Sabtu, Disember 01, 2007

Sudah Nak Penghujung Tahun Ini, Jadi Apa Arahtuju Kita?

Pejam celik kita sudah hendak sampai ke penghujung tahun 2007. Seperti lumrah mana-mana editorial team lain (walaupun team aku seorang sahaja), senarai-senarai seperti 'Best of 2007' ataupun 'Top 10 of 2007' pasti akan muncul. Jadi, mungkin, untuk sepanjang bulan Disember ini, aku akan sediakan senarai-senarai yang mungkin tergolong di dalam jenis senarai yang aku sebutkan tadi.

Walaupun masih ada sebulan lagi sebelum 2008 (apa jadi dengan panik sedunia Y2k?) tapi aku rasa aku ada cukup bahan untuk beberapa senarai. Jadi untuk hari ini, sambil aku bersantai di kopitiam kegemaran aku (ingat, Starbucks itu mahal, amat mahal) aku persembahkan, secara rawak, 10 Perkara Kemuncak Dalam Hidup Aku Tahun Ini.

1. Kemunculan Aku Tak Peduli.
Beberapa tahun lepas, aku pernah ada satu blog, tapi lebih merupakan blog peribadi. Aku anggapkan blog itu sebagai saluran untuk aku melepaskan kekecewaan dan kemurungan aku. Untuk seketika memang berkesan, tapi akhirnya aku sedar blog peribadi itu lebih menimbulkan masalah dari menyelesaikan masalah (biasalah lelaki, suka menyelesaikan masalah)

Jadi aku telah padamkan blog dahulu, rehat sebentar, dan kemudiannya aku wujudkan blog ini, secara anonymous, dan aku tukarkan subject matter blog ini dari aku kepada 'pemerhatian' aku.

So far so good.

Dan aku rasa, selagi aku ada akses kepada Internet, dan selagi aku ada masa lapang, ATP akan terus berkekalan. Sekarang aku cuma perlu ada peguam yang sanggup bekerja pro bono yang sanggup pertahankan kepala batu aku jika ada mamat di luar sana yang hendak menyaman aku. Paling kurang pun aku dengan yakin boleh menulis pasal topik yang lebih panas. Mungkin.

2. Aku Dapat Teman Wanita.
Setelah lama aku menyundal ke kiri dan ke kanan, aku akhirnya mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan dengan seorang perempuan yang aku sudah kenal agak lama. Pada waktu itu aku rasakan aku sudah bersedia untuk berhubungan, tetapi...

3. Aku Tiada Teman Wanita.
... sebenarnya aku masih tidak bersedia. Aku rasakan buat masa ini (dan untuk seketika lagi), aku lebih suka tidak berteman wanita. Rakan wanita memang tidak apa. Tapi aku rasa lebih baik untuk aku hidup bersendirian buat masa ini.

4. Tempat Kerja Aku Semakin Maju Dan Meriah.
Aku sebenarnya dah lama kerja sebagai ahli fizik nuklear. Kalau tak silap aku sudah hendak masuk 6 tahun aku berada di agensi tempat aku bekerja sekarang. Dan tahun ini, hasil kerja aku sudah menyelinap secara senyap-senyap ke Singapura, Indonesia, malah Hong Kong sekali. Memang memuaskan. Aku rasa ini paling penting, membuat satu kerja yang mendapat sokongan dan galakan dari orang ramai. Bukan aku pentingkan accolades atau pengiktirafan, tetapi sekali-sekala selepas penat lelah memang agak menyenangkan hati bila ada orang yang kenal kerja aku menghampiri aku dan mengatakan mereka setuju dan sukakan teori atomic fissure aku.

Dan juga kerja aku telah mendapatkan aku ramai kenalan wanita. Cuma aku tak mahu teman wanita. Kawan sahaja, ok? Tapi kalau kamu nak mandi bogel di rumah aku pun aku tak kisah, aku biarkan sahaja. Sambil melihat.

5. Kawan Aku Semakin Ramai, Walaupun Aku Tidak Menyundal.
Terus terang aku katakan di sini pada tahun ini aku memang jarang keluar malam, bersosial ke sana dan ke sini. Itu semua cerita tahun lepas. Dan ketika aku menyundal ramai kawan baru telah aku perolehi, sama ada atas sebab-sebab yang betul mahupun yang salah.

Tapi tahun ini aku lebih melepak di rumah. Tapi jumlah kawan baru aku masih tidak berkurangan, malah bertambah. Tak perlu keluar rumah pun. Hanya lepak, kadangkala di kolam mandi, kadangkala di mamak berdekatan.

