Sosialisme Terkawal Singapura.

Baru-baru ini aku telah menonton satu dokumentari yang menceritakan kisah awal-awal kewujudan Singapura dahulu. Dokumentari itu agak menarik, sebab penuh dengan visual arkib Malaya sekitar lewan tahun 50an dahulu, dan banyak daripadanya ada visual berwarna, memang berbeza dengan visual hitam putih Tuanku Abdul Rahman yang melaungkan 'Merdeka' tiga kali di Stadium Merdeka. Ya, kita masih lemah dalam sistem penyimpanan dan penggunaan arkib kita.
Apa-apapun, dokumentari itu memang menarik, dan selain dari hubungan antara Singapura dan Malaya dahulu, yang paling menarik adalah kenyataan Lee Kuan Yew, bekas Perdana Menteri Singapura borjuis yang mengatakan Singapura merupakan sebuah negara 'sosialis terkawal'. Jauh seperti sosialisme yang wujud di China dahulu, ataupun di Korea Utara sekarang (Sila tonton dokumentari "Don't Tell My Mom I'm In... South Korea" jika kamu belum tonton. Wajib tonton!), tetapi sosialisme versi Singapura yang disamarkan atas dasar Demokrasi Berparlimen.
Dan jika difikirkan, walaupun di atas kertas Singapura dikelaskan sebagai Negara Bandar Demokrasi Berparlimen, apa yang dilakukan oleh kerajaannya lebih dekat kepada sosialisme. Semuanya tidak boleh, dan boleh disaman, kalau boleh pun ada syaratnya, dan tidak lupa juga sistem Kerahan Tenaga yang lebih menyeluruh dari sistem main masak-masak kita di sini. Ini tidak termasuk sistem Tentera Simpanan untuk semua penduduk lelakinya, di mana kamu boleh dipanggil untuk aktif di dalam sistem tentera mereka pada bila-bila masa sahaja.
Tetapi, tidak kisahlah kerajaan mereka berfungsi macam mana pun, ada banyak perkara yang berlaku di sini yang aku tidak nampak berlaku di sana. (Menurut mata kasar aku lah.) Salah satu benda yang paling penting yang aku rasa mereka buat ialah untuk menaikkan taraf kehidupan pekerja-pekerja gomen mereka. Kalau tak percaya cuba bagi duit kopi pada polis mereka.
Pada masa yang sama juga mungkin ada orang berkata orang Melayu di sana jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain.
Cuba kita lihat dari sudut begini pula.
Di Singapura, kaum bukan Melayu pimpinan Lee Kuan Yew dahulu yang kononnya mengamalkan nepotisme, dan hanya menjaga kepentingkan kaum sendiri. Akibatnya kaum Melayu ketinggalan. Di sini pula, kita dipimpin bangsa sendiri, yang telah dari dahulu menjaga kepentingan sendiri, tetapi kita masih juga banyak ketinggalan. Sekurang-kurangnya mereka di sana ketinggalan mungkin sebab tidak diberi kepentingan. Kita di sini sudah diberi kepentingan pun masih ramai yang ketinggalan.
Camna?
Mungkin kamu semua berkata, "Apalah MM ni, cakap banyak, tak sedar diri, sendiri pun bukan maju mana.. Chis!"
Memang pun, tapi aku tak peduli. Bu-wek!
17 orang ada pendapat sendiri:
ya.cakap banyak.
tapi aku pun rasa macam tu.
baby boomers.
dari segi fizikal dewasa.
tapi dari segi fikiran masih sempit.
bising harga minyak naik.
tapi setakat bising mulut.
haha. dapat apa?
rugikan jadi rakyat malaysia?
yang lebih merugikan generasi akan datang.
sampai bila malaysia macam ini..
SAYA BANGGA JADI ANAK MALAYSIA !!
ha'ah la.. tp nak buat mcm mana erk? mmg dr dlu melayu mmg mcm tuh..
cool man! :)
peh.btol gktu.
sme ni sbb meLAYU ke?
Di Singapura, kaum bukan Melayu pimpinan Lee Kuan Yew dahulu yang kononnya mengamalkan nepotisme, dan hanya menjaga kepentingkan kaum sendiri. Akibatnya kaum bukan Melayu ketinggalan.
