Kisah Di Pasar Ramadhan 1.

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai pembaca-pembacaku sekalian. Sebentar tadi aku baru sahaja ke Pasar Ramadhan Taman Tun Dr. Ismail, dan di sini aku ingin menceritakan sedikit kisah-kisah yang telah berlaku ketika aku di sana.
1. Orang-orang penduduk TTDI suka berfesyen. Sampai di Pasar Ramadhan pun berfesyen, macam hendak ke Pavilion. Alhamdulillah semuanya menutup aurat, tetapi tidak ramai yang bertudung. Yang kurang berfesyen, selekeh dan cakap dengan suara yang kuat semestinya pelajar-pelajar IPTA berdekatan. Memang senang untuk mengecam pelajar Pusat Asasi atau pelajar fakulti tahun pertama Universiti Malaya. Lagi-lagi yang perempuan.
2. Media Prima sudah buat kecoh. Baru puasa hari pertama habis diredahnya Pasar Ramadhan TTDI dengan kamera video dan Shamsul Ngau-Ngau buat kecoh cakap kuat-kuat macam pelajar Universiti Malaya. Maaf, aku tidak mahu ditemuramah. Pelajar-pelajar IPTA semua mesti ingin ditemuramah sebab boleh masuk TV.
3. Aku jumpa Rojak Singapura, setelah aku kecewa tahun lalu tiada Rojak Singapura di Pasar Ramadhan TTDI. Rojak yang boleh dipilih isi yang kamu mahu, ada tempeh, tauhu, kentang, tepung goreng, ketam, semua ada. Sambil aku menunggu untuk memilih apa yang aku mahu untuk Rojak Singapura aku, aku terdengar perbualan bodoh di belakang aku—
Pelajar IPTA Satu : Eeeh tengok! Apa tu!
Pelajar IPTA Dua : Alaa... Yong Tau Hu (ejaan?) stail rojak.
Beginilah nasib pelajar IPTA kita yang bodoh sombong. Apa nak jadi?
Selamat berpuasa semua!
29 orang ada pendapat sendiri:
i pon pergi situ jugak tadi, but because i don't know how you look like, i couldn't trace you.
XD
had to beratur panjang nk beli popia.
and yes, i agree with the fashion issue.
selamat berbuka puasa dengan rojak Singapura.
MM..sangat terharu jawab salam kamu kat blog..
*selamat berpuasa =)
banyak kali aku baca sambil sebut,
yong tau hu,
yong tau hu,
eh tiba-tiba terfikir budak tu sengau kot?
memang aku nak gelak pasal hal cakap kuat-kuat sebab masa aku first year dulu pun terlalu banyak benda excited- first time pergi midvalley dengan kawan-kawan UM SUNGGUH excited walaupun selalu je pergi waktu lain. tapi aku tak pernah ke mana-mana pasar pun dekat situ. kau tulis baru aku tersedar macam tu perangai diaorang dekat pasar
ya, mereka excited. mungkin juga rasa nama makanan adalah benda remeh saja.
bila kau sebut selekeh juga adalah relevan. tapi takat pergi pasar takkan nak melawa kot?
selamat puasa!
remaja yang barangkali berpuasa jauh dari keluarga di kampung yang tercinta..apa boleh buat..
neway, layout yang cantik..dan amaran yang menarik..
p/s: kalau baca malam2 tadehal kan?? haha
@pelumba kereta kelisa
popia tu overrated. by the time nak buka dah tak sedap. popia tu bagus dibeli kalau kamu tak puasa, makan terus dalam kereta.
@eamy
welcome!
@sarah is the one
i think i saw you at wondermilk the other day.
@encikmasen
malam2 buat apa nak baca blog. pergi sembahyang tarawikh lagi afdal.
yong tau hu or yong tau fu?
haha.
amaran anda mmg sgt keras tapi adalah benar.
btw.
selamat berpuasa.semoga pahala puasa anda bertambah+.
:)
HM,tak perlu melawa nak ke pasar TTDI,cukup sekadar selipar dan baju yang secukupnya bukan?
Oh.first year UM memang sungguh excited dan berdarah panas.Tapi mutu dan putu tetap sama ya!
Selamat berpuasa
sebagai org yang ter-berfashion ke pasar ttdi tadi, mungkin mereka dari tampat lain kot? sebab saya pun tadi pergi shopping dekat OU dulu, maklumlah, last day sale! takkan nak tukar baju semata-mata untuk dressing bertempat...
anyway, selamat berpuasa and happy *belated* anniversary ATP! =D semoga panjang umur!
cehhh, hang ni betui mcm Jason Bourne la MM oi! Aku balik dari pasar ramadhan TTDi tu pn mcm tu jugaklah pemikiran aku.