Oh ya, 99% semuanya kawan perempuan. Aku memang tak tambah bilangan kawan lelaki. Kawan lelaki aku dah cukup sekarang. Kecuali kalau kau lelaki yang boleh memberikan aku peluang untuk lebih kaya, tapi skim piramid tak kira.

Lagipun aku tak ingin melihat lelaki melepak bersama aku di kolam renang aku.

6. Aku Bayar Bil Astro Aku, Jadi Aku BerAstro Kembali.
Setelah hampir 2 tahun aku tidak membayar bil Astro, aku telah mengambil keputusan untuk membayar bayaran tertunggak aku dan menghabiskan lebih banyak masa menonton tv. Selalunya memang tak berfaedah, tapi aku lebih menghabiskan masa menonton Discovery Channel dan Discovery Science. Banyak benda aku belajar, antaranya... erm... aku tak ingat.

7. Rumah Baru Yang Seksi.
Setelah sekian lama aku tinggal serumah dengan rakan serumah yang pengotor dan busuk, aku telah mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah baru. Memang rumah yang menarik, pembangunan yang baru siap, lengkap dengan kolam renang, tetapi agak kecil sedikit. Rumah baru aku memang sesuai dengan aku, dan lengkap dengan tab mandi dan bilik air yang berdindingkan kaca. (Ya, dinding kaca. Hanya untuk orang yang berani dan tak malu. Hahaha)

Juga, rumah aku mempunyai sambungan ke Internet terus dari dinding. Tak perlu modem atau router. Dan juga tidak menggunakan Streamyx, jadi akses aku memang stabil dan laju. Cuma sekarang kena potong sebab tak bayar, dan aku tak tahu nak bayar macam mana. Sebab itu aku di kopitiam sekarang.

8. Aku Berjaya Menlengkapkan Kuota Pergi Ke Tepi Pantai Aku.
Walaupun tidak seperti tahun-tahun yang lepas di mana aku ke pantai dalam negara, tahun ini aku berjaya menjejakkan kaki ke pantai tempat Leonardo DiCaprio bersantai di dalam filem 'The Beach'. Walaupun tak jauh sangat, tapi memang pengalaman yang menarik untuk aku. Aku memang kaki pantai dan laut, kalau boleh aku memang nak tinggal di tepi laut. (Tapi tepi laut tiada kopitiam berWi-Fi, jadi tak boleh) Dan aku suka berjemur di tepi pantai. Aktiviti kegemaran aku.

Macam tak cukup 10. Tapi tak cukup pun tak mengapa. Aku sudah cukup gembira. Baiklah, aku terpaksa beredar sekarang. Nak berjemur di tepi kolam renang bersama rakan-rakan wanita aku...

13 orang ada pendapat sendiri:

Siberkop

Apesal aku terasa mcm aku selalu jadi org 1st yg baca tulisan2 ko?

Nice.

nerdfreak

memang betul la bilangan kawan anda bertambah.. yg post kat atas nih sure dari kawan saintis se-konvensyen di eropah tempohari kan? anyway...

lapan perkara itu lebih bagus dari lima dan lebih bagus dari kosong. tahniah..

p/s: wi-fi kat tepi laut tak stabil la bro.. angin tetiba kuat je, habis kelaut segala connection tu.

the artist and i

berjemur sambil ada wanita wanita menyapu losyen losyen dengan penuh mesra.

mungkin lebih bermakna?

Unknown

ha...still a man.

...who likes pussies.

AmiE

Walaupun sy belum lg ke laut Leonardo diCaprio bersantai, tp di sini ingin merekemenkan krn sy jg kaki laut dan kaki berjemur,persisiran Dubai adlh tempat terbaik bg sy..

cdgn ini adlh utk menmbh senarai2 pantai kamu akn dtg..

Tanpa Nama

err..bila nak review tentang sekumpulan manusia(konon rare) yang gile nak jadi cool dan berlumba-lumba membuat clothing line?kemudian akan terlibat ngn event2 art dan rasa cukup cool ada community sendiri.aku bukan jeles,tapi segelintir mereka mmg annoying.buat design asal boleh.yang penting masuk scene!!(sila check myspace.sgt besepah)
aku harap boleh baca sblm tahun dpn.sebelum trend jadi basi dan mereka mula beralih arah.huhu

Tanpa Nama

barangkali, di samping menulis tentang aktiviti di kolam renang bersama teman2 wanita, kau patut menulis tentang bidang kajian nuklear, di dalam bahasa yang boleh difahami masyarakat umum tentunya - bahasa yg santai tetapi mengandungi input (walaupun sedikit).

