapi bergantung pada individu utk menghayatinye..jgn salahkan mentaliti melayu..kerana mentaliti melayu la kita sudah mempunyai hak utk memberi pandangan bebas dan kita berjaya capai ape2 dlm pelbagai bidang..jgn hanya pandang pd mentaliti melayu yang lemah saja..selama nie mngkin kau terperangkap dengan mentaliti melayu yang lemah..cuba kau keluar dari kepompong tu cuba dengan mentaliti melayu maju dan berjaya..kau mesti dapat hayati mentalititi melayu..dont judge book by cover..firstly u try before make any decision..u will knw.

agama garis panduan ttg kehidupan..just follow..jgn persoalkan..klau x nak terpengaruh dengan agama..maka lagi rosak bangsa.

Tanpa Nama

lelaki gemok
22/pelajar

hmmm....1stly aku nak komen a pasal MM sebut pasal penulis tanpa nama meninggalkan komen,rase2 dipandah hina ya orang sebegini kerana tidak menampilkan diri dan dianggap pengecut?

jadi bagaiman dengan MM pula?kami x kenal pon MM nie,dierang a x kenal,aku kenal kau,kenapa nak bagi komen ngan orang dan appear sebagai anonymous?sama sahajalah,takut orang hambat hidup kau...

xpelah aku rase macam sape ntah yang cakap pasal ko kondem dan label orang,aku setuju dengan dia..

MM suka melabel orang,seperti awek lasak,azman dan mamat,ape ade mamat azman dan awek lasak nie buat kat hidup engkau?sampai di ajuk sebegitu...kau pon kata ko x ramai kawan lelaki,pada pandangan aku,x ramai kawan lelaki sebab
A)dipulau
B)gemarkan populariti
C)perangai macam kimak
D)memang suka kawan ngan pompuan sebab feminin side tu tinggi,kira macam apon a nih.
jadik mana satu jawapan anda bagi diatas?

aku pon baca jugak blog kau,gelak macam orang lain...tapi aku rasa x sedap a bila kau letak pasal penulis tanpa nama nie,ok aku mulakan dengan nama aku,razak,tu yang orang selalu panggil aku,dan kau orang panggil erman,dari kumpulan KLPHQkan?

dah sekakrang orang kenal kau...xtau a kene buang ke komen nih nanti,tapi xpe,kita tgk sejauh mane keberanian abang MM ni..

kata kerja nuklear fizik?hahahah....best botl kau tipu orang,padahal kerja kat magazine klue kan?

jadi apa yang kau dapat daripada mengata kau kerja nuklear fizik?nak dapat gelaran pandai,genius dan cool?nope....aku rasa seorang loser dilahirkan....yang insecure terhadap hidupnya selepas bercerai.

sorry a MM kalau terasa,aku memang direct bagi...kalau x leh terima,its your lost...mungkin aku nampakk bodoh berkata sebegini,bodoh lagi orang yang x menunjuk identiti berkata pasal orang and kata orang tanpa nama nie bodoh..

mentaliti bukan melayu sahaja...memang semua akan ada mentaliti mereka sendiri...semua bangsa.

aku rasa benda sebegini x perlu dipersoalkan.macam orang tanya kat mana Allah berada...
JAWAPANYA:soalan tu sendiri dah salah,kalau Allah ade tempat maknanya die bukan Allah a,sebab Allah ialah lain daripada yang lain,sifat 20 tu bai...
macam juga soalan nie,salah soalan nie,mentaliti tidak ada kaitan dengan budaya,tradisi dan agama...persekitaran dan ajaran mak bapak dan kawan2 yang adakan mentaliti..setengah melayu benci cina,sebab mak bapak die pon benci cina,buakn sebab tradisi,xde kena mengena..tradisi pakai baju melaju xde kena mengena dengan mentaliti,budaya naik pelamin xde kene mengena dengan mentaliti,kerana mentaliti dicorak dari awal lagi...jadik,itu pandangan aku,pandangan xkan salah sebab ia bukan fakta,so erman,berhentikanlah
melabel orang..sangat x cool

budak gemok bodoh dan suka mengata

suparman

ahaha..aku dah agak. patut la artwork awek ko cun2 belaka. hampeh !~

aiXat.MR

seperti mana sebelum ini..

*aku terus melihat komen2 manusia yang menyalahkan bangsa/budaya /tradisi/agama mereka atas kelemahan diri sendiri..
lalu berkataku kepada mereka.. "KOLOT!"

**yah, husni got a point there.

***juga setuju dengan pendapat magenta, dayana, shaira dan lelaki gemuk (razak?)

Tanpa Nama

nama: N
pekerjaan: ahli astronomi/orang bunian/pemerhati
Umur: 23(masa manusia)

aku mula-mula terfikir ada benarnya "agama,budaya,tradisi" akibatkan fikiran melayu tertutup. ini sebab aku rasa mungkin ada sikit-sikit kesan dari ini. tapi tak menyeluruh. lepas aku baca seribu komen sebelum aku ni, aku berpaling tadah pula.

aku hampir setuju dengan husni, dan mungkin juga razak si budak gemuk bodoh dan suka mengata.

husni kata 'mentaliti melayu' mengikut definisi siapa. aku rasa, disini, kita semua tahu apakah 'mentaliti melayu' yang kita bincangkan. walaupun tak boleh ditafsirkan dengan menyeluruh. tapi kita tau.

Aku lebih bersetuju dengan budak gemuk, tapi tidak bulat-bulat (pun intended). Dia kata 'persekitaran dan ajaran mak bapak dan kawan2 yang adakan mentaliti'.

JAWAPAN:

Pendapat aku hampir serupa, tapi aku ingin lebih generalisasikan point ini. Aku rasa 'didikan' yang mempengaruhi mentaliti seseorang itu. Secara tak langsung, 'agama/tradisi/budaya' juga memainkan peranan sebab 'didikan' seseorang akan berbeza.

contoh:
MM dan N dilahirkan sebagai melayu, membesar dengan budaya/tradisi/agama islamelayu. Maka, didikan yang diterima mereka juga berbaur bangsa melayu ini. Tapi, MM tidak sama seperti N. kerana didikan MM lebih cenderung ke arah nuklear fizik dan didikan N pula lebih cenderung ke arah astronomi dan menjadi bunian.

kesimpulan:

Cara nak membuka minda ialah ilmu.

