Kenapa Aku Pro-Globalisasi.

Kalau kamu semua rajin membaca suratkhabar atau akhbar-akhbar versi online di Internet kamu pasti pernah terbaca tentang gerakan Anti-Globalisasi. Mereka memang rancak, buat tunjuk perasaan di semua mesyuarat G8, buat bantahan itu, bantahan ini. Semuanya atas dasar konon-kononnya ingin menjaga kepentingan ekonomi negara-negara dari dikuasai oleh syarikat-syarikat multinasional, dan mengelakkan gerakan ekonomi negara-negara membangun atau negara dunia ketiga dari dipengaruhi jenis-jenis pemasaran menyeluruh dari syarikat-syarikat tersebut. Pada masa yang sama, ramai Mat Salleh-Mat Salleh ini kononnya membantah cara negara-negara maju mempengaruhi negara yang membangun dengan kekuatan korporat serta matawang, dan membuat keputusan politik negara yang mungkin membawa kepada perang atau yang seakan dengannya, semata-mata atas kepentingan ekonomi dan wang.
Contohnya, macam gerakan boikot syarikat Nestle. Konglomerat barangan susu ini dilarang menjual formula susu mereka di banyak negara ketiga, kerana kononnya Nestle ini lebih mempromosikan pengambilan formula susu di negara-negara tersebut, dan bukannya susu ibu yang dikatakan lebih berkhasiat untuk bayi di Afrika misalnya. Ataupun kemunculan terlalu banyak Restoran McDonald's atau kafe Starbucks di setiap penjuru jalan di Asia.
Banyak-lah contoh lagi tentang gerakan anti-globalisasi ini, kamu ikut sahaja pautan Wikipedia yang aku pautkan di atas untuk lebih maklumat terperinci, ya? (Maaf-lah kalau kamu kurang faham Bahasa Inggeris. Salah kamu juga suka ponteng kelas Mrs. Lee dulu!)
Tapi kan...
Kalau aku, berfikir sebagai seorang dari benua Asia, dan memandang kepada segala gerakan-gerakan anti-globalisasi, anti-Trade Agreements dan anti macam-macam ini, aku rasa Mat Salleh-Mat Salleh ini semua ada agenda tersembunyi. Mereka semua berhasad dengki dengan kita semua. Aku jamin.
Sebab mereka takut kita jadi lebih kaya/maju/sihat/tinggi/berbuah dada besar dari mereka.
Tempohari masa Sukan Olimpik di Beijing misalnya, aku rasa mereka semua terkujat. Walaupun media Barat seboleh-boleh mencuba untuk memburukkan segala usaha negara China tapi kalau kita lihat hasil akhirnya memang boleh dibanggakan sebagai orang Asia. Memang betul-lah teori si Samuel P Huntington, lepas Perang Dingin, Perang Salib, zaman ini adalah zaman bertembungnya Tamadun Barat dengan Tamadun Timur.
Aku rasa mereka ini semua rasa terancam. Dan aku bukan anti Mat Salleh atau anti tamadun Barat, cuma aku rasa kalau kita semua sudah pandai berfikir (walaupun sebagai minoriti, kata Che Det) untuk bersaing dengan bangsa lain dalam negara kita dengan adil, apa salahnya kalau kita globalkan pemikiran tersebut agar kita sebagai sebuah negara boleh bersaing dengan negara maju lain di atas platform yang sama rata dan adil bukan?
Sebab sampai bila lagi kita patut berada di dalam Dilemma? Sampai bila aku kena guna Internet untuk memesan kasut Kris Van Assche atau sut Dior Homme?
Jadi apa kata kita semua angkat punggung kita yang berat dan perut kita yang buncit, sama-sama tunjuk sama mereka yang keadaan kita sekarang boleh menggugat kedudukan ekonomi/sosial/intelek mereka, jangan dikenangkan lagi zaman Melayu menjadi lingua franca pada abad ke-15 dahulu atau zaman orang seagama kita dirikan masjid di Sepanyol mahupun zaman algebra dikenali sebagai al-jabr.
(Ini akibatnya makan nasi daun pisang Nirwana di Bangsar untuk bersahur. Haih)
12 orang ada pendapat sendiri:
malaysia boleh, ekeke...
bro,najib suh kita jadi glokal bro.bro pulak suh jadi global.eh mana satu nak ikut nih.ah penin...
tapi globalisasi lah yg melebarkan jurang taraf hidup kita di Malaysia. Kita senyumlah dengan apa yg kita ada, tapi org2 miskin yg merempat hidup diaorang yg tak pernah kita bayangkan, macam mana? Bagi aku, globalisasi hanya mementingkan bangunan semata. Rakyat tak diberi perhatian yang cukup. Bayarlah zakat tiap - tiap tahun, tapi ramai lagi org miskin kat Malaysia ni.
Aku nak maju, aku nak negara aku maju tapi aku taknak rakyat kita jadi macam Indonesia. Yang kaya, terlalu kaya, yang miskin jauh lebih miskin.
