Isnin, Disember 10, 2007

Nukilan Macam Sial.

Ini sudah masuk kali ketiga aku menulis sesuatu untuk nukilan terbaru tetapi tidak menjadi. Macam sial. Kata budak Pulau Singa, macam sia...

Aku macam sudah tiada benda lagi untuk diperkatakan. Tiada orang untuk diperli, tiada muzik atau band untuk disyorkan, tiada lagi perkara-perkara pelik yang aku perhatikan sepanjang minggu.

Mungkin sebab aku jatuh cinta.

Walaupun sebenarnya aku tidak percayakan cinta. Mungkin apa yang aku cari hanyalah peneman. Peneman hidup, tak kisahlah, lama ataupun sebentar sahaja.

Tapi mungkin aku percayakan cinta, cuma aku tidak percayakan romance. Ini semua gara-gara menonton 'Stardust' tempohari, aku pasti. Macam sial. Hanyut aku dibuatnya.

Kawan-kawan aku selalunya berkata aku terlalu memilih bila berkenaan hal wanita. Selalunya ini datang dari kawan-kawan wanita aku sendiri. Dan kawan-kawan aku yang kenal aku semuanya bersetuju, wanita idaman aku WAJIB mempunyai kriteria yang berikut.

- kurus (Tiada lemak, dengan nilai Body Mass Index yang rendah.)
- tinggi (Walaupun realitinya tidak ramai wanita tinggi di Malaysia, tetapi ini tidak bermakna mereka tidak wujud. Kriteria ini sejak kebelakangan ini telah dilonggarkan, walaupun menurut rekod aku wanita paling tinggi pernah aku dampingi setinggi 5 kaki 9 1/2 inci.)
- berbuah dada besar (Aku tak peduli. Aku nak juga.)
- berdikari dan percaya pada diri sendiri (Jenis yang tidak melekat. Melekat hanya bila diperlukan untuk melekat. Aku tidak suka wanita yang suka mengharapkan semuanya dari lelaki.)
- minda kreatif (Harus mempunyai bakat seni kreatif. Tidak kisahlah, melukis, bersyair, berzanji, menyanyi, penari tiang dan sebagainya. Juga harus berfikiran lateral, tidak lurus bendul dan tidak buta IT serta fasih tentang sub-culture dan muzik.)
- kulit muka bersih (tidak bermisai)
- tiada bau badan
- berjari panjang
- pandai bergaya
- markah bonus untuk segala apa benda yang positif yang berkenaan tentang seks. Contohnya arif tentang posisi, role-playing dan sebagainya.

Ish. Memang macam-macam. Memang patut aku bersendirian. Tak sedih pun.

Macam sial.

29 orang ada pendapat sendiri:

CarutPelbagaiKaedah

bro..
aku baru nak cuba mengenali kau dan dunia kau.(aku taknak puji ko macam orang lain (suckup lelebih)

sayangnya.tader wanita yg ko suka tuh.jap..mungkin lah ada juga..tapi tak mahulah aku bagi ko harapan palsu..mungkin wanita melayu yg macam ko mahu ada di garisan khatulistiwa yg lain (brazil gamaknya (tapi latinos berbau lah))

Taichee~@!

Hehehe...nukilan cam sia ni, aku suka. Bro ko semakin putting your guards down la. Whatda Fuck happened, man? U really fall in love? Who's the lucky laydeh?

Anyho, kriteria ko:-

1. kurus (Tiada lemak, dengan nilai Body Mass Index yang rendah.)
2. tinggi
3. berbuah dada besar (Aku tak peduli. Aku nak juga.)
4. berdikari dan percaya pada diri sendiri
5. minda kreatif
6. kulit muka bersih (tidak bermisai)
7. tiada bau badan
8. berjari panjang
9. pandai bergaya
10. markah bonus untuk segala apa benda yang positif yang berkenaan tentang seks.

hehehe...malangnya ramai Malaysian tak memenuhi kriteria as orang di atas aku cakap tu. You should approach Russian or other European..features dorang lagi lawa. American salunya Big Size.

Aku jumpa mereka (Russian) menari dengan panties diluar, legging hitam di dalam semasa di Colmar. Sungguh ghairah aku tengok. Tapi, aku tak jamin weder dorang tak clingy atau pandai hal-ehwal seksualiti...hehehe..minah ni salu available malam hari, lepak Wine Bar.

