Kisah-Kisah Penulis Blog Selebriti Versi Cerita Pasal Diri Sendiri.

(Sila dengarkan lagu tema ketika membaca nukilan ini.)
Baru-baru ini aku rajin bertandang ke blog Cik Piah Zadora seorang ni, yang boleh dikatakan agak panas juga-lah. Bayangkan, satu nukilan komennya sehingga mencecah 200+! Lebih panas dari blog aku, aku jamin (mungkin sebab aku selalu pasang penghawa dingin jadi sejuk sedikit).
Apa-apa pun, dari blog Cik Piah kita ini aku telah jumpa macam-macam blog, yang kalau hendak dipendekkan cerita, blog-blog riak dan layan diri sendiri. (Blog aku kurang riak, cuma takbur sikit. Mungkin.) Blog orang berkereta mewah (tapi terpakai), blog perempuan-perempuan yang rasa diri mereka terhebat (dan tiada nukilan-nukilan siri 'Tafsiran' pun), blog duta-duta barangan dan macam-macam lagi. Aku ada kenal sesetengah dari pemilik-pemilik blog tersebut (kenal, bukan rakan rapat, OK?) dan sedikit sebanyak aku faham gaya hidup orang-orang ini.
Sebenarnya aku kurang mengikuti blog-blog jenis sebegini, blog yang banyak menceritakan kisah peribadi seseorang, tentang perhubungan dengan orang tercinta, tentang skandal-skandal dan sebagainya, mungkin kerana aku jenis tak pedulikan kisah peribadi orang. Semalam ketika melepak dengan kawan-kawan pun ketika ditanya tentang gossip terbaru, aku tiada modal. Lagipun aku rasa orang lebih suka dengar cerita pasal aku dari dengar cerita pasal orang lain dari mulut aku sendiri. Mungkin.
Dan pada aku, yang peribadi itu harus dibiarkan sebagai bahan peribadi. Kamu lihat sahaja komen-komen di sini dari orang yang tahu pasal aku. (Tahu nama sahaja, bukan tahu peribadi aku.) Cukup memanaskan telinga. (Sekali lagi, nasib baik ada penghawa dingin.) Ini tidak termasuk cerita dari orang yang mungkin kenal aku dan termasuk dalam golongan stereotaip Pendengki Melayu lagi. Memang ramai.
Sebabnya, seperti aku pernah cerita suatu masa dahulu, aku pernah ada tiga blog, ketiga-tiganya berunsur teramat peribadi, dan ketiga-tiganya telah aku padam. Pada mulanya aku sangkakan hanya kawan-kawan aku sahaja yang membaca (berdasarkan banyak komen-komen menggalak yang aku terima) tetapi sebenarnya ramai juga tetamu yang tidak diundang yang datang menjenguk. Lagi-lagi tetamu-tetamu yang ada kena-mengena dengan situasi hidup aku ketika itu. Akibatnya sesuatu yang aku anggapkan terapi yang mampu menggembirakan hati yang gundah (ketika itu) telah menyerabutkan lagi keadaan. Atas sebab itu mungkin aku insaf dari menulis perihal peribadi di dalam blog. Lagi pun aku bukannya banyak wang untuk membayar wang guaman.
(Selingan: Baru sebentar tadi aku terlihat satu babak dalam filem pseudo-permainan-seram 'Stay Alive' yang mengingatkan aku kepada video muzik 'Come To Daddy' dari Aphex Twin hasil arahan Chris Cunningham. Gila tak original.)Sebab yang penting di sini ialah apa yang aku boleh kongsi dengan kamu. Bukan tentang apa yang aku makan semalam (sedikit sebanyak siri 'Malam Semalam' dan 'Petang Semalam' boleh dijadikan tetingkap tentang hidup seharian aku, dan itu sudah pun cukup), tetapi pendapat-pendapat aku. Betul atau salah, belakang kira, kerana aku anggap kamu semua sudah dewasa (macam aku) dan pandai menilai apa itu yang baik dan apa yang buruk. Melayu sekarang bukan sudah moden, tetapi (aku ingin anggapkan) sudah matang dan dewasa. Sama ada tanggapan itu relevan dengan kamu semuanya terpulang kepada diri kamu sendiri, dan cara kamu bertindakbalas dengan penulisan aku. Ya, kamu bebas untuk memberikan komen, dan aku bernasib baik mempunyai ramai pembaca-pembaca yang cukup matang yang sanggup memberikan komen balasan apabila komen-komen kurang relevan diberikan oleh pembaca-pembaca lain yang kurang membaca dan baru hendak belajar mengeja.
