Rabu, Disember 19, 2007

Sila Letak Tajuk Ke-Melayuan Di Sini.

Aku dilahirkan Melayu, dan aku tidak pernah mengaku yang aku ini bukan Melayu. Jadi, sebagai seorang yang dilahirkan Melayu, sudah pasti dari kecil lagi aku dibela secara Melayu, dibesarkan secara Melayu, diajar secara Melayu, dicebok secara Melayu dan macam-macam lagi.

Semuanya cara Melayu.

Jadi, untuk seketika, mungkin sehingga aku berumur 9 atau 10 tahun, benda-benda yang aku tahu hanyalah benda-benda Melayu. (Sudah tentu aku tahu Boba Fett dan Captain Apollo itu Mat Salleh, semestinya) Itu sahaja yang aku kenal. Makanan Melayu, Baju Melayu, Awek Melayu, Tipu Melayu, Tahi Melayu.

Tidak seperti generasi sekarang, rangsangan dan pengaruh luar untuk aku tidak datang dengan mudah. Zaman aku membesar adalah zaman VHS dan zaman SBC 5 (orang Johor mesti tahu...). Zaman The Fonz beraksi segak dalam 'Happy Days'. Zaman yang agak sukar untuk mendapat inspirasi untuk hidup dengan cara yang berlainan dari cara yang aku kenal dari masa aku kecil. Lagipun pada waktu itu, kamu mudah tersisih jika cara kamu dilihat berbeza sikit dari norma. Berbanding dengan zaman sekarang-lah, walaupun, kalau dilihat dari komen-komen blog aku, mentaliti ini masih dan akan terus wujud.

Tapi, bila aku mula mendapat rangsangan luar, tentang budaya luar, makanan luar, perempuan luar dan macam-macam benda lain yang luar, aku sering tertanya—"Apa yang menyebabkan satu bangsa di luar sana dengan bangsa aku sendiri itu berbeza?".

Jawapannya memang banyak, dan semenjak dari itu aku sedar tentang cara hidup aku, sedar tentang kehidupan di sekeliling aku dan tentang diri aku sendiri.

Pada pendapat aku, 'kebaratan' dan 'ketimuran' sudah kurang relevan buat zaman ini. Apa yang penting adalah persefahaman antara perbezaan (dan akhirnya pertembungan) budaya yang berbeza.

Dan selagi tiada persefahaman dalam pertembungan ini, selagi itulah orang Melayu akan ingat orang Cina tak mandi pagi, orang Cina akan ingat orang Melayu pemalas, orang India akan ingat orang Cina asyik kejar duit, orang Melayu akan ingat orang India hanya kerja estet, orang Amerika hanya ingat orang Arab semuanya pengganas, orang German hanya suka membunuh orang Yahudi yang hanya pentingkan wang, orang Afrika semuanya penipu dan jual black money, Minah Salleh semuanya tak pakai coli...

You get the idea.

Malah, teori pertembungan tamadun timur dan barat dikatakan akan mencetuskan 'perang' yang terbesar untuk abad ini. Pertembungan idea, budaya dan kuasa kewangan negara-negara barat dengan negara-negara timur yang akhirnya akan mewujudkan kuasa dunia yang baru, itu pun kalau kamu berminat dengan teori tamadun kebudayaan dan benda-benda merepek seperti itu semua. (Aku tak berminat.)

Lupakan itu semua. Lupakan konsep secara global dan kita perhatikan secara makro. Terperinci. Kita lihat diri kita sendiri.

Kita lihat pertembungan budaya yang wujud dalam minda kita sendiri, dan kita lihat cara kita menerima, mentafsir, memahami dan menanganinya.

