Khamis, September 04, 2008

Malam Semalam Di Ibukota 30.



Akhirnya kereta aku sudah mencecah jumlah perjalanan 1000km. Dan akibat aku tidak percayakan Proton, aku telah ke bengkel kereta depan rumah.

Selesai. Tiada lagi bunyi motorbot dari dalam kereta.

Dan terus terang, selain dari penungguan selama 10 minggu untuk kereta aku, serta bunyi motorbot pada awal-awal pemanduan, aku rasa kereta ini mungkin antara produk Proton yang terbagus. Pemanduan dan kawalan yang hebat, rekabentuk luar dan dalaman yang pada aku amat minimal dan menarik, dan yang paling penting, sistem hawa dingin yang berkesan. Sistem bunyi yang tersedia juga boleh tahan, dengan keupayaan membaca CD-RW format MP3. Senang sahaja, sediakan playlist MP3 yang banyak, dan suapkan pemain cakera padat. Kalau bosan, buat playlist baru, CD-RW bukan?

Mungkin juga aku masih 'gila stereng', tetapi buat masa ini aku benar-benar puas hati. Cuma sekarang aku kena perhatikan pengambilan minyak. Enjin 1600CC memang kuat makan minyak, jadi kita tunggu dan perhatikan dulu betapa 'hausnya' kereta aku selepas diservis ini.

Apa-apapun, aku memang tidak kisah memandu sampai ke Subang tiap-tiap hari...

12 orang ada pendapat sendiri:

Tanpa Nama

subang?
kerja di subang ke?

amoi ni awek kau ke?
heheh

Ferdows

Subang itu adalah sesuatu yang 'pasti'!:)

Rhona Rozlan

ehem ehem.

.khairi.

tolong jangan tampal sticker "evo" atau "mitshubishi" di kereta baru anda..
selamat memandu..
huhu..

Tanpa Nama

MM, servis wajib seperti tuka minyak hitam tu ko kena anta gak kt pusat servis halal sebab nanti kalau ada benda rosak dan kemudian hari ko nak tuntut tak boleh.

dengan alasan diaorg tak selenggara kereta ni dari awal.

btw, memangla neo tu sedap dipandu sebab penala pemanduan dan pengendalian dia adalah sekumpulan jurutera dan pelumba litar lumba.

the artist and i

mata awek itu macam kawan cyber mswee d yang bernama rod

Tanpa Nama

Pergi Subang jumpa cik ladyesah ye?

aficiozado

sticker transformers pun jgn tampal..dengan sticker 3 kaler..wakaka

Melayu Minimalis

@enamdegrees
tak silap aku warranty tak void kalau tak modify benda-benda tak senonoh, so tarak hal.

@aficiozado
memang tak ah!

Hanna Rabittah

this girl looks a bit like marion but marion is a fatso.

heh

Melayu Minimalis

@hanna
marion tak gemuk la sekarang. dulu chubby sket. sekarang dah hot jugak la.

Alyaa

aww she looks so cute. dah jadi signature pose plak for her