Nak pergi beli lauk untuk berbuka puasa, tapi dressing mcm nak hang out minum Starbucks di Bukit Bintang. Dia pakai santai aa konon, sleeveless ngn hot pants semua, tapi bila aku tgk dah siap ada mekap tu hurmmm...sah mmg niat tu nak melawa ke pasar ramadhan
Ada lagi ke senario lelaki kasi nombor telefon kat perempuan di pasar ramadhan MM?
we have met at wondermilk during the charity event- autism.
i met you once at urbanscape. you walked pass my friend and I.
yong tau hu wts?
sebenarnya bnyk menimbulakan tanda tanya beza yong tau hu, yong tau fu dan tau hu fa. boleh tlg bgtau abg MM? <---student IPTA yang tak bodoh sombong. serius shit
rojak s'pore pegi kat ampang jalan nak pegi KDE.dpn 7-11 kat2 messy burger..name kedai..asma rojak.. yer.. asma rojak yg jual kat jb tuh..
Ada yg pegi pasar Radaman pakai Nike Air Max 1000 Neighborhood/Stussy/Wondermilk-collabo Professional Edition (only 320 made) tak?
weh...semua? ok? JOM!
@smallgestures
tak perasan. ramai sangat orang sebab kecoh semua pasal Shamsul Ghau2
@hanna
thanks for the info!!!! saya tak pernah perasan pun kat situ ada rojak singapore. saya selalu makan kat GG satay kat sana dulu.
@penanya
yong tau fu yang digunting2 makan dengan sos hitam. tau fu fah ialah dessert dari kacang soya, warna putih, makan dengan brown sugar.
@sarah
yep i saw you there as well. nantilah saya introducekan diri. sorry at urbanscapes tgh busy gila.
@tarantular
so far aku tak tahu lelaki yang pick up chicks kat pasar ramadhan la tapi aku pasti ada.
@sarahz
thanks!
@LoveyAshLiecious
selamat datang!
bace post neyy rasa rindu nak g pasar ramadhan kat ttdi.
:(
sokong pasal dorang g pasar tuh mcm nk g pavilion.
area ttdi tuh mempengaruhi dorang kott
:b
slmt berpuasa.
nak tunjuk pandai kat kawan tapi tak bertempat.
salam berpuasa.
Aik...antinya kamu dengan budak UM?
Aku rasa rojak singapura yang kau maksudkan ni maybe namanya rojak asma. PAnggilan popular di JOhor Bahru.
Rasanya la...
ops, kat malaysia yg berbagai dialek bangsa dan gaya, yong tau hu ni aku hanya dengar dari johor saja, takde negeri lain sebut yong tau hu. mungkin budak tu org johor.
hye...1st at all, i do enjoyed reading ur blog...
kelakar, n sangat2 best!!
tapi, i tak brp setuju yang semua pelajar ipta bodoh sombong...
yeah, kenapa kamu anti betul dgn budak UM??
Eee malunya. Nasib tak pergi sana, alaaa, mcm Uia ni bagi je keluar. Uia bosan, haih.
lupa nak bagi tau.. utk bulan puasa ni, asma rojak bukak dekat restoran tawakal di kwsn ampang.. bukan hospital tawakal yer...
pasal rojak saja.
hahahaha.
rojak singapura sedap ka?
tak pernah pergi lagi.
@hanna the belgariad
thanks for the info. i'll check it out. besok aku nak pergi restoran mak tim. hari tu pergi tapi tutup :(
@sheerna,bayan
saya bekas budak UM juga. ;)
syabas untuk perempuan ttdi(golongan ipta tidak tergolong).
kerana tidak mendapat gelaran bukan bukan dari mm.
yuhuu
Er?? Bazaar ttdi tak semeriah dulu..pasal pakaian? Mungkin suasana nampak pelik bagi org yg jarang berkunjung ke TTDI.. so, live with it!! :)
alah biasa la tuh bodoh sombong.. i pun banyak dengar cerita budak bodoh sombong neh dr bf i..
hehee pasal berfesyen tuh.. kat pasar ramadhan kat setiawangsa pun dowg berfesyen mcm nak gi pavi.. haha.. kitowg jew selekeh.. iye la.. pasar ramadhan depan umah jew.. buat pew nak berfesyen sangat..
budok baru nak up besa le.....
Catat Ulasan