Ahad, Disember 14, 2008

Hari Yang Mendung. (Mungkin Juga Siri 'Soalan Cepu Emas' Yang Samar.)



Hari ini, kalau tidak hujan, hanya hari yang mendung sahaja. :(

Aku pernah obses dengan Nine Inch Nails dahulu, ketika zaman-zaman muzik industrial aku dahulu (Cerita Lain). Projek diketuai Trent Reznor ini memang terkenal dengan lirik melankolinya, yang menjurus kepada sifat-sifat benci diri, kemarahan, ego, seks dan eksplorasi pendirian yang biasanya negatif. Walaupun muziknya mungkin kurang relevan sekarang (berdasarkan populariti muzik industrial yang semakin merundum), tetapi pada masa dahulu lirik-liriknya memang amat bermakna bagi aku yang mungkin ketika itu tercari-cari arah tujuan hidup.

Tetapi salah satu lagu yang aku paling suka ialah lagu yang aku selitkan videonya di atas, iaitu 'Something I Can Never Have', yang sedikit sebanyak aku fahami sebagai lagu pasca-perhubungan antara seorang lelaki dan perempuan. Bukan lagu berbaur kebencian, tetapi pada aku lagu yang mungkin agak indah bagi seseorang yang melalui proses yang sama dengan lirik yang dinyanyikan.

Masalahnya bagi aku ialah, mungkin secara subconcious minda aku mempercayai lagu tersebut bulat-bulat, dan secara tidak sedar aku mungkin terlalu mengamati dan secara tidak langsung 'menghidupkan' mesej yang cuba disampaikan Trent Reznor. Atas sebab yang sama mungkin aku terlalu amati mesej lagu-lagu dari Depeche Mode, (yang juga melankoli dan sedih) sebab pada hakikatnya aku mula mendengar lagu-lagu mereka semenjak aku umur 7 tahun. (Sebab pengaruh abang aku.)

Kadangkala mungkin aku sukar untuk bezakan realiti dengan idea-idea yang 'ditanam' dalam minda aku, seperti contoh di atas.

Sebab realitinya lirik dan lagu besar kuasanya. Tanpa kamu sedari mungkin kamu amat terpengaruh dengan lirik dan lagu sehingga kamu tidak sedar apa yang kamu lakukan. Mungkin sampai sekarang kamu ingin bertanya sama itu hud-hud, atau pun mungkin kamu salahkan Britney apabila oops kamu lakukannya sekali lagi, atau mungkin kamu hanya ingin mencari warisan wanita terakhir (dan banyak contoh-contoh lain.)

Cuba kamu cari lirik lagu video di atas. Apa yang kamu boleh faham? Dan apa kesannya terhadap seseorang yang mungkin terlalu menghayati lagu tersebut (mungkin dalam kes ini, diri aku sendiri)? Bincangkan.

12 orang ada pendapat sendiri:

Junaidi Asmara

to quote Fred Dust
"nine inch nail can shut the fuck up"

but hey, aku masih simpan album derang.

thesleepless

Oh no, why? WHY??

alif

mm, perempuan mana yang kamu mahukan tapi tak dapat ni?

fatjoe

emm.. ala, tidak semestinya kita akan dapat apa yang kita nak. perempuan mahu pun lelaki, atas sebab2 yang tertentu. mungkin hari ini kamu tidak dapat, tapi hari esok? siapa tahu.
sapa la yang anda maksudkan tuh.

tora datang lagi

lagu tu macam describing someone yang tend to sabotage his relationships unintentionally cause of something he feels inside yang dia belum betul-betul faham. maybe dia terkejarkan something yang doesn't really exist, he's always seeking more, more happiness, nak rasa more complete and dia tak sedar what he's got dah cukup bagus. dia ada persepsi yang idealistik when it comes to love walaupun he's cynical abt other things.

so yeah, dia ada subtle self-destructive behavior. predictably he loses the girl in the end tapi he's too egoistical to do anything abt it. but the song isn't really just about the relationship. it's about this guy fighting with his inner self. in short, he has issues la.

Syarifah Hadli

Komen nombor 5 bernas dan padan dengan lagu.

xeem

i'm damned to just one thing,
i'm starting to scare myself.

is the same reason why he 'can never have' her.

and she is probably the only person that can 'make it all go away', together with this 'one thing' that he is 'damned to'.

or he may be talking about drugs, what do I know?

Tanpa Nama

dah break dgn raesa eh MM?rileks ye

Azzam??

NIN = cover Dead Souls yg mantap!!!
chill beb.. tak perlu melankolik sangat..

you know me !

adeh.aku penah buat assignment natural born killer. ini soundtrack filem tu.

something I can never have.
aihhh.

gloomy terus.

you know me !

eh.lupa lak.BINCANG.

aku rasa kamu dah pegi jauh.
sebab music tak da limit kan.munkin ilusi ni kita yang buat.dengar saja lagu kta boleh describe macam2.
apa2 pun itu msg yg NIN nak sampaikan kat kita la kot. lagu dia msg dia.kalau kita dpt hayati nin kira berjaya la delivered msg.
tapi tak payah la sampai nak guna pakai semua.

follow the flow.

Z

NIN's lyrics have always been,er,romantic. Except for that song where he wanted to fuck her like an animal.