Isnin, September 29, 2008

Perjalanan Jauh Memang Ku Rasa.



Maka akan tibalah lagi Raya untuk tahun ini. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Hari Raya bukan hari yang aku tunggu-tunggu, kecuali untuk lontong kuah lodeh Ibu aku. Selain dari itu, Hari Raya pada aku mungkin satu penyeksaan.

Kenapa? Kerana terlampau banyak soalan. Yang biasanya ditujukan kepada aku. Dan aku memang dah tak boleh dapat duit raya.

Apa-apa pun, aku akan bertolak malam nanti ke kampung halaman, perjalanan jauh berseorangan, tetapi sekurang-kurangnya tahun ini aku memandu kereta sendiri setelah 4 tahun menumpang dan meminjam.

Dan disebabkan ketiadaan Internet di kampung halaman (aku tak pakai wireless broadband), di sini aku ingin mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada salah dan silap, terutamanya kepada golongan-golongan yang telah di'tafsirkan', terutamanya Perempuan Ampang, Ingin Jadi©, Salahbrity, Minah Tudung Ketat, Mat Belia dan yang lain-lain. Perlu diingatkan bahawa ini semuanya satira sosial, bukannya apa, OK?

Kepada semua rakan-rakan bloggers (gila poyo ayat) selamat berhari raya, serta maaf zahir dan batin. Semoga selepas Raya nanti akan bertambah meriahlah blogosfera Melayu. Ingat, elakkan pembaziran dan man-manlah ketika beraya, ya?

Juga blog ini akan berehat sekurang-kurang 5-6 hari, jadi beri peluang untuk aku berehat, ya? Apa-apapun aku tahu kamu juga tak peduli.

11 orang ada pendapat sendiri:

Kiubrubik

selamat berhari raya MM

HipHopLess

macam kenal sticker tuh. duduk kat ritze perdana ke?

zan

Selamat hari raya jugak untuk kamu..
Man-man lah kita bila beraya...yeah..

Marine Biologist

selamat hari raya!
aku pedulik blog ko berehat..
apa la bahan bacaan utk di baca bersempena thn nih aku raya kat KL jer.

(nothingness)

very nice blog.

selamat hari raya

Anonymous
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Anonymous

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Hope you're having a good time with your loved ones :)

Nadrah Mustafa

selamat hari raya MM.

aaina

maseh ada pluang merasa perjalanan ke kg..
bukankah itu yg manis?;)
aku raya di kl x kemana.

*owh maaf menabrak ke mari.
aku miang melihat blog org laen* :)

Ares Bahar

Selamat Hari Raya. Dont Drink and Drive.haha.

Melayu Minimalis

@azreen
hm. mungkin.

@semua
thanks for the raya greetings.