But again. You said you have fallen in love..Does all your criterion being met?

Hehehe~@!Tingin gaks nak tahu.

Tanpa Nama

Erk, tidak sama sekali. Wanita Russia sebaik sahaja menyentuh usia 30 tahun, berat badan mereka akan meningkat secara mendadak dan saiz mereka juga turut meningkat secara mendadak. As a matter of fact, wanita Amerika dan Eropah kebanyakannya mengalami masalah berat badan (tak baca liputan terkini ke? Amerika Syarikat negara paling ramai rakyat obese diikuti oleh beberapa negara Barat yang lain!).

MM - kalau memilih sangat, jodoh tak datang kata orang tua. Atau adakah ini salah satu psikologi dalaman mengelak commitment?

milo boyd

tumpang lalu..

kurus..berbuah dada besar..jarang berlaku..make sure tiada stokin disumbat dlm bra nya..

Ejoi

Buah dada besar?
Lembu tenusu pun ok apa?
Kau nak jimat beli susu segar untuk sarapan pagi ke?

:-)

Tanpa Nama

encik mm,

aku paham bila kawan-kawan wanita kau berkata begitu.

mungkin kau belum jumpa perempuan yang betul-betul kau suka.. agaknya

selamat mengujikaji penemuan terbaru =)

Siberkop

Kalau ada pun pompuan2 camni mesti derang tak suka ko sbb ko takpedulikan mereka. Tukar jerla url blog ni.

47

Tajuk nukilan ini adalah "Nukilan Macam Sial".

Sebenarnya, aku dapat merasai ke"Macam Sial"an nukilan ini.

Melayu Minimalis, I love your entries that are charged with emotion and passion, the kind you write when you feel like punching someone in the face -or any other action with the equivalent amount of emotion behind it.

But of course, this is understandable. No one can be angry all the time. So, I guess I'll just be around...waiting for another fired up entry from you, one that is not "Macam Sial".

Take care Melayu Minimalis!

Tanpa Nama

I fit into your criterias, oops. except my boobs are . .

:O

Tanpa Nama

haha no wonder you're alone now. Punyalah memilih sampaikan berjari panjang! What's next? jari hantu yg panjang? Haha!


However there's nothing wrong about being alone bro. Kriteria2 kau tu mmg ramai laki yg inginkan malangnya berlambak wanita melayu yg tk penuhi kriteria2 tu. Paling aku tk tahan suka melekat! Memang meluat!

Tanpa Nama

kamu hensem sangatkah?

Tanpa Nama

hehe... kau kesepian kot... cari la awek kedah, yg lebat bulu di tangan.. nescaya dapat layanan memuaskan. hihi

thinker bell

aku bukan blogger :

awek kedah aje ke lebat bulu di tangan? ke ni spesifik video terkini yg i lom tengok ni? LOL.

Tanpa Nama

well-well-well,

jangan cerewet tapi at the same time:

SET THE BAR HIGH (ala² fear factor)

Tanpa Nama

Tinggi with big boobs?

Kamu tak belajar fizik kah? atau kamu harapkan girlfriend yang ada fizik defiying ability?

Encik ATP, gravity itu wujud. Jadi mass tak boleh tergantung di buah dada. ia harus turun ke peha dan pinggang dulu. So big boobs means pinggang mengelebeh (untuk support the big boobs)

atau cari a stick woman and pay for her boob job ;)

Tanpa Nama

MM,
aku rase kalau mengikut kriteria yg ko bagi tuh hanya artis je la kot yg layak..Dynaz maybe..atau mungkin model kt malaysia ni..

NeemoNeemo™

Lantak lah orang lain nak kata apa. Aku yakin wanita yg MM mahu tu wujud..aku selalu je jumpa.

Memang ada wanita yang tiada lemak tetapi boob besar..even in Mesia.
Kamu akan jumpa mereka di pusat pembedahan kosmetik. Mereka tiada lemak, BMI sudah tentu kurang dr 20.Yang di dada mereka bukan lemak, bukan tisu tapi bahan asing.

Tanpa Nama

Kau tulis kriteria pasal perempuan, bayangkan kalau perempuan tu tulis dia idamkan lelaki yang tak botak,(balding) buncit, boroi dan bawak kereta mahal. Aku yakin kau memang tak tergolong dalam kategori tu. Bagi aku, blog kau amatlah berlagak. Dan tak engaging langsung. Dari pemerhatian aku, kau mesti main kugiran inggeris. betul tak?

