Pentingnya Mencari Identiti.
Kalau aku renungkan kembali segala proses yang aku lalui dari dahulu sampai sekarang untuk mencari identiti sebenar aku, memang aku ketawa, gelakkan diri sendiri. Macam-macam fasa telah aku lalui, dari zaman penari hiphop, ke zaman Mat Goth Industrial, zaman inline-skater, zaman noise-artist, zaman sosialit (bukan sosialis), dan banyak lagi.
Seingat aku dahulu, memang susah untuk berhaluan kiri. Tidak banyak bahan boleh dijadikan rujukan, semuanya bawah tanah dan keluar dari radar masyarakat. Zaman-zaman tidak berinternet dan berAstro.
Sekarang ini memang mudah. Google sahaja, macam-macam maklumat ada. Cara-cara untuk menindik hidung sendiri, cara untuk menggodam komputer (aku juga pernah lalui zaman penggodam juga dahulu, phr3ak0r!), membuat bom menggunakan baja asli, buat cetakan t-shirt anti-kerajaan sendiri dan macam-macam lagi.
Semua ini berguna untuk kamu yang ingin menjadi seorang Melayu yang rare dan cool. (menurut kata seorang pembaca aku-lah)
Tapi, dalam tahun 2007 dan zaman wikipedia ini, apa yang rare dan cool?
Nothing, I tell ya, nothing.
Zaman aku sekolah menengah dahulu, kalau hendak membeli kasut Reebok ataupun jeans Levi's 501 pun memerlukan usaha yang agak tegar. Lagilah kalau aku ingin mencari kaset The Smiths ataupun Ultravox, terpaksa bergantung kepada kaset-kaset yang didubbing oleh abang aku. Kalau hendak mencari t-shirt band, memang terpaksa ke kedai-kedai gelap di sekitar KOMTAR Johor Bahru atau pun terus ke Singapura. Aku ingat lagi, lepas SPM, aku terpaksa menaiki keretapi ke Johor Bahru semata-mata untuk membeli jeans 501 aku yang pertama. Dan kemudiannya aku terpaksa ke Singapura untuk membeli sepasang kasut but Doc Martens idaman aku ketika itu.
Tapi memang nasib baik abang aku boleh dikatakan cool pada waktu itu. Terima kasih kepada dia, aku dari kecil kenal Depeche Mode, dan aku bernasib baik menerima semua t-shirt Depeche Mode dan Howard Jones dia yang sudah tidak muat lagi.
Jadi usaha yang dikeluarkan memang setimpal dengan keputusan dan kepuasan yang diterima.
Sekarang kita lihat pula sekarang ini. Segala benda-benda ajaib dan aneh boleh diperolehi di Internet, janji kamu ada wang... (dan wang ringgit sekarang memang mudah diperolehi untuk mana-mana budak hingusan, kerja sahaja dua hari suntuk di Karnival Jom Heboh, dan kemudian dapatkan kad debit Mastercard yang boleh dibeli di mana-mana cawangan 7-11)
Kamu hendakkan single pertama Joy Division? Inginkan tour t-shirt Radiohead? Lihat sahaja ebay. Pakcik kat Astro itu pun cakap 'Macam-macam ada...'
Mentaliti kelompok kita masih wujud. Cuma bezanya sekarang, kelompok kita sudah maju. Kalau dahulu keinginan kita untuk menjadi berbeza dari kelompok yang paling besar akan membuatkan kita menjuruskan diri kepada kelompok yang lebih kecil (kononnya kelompok yang lebih rare dan cool), tapi apa akan terjadi bila kelompok yang kecil itu akhirnya berubah menjadi kelompok besar? Kita cari lagi kelompok yang lebih kecil, yang boleh kita sertai, dan luahkan segala usaha dan perasaan kita.
Dan akhirnya keinginan kita untuk menjadi kumpulan minoriti terbantut sebab kita bukan lagi minoriti. Minoriti yang menjadi majoriti.