(Macam tersentuh hati pula. Syahdu sungguh.) Terima kasih aku ucapkan, hu hu.
Kita kembali kepada siaran biasa selepas ini.
36 orang ada pendapat sendiri:
Guilty pleasure..Piah Zadora..
Tapi tak kenal most of the blogs mention..sebab mereka geng2 petaling street project kut..
Kita nuffnang central..lain zone..
Baca that blog for the comments..kadang2 lagi happening than the actual post..
Saya peminat Bob no 18
kurang "Umph" la ini entry.
aku harapkan entry lain.
entry yang berat isi kandungannya.
hadui...
kesian MM.
jangan pressure ye encik MM, berat tak berat entry, kite tetap baca dan suka :)
pernah ke blog itu dari pautan blog Sarah.
seram juga.
sekali itu saja lah singgah.
tak tau lah nak komen apa. cuma kurang berminat.
mampu senyum saja bila baca kat sana.
baca sekali imbas then balik ke blog sendiri.
blog yang syok sendiri. blog diri sendiri.
:D
don't be ghey.
dude, come on..
u shouldve known long before u write that blogs are publicly readible, accessible, unless u made them private and open to invited persons only..
smite-magnet comment huh?
anyway, i respect the way you think. i bow to you on your perspectives on things, though i know, u didnt really care. :)
MM, dari yang kau katakan pasal hal peribadi tu. nampaknya kau sebenarnya 'peduli' mungkin?
ramai pembaca kau yang kuat komen kadang-kadang terlampau puja kau pulak. tak tahulah kenapa. dan, siri kau tanya abang minimalis rata-rata mendapat sambutan yang pelik. soalan-soalan yang boleh dikaji sendiri. tapi mungkin ramai yang lebih nak tengok reaksi kau kot, sebab minat gaya penulisan.
tone aku mungkin macam seorang pembenci tapi sebenarnya tidak. aku di atas pagar. ada kalanya lawak post kau. aku juga menulis panjang di sini gara-gara malas tulis di blog sendiri.
N
betul MM,
hal peribadi adalah hal peribadi and should be left alone.
tapi mungkin kerana ramai yang sukakan hal-hal sensasi, hal peribadi turut dikorek keluar - kerana cerita peribadi (malu) lebih sensasi dari mana-mana cerita lain.
Yup,
I read Piah Zadora once and I found it untasteful. Crite2 dalam kain orang, and sendiri dicanang2 di post2 beliau.
I say, blog with pride and prudence. What U write today ma be read by your children in the coming years,eh?
bukan semua org minat blog blog begini. Ade juga orang yang sibuk mencari gossip-gossip dan cerita org lain di blog. malah mereka membenci blog berupa sinikal begini.
biarkan sahaja orang yang menulis begitu. kerana jika kita membenci mereka. mereka pon membenci kita. tiada faedah.
betul gak ape si MM ckp..kekadang ade blogger yg over..
sampai harini makan ape tulis, gi berak kol berapa tulis..kencing tak lawas pon bleh jadi masuk dlm blog!
aku rase..blog dah jadi 'diary' peribadi ala-ala zaman drama 'dr. doogie howser' suke tulis e-diary..
tp skrg dah version internet,takde rahsia..so diary pon dahvirtual..semua sejarah org ade dlm internet..maybe satu hari nanti bile gi interview kerja org bleh nilai peribadi org tu dr personal blog? takyah isi form?
hmm..
