Tafsiran 'Minah Kelabing'
Aku rasa dalam ramai-ramai wanita di Lembah Kelang, wanita dari golongan inilah yang aku paling jauhkan diri. Bukan apa, cuma aku sangsi dengan kemesraan yang mungkin berpudar selepas mereka selesai melayan gian mereka. Kalau kamu masih tidak faham, istilah 'kelabing' di sini bererti clubbing. Cuma aku tukar sedikit sebab mungkin aku Melayu dan aku perasan aku seperti Anwar Ibrahim di zaman beliau masih menjadi Menteri Kewangan, yang suka merujuk Kamus Dewan dan menggunakan perkataan-perkataan Bahasa Melayu yang pelik ketika beliau membentangkan Belanjawan Negara.
Meleret pula.
(Iklan : Mengapa Melayu tidak pandai berterus-terang dan suka cakap berlapis?)
1. Golongan ini biasanya wanita yang dari keluarga yang mungkin keluarga berada. Kiranya mampu berbelanja-lah. Kalau yang kurang berada pun akan cuba sedaya-upaya untuk memperberadakan diri, tak kisahlah dengan cara apa sekali pun. Etika hidup ialah Hidup Untuk Hari Ini, jadi segala masalah yang mungkin timbul esok memang tidak dipedulikan. (Masalah wang, penyakit, guaman dan sebagainya) Memang contoh terbaik gaya hidup Aku Tak Peduli. Aku suka, tapi kurang gemar. Tapi suka. Tapi kurang gemar-lah.
2. Jarang yang masih dara. Memang tidak sesuai untuk abang-abang bermisai Muslimin yang pentingkan kemunculan darah atas cadar katil putih yang di beli di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada malam pertama. (wei, ini 2007 weh) Selalunya mempunyai kehidupan seks yang aktif, dan selalu dipadankan dengan seorang DJ lelaki. Tak kisahlah, sama ada si lelaki itu sebenarnya pandai ber-DJ atau pun tidak, janji pandai picit-picit mixer. Si lelaki biasanya pelajar kolej yang tak berduit (sebab siapa sebenarnya boleh kaya dengan hanya ber-DJ? Tidak ramai. Kalau adapun, mungkin sebab sihir. Cerita Lain.) dan tidak berkereta. Akibatnya...
3. Suka memandu si teman lelaki ke sana ke mari dengan kereta (separa) mewah hasil pemberian daddy. (Mungkin ada yang membeli kereta dengan wang sendiri, tetapi jarang) Juga selalunya yang membayar duit roti canai dan teh ais untuk si teman lelaki selepas penat berpesta. Tetapi tak kisah, cinta sejati katanya. Lagipun belum sampai masa untuk si DJ Teman Lelaki menjadi popular dan mendapat ribuan ringgit untuk satu persembahan. (Sekarang main untuk percuma ataupun sekurang-kurangnya sejag bir, atau 1/4 pil ecstasy.)
4. Selalunya datang ke kelab malam lewat, selepas jam 1 pagi. Ini mungkin kerana destinasi utamanya ketika untuk berclubbing bukan kelab malam, tetapi after-party di rumah kawan-kawan sekumpulan selepas semua kelab malam tutup jam 3 pagi. Di after-party liar ini lah golongan ini biasa ditemui berpesta hingga ke tengahari hari selanjutnya, dengan lagu yang diputar ihsan DJ Teman Lelaki.
Kalau kamu ingin melihat adegan-adegan yang mungkin mengerutkan dahi JAWI/JAIS, Pemadam, KeKKWa dan mungkin Kementerian Kesihatan dan Perancangan Keluarga (serta scoop habuan impian wartawan-wartawan serta penulis-penulis kesepian dan gersang Harian Metro, Mastika dan Kosmo) sila cool-kan diri anda dan dapatkan jemputan ke satu after-party, biasanya dilakukan di kondo-kondo mewah (tetapi bersepah) ataupun di bilik hotel suite di Lembah Kelang.
5. Suka mengambil dadah. Ataupun pernah dan suka bereksperimentasi dengan dadah. Semuanya diambil, ecstasy, ketamine, syabu. Janji layan. Ini sebab utama aku kurang gemar dengan wanita dalam golongan ini. Seperti kamu semua tahu, aku anti-dadah. Mungkin ketika wanita tersebut masih melayan gian ecstasy-nya dia akan melayan kamu seperti kamulah segala-galanya untuk dia (macam lagu Sheila Majid untuk P. Ramlee), tetapi bila giannya hilang kamu hanya dilayan macam kawan biasa yang tidak biasa. (Macam Sheila Majid dengan Roslan Aziz sekarang) Terus hilang nafsu.
6. Wajib berada di dalam guestlist. Maklumlah, sebab ada DJ Teman Lelaki. Kalau kamu tak tahu, nama-nama yang tertera di dalam guestlist boleh masuk percuma. Tak perlu bayar.