Kita lupakan Malay Dilemma kita dan kita fikir jauh sedikit dan letakkan diri kita di pentas dunia. Kita lupakan anggapan-anggapan kita yang disogokkan pada kita semenjak kecil. Aku tak faham kenapa tetapi semenjak kecil aku sering disogokkan dengan idea bahawa 'mereka' itu semua lain. Idea-idea seperti berikut—

Contoh superiority complex: "Diaorang (Letak Nama Kaum/Bangsa Lain Di Sini), diaorang boleh-lah buat macam tu..."

Contoh inferiority complex: "Weh kau nak buat camtu nak jadi macam (Letak Nama Kaum/Bangsa Lain Di Sini) ke?

Aku rasa bukan aku sahaja yang membesar dengan idea-idea sebegini. Aku pasti hampir 99% dari kamu semua (yang 1% sekarang sudah bebas dan aku tabik kamu) tidak pernah lalui satu hari di mana kamu tidak dilemparkan dengan idea sebegini, sama ada kamu sedar atau tidak.

Idea-idea yang mencadangkan bahawa 'kita' tidak boleh buat begitu, sebab 'kita' bukan mereka, ataupun idea bahawa 'kita' lebih bagus dari mereka jadi 'kita' tak perlu buat seperti 'mereka'.
Tak kisah-lah, digunakan dalam konteks bagaimana pun, semuanya boleh dimuatkan dalam konteks tersebut.

Tapi kenapa?

Kenapa kita perlu berfikir begitu sehinggakan kita perlu diberi kepentingan khas untuk 'bertanding' dalam dunia sebenar (secara akademik, kewangan dan politik) ini supaya kita tidak ketinggalan? Kita tidak cukup keyakinan diri untuk bertanding secara adil ke? Dan kenapa walaupun kita diberikan kepentingan dalam negara kita sendiri, kita masih tidak dapat bertanding sehebat mereka dan masih ketinggalan? (Maaf, aku hanya menulis dalam metaphor, harap-harap kamu semua tidak sebodoh yang aku sangkakan.)

Dan adakah segala 'keselesaan' yang diberikan dan disuapkan kepada kita akhirnya akan memakan diri kita sendiri? Termasuklah aku, aku membesar seumur hidup aku dengan 'kepentingan' berdasarkan bangsa aku. Dan juga aku mengaku, aku adalah hasil 'sistem' ini, sistem yang konon-kononnya mementingkan kemajuan kita, tetapi adakah aku dan mentaliti aku akan dianggap sebagai 'kejayaan' kepada mereka yang mereka dan menggubal sistem ini?

Adakah aku jenis orang yang mereka ingin janakan dan hasilkan dari sistem kesayangan mereka? Adakah aku super-soldier idaman dari kilang mentaliti mereka?

Ataupun adakah mereka perlukan lebih banyak 'lembu' di luar sana untuk menjaga dan melancarkan sistem-sistem mereka? Lembu-lembu yang lebih mudah digembala tanpa bantahan, tanpa risiko dan tanpa kebimbingan. Juga tanpa idea, tanpa kreativiti, tanpa keberanian.

Secara jujur, pada aku mereka yang disisihkan dari sistem ini-lah yang akan mempunyai lebih semangat juang dan keinginan untuk berjaya, dan akhirnya mereka-lah yang akan berjaya, semata-mata mereka dipinggirkan dari sistem yang memberikan kepentingan kepada golongan yang hanya dimanjakan, dimalaskan, disempitkan akalnya serta diselesakan punggungnya oleh sistem yang kononnya untuk kepentingan mereka sendiri.

"Fikir-fikirkan lah sendiri", kata Farid Ismeth Emir.

32 orang ada pendapat sendiri:

Tanpa Nama

Nukilan yang baik.

Tanpa Nama

jangan kata metaphora, metamorphosis pun orang kita tak bape sangat nak amik tau. Yang pasti mendengar muzik METALICA adalah MURTAD.

ah.. ada² saja..
Kang kalu cakap tak berlapik orang kata terlalu kurang ajar, nanti MURTAD MELAYU plak..

ish! kau buat aku berfikir di saat aku tengah kusut!