Moro : skrg mmg dah jadik trend employers to google their soon-to-be employees. Tu pasal la aku pun edit blog aku supaya segala nama sebenar atau nama samaran aku menjadi 'bukan nama sebenar'. Lagi-lagi boss aku ni kaki gugel.
MM,
Aku sbnrnye sedih dgn blog PZ.
Satu, kerana ada lagi manusia yg kerjanya menyebarkan perihal org lain.
Dgn alasan, "Blog itu adalah public, maka semua org bebas utk memberikan pandangan. Kalau kau takut org komen kau, put it to private.".
Dua, ianya membuatkan blogger tegar lebih berhati-hati, mungkin juga berfikir berkali-kali utk menulis dgn bebas.
Ianya membuatkan kita akan fikirkan "what will they think?", padahal pada mulanya, kita memang tak pedulik apa org kata.
Thus, the passion to write will transformed into paranoia, just because of them.
Memang kita boleh saja buat tatau dgn apa yg org komen.
But the fact that there is a blog dedicated to bash people (including yourself) seems a little bit too much, rather than people commenting on ur own blog.
Org yg benci bertambah2 benci. Org yg tatau apa2 boleh menjadik benci. Nampak macam PZ menyebarkan kebencian.
Tiga, they don't see what their doing is harmless in anyways. And they actually enjoying it.
I really hope that karma comes on time.
-aku yg takut blog aku akan menjadik mangsa Piah&Co yg seterusnya-
The way I see it, piah&co ni diorang takkan sesuka hati bash orang lain. Asalkan tak menunjuk kaya, perasan hawt beyond belief, dan tak buat benda-benda yang mengjengkelkan. Dan yang lebih penting tak buat the cardinal sin of blogging; penipugiat dan plagiat.
Kalau blog berterus-terang macam sarah, magenta, MM, aku tak rasa piah akan pounce korang. sebab korang bukan jenis suka boast. aku tak tau korang bagus ke tidak, tapi yang bestnya, korang tak perasan bagus. ya, sarah pernah cerita pak lah suka bapak tiri dia yang berpangkat dato', tapi cara sarah bercerita langsung takde ciri-ciri nak put herself above the rest. honest, dan sangat, sangat, sangat humble.
Like in real life, siapa yang perasan kaya dan chantek dan boast melampau-lampau, mesti kat belakang kena kutuk punya. Nasib lah tu kan? Kalau nak komen dekat comment box tuan punya blog, sah-sah comment tu kena delete. Mana lagi diorang nak tuju? piahzadora la...
Sama ke real life dgn blogosphere ni?
In real life, u actually know the person personally. Tapi kat blogosphere ni?
Sumenye buat judgement based on the text and images yg nampak kat monitor tuh.
Tapi bila other people judge the geng ketupat tu, tau pulak depa nak melenting?
Bloggers dok citer dalam selimut tu, aku paham la derang nak bash, konon nak jadik morale police, so fine lah. Dan jugak tukang tiru blog org. Tu aku no komen.
Tapi yg derang kata 'berlagak' in terms of menunjuk2.. eh kamon lah. Dah namanya pun blogging. Sukati depa lah nak tayang apa. Betul ataupun tidak, so what? Ada kacau kehidupan peribadi depa ke?
The way I see it pulak, P&Co sengaja mau carik bahan utk mengutuk. Bcoz unlike real life, when u have someone who irritates you so much (sbg contoh dalam opis), u cannot do anything but have to put up with them. Understandable lah kalo ko nak bukak geng ketupat, just to let those angers out.
Tapi in blogosphere, u can always click the X button, fogeddit and never come back. But they didn't, do they?
And, mgkn PZ tak hentam MM, tapi aku pernah terserempak a few komens yg kata dia menyampah dgn MM (no offence, ye tuan rumah). So maksudnye mungkin PZ okey with it, tapi yg lain2?
