Jumaat, Disember 19, 2008

Tafsiran 'Melayu Minimalis'

Setelah lama berfikir dan menilai, aku persembahkan pemenang peraduan menulis tafsiran Melayu Minimalis tempohari.

Jeng Jeng.

Pemenangnya ialah Encik Munky Si Hanjeng. (Jijiknya nama.) Nah gambar pingat Dalai Lama sebagai hadiahnya. Maaf aku tidak menyunting penulisannya, sebab aku tidak dibayar gaji pun. (Aku harap semua penulis blog akan sedar betapa pentingnya proses suntingan apabila menulis, ya?) Walaubagaimanapun aku rasa intipati penulisannya agak bertepatan dengan apa yang aku ingin sampaikan. Kalau ada salah ejaan jangan marah aku, marah Si Hanjeng. Terima kasih juga kepada semua yang telah menulis, kalau gagal cuba lagi tahun hadapan di mana hadiah utama akan dinaikkan kepada DUA gambar pingat Dalai Lama.

Tafsiran Melayu Minimalis

1. Melayu yang berminimal di dalam hidupnya mestilah hidup seminimal yang munkin. Low profile bak kata penjajah British. Tidak suka ke tempat-tempat yang ramai orang macam Sure Heboh, Konsert Mingguan Akedemi Fantasia,mahupon Pertandingan Bapok Tercantik sekalipon.. Tidak akan menonjol kalo tak bersebab.Tak menonjol bukan sebab tak layak tapi ada prinsip tersendiri dalam menilai diri sendiri.Ada standard yang perlu dijaga.Munkin sebab prinsip hidup yang tidak menjurus kepada benda-benda yang tak penting sebab takut prinsip sendiri akan patah balik kat diri sendiri.Akan berwaspada dalam apa jua tindakan sebab standard yang ditetapkan oleh diri sendiri.Aku tak peduli.Memang takkan peduli kalo benda tu tak penting tapi aku rasa,walaupon nampak macam tak peduli sangat,tapi peduli jugak sebenarnya..

2. Disebabkan kehidupan yang minimal,maka akan lebih cenderung menjadi pemerhati bebas.Pemerhatian terhadap masyarakat sekeliling membuatkan melayu minimalis lebih suka menganalisa orang-orang di sekeliling.Lebih suka menilai dari cuba lebih memahami konsep sebenar.Jugdemental bak kata orang kampungnya.Apa yang ada di hadapan matanya tak semestinya betul dan tak semestinya salah.Akan dinilai dengan teliti sebelum seorang melayu minimalis itu membuat kesimpulan.Munkin akan duduk di satu sudut kedai makan,mahupon di satu sudut tandas awam sambil memerhatikan masyarakat lain.Berseorangan adalah satu kemestian.Kalau ramai-ramai,macam mana nak berfikir.Hilang konsentrasi.Pendapat dan tafsiran tidak semestinya di ceritakan kepada mak cik Joyah sebelah rumah.Medium yang boleh disalurkan secara peribadi tanpa mendedahkan identiti sebenar.Contoh terbesar sekarang,blog la hapa lagi..Akan mencari jalan supaya orang dapat baca dan tahu apa yang terbuku dalam otak dan hati..Lirik-lirik lagu juga.Munkin..

3. Gaya hidup yang sederhana happening.Tidak melibatkan aktiviti excessive clubbing(ada tapi pada kadar yang minimal),Sure Heboh,Perkampungan Islam Hadhari,mahupon Hari Bertemu Pelanggan MBSA sekalipon..gig-gig,parti rakan-rakan,jamuan hari-raya rakan-rakan mahupon pejabat,munkin menjadi pilihan melayu minimalis untuk berkunjung.Akan bergaul dengan high-society tapi tak semestinya mengikuti cara hidup mereka.Cukuplah sekadar berpada-pada tapi terselit kelasnya yang tersendiri.

4. Mempunyai citarasa yang tinggi dalam semua aspek.Muzik,fashion,art,books,seluar dalam,bra,mahupon chikaro sekalipon.Standard yang tinggi ditetapkan dalam menilai dan memilih apa yang diperlukan.Kalo standard tak tinggi,nanti sama pulak dengan mat-mat rempit mahupon mat kool mat kool kawan ku sekalipon.Citarasa muzik sudah semestinya lagu-lagu yang orang tak banyak dengar.By the way, No Cars Go by The Arcade Fire is nice..Okay sambung.Lagu-lagu yang diminati munkin hasil dari rantaian rakan-rakan yang juga minimalis.Bila dah ramai orang kenal band mahupon lagu-lagu yang didengari mereka,besar kemunkinan band itu tidak akan diminati lagi oleh melayu-melayu minimalis ini.Fashion apatah lagi..sudah semestinya akan cuba menjadi trend-setter.Berani dalam mencuba sesuatu yang baru dan berharap ianya akan menjadi ikutan anak-anak muda supaya nnt dalam hati mesti melayu minimalis akan berkata..”Aku pakai dulu daripada kau laaa wahai kanak-kanak belum akil baligh sekalian”..