Tanpa Nama

this is deep, man.
penat sekejap aku baca.
hmm...

aku masih suka entri perempuan ampang dan lelakinya

the artist and i

hehehe..

Seorang cikgu (yang sembahyangnya tak pernah tinggal kecuali period) merengus kat aku

"Ada ker patut Cikgu A ajak buka puasa kat Planet Hollywood? Tempat haram tu.. Dengan kelilingnya tempat-tempat pub haram.."

Aku tenung cikgu tu.. Aku tak salahkan dia sebab ayat dia macam tu..(melihat kepada gaya hidup dia) Cuma aku sedih dan malas nak respon dengan rugutan dia.
Aku tenung dia. "Kalau cikgu takmau p.. cakap la kat cikgu 'A' tamau p.. "

Pada aku, tak perlu cerita panjang! Dia takan faham!
Oh ya, aku pun tak pergi sebab aku kurang berminat bersosial bersama cikgu-cikgu, suami/isteri kepada cikgu-cikgu dan seangkatannya! Heee..

Salah satu yang aku boring dikalangan cikgu-cikgu melayu ni.. suka sangat mengutuk bertubi-tubi kalau seorang cikgu tu dapat anugerah cemerlang.. mula la ayat.. "dia kaki bodek takpe laa.."

perlu ka selamanya macam ni?

Tanpa Nama

hurm..aku banyak mempromosikan blog kau semenjak aku kenali blog kau..banyak aku simpan dalam cakera keras dalaman hasil tulisan kau bukan untuk mengeksploitasi tetapi sebagai modul pembelajaran kepada rakan rakan yang mungkin terjebak menjadi lembu..akibat daripada penternak penternak yang ingin menyempitkan minda dan mentaliti ternakan mereka...agar mereka ini tidak memberontak menuntut hak mereka walaupun kita tahu yang negara ini negara demokrasi..tetapi atas usaha keras penternak ini tadi yang masih mahu memerintah tampuk pemerintahan..hasil ternakan yang mendengar kata ini...menyebabkan istilah demokrasi itu tadi berubah menjadi DIAMAWKERUSIbukan sejenis cara sahaja mereka gunakan untuk mengaburi mata ternakan mereka..banyak cara dari segi mengenal jati diri bangsa hinggalah zaman kini..bayangkan bagaimana tampuk pemerintahan akan di ambil alih oleh anak bangsa yang lahir pada tahun 70an dan 80an..mereka ini yang tak tahu langsung kesusahan yang mengenal jati diri dengan hanya tahu United Malays National Organisation yang mendapatkan kebebasan tanah air(cerita lain)..terlanjur pula..berkenaan dengan keselesaan dalam sistem inilah yang aku maksudkan diatas tadi..sengaja disuap..sengaja diberi..pada pandangan aku semestinya..jika ada pandangan lain sila utarakan...aku tidaklah sesempurna mana..ini hanya kata kata yang lahir dari akal yang tuhan kurniakan kepada aku..Rambut Sama Hitam,Hati Lain lain maaf juga jika apa yang aku katakan di atas tiada kena mengena langsung dengan apa yang encik minimalis ingin sampaikan..:) (komen pertama daripada aku si penghantar e mail jam 4:20 pagi, sila beri tunjuk ajar jika berlaku kesilapan)

the artist and i

karya MM dijadikan kajian. Syabas!

47

Well said and well thought! Once again, I gotta agree with you Melayu Minimalis!

I enjoy reading this entry very much.

Banyak kebenaran di dalamnya, lemak berkrim dan penuh dengan pelbagai hal hal yang enak!

Tanpa Nama

aku juga sudah mula tahu apa yang ingin dilabel pada lembu lembu ini..terima kaseh kepada encik minimalis sekali lagi kerana memberi label terbaik kepada golongan ini..

Siberkop

Ini adalah nukilan terbaik yang pernah aku baca daripada blog kau ini. Memang mengujakan dan membuatkan aku basah sayup-kuyup meredah hujan dalam tangisan yang tidak terpujukan.