PZ is a platform utk org mengutuk, tak kisahlah org tu dalam topik ataupun tidak. Asalkan sapa2 je yg mereka tak berkenan, sume hentam.
Salah seorang pengomen yg tak beberapa setuju dgn mereka pun, derang boleh jadik bahan kutuk.
Dan mmg normal lah, manusia ada perasaan menyampah. Tapi sebagai org yg bertamadun, tak kisah la in real life atopon tidak, aku rasa the best way is to confront with that person. Talking at ppl's back is such a cowardly act.
@Gadis Paranoia
Pada aku senang sahaja, aku tidak pernah dan tidak akan biarkan online identity aku mempengaruhi diri aku in real life sebenarnya.
sebab itu selalu aku tak makan hati apa-apa yang ditulis di sini. it's just a website. and i have a real life.
@Tanpa Nama 12:45 aka N
aku tak peduli sebenarnya, tetapi seperti yang aku tulis, aku tidak mampu bayar wang guaman. kalau tiada ancaman apa2 dari segi undang-undang dari dulu sampai sekarang aku hentam saja tulis apa-apa.
Suka, baca.
Tak suka, tak perlu baca.
Tak payah pening kepala.
Hehehe
"sebab itu selalu aku tak makan hati apa-apa yang ditulis di sini. it's just a website. and i have a real life"-MM-
point yang sgt bagus..
piah zadora??
kena google ni..
MM,
Yes, I agree. It is just a website. The sad part is that most people don't geddit. They take it personally on what they read/see in the net. Baguslah kalau kita tak pedulik kerana malas nak layan karenah kurang matang sebegitu. Tapi bila kita buat rilek je, 'mereka' anggap 'mereka' sudah menang.
Dan aku bertambah pelik, bila kita memblog tanpa mendedahkan identiti sambil mengekalkan ideologi kita, org kata kita pengecut. Tapi bila org tau sapa kita, buat personal attack pulak.
To conclude, ramai yg kurang matang dalam mengendali emosi mereka, terutamanya bila tersentap, bila tak setuju. Tak penah dengar konsep 'agree to disagree'
Walopon jauh di lubuk hati, aku berharap golongan ini boleh dihapuskan, terpaksalah aku terima kenyataan yg aku takkan dapat semua benda yg aku nak.
btw, mintak maaf jika komen2 aku terlalu emosi. bukannya slalu aku bersuara di blog kau ni.
-pembaca senyap yg sering emosi-
aku selalu baca blog piah sebab kelakar. and correct me if i'm wrong, tapi bukankah bloggers yang dia aibkan tu dah aibkan diri diorang sendiri sebelum tu? kinda like how celebrities are always complaining kenapa tak dapat privacy. it comes with the job.
aku pelik kenapa kat blog sometimes kita jadi lebih self-righteous. dalam real life tak pernah pulak aku tengah dengar orang cakap 'eh, tak baik mengumpat'. kalau ada orang cakap pun biasanya as a joke takpun cakap serius2 pastu sambung je mengumpat. tolak moral aspects kejap, blog tu sangat 'real-life-like' sebenarnya.
ada link tak ke comment beratus2 tu
tak semua bloggers yg disebutkan telah membuka pekung di dada. aku merupakan salah seorang pembaca senyap blogger yg dikeji dan aku tak nampak pun apa yg salahnya. aku tak kenal dia secara peribadi, vice versa. cuma she is not in my league but i hv no problem with that.
dan aku tak rasa dia adalah celebrity. cuma blogger tegar yg biasa.
to me, privacy is never an issue in blogging. dah sah2 wat u write is being published in the net where millions of ppl can access. yes, people hv the rights to comment, freedom of speech, katakan. but aku rasa tak perlulah bawak to the next level by mengumpul all the haters in one platform and start bashing that person.
