Lelaki Terakhir Di Planet Bumi.

Semalam aku tertonton satu filem bodoh di Astro bertajuk 'Last Man On Planet Earth', cerita tentang apa yang mungkin terjadi jika lelaki di satu dunia ini mati dan dunia ini hanya dipenuhi perempuan.
Ceritanya berlatarbelakangkan kehidupan di Amerika Syarikat, di mana satu negara itu diperintah oleh perempuan, yang membenci lelaki disebabkan sifatnya yang ganas dan mendominasi, dan semua undang-undang yang digubal selepas itu berasaskan masyarakat perempuan tanpa gangguan lelaki.
Dan sebagaimana banyak filem-filem Hollywood lain, hanya senario di Amerika Syarikat yang digambarkan. Dan aku selalu tertanya-tanya, apakah agaknya yang mungkin berlaku jika senario-senario yang dipaparkan dalam filem-filem ini diaplikasikan kepada negara kita yang tercinta. Macam kalau 'Independence Day' berlaku di Kuala Lumpur, atau 'Titanic' di Kuala Terengganu, dan 'Debbie Does Seremban'.
Jadi apa kata kita renungkan Perkara-Perkara Yang Mungkin Berlaku Di Malaysia Selepas Tiada Lelaki.
1. Undang-Undang Malaysia Akan Berasaskan Adat Perpatih.
Kita semua tahu Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan berasal dari masyarakat Minangkabau amat mementingkan hak-hak seorang wanita. Aku rasa selepas ketiadaan lelaki tiada sebab adat ini boleh dijadikan asas undang-undang negara. Dan aku rasa orang perempuan pun sebenarnya malas bertekak pasal hal harta peninggalan semua. Tetapi macam mana hendak 'sebat' kerbau 10 ekor kalau tiada lelaki yang boleh masuk meminang?
2. Perempuan Akan Berjogging di Taman KLCC Tanpa Baju.
Sebab tiada mata meliar lelaki yang akan mengusha. Jadi aku rasa perempuan semua akan selamba berlengging ke sana ke mari. Ketika bersukan, ketika di pantai, ketika bekerja keras angkat piano atau barang berat yang lain. Kiranya aktiviti-aktivi yang biasanya akan dilakukan lelaki yang berlengging. Dan aku rasa fenomena perempuan berbulu ketiak dan kaki juga akan meningkat, sebab tidak perlu 'berhias' untuk lelaki.
3. Jumlah Tandas Awam Yang Boleh Digunakan Akan Meningkat Sekali Ganda.
Ini kerana semua tandas lelaki akan digunakan sebagai tandas am. Tiada lagi papantanda 'Lelaki' dan 'Wanita'. Akibatnya barisan menunggu giliran ke tandas juga akan berkurangan, masa tidak akan terbazir begitu sahaja, produktiviti akan meningkat dan Malaysia akan maju.
4. Istilah Bumiputera Akan Digugurkan.
Akhirnya. Aku rasa konsep Bumiputera akan digugurkan sama sekali, sampai tidak sempat gunakan istilah 'Bumiputeri', sebab sudah tiada lagi Lelaki Melayu, Lelaki Cina, Lelaki India dan Lelaki Lain-Lain. Yang ada hanya Perempuan Malaysia, bukan?
5. Permainan Dam Di Kedai Kopi Akan Pupus Buat Selama-Lamanya.
Pernahkah kamu lihat perempuan main dam sambil minum kopi dan merokok di kedai kopi? Aku tidak pernah.
6. Tiada Lagi Perkahwinan Selebriti Yang Akan Disiarkan Secara Langsung Di Televisyen.
Aku pasti ketika itu perkahwinan sejenis mungkin akan dibenarkan (seperti mana yang ditunjukkan dalam filem yang aku sebut di awal nukilan ini) menurut undang-undang (tetapi siapa yang luluskan dan keluar fatwa? bukan ulama' semua lelaki ke?), tetapi aku rasa mungkin agak janggal untuk mereka menyiarkan perkahwinan dua artis perempuan popular tanahair secara langsung. Lagi pun siapa yang boleh nikahkan? Bukan imam juga semua lelaki ke? Dan kalau satu dunia ini perempuan masa kursus kahwin masih kena pakai tudung ke?