Satu ciri terbaik dalam nukilan ini adalah kau tidak 'tuding' secara jelas kepada sesiapa. Selain mmg kali ini unsurnya benar2 membina.

Wah, hujan belum berhenti!

Tanpa Nama

Another smashing entry!


Walaupun panjang, aku tak baca dua tiga kali untuk fahaminya betul2. Aku rasa apa yg kau bangkitkan ni adalah perkara yg perlu dibangkitkan oleh org2 yg kononnya mengaku 'org politik' tu, tak kira la samada kerajaan ke pembangkang


Sekarang ni baik government ke pembangkang ke, balik2 main dgn isu sama. Contoh terbaik, reformasi Anwar ibrahim 1998. Sebab apa skang ni dah reda? (ada la Bersih ngn Hindraf, tp bukan besar mana pn kalau takat dkt KL je yg bising nak berarak sana sini)


Ianya reda sebab isu 'lembu' yang kau point out dulu. Alih2 keluar sama je.

P/S: Sori MM, aku tau kau tk suka sgt politik

Tanpa Nama

mase aku kecik2 kalau balik rumah nenek aku kat taman perling mesti rase teruja bile tgk channel tv yg bnyk.. kagum sbb org jb dpt tgk channel malaysia, singapore & indon.. anywy, pemerhatian kau mmg tajam.. syabas! totally agree with you=]

Tanpa Nama

aku suka orang yang terdesak...its a do or die for them...kalau betol gaya...mereka akan berjaya....melayu terdesak? bukan aku...aku ni manja(semua dapat)

Tanpa Nama

Lembu-lembu tanpa agama sememangnya begitu. Sesuatu benda hidup yang mempunyai agama semestinya sesuatu yang mempunyai akal, dan agama yang sebenar (bukan ciptaan manusia) sahaja yang boleh membawa manusia mencapai kejayaan yang hakiki, yang mana kejayaan mutlak ini boleh dicapai tanpa memusnahkan akhlak seorang manusia, tanpa melampaui batas-batas fitrah seorang manusia yang berakal, tanpa menjatuhkan manusia kembali ke lembah kehinaan, yang mana mereka membanggakan diri mereka dengan kebebasan pemikiran mereka yang berpandukan hawa nafsu semata-mata, sedangkan pemikiran mereka tiada beza dengan lembu-lembu yang juga mengikut hawa nafsu semata-mata. Setinggi mana pun kita mendongak ke langit, selagi itu kaki kita masih berpijak di atas muka bumi, yang mana dari situ kita dicipta, dan ke situlah kita kembali.

Farhan

Tij cakap "
1.Lembu-lembu tanpa agama sememangnya begitu.--->>(walaupon seseorang itu tak patuh pada suruhanNYa, dia tetap beragama islam kan?)
2.Sesuatu benda hidup yang mempunyai agama semestinya sesuatu yang mempunyai akal, dan agama yang sebenar (bukan ciptaan manusia)--->>>(hmm,org berkerjaya dan hasil kerja terbilang menunjkkan mereka ada otak terbilang dan boleh pakai.org tak patuh pada agama tapi masih juga berakal terbilang woooo.)

3.boleh membawa manusia mencapai kejayaan yang hakiki, yang mana kejayaan mutlak ini boleh dicapai tanpa memusnahkan akhlak seorang manusia--->>>(akhlak? hmm...akhlak yg baik itu sperti berbuat baik pada ibu bapa etc. dan tak minum arak?pompuan-bikini-pool-apartment-mahal,club-konon-konon-xclusive)

4.tanpa melampaui batas-batas fitrah seorang manusia yang berakal, tanpa menjatuhkan manusia kembali ke lembah kehinaan, yang mana mereka membanggakan diri mereka dengan kebebasan pemikiran mereka yang berpandukan hawa nafsu semata-mata (hawa nafsu seperti minum arak? pompuan-bikini-pool-apartment-mahal dan club-konon2-xclusive?)