apa yg aku nampak, mengumpat seems harmless because org yg diumpat tak tahu apa yg berlaku. ATAU, tukang umpat tu hanya akan bwk cerita kepada mereka yg mengenali si malang, secara personal (cth terdekat : di opis ataupun jiran tetangga). kalo nak gossip psl celebs yg tadak kena mengena dgn kita pulak, aku tak rasa derang ambek pot. derang sedar gossip2 tu tak menjejaskan periuk nasik mereka, malah makin bertambah offer, adalah.
talking about self-righteous, ada siap keluar fatwa mengatakan apa yg mereka lakukan adalah harus, keadaan mengizinkan. mungkin aku cetek ilmu dan aku bukanlah org terbaik utk berkata2 dlm hal ni, tapi pikiran logik aku berpendapat, apa2 yg menyusahkan hidup orglain adalah salah.
bukan niat utk tunjuk baik, tapi aku cuma rasa semua itu tidak adil. mungkin silap aku juga lah kerana mempunyai perasaan empati terlalu kuat hinggakan aku boleh merepek dgn pjg lebar, walopon ianya takde kena mengena dgn hidup aku. tapi if i were in their shoes, mungkin aku akan sakit jiwa.
sekali lagi, tuan rumah, aku mintak maaf.
wah.byk nyw anonimus.mesti takut ngn piah zadora.hehhe.
well.fer me scary gak la baca.hahaha.umpatan die mengancam..
MM, lebih la baik u tulis pasal melayu.x kacau org lain.bagussss.heho.
Piah Zadora best apa? Cara penyampaian dia memang sedap dan sentap uols, mak tak tipu!
Mak tengok, blog yang kena petir dengan dia tu pun kebanyakkannya blog yang over yang penulisnya gebang macam nak runtuh KLCC.
Ok la tu, kata nak jadi popular?!
Setuju dengan pandangan Magenta...
Salam bro. Minat dengan penulisan bro.
TQ
xsalah kan klu bloggers nk jdikn blog diorg sbg online diary. Menjadi 1 kesalahan ke menulis tentang hal peribadi yang sedikit sebanyak boleh menjadi memberi pengajaran ataupun untuk dikongsi dgn org lain?
Ada orang boleh simpan hal sendiri. Ada orang suka berkongsi. So, dari mana datangnya hak untuk kau menilai seseorang tu dari sudut yang sangat2 negatif?
Kalau ko boleh cakap orang yang tulis psl hal peribadi dlm blog cmtu, xslh kn klu de org lain plak ckp ko ni gatal sebab xabis2 dengan gmbr kaki perempuan dlm blog ko? Itu people determination. Cm ko jgk determine orang yg tulis psl hal peribadi dlm blog nowadays cmni la..cmtu la..
Aku xkesah pun pasal entry ni. Aku rasa, aku salah seorang penulis yang sering kali tulis tentang hal2 peribadi. Bkn untuk menghukum, cuma nak orang berfikir. THats all.
Kalau ko nak menulis blog n jdikan blog ko sbg 1 platform untuk lower down other peoples reputation, baik ko tulis psl diri sendiri dlu.
Get what i mean?
Di sini aku comment sbg seorang blogger. Pe barang jdi anonimes. Cam palat je.
Adios.
ape yg org dpt bile blog dan menaikkan diri sendiri eh? dapat kepuasan bangsat mcm tu je?
bagi aku sangat bodoh
blog can be an open diary, a news source or a platform to just bring out ur opinion.
tapi agak kasar untuk panggil blog-blog yang dimention cik piah tu sebagai riak dan layan diri sendiri.
maksud aku, blog ini hal peribadi. suka hati mereka mahu tulis apa yang mereka suka. kadangkala, menulis itu sendiri adalah satu cara melayan diri kita.
nama pun hobi, kan?
tanggapan orang mungkin berbeza. malah ATP sendiri pun boleh dianggap orang lain sebagai riak dan merendah-rendahkan golongan lain dengan pos berbentuk tafsiran itu ini.
biarpun begitu, tanggapan itu mungkin cukup kita simpan dalam diri sendiri. maksud aku, tidak perlu jadi piah dengan mengaibkan dan mentertawakan penulis-penulis blog itu.
jangan pula nanti ada tafsiran 'piah zadora' atau 'melayu minimalis'.
