Jumaat, September 19, 2008

Banyaknya Maklumat!

Aku perasan aku telah ditag oleh Jebon (konon-kononnya, sebab dia tag satu dunia sebenarnya), jadi disebabkan aku bosan sekarang (ini adalah nukilan offline pertama aku, aku tidak boleh sambung ke Internet buat masa ini) aku akan jawab tagnya.

15 perkara tentang Melayu Minimalis.

1. Orang lain selalu menangis menonton filem-filem drama seperti 'Titanic' ataupun 'Ibu Mertuaku' akibat terlampau emosi. Aku menangis apabila menonton filem 'Shallow Hal' dan 'Click!', kedua-duanya filem ala komedi/drama yang satunya dibintangi oleh Jack Black dan satu lagi oleh Adam Sandler.

Aku menangis ketika menonton 'Shallow Hal' sebab aku sedar aku berfikiran teramat cetek, dan kita perlukan kedalaman diri dan minda untuk mencari cinta sejati, dan aku menangis ketika menonton 'Click!' sebab aku selalu tertinggal detik-detik manis di dalam hidup aku, terutamanya yang berkenaan cinta, sebab aku selalunya tidak memerhatikan perhatian yang sepenuhnya terhadap mereka yang di sekeliling aku.

2. Salah satu kemalangan pertama yang aku ingat ketika kecil adalah apabila basikal kecil aku ditarik oleh basikal lebih besar kepunyaan abang aku sambil menuruni jalan berbukit di depan rumah aku. (Jalan Pinang.) Akibat radius tayar basikal aku yang lebih kecil, aku hilang kawalan, dan telah terjatuh, muka dahulu, ke atas jalanraya bertar dan berbatu kerikil. Sakit juga lah.

Hidung aku berdarah, dan jiran serta kawan Ibu aku, Kak Nah, telah datang ke rumah, melihat hidung aku yang berdarah, dan dengan nada serius telah berkata, "Ni cacat ni Mak (nama Ibu aku)!! Ni cacat ni!!!". Selama lebih kurang dua minggu di kelas tadika kawan-kawan aku memanggil aku 'Bear' akibat luka yang sedang sembuh di hidung. Aku tidak cacat, malangnya.

3. Aku suka memandu tanpa arah tujuan apabila mengalami tekanan. Aku pernah memandu ke arah pantai timur Malaysia dan 10 jam kemudian aku berada di Kuala Terengganu berseorangan dengan fanbelt kereta yang cair. Tetapi sekurang-kurangnya aku dapat makan keropok lekor di Merang.

4. Aku pernah berbual dengan Nasha Aziz, Paula Malai Ali dan Carmen Soo. Tetapi bukan pada masa yang sama. Orang yang paling terkenal yang aku tidak pernah terjumpa di mana-mana ialah Siti Nurhaliza. Sebentar tadi aku ternampak Rahim Maarof di pasar ramadhan.

5. Aku pernah ditemuramah oleh Michelle dari rancangan Melodi. Tetapi sehingga sekarang aku masih belum pernah diterjah oleh Nas Ahmad. Aku hendak sangat menerjah si Nas Ahmad.

6. Aku ada 4 pasang skinny jeans, 3 daripadanya berwarna hitam. Sampai sekarang aku belum pakai skinny jeans berwarna selain dari hitam atau berwarna biru denim. Dan aku tidak akan cuba pun.

7. Di rumah aku sekarang ada 5 pasang kasut berwarna putih. Ada banyak lagi, tetapi telah dibuang. Aku mula obses dengan kasut putih selepas melihat gambar DJ/penerbit David Holmes berkasut Jack Purcell putih di dalam senaskhah majalah muzik Barat. Aku tidak ingat majalah apa, tetapi mungkin The Face atau Dazed & Confused.