Agama: nak menimba ilmu agama di malaysia memang rumit. tapi kita boleh mula dengan baca tafsiran Al-Quran. Kalau baca yang arab memanglah bagus, tapi tak faham apa gunanya. Kita juga boleh merujuk orang berilmu agam, TETAPI, carilah yang berfikirang terbuka. Mungkin seperti Sheikh Hamza Yusuf.

Bangsa: nak buka minda dari segi bangsa pula, kita perlu betulkan peribadi. kalau bangga jadi melayu sekalipun, tak perlu racist. terima semua orang seadanya. cuba fahami orang lain. Ini ilmu bersosial mungkin.

Tradisi: Orang Jepun contoh terbaik. Mereka mengamalkan tradisi. Kita juga ada banyak dan boleh diamalkan. Tapi mungkin lebih rumit. Diorang SEMUA orang jepun. Kita berbilang kaum. So, pandai-pandailah budget. Ini ilmu pandai budget. mungkin.

Marilah menimba ilmu, bukan dari buku teks/ buku rujukan pelangi sahaja.

*Aku tak tulis di blog aku sebab blog aku taj popular macam MM. Aku jeles, tapi tak dengki. Kalau dengki, dah lama cari bomoh. Nasib kau MM.

Tanpa Nama

Pelajar/19:

Mentaliti melayu lebih banyak tertutup kerana kebudayaan dan tradisi...mak akan marah buat benda bukan-bukan sebab takut mak cik sebelah rumah mengata...
bkan takut tuhan sangat pon....
tapi kalau nak ikut kebudayaan melayu,,
mana pergi kesopanan orang melayu sekarang nie pon yang bangga jadi melayu..??

Melayu Minimalis

@Tanpa Nama aka Lelaki Gemok.
Sila lebihkan bersenam.

Melayu Minimalis

@coolem_mai
bukan street edge, tapi straight edge.

Tanpa Nama

boring ah main attack personaliti, orang nak discuss best-best pun leceh. potong! cuba kau dapat satu boss gila bangsat punya, takkan dalam meeting nak main attack personaliti je, objektif sikit.walaupun soalan dia bikin kau panas.

Tanpa Nama

tamat kuliah/18

Mentaliti kaum manusia di malaysia tertutup akibat pengaruhnya dan percaya bahawa wujud bangsa yang katanya 'melayu'. Melayu tu hanya dongeng. Budaya melayu belum ada yang identitinya sendiri, adaptasi dari bangsa asli yang beda. Bahasanya tidak begitu tulen.Harus analis aslinya kaum di tanah melayu baru bisa faham gimana tertutup mentaliti melayu itu.

Tanpa Nama

lelaki / pelajar / lewat 10an

selamat sejahtera semua.

pndpat aku bkenaan 'melayu' yg ditargetkan d sini, aku ingin menyentuh dlm agama shja, kerana aku kurang jelas akan apakah adat dan tradisi melayu yg sebenar. apakah ianya memakai tengkolok, memakai seluar senteng, mengunyah sireh, atau berpantun ketika majlis kahwin, aku pun tak pasti.

tp aku pasti, melayu telah kita associate dgn Islam sejak dahulu. dan antara janji Islam kpd penganutnya adalah utamakan akhirat, dunia akan tunduk kpd kalian. tp hrni, semuanya adalah contradict kpd ap yg umat islam 'sepatutnya jadi' hrni. negara2 miskin negara islam. kadar jenayah tertinggi negara2 islam. mat rempit semua islam. para azman? minah ampang? minah tudung ketat? mat belia? squad berani bogel? semua islam. dan adakah dunia tunduk kpd mereka? err..

jd ap sebenarnya islam janjikan umatnya akan dpt ni? jawapannya masih sama iaitu utamakan akhirat, dunia akan tunduk kpd kalian.

majoriti orang claim diorg islam hrni (mungkin boleh mencecah 95% drp melayu malaysia) sama ada tak sembahyang, sembahyg d hujung waktu, smbhyg bila rasa nak, smbhyg raya sahaja, smbhyg tp tak amik air smbhyg, pura2 smbhyg sbb takut mak/bapak marah, smbhyg smbl dgr mp3, dan sebagainya.

oh itu cuma sebahagian kecil bkenaan smbhyg, antara tunjang utama beragama. belum masuk bab zakat, menuntut ilmu, memahami maksud kalimah syahadah, puasa, pergi haji, dan plbagai lg pkara2 detail yg perlu dititik beratkan dlm beragama.

maka mcmana janji agama nak dikotakan ke atas mereka?

mungkin sangat mudah bg semua org utk berkata org barat sgt tidak endahkan agama, siap mempersendakan agama dan tuhan serta para nabi lg, dan kalau mood diorg baik diorg memperlekehkan org2 yg beragama pulak (terutamanya org islam), tp tgklah betapa established dan way forwardnya diorg.

jawapan aku, kamu mmg jahil dan bangang tentang agama dan kamu have no idea ap yg ad pd agama. kamu telah dibutakan oleh mind-set yg diwujudkan drp observasi ke atas org2 beragama yg gagal dlm agama mereka. dan agama yg sebenar2nya hanyalah utk org yg btungkus lama bfikir dan mencari. mestilah begitu, sbb mana ada shortcut atau jalan mudah bg kejayaan yg agung, spt yg djanjikan oleh agama. ap2 kejayaan pun mestilah memerlukan usaha yg pahit kan?

maaf komen yg agak pnjang. tp aku rs takpe kot sbb tuan empunya blog pun jarang2 bckp bkenaan agama atas sebab2 beliau yg tsendiri. kan?

sekian.

Tanpa Nama

Bakal Chef/Peniaga/26thn

timakasih MM. Bagi aku Melayu ni unik skit sbab Melayu dipengaruhi pelbagai elemen di sekeliling kita. dalam perlembagaan sendiri takrif Melayu itu terlalu umum menyebabkan pelbagai unsur kebudayaan, dan tradisi menyerap ke dalam budaya Melayu Umum.

Kalau kata Melayu Malas, Melayu Jawa memang terkenal rajin, kalau kata Melayu xpandai berniaga, Melayu Mamak,Pakistan, dan Arab adalah pedagang yang ulung, kalau kata Melayu bodoh, Melayu Kelantan yg makan BUDU semuanya berjaya dalam professional dan akademik.