7. Majalah FHM Akan Lingkup.
Sekurang-kurang edisi yang dikeluarkan di Malaysia. Majalah Maskulin aku rasa akan mula meletakkan kakak-kakak polis, askar, dan pemain skuad bolasepak wanita kebangsaan sebagai pelaris muka depan.
8. Hang Tuah Akan Dilupakan.
Ini kerana Hang Tuah itu sebenarnya simbol kepada kemaskulinan lelaki Melayu. Aku rasa hikayat Hang Tuah lima beradik ini akan sedikit demi sedikit dilupakan, dan sebaliknya Tun Fatimah pula akan dieksploitasikan ketika ada perwakilan yang ingin menghunus keris di Mesyuarat Agung (Puteri) UMNO. Tetapi kalau difikirkan tidak mungkin ada yang ingin menghunus keris, sebab keris juga lambang maskulin. Jadi apa senjata yang melambangkan sifat kewanitaan dan feminin? (Memang betul lelaki semua ganas pun.)
OK mengantuk. Saya mahu tidur.
20 orang ada pendapat sendiri:
tak juga.mungkin majalah-majalah ber-coverkan lelaki maskulin akan lebih laku sbb wanita yg berkuasa dan mereka perlukan lelaki untuk melepaskan nafsu seperti movie down with love.haha.
Kalau nak cerita bagus pasal lelaki terakhir di bumi, aku cadangkan kau baca Y: The Last Man. Ataupun tunggu filem dia keluar (tahun depan tak silap aku)
kalau semua lelaki x de..cnfrm dalam mase 50 thun ++ sume orng pon dh x de..dah kat bumi ni binatang akn jadi semakin bnyk dan kembali kepada zaman dinosour balik..haha
haha.hai,just passing by.i like the idea of 'debbie does seremban', but i think kalau kat malaysia barangkali jadi 'debah does dungun':D
tongkat ali pupus
Y: The Last Man memang merupakan novel grafik yang mempunyai ciri yang anda perkatakan.
Dan di hadapan kedai kasut atau kedai fasyen wanita akan ada tempat menyangkut beg kerana tiada lelaki yang akan menjadi penunggu/penjaga beg bagi pasangan mereka.
bayangkan juga tentang sukan bina badan..
tentu akan didominasi oleh kaum wanita..
wah,berketul-ketul otot..
Aku tgk movie ni terus aku google Julie Bowen.
MM, tolong wujudkan aku sorang dalam dunia yang dinyatakan, boleh?
kesian perempuan2 tu.
tak payah aku risau nak cari pakwe dan kawin. sume org single!!!
Perempuan akan tetap beranak pinak tetapi persenyawaan akan dilakukan dengan cara permanian beradas(betul ka ejaan aku ni. semua mani lelaki akan disimpan di bank mani yang akan diujudkan sebelum kepupusan makhluk lelaki bagi memenuhi impian naluri wanita yang mengidam untuk beranak. Hanya spisis lelaki bermani banyak akan dikekalkan di dalam inkubator di bank2 mani tersebut.
tiada lagi penjual ubat kuat tenaga batin di kaki-kaki lima kedai.
tak payah tunggu lama2. chivalry is dead anyway
well, better then no girls. i cant stand tgk gays. ahaha :)
freaky owhh.tak lame agy sure kiamat punyaa klaw
jd cmtu..hehe
oh, MM orang ke 11 yang mempunyai katil sama macam aku punya
adakah 11 dari 100 rakyat malaysia membeli katil di ikea?
tiada lagi... amy search..
"masuk" dari piah zadora .. he he ..
err "Doyah does Dungun" best gak.
saya pun baru habis baca novel grafik Y the last man. memang menarik, dengar kata movie nak keluar dengan shia lebouf jadi yorrick.
salam
rudy
aku tgk movie tuh jugak!! agak lawak ah..
emm,nk komen post lame lg..emm, tertarik ngn 'ppuan xde tmpt nk lepaskn nafsu' punya point..huhu~ tu la die..ppuan xleh nk dominate je duna ni sorg2..ade sbb musababnye laki dan pempuan wujud..saling memerlukan.. (da msuk bab agama dan kemanusiaan ni)
hehe..kalau xde laki,alamat sume ppuan kemungkinan bsr jd lesbian...bile da xthn sgt..euw.
Catat Ulasan