Dan kita akan berusaha lagi untuk menjadi minoriti kepada minoriti yang sudah pun menjadi majoriti. Dan aturan ini akan berpusing lagi dan lagi dan lagi.
Jadi apa perlu kamu lakukan bila kamu sudah bosan dan lali dengan proses yang berulangan berkali-kali ini?
Kamu berhenti memperdulikan keadaan.
23 orang ada pendapat sendiri:
ace!
ace!
Hahaha spot on lah, Man! Terkenang pulak zaman2 remaja aku dulu.
Memandangkan aku tinggal kat KJ, kalau dgr band punk saja kau dh dianggap pelik. Bawak kaset Rancid pegi skolah pun org tanya "band Rancid ni main apa yeh?" Skang ni klaua jalan2 kt Sg Wang pn berlambak cina pakai baju Nirvana!
Tapi aku rasa zaman kau ni dh tahap mcm starting citer Space Odyssey lak haha. Zaman aku pertengahan 90-an, kalau jeans Ben Sherman tu baru la org kata rare.
"Kamu berhenti memperdulikan keadaan"- heh, bila dah besar jadi wiser la serba serbi ye dak? Aku rasa bila aku gelak kat bebudak yg baru nak 'up' pegi gig excited mcm dh jadi Angkasawan Negara, masuk clan skin, punk tk tentu arah semua, baru la aku terasa kemoronan aku masa pakcik makcik aku gelak aku pakai seluar jeans koyak. "Ni fashion-lah Pak Wan!" Idiot! :))
last year aku TERbuang kasut Aliph merah high cut (macam liza abdullah pakai dalam Jejaka Perasan). dah koyak rabak dah. tapi sayang TERbuang. Dan juga Aliph kasut sekolah high cut color putih. 2001 aku masih lagi pakai kat itm manjung tu. (konon bangga la.. tapi mmg pun! hahahaha)
dah takdak dah kasut tu kat mana-mana. kecuali aku ugut tokeh cina untuk masuk stor dia yang dah berabuk tuh.
Rock Station kat Komtar JB
ngan satu kedai tak ingat apa nama
kat Far East Plaza S'pore
2 tempat kegemaran carik t-shirt band
a'ah la eh.. dulu kecik² zaman skolah, ikut abg aku lepak kat B'sound studio komtar or kat studio kat blakang kedai gunting rambut Dana Komtar, pastu cari patches rare kat rock station.betul la, byk gak la terpengaruh kalu ade abang nih. die bwk balik kaset, baju, kasut, memacam la.. nak cari kasut doc mart yg takde jual kat m'sia cari kat s'pore pasal murah skit. ..tu kalu zaman dulu.. aku pun terpengaruh ngan adik aku..aku ade adik.. die pun agak up to date gak. so nampak la perbezaan zaman abang aku ngan zaman adik aku. yang trend utk pompuan pun sama gak aku blaja.. pasal kakak aku pun agak up to date gak. best fren die jek mase tu anak muhyidin yasin. aku rase faktor skolah pun memainkan peranan gak dari segi fesyen & trend & sosial..pasal abang aku skolah EC, kakak aku ngan adik pompuan aku skolah SIGS.. adik laki aku due² skolah SDJ. skang sume da abis skolah..adik² aku sume pun dah besar.. jadi bykla aku blaja dari menda ni sume.. jadi bile nak cari identiti aku seniri.. aku pun tak tau... pasal byk sgt menda yg aku terpengaruh.. sampai skang.. walaupun umur agak lanjut.. tp masih mencari apa identiti sebenar aku.. ape yg aku wat mase dulu pun aku tak tau...
Hmm, aku kenal Nirvana masa form 2, mamat tu dah mati.
Smashing Pumpkins dgn Weezer masa form 4. Masa tu dedua dah melambak album.
Aku first time pakai converse... Ada ker?
Aku mmg lewat dlm banyak mende.
*heartbeat*
pergh kasut aliph?! i pakai darjah 4 ke darjah berapa tah. LOL. aliph kaler putih. ingatkan tak cool masa tu. haha. sebb sorang aje yg pakai aliph. rupa2nye trendsetter . LOL.
kendian tahun baru le pakai reebok n asics. huhu.