Sebelum kemerdekaan, Melayu ini dibahagi ikut negeri masing-masing. sebenarnya Melayu Malaysia ni baru bersatu 51 tahun. baru kita bebas bergerak berkahwin dan sebagainya. kita boleh lihat bagaimana peraturan nikah setiap negeri berbeza dan syariat di setiap negeri masih belum berintegrasi sepenuhnya walaupun di zaman millenium ni.

Usaha membuat filem mengikut negeri patut diteruskan. sudah ada filem mengenai Melayu Penang dan Kelantan. Negeri lain bagaimana?

Tanpa Nama

architect/24

menurut perlembagaan malaysia islam adalah agama rasmi bagi orang melayu. Apabila seseornag islam itu mempertikaikan tentang ajaran dan sejarah islam dan mengambil kira sebab islam orang melayu mundur adalah tidak benar sekali kerana banyak orang yang bukan melayu yg beragama islam masih berjaya. budaya dan tradisi tidak harus dipersalahkan.tunduk apabila melintasi orang tua..berjabat tangan ketika bertemu..tunggu sehingga orang tua jamah baru diikuti oleh yg muda..itu adalah sikap yg baik dan tidak secara langsung menilaikan peribadi seseorang...apa maksud berfikiran terbuka?minum arak secara terbuka..mempertikai kan hukum yg dekeluarkan oleh majis fatwa malaysia seperti yg di lakukan. ini adalah musuh dlm selimut...jka hendak disalah kan kemunduran orang melayu adalah kegagalan kite sendiri dan tidak mahu memahami sejarah melayu serta islam..jangan diagungkan budaya barat kerana sebenarnye org mat salleh ini tidak berbudaya.. orang melayu mundur akibat kemalasan orang melayu itu sendiri..islam terang terang dah menyatakan bahawa..jika seseorang itu berkerja keras..dia akan berjaya tak kira islam atau bukan..sama seperti melayu...orang melayu malas jangan tunding jari atas salah diri sendiri.itu bukan pnyelesainnya. minta maaf jika saya tersalah cakap..cuba majukan diri sendiri demi orang melayu dan islam..kerana agama islam telah menyatakan bahawa kite perlu berjihad demi agama bangsa dan negara..renungkan wassalam

Tanpa Nama

Penganalisa Media/24

Aku dah jadi melayu 24 tahun, aku berpedendidikan di universiti kerajaan. Aku juga turut mengikuti perekembangan media dalam & luar negara. Tapi bila orang kata skinny jeans tu cool aku tak pakai pun. Bila orang kata melayu ni malas aku tak terasa pun. Aku mempunyai ramai kenalan wanita dari Ampang, mereka ok jer.

Betulkah mentaliti melayu tertutup sebenarnya? Salahkah orang melayu tidak menerima budaya barat secara maksimalis? Kalau benar? Bagaimanakah perkembangan minda atau sifat keterbukaan melayu yang seharusnya diikuti oleh segenap lapisan masyarakat melayu?

Untuk soalan yang bernas... Pasti ada jawapan yang bernas ya? Mari kita tanya abang MM bagaimanakah cara yang betul untuk orang Melayu befikir?

Tanpa Nama

Apa ni sibuk2 pasal melayu? Pergi buat kerja..roket..computer ke..ilmu dan kemahiran saja membezakan manusia. Beza antara yang berilmu dan dan yang tidak adalah seperti yang mati dan yang hidup.

Kalau dapat berseronok dan berproduktif sebagai melayu itu sudah mencukupi. Malas..soksek soksek itu semua takde makna. Takde manusia malas atau rajin hanya bijak atau bodoh.

Kalau anda mencapai target dgn energy yang minima itu bukan malas tapi work smart. kalau anda kerja keras buat tar jalan anda bukan rajin ..anda hanya kuli.

Sesiapa yang membuang masa fikir pasal orang lain...melayu yang bodoh tu orang lain je..bukan dia..dia yang bodoh.

nuffnang sykt cina.. yang pandai buat duit dari bloggers yg buang masa.. haha

Unknown
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama

MM, bolehkah saya ajukan soalan untuk Melayu2 yg sudah panas di ruangan komen ini?

Unknown

26/pecinta cik husin

kenapa nak berfikir sangat pasal melayu yang itu atau yang ini? takde maknanya... yang membezakan kita melayu dengan bangsa lain cuma berapa berat otak kita bile ditimbang dengan ilmu..

tak perlu perlekeh yang rempit atau yang ampang, yang azman atau yang mamat, yang pasti kita juga sebahagian dari mereka.. MELAYU malaysia..

membinakah kita bila kita mengata? kenapa kita tak mencari jalan untuk membantu?

sikap suka branding diri sendiri tu yang buat kita melayu berpecah.. dia cool pasal dia pakai skinny hitam, katanya.. yang azman bangga dengan westgate baru yg dipasang.. padil cik mat pula asik memekak dah masuk waktu.. bila kita melayu nak bersatu?

biarpun serapat mana mentality kita tertutup akibat, budaya, tradisi atau pun agama.. dengan kekuatan ILMU yang yang ditimba.. percayalah.. serapat mana pintu tu tertutup kita masih boleh melihat dgn terang ape yang berada di luar...

Melayu Minimalis

@hazmah
Silakan.

@Tampa Nama Juge
so kalau bangsa lain pandai cari jalan nak kaya kamu nak buat apa?

@Tanpa Nama 12:37
Gaya dan trend bukan mentaliti. Mentaliti yang aku maksudkan di sini ialah keterbukaan minda untuk idea-idea baru, yang mungkin bertentangan dengan apa yang kamu sudah biasa dari kecil lagi.

@ikmal
mentaliti terbuka tidak semestinya bermaksud lebih senang menerima maksiat. apa yang aku cuba bangkitkan di sini ialah mentaliti untuk menerima kenyataan bahawa ada banyak lagi benda di luar sana berbanding di bawah tempurung kita. cara kamu menangani kenyataan tersebut hanya bergantung kepada diri kamu. sebab itu selalu aku anggapkan kamu semua dewasa, jadi pandai-pandailah bukan?