masyarakat kita selalu komplen tidak berupaya mencerna hasil penulisan yang terlalu saintifik dan pada masa yang sama saintis-saintis kita tidak berkebolehan untuk menterjemahkan hasil penyelidikan saintifik mereka ke dalam bahasa yang lebih mudah.

mungkin dengan penulisan bidang nuklear kau akan boleh menarik minat orang kita dan memberi input ilmu kepada mereka, selain dari mengundi budak2 muda yg berebut nak jadi artis sebab diorang ingat jadi artis boleh cepat hidup senang dan glamour?

nurulazreenazlan

Encik Tak Peduli,

Kelmarin saya duduk minum teh tarik di Malaysia Hall Bayswater (satu perkara yang memang jarang dibuat sebab teh tarik segelas harga dia 1 pound) dan saya telah duduk lepak di situ selama hampir 2 jam menikmati suasana kantin Malaysia Hall yang down to earth dan tidak pretentious itu apabila tiba-tiba datang sekumpulan anak muda Melayu wearing wayyyyy too much make up (and the boys rambut karat dan poser yang amat) yang bercakap kuat-kuat dan menggunakan Bahasa Inggeris dengan accent (American kot, not British I'm bloody sure) yang dibuat-buat (you can tell) that they probably picked up from too much MTV and pretending to be really bad in Malay by speaking Malay dengan pelat yang (again) dibuat-buat and pretending to be confused with terms and words. Mungkin mereka memang bebal tak reti cakap Melayu tapi berdasarkan accent Bahasa Inggeris mereka saya rasa mereka memang tinggal/dibesarkan kat Malaysia pun. Sounded too fucken fake, mate.

They made me left.

Sorry la komen ni takde kena mengena pun dengan pos anda tapi saya bengang gila ni tak tau nak vent out kat sape yang boleh paham tahap menyampah saya kat manusia pretentious perasan moden seperti mereka itu, argh!

Entah-entah datang holiday 2 minggu je kat London pastu balik nanti berlagak kat kengkawan panas la Malaysia ni, it's very cold in London. And start their sentence with 'when I was in London...' for about 2 years (or forever) after their brief stint in London.

For all I care they do live here (or in America) and they did grow up here (or again, in bloody America) but tolonglah I don't have a term to describe tahap meyampah dengar mereka berbual. Even the word obnoxious can still be considered as kind. And I've met some Malaysians who've been living here for a very long time and have been brought up here AND they are not obnoxious like that.

Sorry beb. My judgmental radar immediately picked up last night. Kalau dah Melayu tu Melayu jugak la kot cannot help it lah.

Huh lega sikit.

Thanks.

(disclaimer: I haven't ever left any comment in your chatbox so if there are any comments from Nurul that'll be another Nurul)

Siberkop

Ala Nurul(yang baru menghantar komen atau apa2),

Kat Malaysia pun sama. Ramai jer berlagak tak reti nak guna bahasa melayu. Atau tak reti nak mengaku mereka berdarah melayu. Atau tak reti nak jadi orang melayu dah. Ramai jer kat Malaysia ni.

Yang selalu baca blog ni pun ramai macamtu. Cuba tengok betul2.

the artist and i

nurul (yang bukan nurul yang selalu itu)

menda ni terjadi kat semua kaum oh-so-called 'modern' kat malaysia.

baik melayu atau cina atau india. sama saja.

student aku about 96% chinese. yang dipanggil chinese murtad. english memanjang. dah tak amik bahasa mandarin. dah tu suka tukar english name.

aku penah tanya, kenapa tanak panggil dua nama di belakang. contoh : Melanie Chan Mei Mei, kenapa aku takleh panggil Mei Mei, sebab bagi aku nama tu lebih unik. alasan student aku.

"dont la.. ms feed.. thats not cool!"

sama jugak student malay, nak buat exam kertas bm,(time aku invigilate) angkat tangan, ingatkan nak tanya apa, bisik kat aku..

"ms feed.. involved dalam bahasa apa ek..? tolong la.. nak buat karangan ni.."

sigh.

Siberkop

'Terlibat' la 'mother*****'(Bergantung kepada bangsa darah asal pelajar kau tu Cikgu Feed)!

Tanpa Nama

refer to no. 5.
so, nampaknye mmg aku tak dibenarkan utk menumpang bermandi manda di kolam mandi ko lagi la?haih...terpaksa la aku beli kiddy pool yang dijual di toys r us.

Melayu Minimalis

melayu tak rare dan cool-
haha sebenarnya aku memang bercadang nak menulis tentang mereka.

nurul-
ala pedulikan mereka.

hana kirana-
cadangan kamu akan aku pertimbangkan.