8. Kaset pertama yang aku beli dengan duit aku sendiri ialah runut bunyi siri animasi The Smurfs. Ketika itu aku berumur 7 atau 8 tahun. Malah, aku pernah memaksa ibubapa aku membelikan aku beg sandang the Smurfs, dan kemudiannya beg He-Man & The Masters of the Universe. Memang ranggi dan bergaya ketika itu. CD pertama yang aku beli dengan wang aku sendiri ialah New Kids On The Block 'Step By Step'. Ya, aku teruja kerana NKOTB sudah aktif kembali. Double CD pertama aku beli dengan wang aku sendiri ialah New Order 'Substance'. Piring hitam pertama aku beli mungkin Discordance Axis 'Necropolitan'. Kereta pertama aku beli ialah Toyota Corolla putih. Isteri pertama aku beli ialah... haha bergurau sahaja.

9. Di zaman sekolah, akibat ketinggian aku, aku sering aktif di dalam acara olahraga, terutamanya lari berpagar, lompat jauh dan lompat kijang. Aku pernah melalui zaman Zaki Sadri aku, dan pernah memegang rekod lompat kijang sekolah. Aku fobia dengan lompat tinggi sebab pergelangan kaki aku pernah terseliuh ketika menyertai acara di sekolah. Aku rasa aku masih boleh berlari dengan laju ala-ala aksi lasak Keanu Reeves dan Patrick Swayze di dalam filem 'Point Break'.

10. Aku seorang skeptik. Pada aku semuanya ada penyelesaian secara sains atau psikologi. Aku sampai sekarang percaya segala benda yang tidak boleh dijelaskan seperti perkara ghaib, UFO atau haiwan-haiwan cryptozoology adalah permainan minda semata-mata. Tetapi perkara misteri yang aku paling minati ialah misteri Segitiga Bermuda, dan salah satu cita-cita aku ialah untuk berlayar ke kawasan tersebut.

11. Di sekolah aku tidak pernah belajar perkataan 'pantau'. Mungkin zaman persekolahan aku agak berbeza. Aku juga telah mengambil Peperiksaan Penilaian Darjah Lima, dan bukan UPSR.

12. Menurut ujian yang aku ambil, IQ aku adalah lebih tinggi dari IQ purata orang dewasa. Tetapi malangnya nilai EQ aku adalah amat menyedihkan.

13. Aku hanya mula merokok ketika umur aku 20 tahun. Rokok yang pertama aku hisap adalah Marlboro merah, ketika itu harganya RM3.60 sekotak. Akibat dari ini, ramai rakan-rakan sekolej aku menggunakan bilik asrama aku sebagai tempat persembunyian kotak rokok mereka, sebab tidak ramai yang tahu aku sudah mula menghisap rokok. Ibubapa aku tahu aku hisap rokok, tetapi aku tidak pernah hisap rokok di hadapan mereka sampai sekarang.

14. Aku pernah melalui zaman bermain inline skate selama 6 jam sehari ketika belajar di luar negara. Aku juga pernah membuat video aku membuat aksi-aksi lasak berinline skate. Aku tidak bermain skateboard akibat kecederaan yang aku alami di zaman persekolahan remaja dahulu. (Lihat #9) Aku juga pernah mempunyai basikal BMX, tetapi kedua-dua basikal berwarna hitam aku telah dicuri.

15. Aku suka 'melukis' wajah di mana-mana objek yang aku lihat. Dari bayang-bayang, motif-motif di dinding/lantai/awan/rumput dan juga bahagian depan kereta. Salah satu aktiviti kegemaran aku untuk memerhatikan keadaan sekeliling adalah untuk memikirkan ada sebatang pensel halimunan di antara mata aku, dan menggunakan penglihatan aku, aku suka 'melukis' objek-objek yang aku lihat tiap-tiap hari. Akibat dari itu mungkin penglihatan aku 'setajam' pensel halimunan di dalam minda aku.

Ish, banyak pulak.
Aku tag Magenta, 47, Sue Anna Joe, Kwaidan Tarmizi dan Ladyesah.

22 orang ada pendapat sendiri:

fictionita

haha. drive ke kuala terengganu ada lalu 'parker' tak?

Kiubrubik

aku xnk tag ke?

(ngade-ngade)

SESEORANG

MM, len kali nak ripping ajak aku bley?
tapi dari pemerhatian aku, kau roadtripping time kau depress so mesti tak plan pun.just start kereta,tak pikir ape then go.betul tak?

ada plan nak ke bermuda triangle pun ajaklah.tak le kau hilang sorang2.

dari bacaan aku,kau seorang duda.betul tak?padamla komen ni kalau soalan ni sensitip.

mediocre sadist

in ur opinion,dalam nkotb saper yg plg cool ?

