Kadangkala Penjelasan Yang Paling Baik Ialah Tiada Penjelasan.

(Amaran: Nukilan ini mungkin berbentuk separa falsafah yang boleh diadaptasikan dalam kehidupan mana-mana manusia.)
Aku memang jenis yang malas melayan diri. Ada kalanya aku kelakar melihat orang-orang sekeliling aku yang terlebih layan satu perkara atau situasi sampai melarat-larat. Pada luarannya aku mungkin kelihatan tidak endah apabila sesuatu perkara besar sama ada baik atau buruk berlaku, dan pada asasnya memang begitu pun. Aku akan biarkan ianya berlalu dan mengalih perhatian kepada perkara yang selanjutnya, walaupun ini tidak bermakna aku akan lupakan segalanya yang telah berlaku.
Ini bermaksud cara minda aku bekerja ialah—cari subjek/perkara/motif, amatikan buat seketika, jangan layan semasa orangramai sedang melayan subjek/perkara/motif tersebut, sebaliknya cari subjek/perkara/motif selanjutnya, dan ketika orangramai melayan subjek/perkara/motif yang kedua aku layan balik subjek/perkara/motif yang pertama tadi dengan lebih teliti selepas ianya 'matang' di mata orangramai.
Ada faham? (Maaf, aku cuma ingin menerangkan cara aku berfikir hari-harian.)
Hanya dengan cara beginilah aku boleh memaksa minda aku supaya sentiasa segar dan terangsang dengan idea-idea baru.
Ini masalahnya. Rangsangan minda hanya akan tercapai jika aku secara sedar dan aktif 'mencari' rangsangan tersebut. Sama ada dengan membaca, menonton tv, keluar bersiar-siar atau dengan melayari internet, proses ini harus berterusan, tanpa henti. Dan aku kurang puas jika rangsangan tersebut hanya dengan mudah disajikan di depan mata aku, kerana aku obses dengan proses 'pencarian' maklumat/idea tersebut. Sebab itu aku resah jika aku hanya duduk, tidak berbuat apa-apa sebab apabila aku berbuat demikian, 'input' ke dalam minda aku seakan-akan terbantut.
Akibatnya, aku tidak boleh pandang mudah semua perkara yang aku perhatikan. Aku tidak hanya boleh 'terhibur' dengan mudah. Contohnya jika aku menonton filem aku akan fikir cara filem itu difilemkan, teknik-teknik yang digunakan, cara suntingan, adunan bunyi cara skrip ditulis, dan jika berdasarkan kisah benar aku akan selidik kisah sebenar yang berlaku sebelum ia difilemkan. Begitu juga dengan muzik, aku akan terfikir cara ia dirakamkan, alatan muzik apa yang digunakan, dan bagaimana alatan muzik itu digunakan dan cara ia dimainkan dan sebagainya. Dan aku paling sakit hati sebab aku tahu, yang ada orang di luar sana yang tahu jawapan kepada soalan-soalan yang aku terfikir ketika itu.
Jadi aku terfikir, berapa ramaikah kamu di luar sana yang mengalami situasi yang sama? Adakah kamu mudah berpuas hati dengan apa yang disuapkan ke dalam mulut kamu? Adakah kamu semua persoalkan apa yang disajikan di depan mata? Atau adakah kamu tidak akan berpuas hati dan cuba mencari erti sebenarnya apa yang kamu lihat dan dengar dan rasa?
Aku rasa sebab itulah aku tidak peduli. Aku rasa tiada relevannya pandangan orang lain tentang aku. Aku rasa lebih relevan bagi kamu untuk beri pandangan tentang pandangan aku, dan bukannya aku sebagai seorang manusia. Tetapi mungkin juga aku ini hanya terlebih fikir. Nasib baik terlebih fikir sebenarnya menguntungkan dan tidak merugikan langsung.
(Nota: Nukilan di atas sebenarnya adalah berkenaan Cinta.)
19 orang ada pendapat sendiri:
Awalnya.
Tak tidur kah?
*
Ransangan sebegitu (movie) agak sama tapi ke arah lain sikit.
Lebih suka fikirkan macam mana dia hafal skrip, expressi dan juga sinematografi yang diambil.
Mungkin ada yang tak larat nak tengok movie yang kurang skrip (Iran, France dan etc memang banyak macam tu)
Kemudian akan tunggu sampai ke akhir nama-nama yang terlibat keluar.
Tengok walaupun tak kenal.
*
Sama juga kalau naik bus, mesti langut atas tengok lantai kiri kanan, mata meliar.
Mungkin sebab (ditambah pula) belajar seni dan harus sensitif.
Kadang-kadang memang kira berapa loceng yang ada dan macam mana loceng itu 'mengembara' ke malaysia ke dalam bus tersebut.
*ok nak mandi nak p sekolah!
er...tak ke menyusahkan tu MM? atau aku yang ambil mudah.hehe
Aku rasa lebih relevan bagi kamu untuk beri pandangan tentang pandangan aku,
**************
1- perfectionist mungkin?