Melayu Minimalis

@Tanpa Nama 20:33
Aku rasa masalahnya di sini ialah pendekatan yang digunakan oleh pendakwah dan mungkin juga ustaz-ustaz/ibubapa kita terhadap islam.

Aku pernah terbaca dahulu, tidak silap aku dari blog Magenta atau 47 yang membuat aku terfikir, bahawa cara Islam (sekurang-kurangnya di sini dan sekitar aku) berlandaskan ancaman atau ketakutan. kalau kamu tidak buat ini kamu akan masuk neraka, kamu tak buat ini kamu derhaka, kamu durjana etc etc.

Amat berbeza dengan cara agama-agama lain di Malaysia.

Bukan aku katakan semuanya begitu, tetapi cara Islam diajar kepada kamu dari dahulu misalnya, dan di sekolah, semuanya berlandaskan taktik yang sama. Tidak boleh buat itu/ini/haram etc etc.

Tiada pendekatan dari erti sebenar Islam (yang bermaksud keamanan dan kedamaian), tiada pendekatan dari segi pemahaman sebenar, dan bukan sahaja dari segi ibadat dan hukum. Aku rasa sebab itulah sedikit sebanyak kita terbantut, kerana dibesarkan di dalam suasana yang berlandaskan 'fear tactics'. Aku jarang berjumpa dengan pendakwah yang tidak melarang itu dan ini, dan yang tidak memberi ancaman azab seksaan dsb.

itu sahaja komen pertama dan terakhir aku tentang agama. sekian.

AkuKopiKauSiapa?

kepada melayu minimalis :
tapi kalau sudah betul haram, masuk neraka mcm mana? takkan nak ckp kalau buat ini sikit aje. masuk neraka aje.

dan neraka diterangkan betapa ganasnya supaya org islam takut nak masuk neraka dan berbuat baik. bukan bertujuan membantutkan pemikiran.

kalau cakap buat jahat masuk neraka, pastilah penyelesaiannya berbuat baik.

bagi aku bukan agama kalau di sekolah yang menyebabkan terbantut, lebih kepada cikgu, sebab bila bertanya soalan bodoh, akan dimarahi, dan kerana ego2 cikgu yang selalu sahaja nak menang dan pelbagai lagi pendekatan yang digunakan oleh cikgu cikgu terutamnya cikgu yang veteran.

Tanpa Nama

berhubung ulasan terdahulu...antara befikiran terbuka ini ialah menerima budaya barat yg terdiri daripada maksiat(ingat saya nyatakan budaya)..mmg kite di bawah tempurung..yakni masih berbangga denagan apa yg kita ada dan apa yg kita ada sebenarnye? tidak ada apa2.
budaya adat resam agama mahu dipersalahkan..ini adalah mentaliti kelas ketiga..saya berkerja sebagai arkitek di london..melihat dunia luar adalah satu pengalaman yg besar..sebagai arkitek saya menimbu ilmu dari mat salleh yg lebih mahir dari arkitek2 di malaysia..menimba ilmu dari segi ini adalah baik utk org melayu dan islam kerana ini akan memperkukuhkan kedudukan melayu dimana melayu terdiri dari golongan profesional...tidak akan ditindas dan dibuli..
berfikiran terbuka secara ini adalah psitif tetapi kebanyakan org melayu di sekitart hartamas..heritage..bukit bintang menerima budaya barat iaitu MAKSIAT yg terdahulu saya maksud kan..apply kat budak2 melayu mengambil cara TERBUKA itu..
cara pendekatan islam yg saya nampak di instutusi tidak lah sekejam sperti di taliban..arab saudi..kuwait..iran dan negara2 arab yg berjaya..jika mahu mempersalahkan ustaz kerana menyatakan ini adalah haram dah ini adalah dosa adalah seperti menyalah kan allah swt..kerana mereka tidak secara langsung menyampai kan ajaran islam iatau ajaran Allah swt tidak benar.. dewasa kan fikiran..bersikap benar ke atas diri sendiri bagaimana cara yg anda maksudkan?pada penghujung nya juga anda akan menyatakan ianya haram walau macam mana lembut pon seseorang ustaz itu terangkan..saya agree kalau anda nyatakan ustaz itu bawa rotan dan sambil rotan kata haram..itu lain pendekatan apa yg anda maksudkan?yg haram boleh di cakap ok jalan la..fikirkan sejenak dan cuba terangkan sekali lagi maksud berfikiran terbuka ini kerana scope ini terlampau luas..dari segi apa?dan ingin saya terangkan sekali lagi sebagai hamba Allah swt..jika kite percaya akan ajaran Nya dan melakukan apa yg dia ajar seprti dinyatakan dlm al quran topic ini tidak akan keluar keran kite hidup berlandaskan apa yg telah diketahui oleh Maha pencipta iaitu ALLAH SWT..islam ni cover semua aspect dlm hidup tak begitu saya assume anda ni pon dewasa dan seseorang yg berpegang teguh pada ajaran islam. sejahtera,aman tenang adalah ajaran islam..dosa pahala pon begitu..haram halal termasuk juga dan tidak boleh lari..mungkin ustaz terangkan yg halal dan haram kerana itu adalah penting. kalau haram halal tak boleh ikut janagan cakap pasal sembahyang iaitu mententeraman fikiran damai la tu kan..kite tidak mahu islam yg hipokrit terlampau byk sekarang.
wassalam

Imran

Aku rasa masalahnya di sini ialah pendekatan yang digunakan oleh pendakwah dan mungkin juga ustaz-ustaz/ibubapa kita terhadap islam.

Aku pernah terbaca dahulu, tidak silap aku dari blog Magenta atau 47 yang membuat aku terfikir, bahawa cara Islam (sekurang-kurangnya di sini dan sekitar aku) berlandaskan ancaman atau ketakutan. kalau kamu tidak buat ini kamu akan masuk neraka, kamu tak buat ini kamu derhaka, kamu durjana etc etc.

Amat berbeza dengan cara agama-agama lain di Malaysia.

Bukan aku katakan semuanya begitu, tetapi cara Islam diajar kepada kamu dari dahulu misalnya, dan di sekolah, semuanya berlandaskan taktik yang sama. Tidak boleh buat itu/ini/haram etc etc.