Kalau semua nak jadi cool dan rare,akhirnya yang tak cool dan rare tu yg nampak cool dan rare.
Macam teka teki ikan.Kalau semua makan ikan,ikan jadi apa?
Haha.
terbaik! aku masih muda dan apa yang kau cakap tepat sekali. hahaha sekarang dah takde apa-apa yang rare kat sini. yang rare cuma platypus
jap aku nak jawab yuzy punya teka-teki. Jawapan : ikan jadi banyak. betul tak? tak betul?
Haha..ketika di zaman-zaman hipster memang gigih kita mengejar beberapa benda yang kita nak. Boot Doc Mart, baju FP ori dan kasut-kasut converse.
We try to isolate ourself from the majority. Kreatif mencari jalan minoriti. Bajet kite cool dan rare..hehe
Tapi skang ni dunia makin kecil tapi populasi manusia makin besar. Jadi yang minoriti dulu2 tu dah jadi majoriti. Namun, yang nak isolate dari majoriti tuh perlu lebih gigih dan kreatif dari kami~
Sekurang-kurangnya aku kenal gigih itu zaman2 awal kehidupan aku.
kisah apa aku-sikit lagi nak betul.Try lagi k.haha. :)
aku ingat lagi zaman 2 levi's 501 ada copper rivets kt poket belakang. betul2 made in USA. masih lagi pakai leather patch. kain dia pun tahan. aku pernah jatuh motor kaki patah tp seluar tak koyak. sampai nurse tu gunting seluar levi's aku. pasal masa tu aku pengsan kalau aku sedar aku mesti tak kasi potong punya. bengang betol aku. sekarang seluar cam tu paling kurang kena ada RM500 - RM600 baru dapat.
aku rasa ada lagi golongan yg boleh dikategorikan rare dan cool. pasal aku tak pernah lagi tengok budak perempuan melayu yg bertudung selamba kencing tengah public sambil gelak2 sporting. masa aku kat US dulu biasa aku tengok perempuan diaorang buat cam 2 masa concert. at least masa aku pergi bandung dulu cewek indon pun berani buat cam 2. siap ada org ambil gambar diaorang tengah kencing lagi. kalau awek bertudung (perempuan ampang atau mana- mana perempuan melayu pun tak kisah)boleh buat cam 2 kat Karnival Jom Heboh baru betul2 rare n cool.
sekarang lebih selesa pakai selipar. kalau boleh pegi sekolah pun nak pakai selipar. tak mungkin la kan.
ha ah la heartbeat..lg best pakai selipar..lagi2 selipar mcm selipar jepun tu.
Joni,itu bukan rare tu.Pengotor namanya.Haha.I mean perempuan bertudung kencing tepi jalan?Tak sesuai la dude.Aku malu sial.
now that's the true spirit of Aku Tak Peduli! :)
p/s: topi cantik lah...
bagus apa kencing tepi jalan.
aku masa Kurt Cobain bunuh diri sempat baca kat paper dan keluar tv.
satu sekolah berkabung.
Kisah Apa Aku-
platypus memang rare.
yuzy, it seems that you have certain ideas of how perempuan bertudung should act. care to enlighten us a bit?
and kencing tepi jalan memang pengotor, regardless of siapa yang buat.
I have no such guidelines of how 'they' should act.But for me,if you are wearing tudung or represent Islamic identity,you should at least behave yourself in crowd.Hypocrite?Yeah it sounds like one.
Buat apa pakai tudung tapi buat tak senonoh depan orang.Takut-takut orang lain tersalah faham dan memandang serong.Buat je apa yang kamu suka,janji beradab dan orang nampak nice.
Macam nukilan penulis blog,Minah Tudung Ketat tu.Baca and maybe it can enlighten you a bit. :)
Melayu minimalis mmg sopan bila dia memakai tudung.
haha..kencing berdiri..it is rare la kat tanah malay ni.. tapi tak cool r kot~
Catat Ulasan