Jumaat, September 05, 2008

Hari-Hari Hujan.





Ketika aku masih kecil, hari-hari di mana hujan turun asyik mengingatkan aku tentang satu adegan di dalam filem 'Blade Runner', di mana Detektif Deckard lakonan Harrison Ford sedang bersemuka dengan watak jahat utama replicant Roy Batty lakonan Rutger Hauer. Tetapi disebabkan Ibu aku tidak sukakan aku main di dalam hujan, habis berliter-liter air aku bazir di dalam bilik mandi. Mesti Ayah aku hairan kenapa bil air naik.

Tetapi disebabkan aku selalu kena air hujanlah aku selalu demam dan pening-pening. Dan semenjak kebelakangan ini memang hari selalu sahaja hujan. Memang bagus pun, akhirnya aku dapat mencuba payung RM50 jenama Muji aku (ya, aku gila), serta penepis air hujan untuk cermin kereta jenama Glaco aku. (Sebenarnya aku sudah lebih 10 tahun ingin mencuba produk ini, tetapi baru hari ini hajat aku kesampaian. Hujan tidak berapa lebat jadi aku tidak tahu berapa berkesannya produk ini.)

Hari ini sudah hari Jumaat. Hujung minggu ini apa rancangan kamu semua?

12 orang ada pendapat sendiri:

Hanna Rabittah

adeke muji kat mesia?? if there is, where is it??

Melayu Minimalis

takdelah.
di singapura sahaja. ada dua outlet.

N

tumpang tanye bole?
apekah yg dimaksudkn dgn melayu minimalis?

Lelaki Bersut

Hujung minggu lepak dirumah. Kendur2kan urat kaki yg sengal setelah seminggu dok redah jam yang agak kritikal.

Unknown

rancangan sabtu ni: Midnight Sales at Replacement Boutique

innerview zine

buat majlis buka puasa ala selera kampung kat rumah. ikan cencaru belah belakang, ikan masin masak lemak nanas, sambal udang petai, ulam-ulaman plus sambal belacan of course. hmm..ok i am just hungry :)

Rhona Rozlan

tidur selepas sahur sampai jam 2, mungkin. tak perlu bangun pagi untuk pergi kerja. seronoknya hidup.

Tanpa Nama

pergi buat sedikit kajian & fotokopi di perpustakaan tempat kamu pernah belajar satu masa dahulu...bosan kan? sebab perpustakaan di ofis tak ada rujukan dari negara India...petangnya pula jika berkesempatan, ingin bermain "teka-siapa-Salahbriti-tersebut" di pasar Ramadhan TTDI. Ahaks!

Tanpa Nama

yes! yes! yes! (kaki intertwined)

rancangan kalau banyak duit akan ke

midnight sales at replacement boutique

l.i.f.e

main hujan adalah sesuatu yg heaven kan

the artist and i

hujan lebat macam mana pun tak pa lah.. hujan batu pun takpa.. jangan ada kilat sudah.

boleh muntah dalam kereta semasa memandu!

Melayu Minimalis

@o my love
muntah masa ada guruh petir? agak pelik...

@l.i.f.e
ya, heaven.

@sarah/ami
kalau sempat saya pergi esok :)

@chutra
tu ah. Jam gilababi kan KL sekarang ni? haih.