perkara biasa aku lihat.org melayu modern(tak kisah ar chinese ke indian, tapi nak ckp melayu gak),kebanyakannya rasa melayu yg patuh pada agama ini seperti kolot dan tak maju.tak boleh pakai sassy dan ber t-shirt besar, dan berseluar track(sebab seluar track longgar). mmg sesungguhnya org melayu modern sperti ini, mmg dasarnye MAJU. maju dari segi duniawi.tgk ar, dia mempunyai otak yg sgt kreative lagi minimalist.


MelayuMinimalis ckp "Pada pendapat aku, 'kebaratan' dan 'ketimuran' sudah kurang relevan buat zaman ini. Apa yang penting adalah persefahaman antara perbezaan (dan akhirnya pertembungan) budaya yang berbeza."--->>> adat mmg kurang,bukan kurang tapi langsung tak releven. tapi agama lebih relevan.

MelayuMinimalis cakap "Malah, teori pertembungan tamadun timur dan barat dikatakan akan mencetuskan 'perang' yang terbesar untuk abad ini. Pertembungan idea, budaya dan kuasa kewangan negara-negara barat dengan negara-negara timur"--->>>(lumrah manusia berasa selesa berada dalam kelompoknya yang "berjiwa sama". kita akan jarang nampak "persefahaman sebenar dan jujur lagi telus antara org yg tidak "berjiwa sama".almaklum ar, barat, synonim dgn atheism dan christianism, timur synonym dgn islam. mesti takkan masuk punya, melainkan "berjiwa sama")

got my idea???

Farhan
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Farhan

walaupon pada fizikalnya aku tak moden barat, tpi aku tak anggap dgr metallica adalah murtad. tp berbuka puasa di planet hollywood adalah halal sehalal yg mungkin selagi tak memesan benda tak halal ar.tapi nak berbuka di zouk, oh mmg tak sesuai ar macha~.mungkin cikgu tu anggap planet hollywood sama mengganas macam zouk.(ini kerana cikgu tu tak dapat idea sebenar tentang tempat macam ni.almaklum, cikgu tu mungkin tak suka perkara barat yg jauh byk cons dari pros?jadi beliau tanak amik 'port' langsung.itu masalah dia lack of general knowledge.peringatan! itu bukan masalah melayu, masalah semua org yg pemalas untuk ambik tau.)

kesimpulannya , melayu yg korang nampak kolot,mungkin mentality mereka hanya tak terbuka pada perkara barat.tp perkara lain jauh lebih terbuka dari korang.dan mungkin melayu yg nampak kolot terikat dengan agama?

lain2 isi pasal politic yg kau tulis, hmm, ko cuma nak buktikan ko bukan "typical pak kaduk melayu".hanya kerana ko bertembung budaya barat + timur secara aman.hasilnya, arak + pompuan-bikni-pool-apartment-mahal + club-konon2-xclusive.

Siberkop

Farhah! Ko cool!

Wah, aku dah longlai-langlai mengikut arah angin ni! Woohoo!

