Rabu, Disember 12, 2007

Peniruan Adalah Satu Bentuk Pujian. Mungkin.

Aku sedar aku bukan orang yang pertama yang mempunyai blog dalam Bahasa Malaysia di dalam dunia internet ini, dan jauh sama sekali aku ingin mengaku blog aku sehebat blog ini. Masa aku mula ada blog dahulu pun, aku ramai pembaca, cuma blog itu di dalam Bahasa Inggeris, dan aku terpaksa menutupnya atas sebab-sebab peribadi. Mungkin kerana hal yang aku tulis itu semuanya tentang hal peribadi aku, memang jauh berbeza dari konsep blog ini. Memang blog mencari nahas-lah, kiranya. (Cerita Lain)

Tapi para pembaca aku yang biasa ke sini sudah pasti akan kenal cara penulisan aku, serta tajuk dan subjek utama yang aku sering tuliskan.

Biasalah, kalau bukan pasal orang serta binatang peliharaan yang aku perhatikan, mungkin pasal muzik, fesyen, trend, buah dada, dan banyak juga nukilan lain dimana aku melayan diri aku dengan syahdu.

Tetapi,

jika aku berjumpa blog yang memang sebiji meniru cara aku menulis, dari segi gaya, bahasa dan lain-lain, apa aku perlu buat?

Imitation is the best form of flattery, they say.

Ataupun secara mudahnya mungkinkah aku telah berjaya melahirkan lembu aku yang pertama?

Minggu ini sehingga minggu hadapan aku agak sibuk dengan kerja, jadi minta maaf terdahulu jika blog ini tidak dikemaskini sekerap biasa dalam tempoh tersebut, ya?. Aku perlu fokus di tempat kerja, agar aku tidak tersilap perkiraan kedudukan mutlak atom uranium di dalam mini supercollider aku. Buruk akibatnya jika tersilap lebih dari 2 mikrometer.

Juga pada waktu yang sama, aku harus menangani obsesi aku dengan wanita berbuah dada besar. Ya, aku memang superficial, tapi kamu penipu jika kamu berkata kamu semua tidak suka orang yang berupa cantik untuk dijadikan teman.

Sekurang-kurangnya aku jujur. Aku superficial. Filem 'Shallow Hal' lakonan Jack Black dahulu hampir membuatkan aku menangis akibat jalan cerita yang mengingatkan aku kepada cara-cara superficial aku, tetapi realitinya memang agak sukar untuk berubah.

Dan by the way, I'm Malay.

21 orang ada pendapat sendiri:

Tanpa Nama

ye.. aku ada gak terbaca penulisan yg mirip seperti kau

mungkin dia peminat fanatik kau

mungkin..

yg menggunakan nick hipster melayu, mungkin peminat kau yg blognye mirip2 juga..


anyway, i'm not chinese

Tanpa Nama

Ada juga yang nak jadi klon kamu, ye? :D

Moo.

47

"by the way, I'm Malay"

Hahaha...you simply have to add that at the end.

Tanpa Nama

ahahahahaahahaha kau macam haram aa, mm. Esok kau pakai baju tulisan besar2 ; "SAYA LELAKI CLICHE" .


However, aku tak perasan pulak blog kau ni kena tiru. Ada link ke blog yg tiru cara kau tulis tu ke? Anyway kalau ada pun, I don't think it will be as good as your writing. No way that'll happen. Blog kau unik la. Seunik atom di celah2 superkolider kecil kau.

Tanpa Nama

Hurm, aku baru terperasan lepas 'Ya Aku' cakap. Mak aii sebijik habih mamat tu tulih mcm kau. cara dia edit gambar tu pun sebijik haha.

Zinnia Rum

aku dah cek. layout pon lebih kurang. bengongneh.

ok pe? dia tengah cari arah tujuan tu. biarkan dia.

Tanpa Nama

hmm...apakah address nye....

aku nak tengok gak dan komen dalam hati. sesiapa kat cn bagitau please....

aku tak jumpa pun. dia ada bagi komen kat sini ke? mana yeh? tak larat nak cari satu2

nurulazreenazlan

sarah, pegi tengok kat kotak komen entry sebelum ini. ada kat situ.

tiru baeeek punya, hehe.

Tanpa Nama

oh yelah aku dah dapat tengok, haha, ada dua jenis blog aku tak peduli, original and ciplak punya.

tapi dua2 pun orang layan juga kan. hehe

standard kita sume selalunya macam tulah.

kepada MM, kau jangan panas hati. patut rasa bangga.

biarlah dia.haha

Tanpa Nama

Aku mudah terketawa secara berirama bila membaca blog kau. Blog peniru tak mampu buat aku tersenyum pun.

Tanpa Nama

Peniru kategori ini tak ke mana. Melainkan dia meneroka jalan-jalan barunya sendiri.

NeemoNeemo™

Kalau orang tiru kamu, maknanya kamu ini cool. tahniah aku ucapkan.

hipster melayu

Aku pun kurang gemar dengan klon-klon ini. Pening aku memikirkannya tiap kali sedang meneliti gadis-gadis berdada besar di zouk atau barisan warisan. Tetapi tidak mengapa dude (aku tidak suka guna terma dud seperti melayu melayu ampang (cerita lain)), biarkan sahaja (aku memang seorang yang suka biarkan sesuatu itu sahaja, biarkan sahaja sesuatu, dan sahaja biarkan sesuatu). Memang imitasi suatu bentuk praisi.

Tanpa Nama

ye hipster melayu..

biarkan..

blogmu jua ada bau-bau akutakpeduli

Tanpa Nama

hipster melayu blur lagi ke? Hmm.. biarkan.. *sigh*

ps: Lampi tu stand for what eh?

Zinnia Rum

hahahah. gile ahhh.

Tanpa Nama

hawaoriginal

lampi adalah gabungan dua perkataan melayu dan juga inggeris

lambat + pickup = lampi

lalalala

Tanpa Nama

At least MM still maintains some class...

Tanpa Nama

kudos pada mereka yang berjaya meniru style kau,kau dah jadi trend blog2 melayu.dah bagi nama ke belum? MM style?.tapi idea kau tetap one of the kind.aku nak tengok kalau ada orang lain tiru gaya kau tapi dalam 10 bahasa berbeza.international sial hahaha.

Melayu Minimalis

ala.. aku tak kisah sebenarnya. aku pun tiru mamat-mamat ni http://maddox.xmission.com/
http://www.i-mockery.com/
http://www.x-entertainment.com/
http://shahrir-umno.blogspot.com/

Tanpa Nama

Kesimpulannya, kita semua tiru-meniru antara satu sama lain. Heh.

Macam mana lagu tu? "Pandanglah, lihatlah, tiru macam saya..."