Tiada pendekatan dari erti sebenar Islam (yang bermaksud keamanan dan kedamaian), tiada pendekatan dari segi pemahaman sebenar, dan bukan sahaja dari segi ibadat dan hukum. Aku rasa sebab itulah sedikit sebanyak kita terbantut, kerana dibesarkan di dalam suasana yang berlandaskan 'fear tactics'. Aku jarang berjumpa dengan pendakwah yang tidak melarang itu dan ini, dan yang tidak memberi ancaman azab seksaan dsb.

itu sahaja komen pertama dan terakhir aku tentang agama. sekian.



apa agama lain yg tidak menggunakan konsep fear tactics? Buddhism juga mengajarkan bahawa ada 7 peringkat neraka dan 7 peringkat syurga, begitu juga chritianity, hindu pula dgn konsep karma, dimana jika seseorang berbuat baik maka dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat, konsep yg sama dgn dosa dan pahala...aku rasa baik MM pergi menuntut ilmu agama dgn lebih mendalam dari menghadiri parti2 liar..sebelum mengomen dengan lebih lanjut..subjek sebegini kena ada guru secara fizikal, tidak boleh berguru kepada wikipedia sebagaimana yg MM selalu amalkan..kerana wikipedia itu sumber yg tidak sah, jurnal2 akademik sekalipun tidak mengiktiraf fakta2 dari wikipedia..

sememangnya setiap agama ada menggunakan fear tactics utk tujuan deterrence..mungkin pengecualian hanya kepada keperceryaan frisbeetarianism..


untuk mendapatkan pemahaman sebenar tentang ajaran islam, selain daripada hukum dan ibadat, itu adalah di atas inisiatif sendiri, jika semuanya spoon-fed, maka tiadalah lagi keindahan dalam menuntut ilmu agama itu..

dan berkenaan fear tactics itu,

samalah halnya juga dgn hukum manusia dimana kalau kamu mengandungkan remaja bawah umur, itu dikira rogol walaupun perbuatan itu consentual, kamu dibolehkan hukuman penjara 20tahun maksimum, dan jika kamu memiliki ganja utk merawat penyakit aneroxia kronik yg dihidapi oleh nenek kamu, walaupun tujuan itu murni, tetapi masih salah, mungkin boleh dikenakan hukuman mati..fear tactics itu digunakan itu mengelakkan dari opportunists mengambil kesempatan dari loop hole yg mungkin wujud jika ajaran agama di ajar dgn tidak menggunakan cara scare tactics tadi..

aku ingin memetik satu hukum dari satu agama yg agak popular di malaysia(bukan ayah pin atau islam)..dimana penganutnya dibolehkan minum tapi jangan sampai mabuk, jika mabuk sudah dikira berdosa..persoalannya disini, siapa yg akan minum in moderation,MM sendiri pun sedia maklum perihal meminum arak ini kan? ramai diantara kira yg besar kemungkinan akan melampaui batasan, disinilah fear tactics tadi memainkan peranan penting dalam melarang terus perbuatan minum ini, kerana ianya boleh dianggap gateway kepada perkara2 jahat yg lain...

Imran

MM seperti biasa memancarkan kebodohannya dalam mengulas subjek yg di bangkitkan nya sendiri..

bagi aku yg berbangsa melayu, dibesarkan dalam budaya masyarakat melayu membuat kan aku ingin tahu dgn lebih mendalam budaya orang luar sewaktu belajar di USA, UAE dan Aus..dek kerana perbezaan yg ketara itulah membuatkan aku jadi lebih appreciative dgn budaya sendiri dan lebih receptive dgn budaya orang luar..ramai juga dari kalangan kawan2 aku yg berfikiran seperti aku..

tradisi..
seingat aku, sebagai contoh tradisi rumah terbuka semasa berhari raya di perantauan, aku lanjutkan kepada rakan2 antarabangsa aku, mereka sangat kagum dgn keterbukaan bangsa melayu beragama islam kerana sanggup mengajak orang asing datang bertandang ke rumah walaupun tak kenal batang hidung..kawan2 antarabangsa tadi tidak putus2 memuji betapa unik dan open minded orang melayu. begitu juga dgn perbuatan salam, bila dihulurkan salam dan berjabat mesra telapak tangan di tarik ke bahagian dada..rakan2 antarabangsa, kadang2 cina dan india di malaysia juga pernah bertanya kepada aku kepada bersalam cara demikian, jawapan yg paling logik boleh aku berikan kepada mereka, ialah, aku bersalam menyambut sahutan persahabatan, dan tanda persahabatan tadi aku dekatkan ke dada supaya dekat di hati juga..mereka sekali lagi kagum dgn tradisi masyarakat melayu..sama sekali tidak membuatkan mentaliti seseorang yg bergelar melayu itu tertutup..

agama..
menganut agama islam, dan sejak dari kecil lagi telah diajarkan betapa sempurnya agama warisan dari Nabi s.a.w. membuatkan aku bertanya betulkah sedemikian perihalnya..ini membuatkan aku mendekati rakan2 cina di sekolah dan mengkiuti mereka ke tokong utk mempelajari agama buddha dari sami mereka semasa di bangku sekolah, dan semasa di luar negara, aku mengambil matapelajaran christianity sebagai kelas general education aku..

mentaliti melayu tertutup akibat pengaruh kebudayaan, tradisi dan agama...tidak boleh dibincangkan, kerana ianya bukan satu topik yg general..

mentaliti sesetengah individu melayu..ya, aku setuju..

AkuKopiKauSiapa?

MM..kamu perlu belajar subjek islamic worldview.

Tanpa Nama

dah jom kita kawan2 balik,

http://www.youtube.com/watch?v=WO4tIrjBDkk&feature=related

i could pawn everyone...tp what's the purpose?