5. Akan menjadi seorang yang mementingkan kesempurnaan dalam semua perlakuan dan percakapan.Akan menjadi seorang yang begitu teliti dalam berkata-kata dan meluahkan pendapat.Dalam kes neh,begitu teliti dalam menulis blog la…Akan membuat research sebelum memberikan pendapat sendiri samada apa yang dikatakan betul ataupon tidak.Tapi tak semua yang diluahkan hasil daripada kajian-kajian teliti menggunakan wikipedia,munkin juga dari ilmu pengehtahuan sendiri yang banyak.Munkin hobi di masa lapang adalah free-reading buku-buku di MPH Mid Valley..Akan cuba menampakkan kesederhanaan tetapi at the same time,akan cuba menyelitkan kelebihan diri sendiri.Low-profile tetapi ingin tampak menyerlah..Minimal,tetapi mahu menjadi idola…ada la jugak ciri kepimpinan tu bak kata orang-orang tuanya..
Macam mana? Setuju? Untuk tafsiran lain jenguk-jenguk juga laman ini. (Walaupun banyak kesalahan ejaan 'minimalis'.)

15 orang ada pendapat sendiri:

dena_r

LOL.

o

ooo... ini ke maksud minimalis... maksud nye aku pun minimalis la jugak rupe nye...

Tanpa Nama

haha...interesting..mungkin slama ini yg sya tgh cari..yaaa..mungkin diri sy seorang yg minimalis juga..

a bunch of pretty girls

tafsiran di atas punya unsur-unsur bodek dan tidak tepat.

minimalis adalah trend yang digunapakai golongan elit untuk berpura-pura sederhana. semuanya hipokrit belaka.

dalam konteks sekarang, minimalis ini trend yg ketinggalan sebenarnya.

less is bore.

maksimalis!

fatin fatan

backspace banyak banyak kali.

kekalkan prinsip hidup!

AkuKopiKauSiapa?

jika itu tafsirannya. anggapan aku ialah kebanyakannya berpura-pura menjadi seorang minimalis. kerana ramai yang begitu. walupun dalam hati sebenarnya mereka ingin menonjol.

jika anggapan minimalis itu kool. itu bukan minimalis lah.

a bunch of pretty girls

berpura-pura menjadi minimalis itu sesuatu yang kelakar, minimalis itu sendiri satu kepuraan.

jadi mereka yg berpura-pura minimalis adalah mereka yang berpura-pura untuk berpura-pura ;-)

minimalisme ini adalah salah satu cabang modenisme (jangan keliru dengan pasca-modenisme); cabang modenisme yang digunapakai golongan elit.

di sini saya menulis mengenai istilah 'minimalis' bukan pasal MM ya.

Munky itu Hanjeng

terima kasih di atas pingat yang begitu comel sekali..akan ku letakkan di dalam almari koleksi pingat2 sekolah rendah aku..

ps-nama saja jijik..tapi hati budi baik..hehehehe..

minimalis..moderate..dats it..

Melayu Minimalis

@a bunch of pretty girls
maybe that's true.
then again semua art movement pun pada mulanya mungkin berasaskan kepura-puraaan. Dari sifat pura-pura itu mungkin akhirnya akan timbul niat yang sejati. Mungkin la.

Melayu Jawa

Bagi sesetengah pihak mungkin tafsiran ini memberi kesan yang mendalam pada diri mereka...persoalannya..kenapa mesti diwujudkan melayu yang minimalis, maksimalis dan bermacam LIS lagi lah..kenapa dengan menjadi melayu sahaja...melayu yang melayu..hehe

Tanpa Nama

tak payah jadi melayu pun tak apa kot

Stupid_O

thanks for introducing the awesomeness that is arcade fire :-)

Tanpa Nama

kesian society macam ni...

Tanpa Nama

merepek.hidup sudah..

Tanpa Nama

Jangan di pertahankan ke pura pura-an hahaha
Jangan jadi orang hilang identiti lor