Tanpa Nama

Mereka yang puas sebagai seorang yang fasiq, yang berbangga dengan melakukan dosa-dosa besar,pada hakikatnya di mana mereka meletakkan akidah dan iman mereka ketika itu? Adakah dikala mereka separa sedar (malah mungkin tidak sedar langsung bagi mereka yang kurang toleransi terhadap arak), tahu apa yang mereka buat, katakan atau niat di dalam hati-hati mereka? Adakah pasti mereka masih beriman ketika itu? Syarat untuk seseorang beragama adalah berakal, bukan sebaliknya. Pernah lihat orang gila beragama? Tetapi ramai sekali orang-orang bijak pandai yang lupa pada Pencipta mereka lantaran terlalu angkuh dengan akal yang dipinjamkan Pencipta mereka. Kerana terlalu khusyuk dengan apa yang sementara di dunia ni, benda yang haram dan tidak haram gagal dibezakan. Malahan kedua-dua perkara yang menjadi dosa besar dalam agama Islam, ingkar kepada kedua ibu bapa, minum arak gagal dikenalpasti oleh orang-orang yang katanya tinggi melangit ilmunya. Tidak salah memiliki apartment mewah, malah Islam tidak pernah menghalang umatnya mengejar kemewahan dunia. Yang menjadi kulat-kulat yang jelik dalam umat agama ini ialah penganut-penganutnya yang memisahkan agama dari kehidupan mereka, sedangkan agama itu sendiri sudah lengkap menjadi cara hidup, cuma golongan ini yang tidak pandai menggunakan akal yang diberi Tuhan kepada mereka untuk mentelaah ayat-ayatNya, maka layaklah mereka digelar lembu-lembu yang hanya mengikut hawa nafsu semata-mata. Adakah apa yang kita dapat contohi daripada orang barat itu yang perlu kita banggakan? Kita sudah memiliki bangsa kita sendiri, tradisi sendiri yang mengikut norma-norma agama sebenar. Tidak dinafikan terdapat adat-adat melayu yang pelik malah bertentangan dengan agama, maka buanglah adat-adat ini atau ubah menjadi sesuatu yang lebih produktif tetapi masih dalam batas agama. Cuba bayangkan anda dilahirkan tanpa bangsa, mampukah anda bertahan hidup dari kecil sehingga umur anda sekarang? Bacalah ayat-ayat yang diturunkan Pencipta terhadap manusia, dan anda akan terkejut dengan apa yang ada didalamnya. Tenaga nuklear pun disebut dalamnya. Maka renungilah kehidupan yang nampak lama tapi tak lah lama sebenarnya, yang menjadi jambatan antara hidup ini dan yang akan datang. Adakah hayat anda akan habis macam tu sahaja seperti mana badan anda akan reput atau menjadi cadaver yang akan saya guna untuk research atau anda percaya akan kehidupan selepas ini? Fikirkanlah dan buat keputusan.

Farhan
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama

people,setiap org ada flaws.

kenapa perlu difikirkan perbezaan. god doesn't make this earth for a particular group of people. it's for those who work for it, then deserve it. malangnya orang melayu kebanyakannya tidak begitu. perjuangan ratusan thn dulu, sudah tidak relevan skrg, dude. (pada aku). jgn hanya tau mengungkit.

tanah, kalau x diusahakan 3 thn, pemiliknya boleh kehilangan hak, bukan? kita? yang bersenang lenang berpuluh tahun masih lagi dikatakan ber"hak". btw, what do u understand by "rights"?

aku percaya, life is governed by fate. when u are able to accept fate. u r able to accept ur own god.i did many wrongdoings, but to judge people --- hmm. senang cite, mak i suruh i jadi baik je, tak pernah suruh i jaga tepi kain org".

Farhan

dude bernama z or maybe dudette?

baca entry MM yg ini, kau sense dia hanya bercakap pasal malay rights semata-mata ke?
actually, dia sebenarnye nak ckp, org melayu jgn jadi kolot, kerana kalau kolot, nanti ketinggalan zaman. tak setanding "org puteh" dari segi soshial khususnya ofcoz.
yap, ape kau cakap tentang tanah tu mmg betol.
tapi...
apa kau cakap pasal ni
"u r able to accept ur own god.i did many wrongdoings, but to judge people --- hmm. senang cite, mak i suruh i jadi baik je, tak pernah suruh i jaga tepi kain org".
kalau ada melayu macam ni la parah.someone did wrong, and is it wrong for me to speak my mind bout it? kau adalah contoh hasil metality org melayu(dolu2,atau maybe skrg masih wujud lagi) yang nak tegur kene berlapik, tak direct dan halus budi bahasa kalau boleh karang patun 16 kerat.dan juga berzapin disertakan joget lambak. supaya si dikritik tidak terasa hati.

aku kritik tuan punya blog, bukan sebab aku hate him or whatver, cuma entry dia yg mengutuk sesetengah pihak, adalah berbalik semula kutukan itu kepada dia. saja nak bagi dia "bukak minda" banyak

Tanpa Nama

oh..aku suka tj dan farhah..bes korg punye explaination..seriusly..
aku suka MM punye entri ni..tp disebabkan aku tidak mampu untuk mencipta ayat setanding farhah,aku hny mampu bersetuju..