Tanpa Nama

"Ini sudah masuk kali ketiga aku menulis sesuatu untuk nukilan terbaru tetapi tidak menjadi. Macam sial. Kata budak Pulau Singa, macam sia..."

Bro, bukan macam sia... tapi..

macam siakkkkk!!!!!!

the artist and i

wahh.. sambutan saranan pelbagai option diberikan dari bloggers kepada MM.

hahaha.

teruskan mencari MM!

merakmerah

Encik ATP, mungkin kamu kena mengambil lebih banyak kokain dan belajar bahasa Mexico atau Venezuela atau Costa Rica. Yang aku tahu, wanita di sana memang menepati citarasa kamu.

Aku andaikan citarasa kita sama. Kurus, berbuah dada besar dan mampu membuatkan aku ghairah tiap kali memandang. Dan juga ‘jenis yang tidak melekat. Melekat hanya bila diperlukan untuk melekat.’

Tapi kalau kau nak wanita Melayu juga, mungkin boleh cuba Juliana Evans. Tapi aku rasa itu pun dah berdarah kacukan.

Melayu Minimalis

korang semua bagus lah.
untuk pengetahuan semua, memang ramai perempuan Melayu yang menepati kriteria aku. cuma mereka semua ingin berkahwin. dan aku tak nak kahwin lagi.

to all the haters.... aku tak peduli.

merakmerah-
juliana evans kacukan la. aku sukakan perempuan melayu terakhir

shorouskentrial-
tidak benar sebenarnya. aku pernah melihat sebenarnya, cuma.... aku nak cari yang bukan model hahahahah.

Tanpa Nama

aku ada kawan berbuah dada besar, hitam manis, kurus, jari panjang, rambut panjang hitam lebat, muka ala2 fazura & maya karin. tp dia duk ampang. ko nak?

Tanpa Nama

alahai ni semua ayat ayat normal dan request lelaki bila melalui fasa pertama bercinta(presentation).bila masuk fasa kedua....muka dah x jadik ukuran...tetiber baru tau perempuan yang di sayangi selama ini adalah hasil kesan visual mekap dan lain2 alat kesan khas.itu jam bila member2 tanya kenapa ko suka pempuan macam itu...ko akan jawap "cinta itu buta" hahahaha...betol kot cakap kau...kita semua lembu...apa yang kita minat lebih kurang sama...tapi dari pengalaman aku bercinta itu memedihkan dan aku bertahan bercinta sehingga beberapa tahun....bagi aku kalau aku quit cinta ini,maka cinta-cinta yang akan datang pun akan berkesudahan yang sama...so aku bukan jenis orang buat kerja separuh jalan...ape aku merepek ni setan....dah bye...ni blog kau...sorry

Tanpa Nama

kalo aku lelaki, aku juga inginkan kriteria seperti ini..

persis ini permintaanku..

tapi malang, aku perempuan.

what a waste!

Tanpa Nama

haha!

aku ade certain kriteria yg takde pada gurls lain. aku single, available, virgin.. tapi orang tamau aku pasal orang tatau aku..

- kurus: 47 kilo (baru tadi timbang)

- tapi aku sgt pendek la, just 153cm

- big boobs: 32D
Wacoal bras je lulus, lain2 fail pasal cup size takde yg cukup besa

original weh! no boob job atau yg seangkatan

- berdikari: yup, time takde orang nak nolong, pandai la aku nak berdirikari

- kreatif: memanipulate keadaan

- aku tak bute IT, bute ET ade la

- kulit muke da licin pasal hormon aku da seimbang

- jari panjang: yup, jari orang seni la katekan, sesuai main gitar ke piano.. cuma blum cukup fulus nak amik kelas muzik

- sayangnya tak pandai bergaya pasal aku minah berselubung yg suke pakai baju oversize kasik sorok boobs akakaka

- tau pasal seks pasal pernah tengok porn (tanpa tau ape itu porn) seawal umo 4 tahun

baru minggu lepas aku tengok porn

ape bengong ke bangang ke ape aku ni kan

Melayu Minimalis

rendang kure2-
hello boleh berkenalan?

Tanpa Nama

Bagai orang mengantuk disorong bantal...

Tanpa Nama

sama.nombor 3 & 10 je aspek yang kurang ditekankan.