Ouh ya, aku tidak menolak globalisasi 100%. Terima kasih.
ermm nampaknya keputusan kerajaan untuk menggunakan B.I dlm pendidikan Malaysia harus di-sokong terus.
sebab macamana nak tunjuk kat bangsa majoriti tu kalau kita berloghat dalam B.M?
apapun, nak order kasut dan sut tu yang mengancam. ^_^
Kedai milik keluarga aku bersaing dengan McD, Pizza Hut, KFC, Manhattan Fish Market dan apa tah nama kedai lagi aku pun x tau.
Itu belum kira lagi pesaing tempatan seperti uncle jiran sebelah [besar] dan Oldtown [yang sgtlah besar].
Nak jugak aku bersaing dengan diaorg di tempat diaorg sendiri.
Upper east ke, downing street ke dan ntah apa nama lagi yang aku x tau.
mmg kagum dgn china...the best olympic host so far. sakit ati ari2 bace article nk burukkan china..psl hal kecik kuman pon nk bangkitkn...
globalisasi..hmm..tak salah..tp yg bersedia munkin penduduk bandar...yg luar bandar..rasenye akan terus terhimpit..so kerajaan kene main peranan canner nk balancing...tp uoal know la how kerajaan skang ni..byk politiking dr caring..
Bro maksud ko,salah satu sebab mengapa ko pro globalisasi - sebab anti-globalisasi takut kita jadi lebih kaya/maju/sihat/tinggi/berbuah dada besar dari mereka, camtu?
globalisasi = survival of the fittest.
I think it's up for us to step up and take the challenge.
pingat USA dapat pun dah tak banyak dah.
banyak negara-negara kecil dah pro. tengok saja acara olahraga.
Olimpik Beijing memang obvious benda ni. Mat salleh memang banyak dengki.
ok la. bagi pendapat aku ni globalisasi ni memang benda yang boleh blah la kira.. memang la ada bantahan seperti contoh yang paling mudah mcm proposal nak buat satu game premier league extra di luar england. biasak arr semua cockney atau scouse akan bangkit tuk menjaga sejarah. tetapi kalau buat luar negara pon sejarah tetapi orang semua takmau participate dalam sejarah. kiranya sejarah itu benda benda yang tulis dalam paper atau wikipedia. tetapi nak kata orang putih ni pandai, memang la tak pandai pon, binatang yang paling gerun diorang pernah tengok adalah tikus mondok (lain la yang berkocek dalam dan boleh pusing pusing negara asing).
apa apa pun globalisasi ini memang benda yang heavy sejak terciptanya telegram oleh tokcik alexender graham bell. mungkin, lebih lama sebelum itu atau sejak muncul nya syarikat hindia timur (SHTI bukan buku shanon ahmad k...itu SHIT)
memang benda ni boleh bla dan tak perlu dikawal langsung..tetapi sebagai contoh, pihak pihak yang bukan dari negara negara yang pioneer globalisasi harus lah berusaha untuk berpartisipasi dalam aliran yang serba pantas dan sharp ini. kalau lu tak mau mcdonald ada tiap 4 blok lu jalan kat umah pangsa cheras tu, lu kena la pikir initiatif untuk membuat substitut lokal yang sama standard atau lebih power dari pada mcdonald. kalau lu protes protes dan protest memang kira cheating arr bai..
bak kata encik ahmad, orang cina pandai taichi dan orang melayu pandai silat.. pendek kata kalau orang lain pandai menenangkan hati dengan cara diorang sendiri, orang kita pon tau menenang kan hati dengan cara bersilat, tak penah aku tgk orang bersilat time orang kahwin sampai ada orang mati, bagi aku silat itu tak lain dari pada kapoiera atau pun taichi atau pun tido...cuma nak sedap kan otot je en?
anyways, pasal globalisasi ni, memang kita kena participate dan participate dan participate. sebagai trendsetter globalisasi (orang putih atau warna apa apa pun yang duduk di negara *kelas? pertama)ni kita juga harus ikut apa yang mereka buat..tetapi jangan la lu orang ikot bulat bulat bai, sebagai contoh, sebuah company jamban yang no 1 kat dunia, lu jgn la tiru bulat bulat apa yang diorang buat, mungkin lu kene apply ISO 9001. kalau lu kene buat , lu kene arh ikot standard dan procedure. tapi lu buat la jamban yang boleh flush guna remote ke ape ke kan bai...jgn la buat produk yanng sama..itu tak inovatif namanya, itu tiru bai
inovasi memain kan peranan penting untuk jadi champion dalam dunia globalisasi.
bai boleh tak wa tulis satu posting maut pasal globalisasi dlm blog kitorang nanti.. keh keh keh nanti lu ingat wa rival lu kang
@jack lingam
tulis je bai. aku all for persaingan sama adil dan rata huhu. tapi bagus pendapat kau.
@facet
aku rasa bila kamu berada di dalam golongan yang control banyak benda dalam dunia ni, kamu pasti tak mahu orang lain takeover kuasa kamu. paling kurang pun kamu tak mahu orang lain bersaing sama adil dengan kamu. macam kita tgk orang indonesia atau bangladesh, atau cara orang singapura tgk kita... macam tulah..
Catat Ulasan