2- subconscious mind overload?
3- ? (god love the detail - connotation)
dari aku : awak memang suka pikir heavy heavy lah. distorted mindset!
dan bukannya aku sebagai seorang manusia.
**************
gentle jack, aku nak anggap kau apa? mesen biru ber-arm-kan flame thrower bersama hooded?
hmm...rasanya bukan setakat kena fikr tapi kena buat dan alami segalanya dengan had kita dan had tuhan sehinggalah kita hampir pengsan atau kepala, berserabut, mencari jawapan.
Probably kau takut dengan benda yang kau tak paham. Dan selagi kau tak paham, selagi tu kau tak boleh nak menghayati.
Bagi aku, bergantung pada benda dan mood aku. Aku terbalik sikit, kalau movie itu kisah benar, aku akan tengok dulu, dan kaji kemudian.
Sama seperti kalau aku tengok cerita yang berdasarkan buku, aku prefer tengok cerita itu dulu baru baca, sebab aku suka elemet of suprise, dan aku takut aku kecewa dengan expectation aku yang tak dicapai.
Dalam cinta, aku rasa it's a neverending journey of discovery. Cinta terlalu subjektif, cinta boleh berubah.
Kalau mudah berpuas hati bagi aku, tak ada thrill in life.
memang benar-kah ada-nya CINTA? bohong semua tu...
ramai jugak org camni. nasib baik ada wikipedia.kurang sikit beban.
Perkara yang selalu aku amalkan bila ada something happen in conversation/mind.
Aku suka pada tajuk.
Giler ah..get a life man..tanpa dia sedari cara penulisan kau menunjukan kau ni seorang yang skema 4B ketika di sekolah...aku tau kebanyakan org yg baca blog ni pun skema2 tp kau kene cover line sket..dah byk kali la kantol nih..org suka baca nukilan kau yang informatif..bukan pasal pandangan kau seperti mat rempit, gadis ampang or sebagainyer..
I know I think too much. Tapi tah, pikiran Anna melalut ke mana, selalu lari dari landasan. But yeah, sangat think too much, never had a sleep without dreaming. Kadang-kadang sampai sakit kepala duk mimpi pasal benda yang dipikirkan sangat.
Tapi compared to girls, guys take life much easier (i think?), ayah Anna for instance, dia tak sampai 5 minit dah terlena, me like my mum, lama gila baru boleh nak lena, even my little niece baru 7 tahun tahun pon susah nak tidur sebab banyak sangat pikir.
By the way, apesal 'pautan ke nukilan ini' lately pelik sejak 2-3 hari ni. I had to disable mine, sebab link mana-mana takda kaitan langsung keluar. Banyak pulak tu.
Like in yours, ada my link, padehal, I didn't link you in any way at all. Pening.
Tengok benda macam ni pon aku pikir. Hahaha.
jika benar cinta itu buta... butakah mataku? haha
bergantung pada subject...ada benda yang tak penting untuk diteliti(bagi aku)
terlebih pikir tapi tak bertindak pun masalah jugak
Kita serupa.
Aku pun dalam situasi sama.
Aku tak pernah puas dengan jawapan yang ada.
Mungkin kita bercinta dengan perempuan yang sama.
Kadang-kadang kita terlalu ghairah untuk mencari jawapan.
Namun kita pasti akan kecewa bila kita tahu hal sebenarnya.
*MM nak tanya, kau lahir bulan September kan?
aku telan je dlu. tp x semestinye aku percaye. lepas telan bru aku kaji.
p/s: aku prefer klo bleh dpt 'raw data'. aku bleh kaji sdiri.. slalunye bnda yg disuapkn x semestinye semuanye btol.
err apa jadi ngan smokey-eyed girl?
aku persoalkan semua. contoh,
kenapa jadikan trend dan fesyen sebagai ikutan?
kenapa tak update ilmu?
tak pun perkukuhkan mind set sebagai ikutan?
marah ni!!
ketika orang sibuk dengan I heart KL, I heart ape lanc suma tu, aku tengah surfing siapakah milton graser. Font Americana yang mirip dalam design I LOVE NY ( dalam buku greatest typography design dia tulis I LOVE NY ) itu dicipta pada tahun 70an. Masalah disini Milton Graser buat benda tu dalam tahun 60an. Sebenarnya font yang digunakan itu bukan americana tapi sejenis font yang milton graser jer tau. sampai situ jer kajian aku, lepas tu aku bosan.
@weed & bandages
tulah. aku faham. kalau tengok movie akira kurosawa lagi sakit hati. banyak sangat silence.
@tanpa nama 11:15
kamu ingat ni wikipedia ke?
@fatin fatan
jangan marah sangat nanti cepat tua.
@suparman
bagus. boleh jadi typography expert nanti kamu ni.
Catat Ulasan