Melayu Minimalis

korang semua bagus lah.
buatlah blog antropologi pemerhatian berdasarkan rukun islam lagi bagus.
mesti aku baca.

terima kasih.

Tanpa Nama

dah sampai masa revolusi minda melayu...
sampai bila nak jadi mcm ni..jeles ngan bangsa lain...
selesa dengan pencapaian yang tak seberapa...
melayu,'boleh-boleh'lah

Farhan

yah, dah sampai masa revolusi minda melayu(thx for pointing that out org atas ^)
dah sampai masanya org melayu berfahaman MM(lol, a new term)
berhenti berasa life stylenya adalah terbaik hanya kerana bersifat westernize.dan diluar sana yg 'trying hard' to be western, i'll just laughing my arse off.

(sorry byk sgt menghabiskan masa ntok thread ni, aku cuma byk masa terluang untuk dibuangkan di blog ni. dan seronok tgk respond dari MM yg seperti-tak-kisah-tapi-kisah)


ps:MM, ko belom lagi observe kehidupan org macam ko. aku harap next thread, ko buat ok baru la blog Melayu Minimalist pertama di dunia! .nanti boleh aku kenal ko dengan lebih dekat lagi(haha)

Tanpa Nama

sebenarnya aku x suka nak ckp byk. since, it was addressed to me, so i hv to say this at least.

farhah, i know what i read. no need further elaboration. :) you can speak ur mind as everyone does.

for some reason i also lmao.

realiti hari ini seperti, "when the blind sees, and the dumb speaks" (you can either take it from positive of negative sides of connotation)

up to u, people.

Tanpa Nama

aku pun dalam dilema...aku tengok uncle cina ni selamber tanam sawit kat reserve ktm...kalau aku buat bende yang sama..haram..amik hak orang.....kalau aku beli tanah sawit felda ni 40 ekar dari peneroka....orang kata aku ambik kesempatan atas orang miskin...arh semua salah...tumbuk muka seseko kang

Mohd Hazreen Rashid

oh aku juga produk sistem yang mementingkan Melayu sahaja. Walaupun aku kadang2 tidak setuju DEB diteruskan, aku tertanya2 adakah aku berada di mana aku sekarang tanpa sistem ini?

Oh, and I fookin' love this entry.

Tanpa Nama

Pada tukang bela agama & cara hidup setempat,

Kebenaran itu tentatif. Hari ini benar, besok belum tentu. Pendekatan membela agama & cara hidup seperti anda tulis di komen2 atas itu mungkin sudah luput tarikh hari ini.

Tanpa Nama

Whoa MM. I think you've definitely busted your target group with your latest two posts.

Siberkop

Perayau, ko mesti tak suka org cakap ko sesat(aku pun sama). Tapi cara ko cakap, mcm org2 yg nak/dah sesat. Kena fikir elok2 tu geng.

Unknown

Aku memang setuju, zaman skang ni, mana ada lagi cultural difference, konsep kebaratan dan ketimuran yg diwawarkan banyak2 kali tu, dah tak wujud lagi dah. Zaman ni, cultures are intertwining, kita bleh nampak dgn mata kita sendiri, terpulang kepada individu la, either they wanna accept it or deny it. In fact, cultures have been intertwining for ages, contoh dekat di hati, negara kita sendiri. Dah 50 tahun dah budaya berkocak.