Tanpa Nama

hurm..koleksi brg mm ni menarik tol.gila klasik.i mean,untuk zaman aku yg moden nak mampus la kunun,aku tatau la apa yg ternyata.mcm nama piring hitam and those stuff.

hehe

lovers-sinners

Mungkin zaman persekolahan aku agak berbeza. Aku juga telah mengambil Peperiksaan Penilaian Darjah Lima, dan bukan UPSR.

wah no wonder MM teliti..

=)

the artist and i

senyum baca kat atas.

MM duda ka?

the artist and i
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
dila raden

satu-satunya cerita yang berjaya buat aku mengalirkan air mata ialah sebuah cerita sains fikyen.

normal rupanya aku.

farizzet

no 10 & 15 tu sama ngan saya. means u appreciate art, but differently.

Fndy

kamu inline main dengan Yasutoko brothers ke kat jepun tu?

Jebon

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk ini MM :)

Aku pun nangis tengok Shallow Hal dan Click! Be Kind Rewind sekali. Dan Eternal Sunshine of The Spotless Mind. Dan 3 filem Wes Anderson.. Banyak jugak aku nangis ni.

Tanpa Nama

siti nurhaliza yang sudah putih akan memakai bedak tebal-tebal juga, bila sudah glamour baru blend sikit- pengalaman terjumpa beberapa kali dalam timeline berbeza

Nuruddin Abu Bakar

Akupun xpernah merokok depan ibubapa aku. Sungguhpun kadang-kadang ashtray aku tiba-tiba bersih di bilik. Aku rasa perasaan bersembunyi merokok daripada mereka sejak mula-mula belajar merokok adalah sangat hebat!

Melayu Minimalis

@senandung k
paka? selalu. hari sabtu ada bundle paling best di dunia di situ, kat padang sekolah tepi jalan utama.

@seseorang
mungkin.

@mediocre sadist
jordan knight.

@fendy
masa aku kat sana mereka baru nak 'naik'.

@jebon
Wes Anderson jangan cerita lah. memang favorite aku! Eternal sunshine pun mungkin buat aku nangis sikit, aku tak ingat.

@sarah
aku rasa semua perempuan kampung macam tu.. pakai foundation macam pakai bedak sejuk.

@facet
memang agak hebat.

.theberuk

.nombor #sepuluh, kalau pasal histeria dekat SMK Tanjung Lumpur tu macam mana?

Siberkop

Aku nangis tgk Click.

Damn, aku tak patut expect mende yg sama masa layan 'Zohan'!

Kiubrubik

kenapa tak pergi bundle batu buruk (jumaat) dan dungun (khamis) je?

bukan nama sebenar

segi tiga bermuda, menangis menonton "click!", hanya memakai skinny hitam, mengemari kasut putih, tinggi dan aktif dalam olahraga, IQ tinggi dan EQ rendah, dua basikal BMX dicuri...

sangat menarik..

Kwaidan Tarmizi

bai so aku kena tulis 15 perkara tentang aku ke ni?

s

nk tules2 ttg perkara yg pertama dan terakhir tu.. :)
1- lately aku kurang bersyukur..tgk muke bf aku yg kacak tu pn aku jd nk marah je..walhal dier sgt baik dan loving..tp bile terfikir je pasal perangai dier yg malas nk cr stable job dgn umor yg dh seminggu masuk ke 28 tahun, aku panas jer..nk bcakap pon malas :( **mgkin aku patut bsyukur jer selagi dier blm pegi dr life aku..

15-.. setiap kali aku tgh berak(mase berak sahaje!) aku nmpk kt dinding tandas tu figure yg mcm2..bile aku ckp yg mcm2 tu mknenye bntuk2 yg sgt menarik..abadilah bentuk2 tu dlm sketch book aku yg bughok tu smpai lah terilhamnyer handpainted shoes yg aku tgh kerjakan sekarang ni...aku sgt percaye ilham kgdkale mmg dtgnyer dr tandas ...:) perhatikan dinding tandas anda!

Melayu Minimalis

@bunk bed
28 takda stable job? susah tu.