Kaum bukan Melayu atau kaum Melayu yang ketinggalan?
memang pun, lepas tengok docu tu.. memang boleh fikir siapa yang bangsat.
:D
Nak buat macam mana, dalam kedua-dua situasi, punca utamanya adalah sama, mereka yang di atas tidak amik kisah sgt pasal yg ada di bawah.
Bila kamu berada di atas tu, sedar2lah, tak semua org di bawah ni nasib akan naik setinggi kamu. Mesti ada punya yang tertinggal. Sampai bila kamu nak salahkan 'usaha' mereka2 yg ada di bawah tu kalau kamu sendiri antara penyebab 'hasil usaha' tidak seberapa mereka itu.
kita tendang spore keluar sebab bloodbath dulu. simple.
kita tak maju sebab kita tak pernah kena tindas kaw kaw. cuba kalau melayu pernah kena genocide.
skarang semua jil sander boys and marni girls.
ditadbir oleh bangsa sendiri pun kita ketinggalan. macam mana kalau bangsa lain yg mentadbir? kucar.
kalau lah kita kata sebab terlalu selesa, melayu di singapore pun tak lah maju juga walaupun ditindas.
mengikut sejarah, singapura terlebih dahulu dibangunkan. perdagangan dari zaman lampau mengukuhkan ekonomi setempat. tambahan pula bilangan penduduk yg tidak ramai dan kawasan yang kecil memudahkan proses pentadbiran dan perkembangan masyarakat.
no wonder-lah mereka maju, bukan?
Memang begitu di mana-mana pun.. Kita yang hidup dalam golongan majoriti agak lemah dalam bersaing.. cuma segelintir sahaja yg benar2 mampu.. tgk org cina di china.. org india di india.. org peru... org america mahupun org british.. hanya kejayaan minoriti yg menjadi tajuk perbualan kerana mereka berusaha untuk meneruskan survival mereka di sesebuah tempat.. singapura tidak boleh di jadikan contoh.. negara mereka terlalu kecil untuk dijadikan contoh.. dan mmg melayu di sana mmg di tindas.. kita di malaysia tidak menindas.. melayu adalah bangsa yg baik hati dan agak malang gabungan malaysia itu menjadi kan negara ini bertambah merosot kualitinya.. mereka suka menghulur untuk semua acara.. melayu pula.. dengan peribahasa.. rezeki jangan di tolak.. musuh jangan di cari... a very bad combination leads to a very bad corruption problem... hurm...
@kwaidan
aku ada cerita dulu kenapa kita ni malas. agak menyeluruh jugak.
@magenta
aku dah edit. thanks.
yeke melayu singapura ditindas?cube pegi sana tgk.aku hanya beberapa kali ke sana.tapi pendapat aku,melayu di sana lebih baik dari melayu di sini.dari segi ekonomilah.mana ada melayu hidup daif si sana.kat sini memang bersepah.
melayu di sana tidak dibiarkan miskin,tapi tak juga dibenarkan menjadi sangat kaya.kat sini?
kerajaan melayu kat sini tak menjaga siapa-siapa pun,kecuali poket sendiri.
kerajaan cina di sana tidak membenarkan rakyat memilih kerajaan tapi memberi sebuah kemajuan..
tepuk dada,dada sakit..huhu..
"memang berbeza dengan visual hitam putih Tuanku Abdul Rahman yang melaungkan 'Merdeka' tiga kali di Stadium Merdeka"
tujuh kali, bukan?
seseorg: aku pr singapore mkay..
satu lg dokumentari pasal korea utara yg best ialah state of mind...
aku setuju dgn ape yg kau tulis..
org kita tak perasan yg kepentingan yg ade skrg ni membuat kn mereka makin menjadi malas...
contoh kes 10% bukan bumiputera ke uitm. sibuk lah budak2 tu berdemonstrasi. tapi kalau suruh pegi kelas, memanjang ponteng kelas je..
bila org kita nk berubah ye?
budak - budak uitm tu, ada yang dipaksa..
:)
member aku lari dari national service singapore
kalau ada conference/expo kat singapore...dia tak leh pergi...kang kene tangkap
i dont fancy singapore
Catat Ulasan