Bok Aizad

22/m/pelajar

aku tak tahu nak guna ayat-ayat yang menunjukkan kepandaian aku dalam sastera tapi aku cuba rumuskan pandangan aku terhadap golongan melayu ni ikut pandangan aku.

melayu, kuat berdengki. itu paling ketara. pantang tengok orang lain lebih. bapak aku pernah kena santau sebab benda bodoh ni.
pastu ada juga yang takde pendirian dan kuat mengikut. contoh paling bodoh aku boleh bagi, budaya shuffle. itu tak masuk lagi golongan yang baru tgk series simple life dah mengaku diri dia paris hilton.

lagi, sesetengah orang melayu tak boleh ditegur. aku pernah tegur seseorang yang bawa kereta macam sial. tapi aku kena marah balik, which is aku rasa mcm lebih baik aku tegur pakai penampar. sesetengah orang melayu juga malas, suka tangguh buat kerja, dan selalu ambil mudah kalau nak buat sesuatu. ini pernah terjadi pada aku, dan aku pernah dibuang dari sebuah universiti kejuruteraan di bangi kerana sebab ini.

sesetengah orang melayu juga suka berpolitik dan selalu meyakinkan orang lain tentang pilihan politik mereka. masalahnya di sini ialah, aku tak kisah kalau kau seseorang yang sudah bekerja dan sudah boleh hidup sendiri, tapi dalam masyarakat di umur ku yang kebanyakannya pelajar, aku rasa tak patut. kau kutuk kerajaan, tapi belajar pinjam ptptn juga. oleh itu, berhentilah berpolitik di universiti.

sesetengah orang melayu juga racist. selalu marah golongan cina kaya. marah kalau kaum lain bercakap dalam bahasa selain bahasa melayu. wtf? kenapa kita, orang melayu ni tak boleh nak cari jalan memajukan hidup kita, dan jadi kaya raya, daripada nak marah kaum lain di kedai mamak lepas tu pergi main snooker, atau merempit?

dan poin terakhir aku, sesetengah orang melayu susah nak bawa berbincang. contoh: tgk sajalah berapa ramai yang bagi komen marah-marah kat MM sebab tajuk perbincangan ni ialah "Mentaliti Melayu tertutup akibat pengaruh kebudayaan, tradisi dan agama. Bincangkan." ini ialah perbincangan. dia tak kata pun dengan specific bahawa agama penyebab orang melayu tertutup mentalitinya.

Tanpa Nama

bercakap mengenai islam ni,senang sahaja...x banyak yang perlu nak fikir sangat,yang penting jangan berbuat jahat dengan orang lain.

aku tengok ustaz2 sekarang ni makin mengarut,katakan cina salah,india salah,ustaz tu sendiri yang salah,islam ialah cara hidup bukanya agama,the way of life.xkanlah kalau orang tu dilahirkan cina,diajar dengan buddha,nescaya dia akan ikut buddha sampai mati,xkan pasal tu dia masuk neraka?relevankah?ingat!Allah tu maha adil.sedangkann nabi muhammad S.A.W pon berkata "aku manusia seperti kamu",xde dia cakap aku arab macam kamu etc,Allah itu bukan prejudis,kalau Allah tu prejudis,maka dia bukan tuhan.

berbicara tentang islam ni besar skopnya,satu perkataan dalam quran membawa kepada 3 hingga ke 7 maksud,kerana quran itu kata2 kiasan Allah,seperti satu ayat dalam al-quran berkata,mintalah kepadaku nescaya aku akan melaksanakanya,minta dalam english membawa kepada 2 maksud,minta dan bertanya,yangg diterangkan ialah bertanya,kalau kamu bertanya maka akan kamu dapat jawapanya.Jadi kena faham betul2 isi kandungan al-quran.kalau x,tu pasal ramai orang yang menjadi macam lina joy sebab dia minta hajat,x makbul,dia kata quran salah.

kebanyakan sekarang ustaz sendiri kata,ade pontianak,ada hantu,boleh nampak jin,boleh nampak bunian,u know what?MENGARUT!kalau ada orang boleh nampak semua ni,maka sama ada otak dia x betol atau dia menipu,sains boleh membuktikanya...kerana dalam surah al-jin(ayat 26)maka aku(ALLAH)yang menjadikan alam ghaib dan tiada SESEORANG PON yang boleh melihat akan alam ghaib itu,ini kata2 al-quran,x payah nak susah2kan kepala nak pike banyak..sebab memang sorang pon xleh nampak...termasuklah nabi2,tulah aku kata,AL-quran ni kata2 kiasan daripada Allah,Allah xkan cakap salah,bila dia kata seorang pon,maknaya semua......wait,kejap,mesti korang tanya,lepas tu macam mana pula dengan nabi ada mukjizad,mukjizad di sini sama sahaja,kiasan,seperti contoh,nabi Sulaiman boleh berbicara dengan haiwan,bukan bermaksud dia boleh cakap dengan binatang,maksudnya dia boleh bercakap dengan macam2 orang,dengan orang yang sangat garang(harimau),dengan orang yang menipu(musang) dan sebagainya,kerana dalam satu lagi ayat al-quran berkata,tiada satu pon kejadian allah lain dari yang lain.maknanya Allah menjadikan kita fair and square,itu kalau kita lihat,kalau budak tu gemuk,dia pandai menyanyi,kalau budak tu hensem,dia kurang digemari rakan<---semua sebagai contoh shj.

skop islam ni besar,bacalah al-quran,yang aku sedar orang sekarang banyak ikut hadis dan sunnah dari al-quran,tu yang salah,hadis kata2 manusia,al-quran kata2 Allah..igt!hadis ada yang sahih dan ada yang x sahih..sesetengah orang aku tengok makan pakai dua jari,sebab ikut sunnah nabi,sunnah nabi yang lain pula ada berkata,jangan membuat perkara yang boleh mendatangkan keganjilan(lain dari yang lain) and banyak aku tengok kalau dia imam,kalau dia ustaz,semua dia betol,jangan terlalu percaya sangat,kalau orang yahudi nak serang islam,dia hantar sorang suroh pergi masjid,sembahyang tiap2 hari,pastu orang kampung tengok,huuuu...dia bagus nih,pastu orang tu twist sikit aje,habis sumua orang ikut dia.so,jangan ikut sangat cakap orang,baca al-quran kalau x faham rujuk,bukan dengar cakap orang lepas tu membenarkan kata2 dia,sebab ayat pertama yang turun ialah surah al-baqarah,yang berkata"BACALAH dengan nama tuhan mu" bukan "DENGARLAH dengan nama tuhan mu"ini yang salah.orang selalu ikut cakap orang,walhal x pernah tau.

