Petang Semalam Di Ibukota 6.

Aku macam sudah penat untuk keluar pejabat awal, semata-mata untuk membeli juadah berbuka puasa di TTDI. Kesesakan lalu lintas yang macam pantat, macam petang tadi sahaja, hampir satu jam aku tersangkut di Jalan Sultan Ismail, sampai sempat aku mengambil gambar di atas dari dalam kereta.
Tapi kalau difikirkan, aku kurang cerewet memilih makanan untuk buka puasa, sebab bulan puasa atau tidak, aku tidak gelojoh dan tamak ketika membeli makanan. Untuk aku, satu jenis makanan, tanpa kuih-kuih berkarbohidrat sudah cukup untuk aku. Lagipun baru-baru ini aku sudah mula bersenam balik, dan selepas mengamalkan diet tinggi karbohidrat untuk menambah berat badan, aku perlukan lebih zat protein untuk membina otot-otot pejal yang seksi. (Bukan sampai tahap pakai baju tanktop hitam dan seluar longgar bergetah sambil melepak di kedai mamak, terima kasih.)
Masalahnya sekarang ialah makanan untuk bersahur. Mati akal aku dibuatnya meronda ke sana ke mari semata-mata untuk mengelakkan makan di kedai mamak. Jadi di sini aku ingin meminta cadangan tempat-tempat bersahur yang paling top antara kamu semua. Tapi harus logik-lah, kalau di Jasin atau Ulu Yam memang aku tak akan pergi beb. Sebab aku sudah bosan makan di William's sahaja. (Maaf, Encik William)
11 orang ada pendapat sendiri:
Apa kata MM beli lauk nasi campur atau menu2 kegemaran di kedai2 kegemaran MM di waktu malam, kemudian simpan dalam peti sejuk dan panaskan sewaktu hendak bersahur.
Udang masak sambal kalau dipanaskan dalam kuali memang sedap jugak. Bertambah manis rasanya.
Nak lagi mudah MM boleh masak nasi kosong dan goreng ikan bilis campur bawang besar, dimakan bersama ulam timun/kacang panjang dan budu! Sedap jugak!
kampung baru~
aku rasa kedai makan popular di KL ni kebanyakannya terlebih nilai [overrated].
aku pernah nampak subaru impreza plet singapura parkir sebelah nasi lemak a.bangsa.
kalau sempat atau terjumpa hishamudin rais, cubala ko tanya dia. selain politik dia juga tahu pasal makanan sedap.
berbalik pada topik, aku rasa Mali's dekat UTAR dan fikr mcmana kedai melayu boleh hidup di kawasan cina.
Aku selalu g sana sebagai escapism.
Bosan tempat lain.
Mali pun overrated. Bukannya sedap sangat pun. Dahla self-service. Mcm budak skolah nak kena beratur beli makanan. Hmmm...
Apa kata sahur dekat rumah je. Protein = susu
Karbohidrat = cornflakes
Sudah...
setakat sepuluh hari ni i tak pernah lagi pegi bazaar ramadhan.. hehe
-ami
ini memang fenomena bulan puasa, jalan-jalan jadi extra jam, semua mahu balik makan.
dengar kata puasa ini untuk melatih kesabaran, tapi nampaknya puasa di malaysia cuma menjadikan orang malaysia lebih hilang kesabaran.
haih..apa lagi MM, go for chancellorship, kita ubah ini semua by force! (you know which side of the force lah)
ko gi Rest Bapak kt jln kuching..bnyk lauk campur..
tetapi..
aku rasa ko akn mmbuat pemerhatian ko lagi..situ bnyk abg2-bersling bag leather-beli kat bazaria-berbangle besi gedabak-main fon push to talk-
expected la..tgk la nama kedai tu kan 'bapak' (read:ayahanda)
so..take away je.
x smpt pegi lg la ramadhan ni,anyway..
.ni bukannya cadangan tapi nak cakap pasal William's tu. Kedai tu amat tidak mementingkan kebersihan. Banyak tikus & lipas. Beware!
Ooh, kalau sahur makan 'power bar' pon OK.
@theberuk
ya aku tahu. aku paling tak boleh blah 'bau' tempat tu.
@a8jnme
hmm mungkin aku pergi. kena cium tangan sesapa tak?
@47
The Force bukan majoriti kat sini. Jedi tak diakui sbg agama pun kat sini. unlike australia.
@ami
pergi lah. boleh dapat idea baju apa untuk dijual. tadi aku jumpa minah pakai low-cut summer dress dengan sunglasses. malay.
@zax
tu ah. aku dulu pun selalu makan cornflakes dgn susu aje.
siapa ada lagi cadangan sahur? kampung baru macam nothing special lah.
@a8jnme
hmm mungkin aku pergi. kena cium tangan sesapa tak?
ahah..think saw it happen once..
the rest towkey.. when the koncos2 nak balik umah..
seriously.
Try Carlos, USJ 9 Subang Jaya. It's near Taipan. Roti padang or Nasi Lemak? Best choice.
Or maybe MCDonald's delivery? Breakfast menu. Nyum.
-dD.
Catat Ulasan