Encik Minimalis?
Tempohari, pada hari yang sama, aku telah mengaku kepada dua rakan aku yang akulah Melayu Minimalis. Selama ini aku tidak pernah mengaku, walaupun mereka tahu, tapi aku akan menafikan sekeras-kerasnya. Tapi pada hari itu, aku telah mengalah dan mengaku.
Tindakan yang mungkin memakan mangsa.
Akibatnya aku semakin paranoia, seakan-akan aku hilang 'suara' aku, hilang tabir anonymity di mana aku boleh bersembunyi di dunia Internet yang luas ini. Semakin hari, semakin ramai yang bertanyakan aku tentang blog ini. Sampai terjerit-jerit, terpekik-pekik dan terlolong.
Aku rasa seperti hilang kredibiliti, kredibiliti yang tidak boleh dirampas semula sekalipun dengan iklan tv ala-muhibbah berslogankan 'Kredibiliti Kami Tiada Tandingan'.
Jadi, aku ada satu permintaan. Kepada mereka yang kenali aku, jangan bertanyakan tentang blog ini. Aku tahu kamu tahu dan kamu pun tahu aku tahu. Kepada mereka yang sudah tahu, anggaplah ia sebagai 'rahsia terbuka', satu rahsia yang kamu perlu juga simpan.
Seperti aku katakan dahulu, bukannya sebab aku takut untuk bersuara ataupun apa, cuma aku perlukan pembaca target aku bebas dari segala pre-conceived notions tentang aku. Kamu tidak perlu tahu pasal aku buat masa ini, selain dari apa yang aku tulis di sini.
Aku perlukan suara seakan Stephen Hawking (bukan secara literal ya, tapi mungkin suara pemvokal sintetiknya mungkin agak 'cool') yang boleh menjelaskan tentang teori fizik kuantum dan black holes kepada orang awam, tanpa membuatkan mereka bingung dan resah. Aku tak perlu bingungkan pembaca aku dengan retorik falsafah dan existensialism serta sains atau matematik atau agama atau politik. Aku tak perlu tampak 'cool' atau berpengetahuan. Semua itu tidak penting pun.
Aku inginkan blog yang mudah dan senang. Aku perlukan kamu yang membacanya supaya memahaminya dengan senang, supaya kamu boleh mengingatinya, dan mana tahu, kamu mungkin teringat tentangnya tatkala kamu beratur di Carrefour ingin membayar duit lampin dan susu bayi kamu. Dan ini mungkin membuat kamu ketawa, dan lebih baik lagi, berfikir. Dan dari buah fikiran yang kecil inilah akan melarat kepada buah fikiran yang lebih besar, yang kamu perlu bincangkan dengan konco-konco serta adik-adik angkat kamu, dan mungkin, mungkin juga, kamu segerombolan akan berikhtiar melakukan sesuatu yang bermakna, yang mungkin tercetus dari benda mudah yang aku tulis di dalam blog aku.
Itu memang impian aku sebenarnya.
Tapi aku seakan hilang suara. Hilang buah fikiran, hilang idea. Jari-jemari aku masih menggatal untuk menaip, cuma aku rasa seperti aku tiada benda berfaedah yang aku boleh kongsikan bersama. Mungkin aku gatal untuk menulis perihal kehidupan peribadi aku, tapi itu tidak perlu, dan tidak mungkin.
Aku rasa kena ada orang di luar sana yang harus mula menjengkelkan aku dan membuatkan aku menyampah, baru aku boleh mula menulis dengan normal kembali.
Macam peminat bola fanatik.
Macam akak kerja kedai tomyam tapi perangai macam tidak hendak bekerja di kedai tomyam.
Macam bekas majikan yang songlap duit pelabur beratus-ratus ribu untuk beli harta sendiri.
Macam orang yang tak reti nak beratur di stesen Monorel/LRT.
Macam orang yang suka meludah di tempat makan.
Macam perampas bini orang.
Macam wartawan Harian Metro yang tulis ikut suka hati.
Macam si Michelle rancangan 'Melodi' yang suka tanya soalan untuk mendapatkan reaksi marah daripada siapa yang ditemuramahnya.
Macam 'bomoh-bomoh' yang menggunakan kejahilan orang yang mudah percaya untuk mendapat upah beribu-ribu ringgit untuk 'memagar' rumah.
Ish. (Tekanan darah naik sedikit.)
Selamat Hari Raya Korban semua. Apa yang kamu telah korbankan?
10 orang ada pendapat sendiri:
aku telah berjaye mengorbankan keinginan untuk memiliki kereta..huhuhuhuhu~isk~
Aku terkorbankan sekotak rokok yang tertinggal atas meja makan kat kedai mamak tadi.
aku pun nak share pemerhatian aku.
blog bebudak sekolah cerita pasal politik.(kalau duduk dalam umah ngadap pc,mengarang pasal MALAYSIA...ur dreaming la kawan).kalau perjuangan tu tak clear.jangan berjuang.
cakap english pastu guna word nincompoop instead of stupid.kan communication tu untuk kasi msg dr A kepada B?.....guna la ayat mudah kalau nak bercakap
pemandu yang memandu lebih dari 250 kat hiway pepagi buta.....adrenalin sampai gigil keseronokan
minah klabing yang kata hidupnya la paling class/meaningful dalam dunia.class abis!.fag0t!
peniaga yang lupa tujuan berniaga.kalau customer complaint kat tokey kedai would tokey kedai maki balik?luper ka?bukak kedai sebab nak menjual la bongok...u are suppose to deliver service
hei panas betol.
'Erm', ko patut tulis blog juga.
Kerana orang sekarang yang sedang 'berjuang' pun kadangkala jelas 'propaganda busuk' mereka.
kelompok yang ko sebut tu sudah jelas encik siber,abaikan mereka..mari kita vote "propaganda wangi"
haahaha...
aku ank vote..
dua2 la.
LOL
Masing-masing dengan caranya. Apa subjek dekat dengannya, kemudian beliau mahu menulisnya, mewakili pilihan bebas si penulis sendiri. Selesai peringkat ini, peringkat seterusnya akan mengambil tempat iaitu: bagaimana keadaan hubungan dirinya dengan pembaca. Adakah beliau masih bebas? Atau beliau asyik saban waktu memikirkan apa di kepala pembaca setelah membaca tulisannya? Atau beliau asyik berdengung memikirkan apa persepsi pembaca nanti terhadap keperibadiannya bila dikaitkan dengan apa ditulisnya?
Jika kedua-dua itu tidak, ini memberi petunjuk dalam diri si penulis tadi tidak wujud rasa terganggu dengan pandangan para pembaca. Beliau, setelah orang mengenalinya, juga tidak terganggu dengan sebarang persepsi yang akan timbul kelak. Jadi dirinya terus bebas. Dan untuk sebaliknya, sebaliknya. Masing-masing tahu.
** jika respon ini menyemak ruang atau ada yang merasa loya, minta dipadamkan saja.
sama ada kamu telah dikenali atau pun tidak, aku masih terbayang beers..
=.=
"Aku tak perlu tampak 'cool' atau berpengetahuan. Semua itu tidak penting pun."
Aku sokong bab itu.
(walaupun aku bukan seorang yang sangat banyak input)
Korban? Erk..sehari selepas raya korban, adalah birthday aku.
Dah 28tahun aku Korban kan banyak masa yang sia sia..
Aku perlukan 2tahun lagi (untuk genap 30thn) untuk fikirkan 'Korban' dengan lebih detail.
perayau-
aku suka idea kamu! :)
Catat Ulasan