ok,aku tgk banyak orang sekarang sembahyang sebab takut masuk neraka,salah tu,kita bersembahyang kerana Allah,bukan kerana takut masuk neraka,aku percaya akan nabi kerana nabi itu sendiri bukan mukjizad dia,kalaulah Allah x kata siapa x sembahyang masuk neraka,dan tiada syurga dan neraka,orang nak sembahyang ke?yang ada neraka dan syurga ni pun orang x sembahyang.

islam ni besar skop dia,tapi x payah nak susah2 nak pening kepala pike,janji satu buat baik terhadap orang sahaja kerana seluruh al-quran terkandung dalam al-fatihah,seluruh al fatihah terkandung dalam bismillahirahmanirahim,Allah ada 99 nama,tapi kenapa dimulakan dengan yang maha pengasih lagi maha penyayang,maha pemurah lagi maha pengasihani?sebab itulah tujuan hidup kita,sayang menyayangi antara manusia,janganlah ada sifat benci membenci antara manusia...insyallah selamat kita dunia akhirat.

akhir kata,bacalah al-quran tu,baca yang terjemahan punya,jangan dah katam 17 kali tapi x faham satu pun ayat dia,sebab tujuan al-quran diturunkan bukan untuk dihafal tapi untuk panduan untuk hidup.

wasalam

Tanpa Nama

Saya sekadar mahu mengajukan soalan perihal asal-usul kewujudan (eksistensial) bangsa Melayu di muka bumi ini.

Juga sedikit sebanyak soalan tentang riwayat shahih dan palsu tentang kewujudan Nabi Muhammad SAW.

Soalan pertama:
Dari manakah asal-usulnya Melayu mengikut fahaman Islam kamu semua?

Soalan kedua:
Bagaimanakah kamu sebagai seorang Melayu Muslim boleh memperakukan keesaan Tuhan apabila dalam masa yang sama juga kamu menganggap orang-orang yang tidak seagama dengan kamu itu pengikut syaitan?

Adakah kamu juga mengakui syaitan itu sama berkuasa seperti Tuhan?

Soalan ketiga:
Kepada semua Muslim MELAYU di Malaysia ini, tahukah anda tarikh wafatnya Nabi Muhammad SAW? Dan benarkah Nabi Muhammad SAW itu buta huruf?

Soalan keempat:
Di dalam byk doa antaranya doa selepas solat, ada disebutkan semoga Tuhan akan mengampunkan semua umat Muhammad sama ada yang masih hidup atau yang telah mati.

Soalan saya, jika semua Melayu Muslim mengaku Tuhan itu Maha Pengampun, bukankah sifat2 semulajadi manusia yang dipanggil dosa itu dengan sendirinya akan terampun berkat doa berterusan turun temurun ini?

P/s: soalan-soalan yang dikemukakan adalah bertujuan untuk menambah pengetahuan saya sendiri. Ada beberapa lagi selepas ini.

Tanpa Nama

tertutupnya mentaliti Melayu tidak ada kena mengena dengan kebudayaan, tradisi dan agama. titik.

itu pendapat saya.

sekian, terima kasih.

Tanpa Nama

1-takda kaitan...asal usul sejarah bukan agama
2-aku dgn agama aku...kamu dgn agama kamu
3-saja juga seperti mempersoalkan kewujudan matahari
4-dosa antara manusia dgn tuhan...manusia dgn manusia...tuhan maha pengampun

Tanpa Nama

kepada tanpa nama 14:18

jawapan gampang seperti kamu, lebih elok diam sahaja di tepi laman. bodoh. tiada penghayatan ilmu ketuhanan, tapi tidak malu mengaku beragama. macam taik

Tanpa Nama

sila la kasi jawapan yang betul...saya mmg bodoh

Tanpa Nama

kpd Masuo:
aku rasa kena reply la kepada posting ko nie walaupun aku baru baca separuh!

firstly! Islam itu adalah agama dan juga our way of life. bukan sahaja 'a way of life' yang telah kau katakan.

secondly! Kalau someone tuh hidup sebagai seorang kafir dan MATI dalam keadaan kafir dia akan masuk neraka....confirm! Yang penting adalah saat dia mati samada dia mati dalam keadaan beriman kepada Allah ataupun sebaliknya. Ini menentukan whether you go to heaven or to hell. If you dont believe that if a muslim and a kafir died at the same time, the muslim is going to heaven (eventually) and that the kafir will go to hell (forever), then you are not a muslim.

thirdly! Biarlah para ulama' yang mentafsirkan ayat2 al-Quran.

fourthly! Al-Quran and hadis come hand in hand. Kena ada dua2 sekali untuk mempraktikkan Islam dengan betul. Al-Quran tidak memberitahu cara sembahyang dan juga waktu untuk sembahyang. Sebab inilah Allah telah memelihara Quran dan juga hadis. Saheeh Bukhari adalah buku terunggul selepas Al-Quran.

lastly! jangan main2 sayang sesama manusia sahaja. We should love for the sake of Allah and also hate for the sake of Allah. Allah does not love everyone, most certainly not the disbelievers!

Tanpa Nama

Setakat ini, tiada jawapan rasional berdasarkan fakta atau huraian secara ilmiah yg dikemukakan.

Situasi ini sudah dijangka ketika aku tanyakan 4 soalan di atas. Majoriti Melayu Muslim di Malaysia mmg bebal agaknya.

Tiada penghayatan yang baik dalam mengamalkan atau melakukan sesuatu.

Mengaku Melayu, tetapi tidak pernah tahu & memang tidak ambil tahu sejarah asal-usulnya. Luaran berkeris, di dalam bogel tanpa isi.

Mengaku Muslim yang memperakui tiada Tuhan selain Allah, dan Muhd. SAW itu pesuruhnya, tetapi tiada penghayatan atau amalan memperingati jasa baginda Rasul ini dalam menjalani kehidupan seharian.

Islam is not all about syurga & neraka. Syurga & neraka itu boleh sahaja kau alami semasa berada di dunia.

Perhatikan perbuatan yang tidak baik, apakah hasil/kesannya selepas itu?

Perhatikan juga setiap amalan baik, apa pula hasil/kesan yang diperolehi selepas itu?

Tanpa Nama

Antara perkara tentang Muhammad SAW yang menarik untuk dibincangkan:

1) Muhammad SAW tidak buta huruf seperti yang tercatat di dalam riwayat-riwayat yang merendah-rendahkan kemuliaannya dan kita baca pula tentang buta huruf ini di sekolah-sekolah.