"komenlah dengan bijaksana"
Biarkan la diorang nak menaikkan diri sendiri pun. Kepuasan bagi mereka. Hehehe kenapa nak kena tak puas hati ye? Seriously I dont understand why kena hukum mereka yang tulis pasal daily life mereka apa semua, mereka tak kacau blog orang lain kot..
Hm, pikir secara positive, mungkin diorang tak pandai menulis macam korang-korang yang menghukum mereka ni.
Kesian.
Point to note : aku tak tulis blog.Tapi aku baca blog. Dan ini salah satu blog yang aku suka baca ;D
Saya suka membaca blog Piah Zadora kerana dia memberikan kod-kod tersembunyi untuk sampai kepada blog-blog yang diperkatakan di dalam postingnya. Ini seolah-olah menjadikan saya seperti watak di dalam filem Kod Da Vinci atau Perbendaharaan Negara di mana watak utamanya terpaksa memecahkan kod-kod rahsia untuk mencari jawapan yang dikehendaki.
Kalau gagal, boleh cari linknya di bahagian komen. Mesti ada pengkomen yang baik hati membantu memberikan link.
Whoa..ada orang blh jdi mind reader.. blh lak dpt tau pe yg penulis blog pk ek?
Blh tau ke org tu menulis sbb nk naikkn diri sndiri?
Wah2..
Relax bro.. Lu bkn Ahmad Kamal or John Hafiz.
tehehehe...aku pun macam takut lah kalau tiba tiba masuk dlm piah zadora. agak paranoid.
apa pun, MM memang humansiklopedia™.
hikhik.
☺
xtau lah nk ckp... actually i just followed u...
i use blogger for own pleasure semata2..
aku suka baca tulisan org...
(maybe kinda stalker juga)
tp aku memblog atas sebab suka2 dan tak minta dibaca pun selama ni...
bila ada org cmnih, klaka lah...
blogger dh jadik tmpat mengata dan diperkata...
ape tah aku merapu...tp ko lebih bagus dr mereka..
ok..
slalunye perempuan yg lebih menjurus menulis blog mcm ni..blog syok sendiri...blog bukan diary....
1. Blogger yang menulis tentang kehidupan seharian TIDAK semestinya berniat untuk membangga diri atau menunjuk. Kadang-kadang pembaca rasa sebegitu mungkin kerana perasaan inferioriti dalam diri sendiri?
2. Ada dalam kalangan blog yang diulas oleh Piah 'n' Geng Mengumpat, telah lama ditutup. Tentunya bila blog itu ditutup ia juga bermakna penulis blog itu sudah berganjak. Mungkin sudah berubah dari sifat-sifat mereka dahulu. Tahukah mereka kalau ulasan dan umpatan itu masih boleh dipakai?
3. Jika Piah dan Geng menokok-tambah perisa sendiri dalam komen mereka, bukankah itu sudah menjadi satu fitnah?
4. Kesasihan blog yang diulas tak dapat ditentukan. Pernahkah anda terfikir bahawa blog yang diulas itu mungkin bukan blog yang sebenar? Mungkin blog yang diulas itu telah ditulis oleh pihak ketiga untuk memalukan seseorang? Setelah blog itu berjaya ditutup, kini isinya dibongkar balik.
Blog Piah bukan blog yang membina secara konstruktif. Kalau ingin menegur seseorang bukan itu caranya. Blog Piah lebih kepada "self-righteousness" dan menyebarkan fitnah terhadap blogger-blogger lain.
Sama dengan orang yang mengkomen itu. Kalau mereka baik sangat, mengapa mereka bertandang sepanjang hari pada waktu pejabat sedangkan syarikat membayar gaji untuk BEKERJA.
Catat Ulasan