Golongan ini mesti ada di dalam guestlist untuk kelab/parti, walaupun tiada guestlist. Akan mengamuk ('mengaruk' kata orang Johor) jika namanya tiada di dalam guestlist. Akan mencaci dan menghina doorbitch, bouncer dan sebagainya jika tidak dapat masuk percuma. Maklumlah, hilang 'kepentingan'. (Biasanya akan hilang kepentingan bila DJ Teman Lelaki ditinggalkan untuk DJ Teman Lelaki 2.)
Yang lebih penting akan tertera namanya dalam senarai dengan simbol '+ n' (di mana n=nombor guest di bawah guestlist). Contohnya 'Fazura+435' bermaksud si Fazura boleh membawa 435 orang kawannya masuk percuma ke dalam kelab bersama. Macam aku pula selalunya 'MelayuMinimalis + infiniti'.
7. Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Seperti aku katakan di atas, biasanya DJ Teman Lelaki akan ditinggalkan untuk DJ Teman Lelaki 2. Dan seterusnya. Golongan ini jarang 'keluar' dari golongannya. Akibatnya setelah 4 tahun berada di dalam golongan ini, Minah Kelabing sudah tentunya akan pernah bersama dengan 87% lelaki di dalam kumpulan yang bersama. Tak kisahlah, kawan si bekas DJ Teman Lelaki, abang, adik, saudara pertama dan sebagainya. Memang umpama Mafia, once you're in there's no way out. Kecuali kamu tak kisahkan pengasingan dan layanan seperti seorang pariah. (Pariah di sini digunakan dalam konteks perkataan am yang bermaksud 'yang tersisih', bukan dari segi kasta kaum India, terima kasih. Dan aku bukan penulis blog berbaur perkauman, terima kasih.)
8. Kurus. Yang gemuk dan gempal sedikit akan disisihkan, dan mungkin turun status menjadi Perempuan Ampang. Perlu dikatakan di sini, mungkin sekali imbas golongan Minah Kelabing ini kelihatan seperti Perempuan Ampang, tetapi hanya gaya dan status memisahkan mereka. Minah Kelabing biasanya kelihatan lebih berkeyakinan diri dan bergaya, dan biasanya fasih dan petah berbahasa Inggeris. (Fasih di sini bukan bermaksud pandai menyebut tajuk filem-filem lakonan Reese Witherspoon, OK?) Tetapi disebabkan oleh persamaan ini, ramai Perempuan Ampang secara perlahan-lahan menyelinap untuk cuba masuk ke dalam golongan Minah Kelabing.
Jangan tertipu!
Mudah sahaja untuk mengenalpasti dan membezakan mereka ini. Kalau mekap mereka berbau mekap, dan ketiak mereka berdaki, sah golongan Perempuan Ampang.
Gaya, berat badan serta bau badan penting untuk golongan ini. Superficiality is Everything.
OK, habis. Aku perlu berhenti di sini agar aku tidak mengulangi apa yang aku tulis di nukilan-nukilan lepas, terima kasih. Dan malam ini aku harus berpesta lagi!
Suntingan 1 - Mungkin ada yang keliru dengan tafsiran hari ini, jadi aku nak tambah sikit...
9. Arif tentang arena clubbing. Minat dengan segala jenis muzik elektronika terutamanya progressive house, tech house, minimal house, tribal, trance dan yang sewaktu dengannya. Tidak minat hip-hop (itu kawasan larangan, khusus untuk Perempuan Ampang dan konco-konconya) dan paling tak suka dengan jenis muzik yang ada label rock. Tak kisahlah jenis rock apa pun. (Walaupun sekarang indie rock semakin popular sebagai muzik clubbing, tapi itu tidak termasuk di dalam golongan ini. Cerita Lain.)
Paling seronok jika ada DJ luar negara bermain di sini. Semuanya pernah tengok, Armin Van Buuren, Armand Van Helden, Roger Sanchez, Satoshi Tomie, Roger Federer. Yang terakhir itu mungkin pemain tenis.
10. Berkait dengan nombor 7 di atas, mungkin kamu berfikir peluang anda untuk meniduri mereka agak tinggi jika anda sekumpulan dengan mereka, tetapi awas, kebarangkalian kamu untuk disabotaj dan ditikam belakang oleh mereka juga tinggi. Mereka ini tidak kisah, pada mereka, it's a dog eat dog world. Survival of the fittest. Hasad dengki melalui fitnah, gossip dan sebagainya memang sudah pasti. Pastikan kamu jangan kecewakan sesiapa dari golongan ini, nescaya reputasi kamu musnah.
Kalau kamu tak buat salah pun, tidak bermaksud kamu selamat. Sudah memang sifat Melayu, suka berhasad dengki, lagi-lagi di dalam kumpulan sosial yang kecil. Selain dari kumpulan sosial industri fesyen dan majalah tabloid, aku rasa jumlah hasad dengki yang bersangkut-paut dengan kumpulan ini memang agak tinggi.