2) Muhammad SAW juga bukanlah manusia biasa yang sengaja dilantik/dipilih oleh ALLAH SWT dan dicuci/disucikan hatinya ketika kecil.

Amak

24/hamba

2 minggu sibuk dengan kerja. Banyak terfikir nak komen. Tapi hari ni, aku macam tak ada idea sangat. Aku macam terlambat nak beri pendapat kat sini eh?

"Mentaliti Melayu tertutup akibat pengaruh kebudayaan, tradisi dan agama. Bincangkan."

MM,

Suka untuk aku katakan, Mentaliti Melayu tertutup bukan disebabkan pengaruh kebudayaan, tradisi dan agama.

Satu, kalau pergi secara global, mentaliti orang bukan melayu ni semua terbuka kah?

Nasihat aku (kepada semua), banyakkan pergaulan. Jangan menetapkan komuniti tertentu untuk di buat kawan.

Sebab aku banyak kali jumpa orang bukan melayu, mempunyai mentaliti yang separa tertutup di sebabkan budaya. Contoh terdekat dalam bidang aku sendiri, ada sesetengah client bukan Melayu sangat sensetif bila warna hitam di masukkan ke dalam konsep sesuatu design. "Tarak Ong"

Itu satu.
Dua. Agama. Majoriti Melayu beragama Islam. Jadi, apa yang aku faham, soalan MM tu berdasarkan agama Islam lah ya? Ke agama menyeluruh?

Macam jawapan kebanyakkan orang, bagi aku lah, Islam di malaysia di ajar secara tradisi. Dan kebanyakkan kita bergaul dengan orang bijak agama ni, hanya sewaktu sekolah/kolej. Itu pun sewaktu kelas bagi subjek Pendidikan Islam. Betul?

Lepas dari tu, maka bergelimpangan lah kita dengan cara hidup dan ideologi yang tersendiri dan yang paling buruk kita mempersoalkan yang itu ini tentang orang lain.

Nasihat aku (untuk semua) Kalau nak tau manfaatnya mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian, kalau nak tau macam mana Islam dapat membantu perkembangan mentaliti, jangan lah berhenti bergaul dengan org yang bijak agama. Kalau malu sangat berkawan dengan org alim, dengar ceramah dekat televisyen atau youtube pun jadik la.

Islam kan agama yang paling trendy?

Jadi, tiada kena mengena lansung Islam dengan isu kebejatan Mentaliti Melayu.

MM, apa kata kau tukar MELAYU kepada MANUSIA. Aku macam sakit hati bila komentator topik ni mengutuk bangsa sendiri.

Tanpa Nama

bangsa sendiri? bagus la diorang kutuk bangsa sendiri ni, bermakna diorang ni meraikan kejahilan dan kesempitan pemikiran diorang sendiri.

semua bangsa datangnya dari adam jua.

yang sibuk nak berbangsa bangsa ni pasai apa?

buduh...

Unknown

PEMERHATIBEBAS/24/male

cuba kamu semua sembahyang 5 waktu, kamu akan tahu apa itu agama kamu..

Kamu semua dah mengkaji agama, budaya dan tradisi.

Apa kata kamu cuba kembali ke jalan yang benar, agama asal mu.Belajar, mendalami dan menghalusi mengenaiNya. Kamu akan dekat denganNya. dan kamu akn tahu jawapan nya...
sesungguhnya pintu taubat masih terbuka. Aku bukan alim seprti alim-ulamak. Tapi aku tak mahu mempermainkan agama aku.

P/S - Mak aku ada cakap, Malaysia ini sebenarnya aman disebabkan oleh doa orang2 islam...

iamhere4u

Kepada Hazmah Rima: -

Aku akan cuba jawab soalan2 kamu sejauh mana kemampuan aku ini: -

Soalan 1
Dari manakah asal-usulnya Melayu mengikut fahaman Islam kamu semua?
Aku tak tahu asal-usul melayu tetapi kesemua manusia lahirnya daripada Adam dan Hawa.

Soalan 2
Bagaimanakah kamu sebagai seorang Melayu Muslim boleh memperakukan keesaan Tuhan apabila dalam masa yang sama juga kamu menganggap orang-orang yang tidak seagama dengan kamu itu pengikut syaitan?

Adakah kamu juga mengakui syaitan itu sama berkuasa seperti Tuhan?

Tidak dikatakan di mana2 yang orang kafir itu pengikut syaitan. Malahan syaitan telah menyesatkan mereka daripada jalan yang benar.
Syaitan itu sendiri telah dicipta oleh Allah dan tidak mempunyai kuasa apa pun kecuali dia dapat hidup sampai hari qiamat atas kebenaran Allah.

Soalan 3
Kepada semua Muslim MELAYU di Malaysia ini, tahukah anda tarikh wafatnya Nabi Muhammad SAW? Dan benarkah Nabi Muhammad SAW itu buta huruf?
Tarikh wafat nabi Muhammad SAW aku tak tahu tetapi dia memang buta huruf....as in tidak pandai membaca! Allah telah memilih orang sebegitu untuk mengukuhkan lagi al-Quran.

Soalan 4
Di dalam byk doa antaranya doa selepas solat, ada disebutkan semoga Tuhan akan mengampunkan semua umat Muhammad sama ada yang masih hidup atau yang telah mati.

Soalan saya, jika semua Melayu Muslim mengaku Tuhan itu Maha Pengampun, bukankah sifat2 semulajadi manusia yang dipanggil dosa itu dengan sendirinya akan terampun berkat doa berterusan turun temurun ini?

Betul, doa ini wujud dan disebabkan doa2 sebegini kesemua umat Islam akan memasuki syurga. Samada terus masuk ataupun ke neraka untuk sementara waktu.

-

Tanpa Nama

kenapa kite semua melayu salahkan bangsa sendiri.? patut nye kite ubah mentaliti sendiri baru mentaliti melayu tu boleh tak tertutup. sebab yang melayu tu kite bukan nye org lain. so sape lagi yang nak ubah mentaliti tu kalau bukan kite sendiri. so salah kite jugak kan? betul tak? kalau tak betul aku la salah.