Kalaulah Teori Stephen Hawking Itu Boleh Dipraktikkan Dalam Rumah.
Aku memang kesuntukan masa. Kalau aku boleh bergerak sepantas cahaya memang cukup 24 jam dalam satu hari untuk aku.
Masa-masa ceria hujung minggu lepas sudah pun berlalu. Masa-masa beriang-ria bersama rakan-rakan (kebanyakannya perempuan, sudah tentu) sudah berakhir, sekarang kembali kepada realiti bahawa sebenarnya aku masih banyak kerja yang tertangguh sebelum aku bercuti panjang hujung tahun ini.
Buat pertama kalinya, mungkin aku tidak ke mana-mana tahun ini. Masa yang biasanya dihabiskan di pulau-pulau Karibbean pada tahun-tahun lalu akan aku habiskan di negara tempat lahir aku sendiri (ya, aku tidak pernah mengaku di lahirkan di luar negara, tidak seperti setengah orang. Chiet!!).
Memang banyak kerja, dan malangnya, ini mungkin bermakna aku tidak akan dapat mengemaskini blog sekerap biasa untuk seketika.
Tetapi untuk hari ini, aku ingin tuliskan pengalaman aku tempohari, di mana seorang rakan aku ini akan bakal menghadapi dunia pekerjaan (walaupun masih di tahap praktikal pengajaran) dan kami pun sedang berbual tentang perkara ini...
"Aku start practical Isnin ni..."
"Bagus-lah kalau begitu."
"Aku harap boss aku Melayu, kalau Cina susah."
"Kalau Cina susah kau kata?"
"Ye-lah, kalau bos aku Melayu senang sikit. Kalau Cina mesti bagi aku banyak kerja."
(Berkerut dahi aku.)
Teori aku yang aku terangkan kepada rakan aku itu mudah sahaja. Cina, Melayu, secara teorinya sama sahaja. Yang membezakan kita (sekali lagi) adalah mentaliti.
Selagi kita menganggap majikan berbangsa Cina akan menyusahkan kita sebab akan memberi kita banyak kerja dan membuli kita, selagi itu semua majikan berbangsa Cina di dunia ini akan menganggap pekerja Melayu malas dan akan memberi lebih kerja kepada mereka.
Bukan begitu wahai Pemuda-Pemuda Berkolar Biru Melayu sekalian?
Aku rasa identiti sebenar aku akan terbongkar sebentar lagi. Semenjak dua menjak ini memang selamba orang lemparkan teriakan 'Aku Tak Peduli' atau 'Melayu Minimalis' kepada aku.
Rileks dulu beb. Aku masih belum bersedia seperti Encik Ahmad Kamal Abu Bakar untuk mendedahkan nama penuh aku ke seluruh dunia sebagaimana Peter Parker mendedahkan identiti rahsianya sebagai Spider-Man dengan membuka topengnya di khalayak ramai di dalam jalan cerita Civil War yang berlangsung di dunia komik Marvel baru-baru ini. Ingat, Mike, aku dah tak hutang kau bir.
Sekian untuk seketika.
8 orang ada pendapat sendiri:
hmmm~kalau terbongkar identiti sekalipun tak salah..it's not like everyone knows u..AKAB yang tak nyorok2 pon..still ade yg tak knal..
Aku rasa kau dah makin ramai groupies!
Blog kau pun makin ramai yang nak tiru.
hahaha.
tak dedahkan identiti pun ok..
dedahkan pun bukan orang kenal sangat..
aku yang duduk kat sini, baru tau (sebelum AKAB pindah) dia tinggal tingkat atas (tak pasti tingkat brapa) se kondo dengan aku.
bila dah pindah baru aku perasan yang kadang2 aku berselisih bahu atau berkongsi lif dengan AKAB.
so,pendedahan pun bukan meninggalkan kesan sangat.
did u grad from japan? ahhahaha
jangan dedah identiti kau....kalau boleh aku tanak tau....nanti komen aku dah tak "loyal"
maaf ya aku paranoid semenjak dua menjak ini. macam hilang kebebasan bersuara pulok doh.
melayu minimalis ni melayu kafir ke?
bos melayu dulu garang melenting je keje. siap ada fitnah aku ambik cuti sebab interview keje lain.
bos cina punyalah baik siap bagi chocolates for christmas. pastu gaji lumayan lak tuh.
hehe.
Catat Ulasan