Lagi-lagi kalau semuanya perempuan. Mesti ada yang tak puas hati, terutamanya bila DJ Teman Lelaki si A lebih berbakat dari DJ Teman Lelaki si B. Ataupun mempunyai bakat yang lebih di atas ranjang. (Siapa yang guna perkataan 'ranjang' sebenarnya? Geli aku.)
Baiklah, aku nak siap sedia berarak malam ini.
23 orang ada pendapat sendiri:
bosan giler minah clubbing,pakai kelisa tapi citer macam ada segala-galanya.cantik di gambar...tapi sebenarnya bantuan mekap.arghhh baik memalam aku lepak blakang umah aku...di tepi kolam sambil memancing.
HAHAHAHAHHAHA omg so true. love this:
"Kalau yang kurang berada pun akan cuba sedaya-upaya untuk memperberadakan diri, tak kisahlah dengan cara apa sekali pun. "
and this
"Tak kisahlah, sama ada si lelaki itu sebenarnya pandai ber-DJ atau pun tidak, janji pandai picit-picit mixer"
makan dalam terbaiknye.
Nampak cun dlm gambar. Cun jugak dlm club, ttp tidak dgn bantuan lampu kalimantang.
Melayu tak pandai berterus terang sbb dah byk keturunan duk berkias. Terpaksa berkias sbb org Melayu tak boleh ditegur walopun mmg silap. Sbb takleh ditegur direct, maka org Melayu berkias. lepas tu tak reti berterus terang.
dan begitulah seterusnya...
pesta kat mane? nak ikut!
Aku ingin menjadi pengkritik yang macam anda seperti mana aku ingin menjadi lelaki selelaki " Kotakkan Regret dan Tanamkannya di Perut Himalaya (Dan katakan; 'terima kasih tuhan') ".
Anda bagus dalam meneliti segalanya..
senandung-
bawah umur tak boleh.
walaupun aku sangat murung.
tapi aku tersenyum juga baca artikel di sini.
"dj" roxy
Ada tak DJ2 yg skrg tulis blog pastu kaya sbb advert kat blognyer mahsyuk?
Come on!
kadang2 mereka pandang orang yang tak gi clubbing sebagai tak best. dan kawan2 clubbing yang paling hot padahal gendut, pecah sume ada (perempuan ampang?)
then walaupun badan tak slim letak gambar pakai bikini kat friendster
dan gambar girlfriend dengan horny nya menjilat kawan lelaki.
yang di atas sana, aku sokong hal pakai kereta kelisa itu, macam biasa saja jumpa yer...
well said, MM. It's truly unwise to accept these kind of people as true friends, let alone having them as our girlfriends.
Haha aku tak tau pulak golongan2 DJ ni diangkat martabatnya di kalangan kaki2 clubbing. Tapi berdasarkan kau kau cakap yg diorang akan selalu masuk dlm guestlists, I am not surprised if they get coupled with those DJs just to ensure their name in the guestlists of those clubs. Nampak konon mcm VIP la.
So kira ok lah kalau si pompuan tu belanja balak dia kat mapley plak lepas abis clubbing. Baru la balance dr segi perbelanjaan kewangan hehehe.
Ak ela MM, jangan aa sebut nama Fazura....penaaaaaaat minah tu dtg jauh2 dr Pahang semata2 nak merasa kehidupan liar Kuala Lumpur hahaha
biasa jer la, hidup di kota raya ni. semue org nak rase hidup berpesta. walaupun ku sudah jarang ke club. pe yg ku nmpk itu, kamu sudah tulis. bagus MM!
Hahha. Good observation but not as good as Pompuan Ampang. Hehhe
alhamdulillah mak aku pandai jage aku. hehehe... mintak2 aku trs sedar di dunia sementara ni.. amin...
ju-lia,
semua mak mahu anak2 dia jd org baik2. tapi si anak ajer yg memberontak. mungkin dia fikir mak dia kolot...si anak bangkit cuba buat satu pembaharuan untuk generasi dia yang akan dtg, satu pembaharuan yg mungkin lebih byk elemen2 negatif. kalau positif tu, alhamdulilah.
Nurul,
Betul kata kau. Jadilah punkrocker.
Perkataan lain untuk mengaruk = merentan.
http://profile.myspace.com/index.cfm?fuseaction=user.viewprofile&friendid=273794110..
bro,tlg buat coverage pasal the inderas..konon melayu bajet indon..kasi buat article and a bit coverage pasal diorang..choW
Is it correct to say that their anthem is that somewhat annoying "I fell in love with the DJ" song sung by Channelle/Chanel/Channel/whatever?
alaaaa..brader MM ni pon DJ jugak dulu.tak gitu?tapi itu hari aku ade nampak ko dgn awek tgh minum kat mamak dkt area2 "Bangi" buah dada x berapa besar pon.ckp x serupa bikin laaa bang..(ke aku tak begitu meneliti buah dada awek tu?)
haha..
pelik btool minah clubbing zmn skrg...
pakai seksi tapi bersolat
hahah...
satu observations yg bijak.but then 'PEREMPUAN AMPANG' still the best...
Catat Ulasan